Isnin, 8 Ogos 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


DARI SABAHDAILY-MAFIA DAPAT KERAKYATAN

Posted: 08 Aug 2011 06:23 PM PDT


PENDUDUK Sandakan mengetahui bahawa Ula atau Abdullah, bukan sahaja mendapat suaka daripada pihak berkuasa atas sindiket kongsi gelapnya, 'Maling Kundang'; malah Ula juga mendapat perlindungan daripada Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sabah.

Dengan kerjasama pegawai JPN yang khianat kepada Negara, Ula berjaya menukar identitinya daripada Ula @ Abdullah ketika datang ke Sabah dari Indonesia kepada Halim Bin Ahmad.

Ada kemungkinan, Kementerian Kesihatan juga turut terlibat sama untuk menukar DNA Ula yang berketurunan BUGIS kepada SUNGAI, kerana Ula ini adalah pengundi hantu berasal PATI menjadi Bumiputra dan seorang Warganegara Malaysia.

Sedikit masa lalu, cerita tentang Ula telah disiarkan dalam Sabahkini.Net untuk tatapan umum tetapi tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa; malah semua agensi kerajaan berdiam diri atau lebih tepat lagi menghalalkan kegiatan MAFIA ini berleluasa.

Mungkinkah agensi kerajaan yang dinamakan dalam artikel ini mendapat bayaran, kalau ia mendapat bayaran, kenapa SPRM tutup mata dan telinga? Mustahil semua jabatan kerajaan mendapat bayaran daripada Ula?


Labels:

Abim sedia jadi orang tengah, NGO lain mahu Uthman-Juanda temu

Posted: 08 Aug 2011 06:20 PM PDT

Abim sedia jadi orang tengah, NGO lain mahu Uthman-Juanda temu

August 09, 2011

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Badan bukan kerajaan Islam mahu pertemuan antara pendakwah bebas Dr Muhammad Uthman El Muhammady dan Mufti Perlis diadakan bagi menjernihkan isu "kesesatan" dan "keganasan" ekoran dakwaan fahaman Wahabi — dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) bersedia menjadi "orang tengah."

Bagaimanapun Presiden Abim Amidi Abdul Rahman berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu daripada kedua-dua tokoh agama itu sebelum membuat sebarang keputusan muktamad.

Jelas beliau, sekiranya masih tiada jalan penyelesaian Abim bersedia menjadi "orang tengah" dan pemudahcara.

"Buat masa ini kita berharap perkara ini boleh diselesaikan secara perbincangan atau dialog tapi bila Uthman menolak, pihaknya bercadang untuk berjumpa dengan kedua-dua tokoh terbabit secara berasingan untuk mendapatkan penjelasan.

"Mungkin Dr Uthman ada alasan mengapa beliau tolak, mungkin beliau tidak bersetuju dengan tempat dan mungkin juga beliau ada jalan penyelesaian yang lain... apa-apa pun, kita akan dapatkan maklumat dulu dan kalau tiada jalan penyelesaian, kita bersedia menjadi orang tengah dan pemudahcara," katanya kepada The Malaysian Insider.

Uthman telah menolak pelawaan Mufti Perlis agar diadakan satu dialog berhubung isu itu.

Surat penolakan mengenai idea berdialog, yang dicadangkan diadakan ketika Ramadan ini, diterima Juanda Jumaat lalu.

Ekoran keputusan itu, Juanda berkata, beliau amat dukacita kerana Uthman, yang merupakan Tokoh Maal Hijrah, telah mengambil pendirian menolak jemputan rasmi agar berdialog secara harmoni mengenai isu tersebut yang beliau bangkitkan pada satu mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dua minggu lalu.

Sebelum ini, Uthman yang dipanggil MKN untuk memberi taklimat mengenai Wahabi berkata, beliau sedia menerima pelawaan berdialog Juanda dengan syarat ia diadakan secara tertutup membabitkan pakar-pakar berhubung perkara yang menjadi polemik sekarang.

Kata Amidi, sebarang persoalan mengenai isu Wahabi sepatutnya diselesaikan secara dialog dan kegagalan berbuat demikian boleh menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam dalam negara.

"Sepatutnya diselesaikan secara baik, sebab, apa yang kita tahu mereka berdua ini tidak bersependapat... kita menghormati pandangan Dr Uthman tapi adalah lebih baik ia diselesaikan dengan baik dan harmoni.

"Jadi, kita akan mendapatkan penjelasan mereka dulu, kita mahu perkara ini ditangani secara matang," katanya.

Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin pula berkata, jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan kemelut itu adalah dengan mengadakan muzakarah yang melibatkan cendekiawan dan tokoh-tokoh agama.

"Perlu diadakan muzakarah dan perbincangan secara tertutup bukan secara terbuka, ia perlu melibatkan individu yang berwibawa yang melibatkan cendekiawan dan tokoh-tokoh agama.

"Kalau tidak selesaikan perkara ini ia akan menimbulkan keraguan antara kita, kalau boleh perlu ada pihak ketiga yang menganjurkan perbincangan ini, tapi tidak melibatkan mereka yang berkepentingan," katanya.

Tambah beliau, kemelut yang berlaku boleh diselesaikan dengan baik.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, beliau secara peribadi kesal dengan pihak yang memperbesarkan isu Wahabi yang disifatkannya "tidak sesat."

"Wahabi ini apa? Wahabi bukan mazhab... Wahabi ini adalah amalan, buat apa kita perlu bising akan perkara ini? Wahabi, perbezaan kita adalah soal cara amalan.

"Yang berbeza cara pegangan dari sudut akidah dan tauhid, orang yang tidak faham Wahabi akan kata bukan... saya faham Wahabi tapi saya tidak ikut Wahabi," katanya.

Justeru kata beliau, Uthman sepatutnya bersemuka dengan Juanda untuk menyelesaikan segala masalah yang berlaku.

"Selesaikan secara baik, perkara ini bukan isu besar... pertemuan perlu diadakan antara kedua-dua pihak untuk selesaikan perkara ini," katanya.

Tolak Dialog : Tindakan Kurang Bijak Uthman El-Muhammady, Kata Dr Asri

Posted: 08 Aug 2011 06:10 PM PDT


NI KUAT AMANO NIII..........



SHAH ALAM 8 OGOS : Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan keengganan pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady untuk menerima pelawaan dialog berhubung isu Wahabi sebagai reaksi tidak profesional dan "kurang intelek" pemimpin itu.

Bercakap kepada Tv Selangor, Dr Asri berkata, seorang pemimpin Islam seharusnya mencerminkan sikap cendekiawan dan bukannya membiarkan sesuatu perkara yang dibangkitkannya menjadi pertikaian awam dan dibiarkan begitu sahaja.

"Dukacita sekiranya kita menuduh orang lain, di mana orang yang dituduh itu menjemput untuk mendengar alasan dan hujah tuduhan tetapi kita enggan.

" Ini bukan reaksi interlek dan sikap cendiakawan yang sepatutnya ditonjolkan dalam dunia Islam. Sekiranya kita telah menuduh sesorang dengan tuduhan yang berat dan diminta untuk berbincang eloklah kita berbincang," kata Dr Asri.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan yang diambil penceramah popular, Dr Uthman yang sebelum ini mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme.

Uthman sebelum ini menolak jemputan rasmi dialog oleh jawatankuasa fatwa Perlis setelah penceramah itu mengaitkan beberapa tokoh agama di negara ini dengan fahaman Wahabi.

Antaranya Mufti Perlis sekarang, Dr Juanda Jaya dan mantan jawatan itu, Dr Asri sendiri.

Dr Juanda sebelum ini menyatakan kekecewaannya di atas penolakan Uthman untuk mengadakan satu dialog harmoni mengenai 'kesesatan' dan 'keganasan' Arab Saudi yang dibangkitkan Uthman.

"Bagaimana mungkin seorang yang merupakan 'ahli akademik' takut untuk berhujah secara akademik dan terbuka bagi mempertahankan pandangan dan ideanya yang telah menghuru-harakan negara dan menjejaskan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi akibat tuduhannya yang dibuat secara membabi-buta," kata Dr Juanda dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Mengulas senario itu, Dr Asri menambah, Dr Juanda mahupun jawatankuasa fatwa Perlis mempunyai sebab kukuh menjemput Uthman menghadiri dialog berkenaan.

" (Oleh) kerana ini membabitkan satu tuduhan ke atas sebuah kerajaan sebagai pengganas dan sesat ke atas Arab Saudi, ini adalah satu tuduhan yang besar sedangkan Malaysia ada hubungan rapat dengan mereka (Arab Saudi) dan hubungan ini adalah satu hubungan yang baik (antara negara Islam),"kata beliua.

Ujarnya lagi, insiden ini merupakan sesuatu yang serius dan mendesak ia diselesaikan segera memandangkan umat Islam di Malaysia mempunyai kepentingan yang amat banyak dengan pihak Arab Saudi khususnya dalam hubungan keagamaan, politik, ekonomi dan sosial.

"Pihak saya difahamkan, kerajaan Arab Saudi memandang serius perkara ini, kerana tuduhan berat ke atas negaranya sebagai pengganas dan ini saya lihat ia adalah satu kelemahan yang hadir dari kerajaan pemerintah yang ada.

"Saya tidak katakan perkara ini terbit dari pimpinan kerajaan pusat, namun ia adalah sebagai tanda bahawa kerajaan pemerintah yang sedia ada ini lemah sehingga gagal mengawal organisasi-organisasi yang ada sehingga mereka mampu bertindak sendiri tanpa sebarang halangan,"katanya lagi.

Sebelum ini, Uthman yang dipanggil Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberi taklimat mengenai Wahabi.

Selain itu, Uthman juga dilaporkan turut mengaitkan Dr Asri dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

Bagaimanapun setelah itu, Uthman berkata, beliau sedia menerima pelawaan berdialog dengan Dr Juanda dengan syarat ia diadakan secara tertutup membabitkan pakar-pakar bagi menjelaskan hal itu.

Bagaimanapun, Uthman yang juga merupakan Tokoh Maal Hijrah kemudiannya mengambil pendirian menolak jemputan rasmi itu, Jumaat lalu.


VIDEO MEMPERBODOHKAN RAKYAT

Posted: 08 Aug 2011 06:02 AM PDT


Sidang Parlimen Tergempar, Tunggu Kata Putus Najib - Nazri Aziz

Posted: 08 Aug 2011 01:19 AM PDT



KUALA LUMPUR 8 OGOS : Keputusan usul Pakatan Rakyat agar diadakan sidang parlimen tergempar akan diketahui selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengemukakan usul tersebut kepada perdana menteri petang ini.
Nazri yang menerima usul daripada wakil ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata, beliau tidak boleh memberi sebarang kata putus sebelum berbincang dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bersabit usul tersebut.
"Apa pun saya akan bawa perkara ini kepada Perdana Menteri dahulu dan setelah berbincang dengan Perdana Menteri, baru kita akan berikan respons.
"Saya tidak boleh mendahului Perdana Menteri dalam hal ini," katanya.
Usul itu mendesak agar diadakan sidang parlimen tergempar bagi membahasakan isu pendatang asing yang baru sahaja mendapat status Penduduk Tetap (PR), dalam masa singkat memperolehi status warganegara, yang membolehkan mereka menjadi pengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Usul tersebut diserahkan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof.
"Saya telah dihubungi Yang Berhormat Salahuddin Ayub tentang perkara ini dan saya difahamkan satu memorandum mahu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan saya bersetuju untuk menerima bagi pihak Perdana Menteri.
"Petang ini, saya akan hadir di satu majlis berbuka puasa bersama perdana menteri, insya-Allah saya akan sampaikan memorandum ini kepada perdana menteri petang ini," katanya.
Beliau juga tidak memberikan sebarang jawapan mengenai desakan Pakatan Rakyat agar sidang tergempar Parlimen itu diadakan dalam tempoh tujuh hari.
Keperluan mengadakan sidang parlimen itu begitu mendesak ekoran Pakatan Rakyat mendapati sejumlah pemilih yang disenaraikan di dalam Rang Daftar Pemilih
Tambahan (RDPT) bagi suku ke- 2 tahun 2011 adalah berstatus Peduduk Tetap (PR), bukannya warganegara.
Namun carian semula beberpa jam kemudian di dalam talian Jabatan Pendaftaran negera (JPN) menunjukkan mereka telah menjadi warganegara secara tiba- tiba.
Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Terlebih dahulu, Salahuddin dalam sidang media berkata pihaknya serius untuk menyelesaikan perkara itu yang disifatkan sebagai pengkhianatan kepada negara.
"Kami mahu sidang tergempar Parlimen diadakan dalam tempoh tujuh hari, kita tidak boleh tunggu untuk sidang seterusnya pada Oktober.
"Kami ada bukti bahawa perkara ini berlaku dan kami mahu perdana menteri bertanggungjawab dan komited untuk membersihkan daftar pemilih," katanya.
Kenyataan Salahuddin disokong Mahfuz Omar yang turut menyatakan kebimbangannya bersabit perkara itu, yang padanya akan mengancam kedudukan Majlis Raja-raja
dan Perlembagaan Persekutuan.
"Ia juga melibatkan hal keselamatan negara, bagaimana warga asing boleh diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh yang singkat? Bukan boleh beri kepada semua orang, mereka tidak membantu memajukan negara.
"Ia akan mengancam kedudukan Majlis Raja-raja... mereka juga tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan," tegasnya.

Peguambela Anwar Sedia Temubual Najib, Rosmah

Posted: 08 Aug 2011 01:18 AM PDT



KUALA LUMPUR 8 OGOS: Pasukan peguambela kes fitnah liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menyatakan kesedian untuk menemubual 20 orang saksi yang sudah disenaraipendekkan pada bila-bila masa.

Perkara tersebut dinyatakan peguam Karpal Singh setelah hakim Datuk Zabidin Mohd Diah membenarkan kesemua saksi ditemubual oleh pihak pembelaan pagi tadi.

Karpal yang ditemui media selepas hakim menangguhkan sesi pembelaan hari pertama menyifatkan, arahan yang dikeluarkan mahkamah adalah jelas dan berlandaskan undang-undang.

Menurutnya, mana-mana pihak yang enggan bekerjasama akan disabitkan dengan dakwaan menghina mahkamah tanpa mengira kedudukan dalam kerajaan dan institusi sosial.

"Perdana Menteri dan isteri tidak boleh ingkar arahan mahkamah.. oleh yang demikian mereka harus datang ke sini. Apabila mahkamah mengeluarkan arahan dan ianya hak kami untuk temubual mereka.

"Kita tidak berniat untuk menangguhkan perbicaan ini. Biar kami jelaskan di sini, tidak ada alasan untuk menangguhkan perbicaraan. Malah saya cadangkan kepada hakim kita akan teruskan dengan dua saksi pertama pakar dari Australia. Kita teruskan dengan bukti dari mereka dahulu," jelas beliau ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor antara 20 individu yang disenaraikan untuk tampil ke mahkamah ditemubual sebagai saksi dalam kes liwat melibatkan pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Antara lain termasuk bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusuf, dan pemilik unit kondominium Desa Damansara Hassanuddin Abdul Hamid.

Namun kesemua mereka sebelum ini enggan memberi kerjasama sekiranya mahkamah tidak mengemukakan sepina.

Sehingga kini, pihak peguambela hanya berjaya menemuramah lima individu iaitu bekas atlet negara Datuk Mumtaz Jaafar, doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman, bekas pegawai khas Perdana Menteri Khairil Annas Jusoh, doktor Hospital Kuala Lumpur Dr Anantha Raj Daniel dan kakak Saiful, Saidati.

Karpal seterusnya menyatakan keputusan hakim tersebut adalah bertepatan dengan undang-undang malah ianya bagi mengelakkan daripada dimanipulasi pihak pendakwaraya.

"Mereka perlu datang ke sini (mahkamah). Mereka perlu mengikuti arahan. Kalau Perdana Menteri dan isteri enggan hadir, jadi mereka akan menghina mahkamah termasuk juga yang lain. Ia semudah itu.

"Saksi tidak boleh kata mereka tidak mahu kata apa-apa. Ianya menghalang keadilan. Perlu dijelaskan tidak semudah itu. Anda perlu beritahu apakah peranan kamu (saksi) sebab kalau tidak kamu dianggap menghina mahkamah dan menghalang keadilan," kata beliau lagi.

Ditanya sekiranya hakim akan diberi kepercayaan penuh untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak, Karpal berkata, ianya bergantung kepada Zabidin untuk memperlihatkan dasar undang-undang yang dipegang beliau.

Namun berdasarkan kejadian lalu, Zabidin telahpun menghukum Anwar lebih awal dengan menyatakan Saiful adalah saksi yang relevan sebelum mendengar hujah pihak pembelaan.

Sehubungan dengan itu, Karpal memberi amaran mana-mana organisasi yang berhasrat untuk menggangu perbicaraan perlu bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan didakwa termasuk Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

"Saya serius tentang perkara ini. Jangan beri tekanan kepada hakim. Tiada alasan untuk menangguhkan perbicaraan ini dan ianya berdasarkan undang-undang," tambahnya lagi.

Peguambela sebentar tadi telah bersedia untuk memulakan sesi pembelaan dengan memanggil dua orang pakar dari Australia iaitu Dr David Wells dan Dr Brian McDonald.

Namun Timbalan Pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden memohon tempoh seminggu untuk menyediakan saksi-saksi yang ditawarkan.

Sehubungan dengan itu hakim Zabidin menetapkan 15 Ogos sebagai tarikh mahkamah memanggil semula untuk sesi pembelaan.

Dalam pada itu, Anwar yang ditemui media menegaskan tiada alasan oleh mana-mana saksi untuk tidak bekerjasana dengan peguamnya.

"Kita akan lihat sebab mereka nampaknya begitu yakin dan mereka tahu fakta. Mengapa mereka perlu menolak? Walaubagaimana pun mereka perlu berada di mahkamah dan keputusan menyatakan mereka perlu berada di sini untuk bertemu dengan peguambela.

"Ada yang mengendaikan sepertimana yang disebut Karpal sebentar tadi, kita (peguambela) cuba melengah-lengahkan. Yang memohon penangguhan ini adalah pendakwa.

"Kedua kami telah bersetuju memulakan kes pembelaan esok pagi dengan keterangan dua pakar dari Australia. Tapi mereka minta untuk menangguhkan, jadi kita akan lihat apa yang berlaku pada 15 haribulan," ujar beliau.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman 20 tahun penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan.



Biar Pemimpin Dari Kalangan Rakyat Tadbir Negara- A Samad Said

Posted: 07 Aug 2011 09:38 PM PDT




KUALA LUMPUR 8 OGOS : Ketika negara sudah lama ditadbir oleh pemerintahan dari golongan bangsawan, Sasterawan Negara menggesa rakyat membuat anjakan seterusnya mengubah landskap politik negara demi masa depan yang lebih baik pada PRU ke-13 nanti.

Menurut Datuk A. Samad Said, setelah 54 tahun negara diperintah oleh Umno-Barisan Nasional, kini sudah tiba masanya negara bebas daripada cengkaman rejim yang membenarkan amalan salah urus negara terus berleluasa.

"Sudah tiba waktunya kita adakan perubahan rejim, kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun dan kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu.

"Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya merubah, maksudnya sudah tiba masa kita adakan perubahan rejim ini, bilakan pemimpin daripada rakyat akan memimpin?,"soal beliau.

A Samad Said berkata demikian kepada kira-kira 100 hadirin pada pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, semalam.

Selain mahasiswa, turut kelihatan wakil media alternatif hadir bagi memeriahkan majlis.

Beliau semalam sempat mendeklamasikan sebuah sajak bertajuk "Kepada Cendekia Solidar" yang ditujukan khas kepada gerakan mahasiswa SMM.

Dalam pada itu,Ketua Pengarang web berita portal Malaysiakini, Fathi Aris Omar turut menyatakan, usaha SMM mengajak rakyat membaca media alternatif adalah contoh baik dan perlu disebarkan di seluruh peringkat akar umbi.

Beliau berkata pendekatan ini merupakan satu usaha yang sihat bagi menggalakkan persaingan di kalangan pengamal media.

"Negara demokrasi yang sihat perlu maklumat yang disampaikan oleh pelbagai sumber. Sekarang ini media alternatif banyak tertumpu di kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor," katanya.

Menurut Fathi, media alternatif diwujudkan bagi mengimbangi laporan media arus perdana yang terlalu pro kerajaan sehingga menyebabkan medium sebaran maklumat itu tidak lagi berteraskan prinsipnya yang sebenar.

Kepada Cendekia Solidar

Posted: 07 Aug 2011 09:37 PM PDT

Kepada Cendekia Solidar

A Samad Said
Ogos 8, 11
11:28am

Kepada Cendekia Solidar

Kita wajar ikhlas murnikan sumber kuasa bangsa,
menghakis label-label bongkak yang disusup puaka,
Kini para bangken sedang berlindung di sebaliknya
dengan media gergasi pertajam taring dustanya.

Cendekia muda kini tenaga tulus dan waja
semakin cekal bangkit sebagai wewira perobah.
Mereka tentangi kuasa cemar berlendir dosa,
berazam melawannya demi mengharum satu era.

Pening gas dan pedih air mencemar dekad merdeka;
kuasa bobrok ghairah merongrong demokrasi luka.
Kita wajar mensyahdukan benih kuasa yang sakti,
dan dengan khusyuk mendeklamasi puisi berani.

Senja ini lara, dan kita tetap menyembuhkannya.
Ya, kita dakapi demokrasi tulen seakrabnya.


A Samad Said

Tiada ulasan: