Selasa, 23 Ogos 2011

Tun Saban Balek

Tun Saban Balek


LOBANG NAJIB PECAH LAGI!!!

Posted: 23 Aug 2011 09:44 PM PDT





Kisah disebalik permohonan maaf Kompas



Ahad lalu, harian terkenal Indonesia Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung laporan yang diterbitkan mengenai dirinya dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun, permohonan maaf itu didapati hanya diselitkan dalam satu wawancara dengan Najib. Malaysiakini juga difahamkan bahawa ia juga dilakukan pada saat-saat terakhir oleh pengurusan tertinggi Kompas.

Artikel pedas, yang menjadi kontroversi itu bertajuk 'Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar'. Ia disiarkan pada isu Kompas 4 Ogos lalu tetapi dengan mudahnya boleh dilayari di versi Internet di Malaysia.

Antara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan "mafia Rusia".

Maira Nazarbayev dari Kazakhstan adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah.

Kompas juga dalam laporannya itu menyifatkan Rosmah sebagai menjalani "kehidupan yang penuh kontroversi", dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene.

Menurut penulis, perjanjian yang mencurigakan itu antara faktor yang membawa kepada pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Menyedari artikel berkenaan mampu memberi kesan dan menjejaskan reputasi Najib, dua penasihat perhubungan awam tidak rasmi Najib - seorang daripada mereka dikaitkan dengan konglomerat Indonesia - bertindak segera mententeramkan keadaan - dengan meminta Kompas memohon maaf.

Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.

Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.

Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.

Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.

Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa".

Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh - ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'.

Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'.

Artikel wawancara dengan Najib itu memetik perdana menteri Malaysia itu menafikan dakwaan dalam artikel Kompas sebelum ini dan diikuti dengan permohonan maaf satu ayat yang berbunyi: "Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan Keluarga."

Selain menerbitkan penafian Najib, akhbar itu juga tidak menyatakan bahawa dakwaan dalam artikelnya itu adalah tidak benar. Malah Kompas juga tidak menarik semula balik artikel, yang didakwa menghina Najib dan isterinya itu.

Namun, di Malaysia, media arus perdana mencanang-canangkan permohonan maaf itu dan menyiarkannya di halaman utama mereka. - Malaysiakini

Note: Indon minta maaf tu sbb dia terhutang budi pada najib sbb najib bagi org2 indon kerayatan malaysia.. sikit hari lagi malaysia pun kena gadai kat indon. Apa cerita mintak maaf ni.. ingat ni main pondok2 ke .. cekgubard dah buat tuduhan pada rosmah.. kenapa SPRM x siasat rosmah? cekgubard dah buat report pada SPRM klau kata fitnah kenapa x tangkap cekgubard dan bicarakan dia? Kenapa ko bodoh sgt ek? igt ni zaman batu ke apa.. xder mahkamah.. kena tuduh pastu nafikan kata x buat pastu selesai masalah.. bunuh org, rompak rogol pastu kata je "saya x buat.. mereka semua fitnah saya" pastu seatle masalah? kah kah kah kah

Note: satu lagi.. nak tanya ni.. berapa banyak rosmah bayar kat akhbar kompas tu? kikikiki.. Takkan buat2 lupa pope jip terbabit dalam melobi Media BBC London dengan bayaran yang cukup tinggi juga iaitu RM57 juta. Sebelum ini Matahir juga disahkan telah membayar jumlah yang tinggi semata-mata untuk berjabat tangan dengan Presiden Amerika, G.W.Bush...Kah kah kah kah..



Note: Last nak tanya ni... image kat atas tu adalah image yang di printscreen dari jabatan kastam.. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ada berapa orang dalam Malaysia ni? kih kih kih kih

Bukti kukuh Sialfool tak diliwat,Patut disula saja...

Posted: 23 Aug 2011 05:44 AM PDT





ANWAR KEMUKA BUKTI DAKWAAN SAIFUL PALSU, KONSPIRASI PERINGKAT TERTINGGI

Salam
Hari ini bermulanya satu lagi episod yang akan terus menarik perhatian iaitu kesinambungan perbicaraan kes liwat 2. Kali ini pihak pembelaan akan mengemukakan hujah balas beserta dengan saksi-saksi pembelaan. Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi saksi pertama yang memberi keterangan di peringkat membela diri dan memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh.

Pada keterangannya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan yang segala tuduhan adalah tidak berasas dan ianya hanyalah satu konspirasi yang ingin menghumbannya ke penjara. Beliau juga mengemukakan bukti bahawa tuduhan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, adalah palsu dan berniat jahat. Anwar berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian "enam kaki" dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.


Hubungan sialfools dengan orang kuat umno

Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang mempunyai hubungan dengan Umno dan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.

"Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengaruh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya," kata Anwar ketika memberi keterangan dari saksi tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang, 28 Julai 2008 untuk membincangkan perkara berkaitan kerja.

Beliau menambah, pada peringkat itu, Saiful sepatutnya telah melarikan diri, namun tidak berbuat demikian atas alasan takut.

"Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya," kata beliau lagi.

Menurut Anwar alasan Saiful bahawa dia diselubungi ketakutan adalah bercanggah dengan fakta kes tersebut,

Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia "sesuatu yang menyakitkan."

"Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual mesra dengan saya.

"Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebaliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari," kata Anwar.


Sialfools dalam satu majlis PKR sehari selepas dia dikatakan diliwat

"Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma," kata Anwar lagi.

"Sikapnya seara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari," tambah beliau.

Anwar juga berkata, Saiful tidak terus membuat laporan polis dan membuat laporan perubatan dengan segera, sebaliknya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.


Laporan perubatan dari klinik pusrawi yang membuktikan sialfools tidak diliwat

Selain itu, Saiful juga dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.

Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.

"Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar," katanya.

Tiada ulasan: