WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- PENTADBIRAN NAJIB UMPAMA ”BERADA DI HUJUNG MATA PISAU”
- PSC : Bukan Yang Terbaik, Hanya Sekadar Penghias Jendela
- Panglima ATM Tak Perlu Jawab, Kami Tunggu Jawapan SPR-Suhaizan Kaiat
- Tak Ada Makna Umum Laksana Reformasi Kalau Tidak Dengar Keputusan PSC
- PSC : Kenyataan Terbaru Najib Buat PR Makin Sangsi
PENTADBIRAN NAJIB UMPAMA ”BERADA DI HUJUNG MATA PISAU” Posted: 20 Aug 2011 07:02 AM PDT http://atimes.com/images/f_images/masthead.gif
PENTADBIRAN NAJIB UMPAMA "BERADA DI HUJUNG MATA PISAU" Terjemahan Oleh Amiruddin Ahmad
|
PSC : Bukan Yang Terbaik, Hanya Sekadar Penghias Jendela Posted: 20 Aug 2011 03:28 AM PDT SHAH ALAM 19 OGOS : Kepincangan yang berlaku dalam urustadbir sistem pilihan raya di Malaysia tidak akan selesai jika menteri bertanggungjawab menubuhkan Jawatankuasa pilihan khas Parlimen dengan hanya diketuai oleh seorang menteri dan bukannya wakil Pakatan Rakyat. Mengulas lanjut perkara tersebut, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfudz Omar mempersoalkan keanggotaan jawatankuasa itu yang jelas hanya penghias jendela dan tidak berminat untuk mewujudkan pilihan raya adil dan bersih sambil disifatkan sebagai 'main-main'. "Selama ini kita mempersoalkan kerajaan, bukan saja SPR (tetapi) kerajaan sendiri enggan untuk melakukan perubahan untuk pembaharuan terhadap proses perjalanan sistem pilihan raya negara kita. Tiba-tiba Nazri mengumumkan bahawa jawatankuasa ini dipengerusikan oleh seorang menteri, sudah tentu menteri itu akan mewakili kabinet. Jadi bagaimana dia nak pengerusikan sedangkan dia dipertikaikan? soalnya. Datuk Seri Nazri Aziz hari ini menegaskan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pilihan raya akan diketuai oleh seorang menteri bukannya wakil Pakatan Rakyat sambil berkata, keputusan sebelum ini "tidak bermakna tidak." Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyoal pembangkang agar memberikan "satu alasan yang baik" mengapa wakil Pakatan Rakyat seharusnya menyandang jawatan itu. Malah katanya, hanya kedudukan seorang menteri persekutuan akan membolehkan akses mudah kepada kemudahan-kemudahan kerajaan. Jelas Mahfuz, kerajaan pusat sewajarnya mempertimbangkan satu jawatankuasa yang bersifat suruhanjaya, di mana keanggotaannya mesti dipilih oleh parlimen melalui proses pengundian. Justeru itu, jawatankuasa tersebut mestilah melantik individu yang bukan dari kabinet serta bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik. "Jawatankuasa pilihan khas Parlimen harus diletakkan sebagai suruhanjaya, di mana boleh lantik orang luar orang yang dilihat bebas untuk mempengerusikan jawatankuasa tersebut, lalu keanggotaannya dari semua parti pelbagai pihak diletakkan di sana." Malah, ujarnya penubuhan itu nanti akan membolehkan PSC membuat penelitian khas mengenai calon-calon yang layak untuk menyertai jawatankuasa terbabit dan bukan dibuat demi kepentingan politik semata. Tegasnya lagi, rakyat di negara ini perlukan satu perubahan penambahbaikkan sistem pilihan raya melalui lapan tuntutan yang dibuat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai lalu dan bukannya sebuah jawapan palsu. Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. |
Panglima ATM Tak Perlu Jawab, Kami Tunggu Jawapan SPR-Suhaizan Kaiat Posted: 20 Aug 2011 03:03 AM PDT SHAH ALAM 20 0GOS : Tindakan Panglima Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mencampuri urusan politik apabila tampil menjawab pengakuan bekas anggota tentera yang terlibat dalam memangkah ribuan kertas undi pos, diselar Pemuda PAS. Pengarah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang terlibat secara langsung mendedahkan aktiviti berkenaan berkata, pihak yang harus menjawab pendedahan itu ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukannya Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Malah katanya, tindakan Zulkifeli menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh lima bekas anggotanya juga "tidak boleh berlaku". Hal ini kerana, ATM katanya haruslah apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong. " Kita nak maklum balas daripada pihak SPR sendiri macam mana ianya boleh berlaku.. Dan kita harapkan, panglima ini tidak campur dalam urusan politik kerana anggota tentera memang sepatutnya tidak terlibat dalam hal-hal politik dan kita mahu benda ni berterusan sampai bila-bila,"katanya kepada Tv Selangor. Menurut Suhaizan, PAS hanya mahukan penjelasan daripada badan yang bertanggungjawab sepenuhnya mengendalikan proses pilihan raya dan bukannya campur tangan pihak yang tidak terlibat. SPR sehingga kini masih belum menjawab mengenai pendedahan pemuda PAS berhubung pegawai ATM yang diarah memangkah ribuan kertas undi pos. Baru-baru ini lima bekas anggota tentera mengaku diarah oleh pegawai atasan mereka untuk menjalankan kerja-kerja memangkah kertas undi pos bagi pihak orang lain dalam satu sidang media anjuran PAS. Mereka adalah Abu bin Kasim, Mejar Bersara Rizman Mansor, Komando Mohd Kamil Osman, Mohd Nasir Ahmad dan Kamaruzzaman Ibrahim. " Lima individu ini telah mengaku dengan penuh insaf dan mahu membongkar perkara-perkara yang mereka telah lakukan semasa dulu. Mereka rasa mereka bersalah lakukan tersebut dan mereka sekarang ini mahu menyatakan bahawa undi pos ini memang terbuka kepada ruang manipulasi," kata Suhaizan lagi. Sementara itu dalam portal Malaysiakini semalam, pakar Perlembagaan dan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Zulkifeli berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos. Menurut Aziz, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah '"memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga. Abdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana beliau sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu. |
Tak Ada Makna Umum Laksana Reformasi Kalau Tidak Dengar Keputusan PSC Posted: 20 Aug 2011 02:55 AM PDT SHAH ALAM 20 OGOS : Jangan hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Itu ingatan ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersabit pengumumannya bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa pun. Najib sebelum ini dilihat mahu melaksanakan penambahbaikan dalam sistem pilihan raya dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya pada Oktober ini setelah kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipersoal. Namun belum pun reda pertikaian rakyat tentang isu daftar pemilih yang bercelaru dan pengakuan lima bekas anggota tentera yang disuruh memangkah ribuan kertas undi pos, Najib sebaliknya berkata, pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat terhadap PSC yang ditubuhkan. "Kalau dia (Najib) mahu tengok satu perjalanan yang lebih bersih dan adil maka dia kena tunggulah apa-apa saranan daripada jawatankuasa parlimen ini dan melaksanakan (keputusan) supaya semua pihak berpuas hati tetapi sekadar nak tubuh, lepas itu nak buat pilihan raya lebih awal jadi tak ada maknalah (ia ditubuhkan). "Kita bercakap mengenai satu perubahan cara pilihan raya yang rata-rata pemimpin BN bercakap tak perlu, semua (kata) sudah ok. Jadi kalau kita menyerahkan majoriti jawatankuasa kepada orang yang tak berminat dengan satu perubahan yang positif kepada perjalanan pilihan raya, kita tak nampak jawatankuasa pilihan raya ini akan berjaya (tapi) dimanipulasi dan tidak ada apa yang signifikan yang akan dilakukan pada pilihan raya akan datang,"jelasnya kepada Tv Selangor. Menurut Najib, pilihan raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak perlu terikat dengan keputusan yang dibuat oleh PSC mengenai reformasi dalam sistem pilihan raya negara. Perdana menteri berkata, kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan dengan cepat di samping masa yang singkat. "Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' semalam. Namun menurut Hatta, reformasi pilihan raya memerlukan kesungguhan dan iltizam yang tinggi dan bukanlah sekadar penubuhan jawatankuasa yang kemudiannya tidak didengari keputusannya pada pilihan raya umum ke-13. Oleh itu katanya, Pakatan Rakyat tidak akan berhenti daripada terus mempertahankan syarat-syarat yang dikemukakan sebelum ini dan akan membuat keputusan sama ada akan menyertai jawatankuasa itu atau tidak. "Kita akan memperjuangkan dan berhujah, biar rakyat sendiri meneliti betapa seriusnya kita (Pakatan Rakyat), betapa seriusnya mereka (Barisan Nasional). "(Tetapi) sama ada kita menerima untuk menyertai jawatankuasa ini kita akan tengok macam mana perkembangan selanjutnya apabila kita membuat desakan-desakan ini,"katanya lagi. Najib semalam memberitahu, adalah mustahil untuk Pakatan Rakyat meletakkan wakil mereka untuk mengetuai jawatankuasa itu seperti yang dinyatakan sebelum ini. Katanya, individu yang akan dilantik mengetuai jawatankuasa itu tentunya dari parti majoriti di parlimen. Malah ujarnya, pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti. |
PSC : Kenyataan Terbaru Najib Buat PR Makin Sangsi Posted: 20 Aug 2011 02:27 AM PDT KUALA LUMPUR 20 OGOS : Pendekatan yang diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam keghairahannya membawa penambahbaikan sistem pilihan raya ,hari demi hari menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli Pakatan Rakyat akan sejauh mana keikhlasan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) itu. Hal ini kerana, Najib dalam kenyataan terbarunya berkata, parlimen boleh dibubarkan pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menunggu PSC. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat antaranya yang nyata terkilan dengan kenyataan terbaru Najib itu. "Sejauh mana kesungguhan Barisan Nasional untuk penambahbaikan pilihan raya jika kenyataan yang tidak berapa cerdik ini dikeluarkan?,"Nik Aziz dipetik sebagai berkata. Najib petang semalam memberitahu pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya. Bagaimanapun kata perdana menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu. "Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam. Sementara mandat semasa parlimen akan berakhir April 2013, sesetengah pihak berpandangan bahawa jawatankuasa itu memerlukan tempoh satu tahun untuk menyiapkan laporannya. Jawatankuasa itu akan dibentuk Oktober ini. Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh sembilan orang dengan pengerusinya merupakan seorang menteri. Turut melahirkan pendirian yang sama ialah Timbalan Presiden DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw yang meminta Najib menjelaskan sebab Kabinetnya mengesyorkan pembentukan jawatankuasa pilihan khas pada sesi Parlimen Oktober ini jika beliau berhasrat mahu memanggil pilihan raya umum bila-bila masa. "Rakyat Malaysia tertanya-tanya dengan apa yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri apabila beliau mengatakan kerajaan akan berusaha untuk melaksanakan syor-syor dikemukakan oleh jawatankuasa sebelum pilihan raya. "Sebaik sahaja jawatankuasa itu diluluskan oleh Parlimen pada sesi Oktober ini, ia akan mengambil masa, kemungkinan enam bulan atau lebih sebelum ia boleh memberi syor-syor dan undang-undang pilihan raya dipinda dan dilaksanakan," kata Dr Tan yang juga ahli parlimen Kepong. Oleh itu soal beliau, jika Najib mengisytiharkan pilihan raya umum awal, bagaimana syor-syor jawatankuasa pilihan khas ini boleh dilaksanakan. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan