Tukar Tiub |
- KEMPEN TELAH BERMULA
- INI SUARA POKO POKO
- SATU LAGI PROJEK TIPU RAKYAT
- HARI KE 25 - TAK LAMA LAGI HARI RAYA
- HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB 1
- SELAMAT HARI RAYA YEOP
- BAIK UNTUK ANDA!
- SILA GUNAKAN BAHASA MELAYU
Posted: 25 Aug 2011 01:27 PM PDT SURAT DARI PEMBACA assalamualaikum tt gua baru sampai kampung untuk cuti raya di kedah dari bangi sampai kampung tengok atas meja ada sepucuk surat bercop setem pos semangat buka.tiba-tiba.... perutusan dari gerombolan! hari yang malang! mula cerita perang badar.lailatulqadar.tahan lapar. merdeka pom pom nakba tiba tiba pasal pilihanraya 'tidak lama lagi' undilah gerombolan untuk kebaikan bersama yang pelik.dia ada alamat penuh.ic etc...ini spr punya kerjalah gua check lagi tengok2 semua ahli rumah dapat. nakba bani melayu sudah tiba! ps: nanti gua try scan then hantor -joe kuala kedah 2011/8/25 hazaha haris salam tt, selamat menyempurnakan ramadhan dan selamat menyambut shawal...insyAllah. saya baru saja jumpa kawan saya pemandu teksi kl pada lbhkrg pukul 9.30 tadi. 1. kawan saya kata, dia berbuka di masjid putrajaya dan lepas tu ada acara bertemu najib dan seterusnya 'angpau' rm400 diagih2kan kepada yang hadir. 2. 'angpau' itu dalam envelope bercop JABATAN AGAMA ISLAM WP , JPM. 3. anggaran drebar teksi yang hadir ialah 3,000 orang. 4. dan ada juga jururawat2, bekas2 askar dan beberapa lagi kakitangan2 kerajaan. bayangkanlah berapa banyak rm dihulurkan...klu drebar teksi je 3,000, dah rm1 juta lebih tu !!! bagi saya, drebar2 teksi dll dapat duit tu, saya tak kesah..bagus jugak boleh ringankan beban menyambut hariraya. tetapi apa cerita orang2 susah lain terutamanya orang2 islam ??? , kerana rm yang diberi tu duit kerajaan jugak duit kita, rakyat. sekian, harap siasat dan komen. wassalam. hazaha haris hazaharis@yahoo.com |
Posted: 25 Aug 2011 01:15 PM PDT INI ROSMAH BERENDAM nota: yang mana satu yang ori? kah kah kah MELAYU TERUS PECAH SEBAB NAJIB LEMAH DAKWA MUFTI PERAK - malaysian insider Harussani Zakaria buat pertama kali mendedahkan beliau pernah menegur Najib Razak berkaitan tiga perkara menyentuh perpecahan orang Melayu yang berterusan - banyak diperkatakan sejak pilihan raya umum 2008. Tanpa menyebut bila pertemuan dengan Najib diadakan, Mufti Perak ini berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah. "Saya kata (kepada Najib) perpecahan Melayu yang berlaku ini disebabkan kerajaan yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah," katanya pada pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti anjuran Sinar Harian hari ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH AKH woit... POKO POKO PUN SUDAH MULA BERSUARA...kah kah kah... kah kah kah...JELAS BAHAWA MAT MONGOL INI TAK POPULAR...kah kah kah... kah kah kah...POKO POKO CAKAP MAT MONGOL LEMBIK... kah kah kah... kah kah kah...MENGAMAL RASUAH.... kah kah kah.. kah kah kah.. HANYA SATU PEKARA POKO POKO TAK CAKAP.... kah kah kah... kah kah kah... TAK CAKAP ADA BADAK DALAM KERAJAAN... kah kah kah... |
Posted: 25 Aug 2011 12:44 PM PDT PERLUAS UNDI POS LUAR NEGARA, SPR MAIN WAYANG :FAUZIAH – keadilan daily Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh membidas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Aziz Yusof, yang mahu memperluaskan sistem undi pos untuk warga Malaysia di luar negara. Ahli Parlimen Kuantan itu menyifatkan SPR sengaja main wayang dan tidak fokus kepada isu sebenar yang terlebih dahulu perlu diperbetulkan seperti pembersihan daftar pemilih, pengunaan dakwat kekal serta reformasi undi pos sedia ada. "SPR ini benda yang lebih penting yang patut dibuat dia tak buat, yang tak patut buat dia nak buat. Penggunaan dakwat kekal contohnya, sudah tidak memerlukan pindaan dan hanya perlu laksanakan apa yang dituntut rakyat. "SPR janganlah nak main wayang dan akhirnya apa yang dituntut tak dilaksanakan," katanya yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Pusat. Beliau mengulas laporan media dalam talian hari ini yang memetik kenyataan Aziz yang mahukan proses itu dilakukan pada pilihan raya umum akan datang. Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur , Aziz berkata, SPR kini dalam proses meminda peraturan pilihan raya untuk membolehkan mereka berbuat demikian. Perubahan dalam peraturan pilihan raya itu katanya akan membolehkan undi pos diperluaskan untuk penjawat awam dan pelajar sepenuh masa dan pasangan mereka di luar negara. Menurut Fuziah, beliau merujuk pendedahan empat bekas anggota tentera baru-baru ini yang mengaku telah menyelewengkan undi pos bagi pihak ribuan anggota tentera dan isteri mereka. "Undi pos yang dilihat punyai risiko manipulasi yang tinggi, boleh disalahgunakan malah telah dibuktikan dengan pengakuan oleh empat bekas anggota tentera yang mengaku memangkah ribuan undi pos," kata Fuziah. PENIPUAN SPR INI BUKAN SATU YANG BARU TERJADI PEMUDA PAS TOLAK UNDI POS LUAR NEGARA – harakah daily KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia menolak keras cadangan yang dikemukakan oleh SPR untuk meminda peraturan pilihanraya bagi membolehkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengundi secara pos. Cadangan tersebut jelas tindakan yang bercanggah dengan desakan PAS dan Pakatan Rakyat yang mahukan SPR mereformasi undi pos, bukannya menambahkan lagi jumlahnya. Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menegaskan, pihaknya amat kesal dengan cadangan SPR itu kerana ia jelas bertentangan dengan hasrat rakyat yang mahukan SPR melaksanakan pilihanraya di negara ini dengan bersih dan adil. Menurut beliau, untuk membolehkan pilihanraya dilasanakan dengan bersih dan adil, antara desakan yang dibuat oleh rakyat terhadap SPR termasuk menerusi himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur termasuklah manambah baik undi pos. Katanya, namun cadangan terbaru dari SPR itu jelas menunjukkan sikap sebenar SPR yang tidak mengendahkan desakan rakyat, sebaliknya membuat cadangan mengejutkan untuk memperbanyakkan lagi undi pos dalam pilihanraya di negara ini. "Tindakan Pengerusi SPR itu ternyata bertentangan dengan Perkara 114 (2) Perlembagaan Malaysia. Pengerusi SPR sendiri perlu sedar dengan kedudukannya yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. "Oleh itu, Pengerusi SPR perlu mengendalikan pilihanraya di negara ini dengan adil dan tidak memihak kepada mana-mana parti. Beliau perlu bekerja dengan jujur, bertanggungjawab dan mendapat kepercayaan Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini. NOTA: memang tepat spr sebagai barua sedang cuba melakukan sesuatu untuk terus menipu lain yang dituntut lain pula yang diberi semua bertujuan menipu tujuan untuk mengadakan undi pos diluar negara adalah untuk menghalalkan undi pos dalam negara dengan mencadangkan ada undi pos diluar negara maka spr dilihat sedang melakukan sesuatu untuk dilihat undim pos ini baik pooorrrrah! panddy kutty waspada! ini semua tipu helah barua gerombolan ada yang dutuntut oleh rakyat ialah: 1 – hapuskan undi pos 2 – gunakan dakwat hitam 3 – panjangkan tempoh berkempen 4 – bersihkan senarai pengundi empat tuntutyan ini tidak perlu akta atau undang-undang empat tuntutan tidak perlu sidang parlimen empat tuntutan ini untuk memastikan piliharaya bersih dan adil nota: kalau 4 tuntutan ini tidak dijalankan gerombolan menang maka ini bermakna rakyat ditipu ini bermakna pakatan rakyat kena tipu |
HARI KE 25 - TAK LAMA LAGI HARI RAYA Posted: 25 Aug 2011 01:14 AM PDT MUSAFIR BERBUKA DI RIVERVIEW MENCARI CIK MEK MOLEK aku telah mendengar kesah ini – lama dulu dari mulut ke mulut - dari perawai saheh dari perawi kurang saheh dari tukang labon yang memungut cerita dari mulut ke mulut kesah erotik cik mek molek cik mek yang bergetah dan cun lalu aku pulak ingin menjdi perawi yang saheh ingin menurunkan kesah ini lalu aku turun ke sini merayau dan merayau rayau tidak adalah nikmat yang paling nikmat dalam bulan puasa ini melainkan berjalan di bazar ramadan bukan bazar di bangsar bukan bazar di cheras atau d kuala selangor ini bazar ramadan di kota baru bazar yang aku rasa terbesar di timur terusan suez seluas setengah padang bola kalau bukan bulan ramadan ini mungkin tempat letak kereta wilyah yang tidak susah untuk di cari GULAI KAWAH - BUKAN DAGING IMPOT lima lorong yang kiri kanannya penuh dengan kueh dan mueh pelbagai jenis masakan pelbagai lauk dan pauk mimpikan apa saja ianya aklan muncul depan mata dalam hidup ini kalau mengaku rakyat malaysia wajib datang sekali ke bazar ini sekali pun cukup di bazar ini aku berjumpa dengan nasi kerabu nasi berlauk nasi kuning nasi pulut yang aku tak jumpa hanya nasi kang kang ada ikan bakar ikan percik ayam percik ayam sira pulut lepo akok apong ambun seri ayu seri muka buah gomoh puteri mandi rosmah berendam cucur rosmah jalan mas roti jalan net bat jemput malas biji nangka kueh kuci cik mek molek jumpa batang buruk untuk aku tarikan yang paling jadi tarikan pastilah air tuak beli segar atau kalau rajin simpan sekejap lagi nikmat hanya di bazar kota baru kita akan bertemu dengan ait tuak kelapa tuak segar membugarkan selera dalam berpusu-pusu dalam berasak asak kita akan temui yang yang diidamkan cari dan carilah pasti bertemu aku rambang mata tapi inilah nikmatnya awas ! mata kita dibulan puasa ini mungkin lebih lapar dari perut kita jadi berhati hati bila membeli cik mek molek memang ramai dalam bazaar ini yang molek molek ramai slim dan cun colel lote balak pulak ok je tapi kulit ke laut dak tak cerah lagi kah kah kah akau ternampak ramai yang telah jadi ratu kentuki ramai yang telah jadi ratu mek dogal ramai yang kelihatan menjadi keluarga kentuki friend chicken yang bahagia tapi belum kelihatan yang dapat menandingi bik mama tapi potensi untuk berkilo kilo macam bik mama kelihatan jelas ini bahaya besar akan berakhirkah cik mek molek kerana makan kentuki? BUAT LAH PILIHAN nota: berhati hati dengan sontam atau kerabu siam agak banyak campuran aji no moto APA YANG AKU BELI ikan pecik ondeh ondeh gulai siput sedut ( sayng sekali siput agaj kecik) gulai batang keladi acar kota bahru sambal petai serunding daging DIMANA BERBUKA - JIKA MUSAFAIR di tepi sungai – riverview – wilayah cool kerana kami nasib baik tak jauh dari meja kami ada 3 orang cik mek molek juga berbuka puasa APA YANG KAMI MINUM air tuak sepanjang masa PESANAN untuk warga yang bukan dari kelantan datanglah sekarang ke kota bahru sebelum kota bahru rosak kerana kerajaan pas telah dan sedang terpengaruh untuk mendirikan lebung bertiang betul betul di tengah bandar siapa punya idea bangang ini walalh hulaam DISEBELAH MAMAT JUAL BAJU BESIH FORUM DAN BENGKEL cukup seronok tapi yang paling seronok ialah aku berjumpa dengan mamat yang kena tangkap jual baju t bersih ini sms darinya: ceritanya bagini aku jual baju tu sepuluh helai modal 18 aku jual 25 untuk aku akan gunakan untuk bubuh minyak untuk ke bersih dengan van pergi seramai 10 orang aku suruh abang syam letak nama aku kat tukat tiub pasal aku menjadi bannga nama aku ada disitu kalau abg syam letak nama mamat penjual baju sapa pun tak tahu kah kah kah best tak cerita MALAM MALAM DAN MALAM jangan lupa malam ada colek ini tradisi kota bahru sesudah tarawih semua akan mencari colek kami ke kampong kota berjumpa dengan bekas yb dan pemimpin pkr bekas yb ini belanja kami makan colek - sekali dalam hidup mesti pandai colek mencolek LEWAT MALAM HINGGA PAGI sesudaj mencolek kami ke wakaf che yeh ini tempat paling cool tempat minah cun dan awang kiut berjalan dan mencari cari apa yang dicari aku pun tak tahu sesiapa datang ke kb wajib ke sini tapi paling meriah adalah ketika ini - sebelum raya tarikan yang paling cool ialah lagu lagu dangdut nyanyian cik mek moleh dari petani lagu lagu dikir erotik dari minha cun selatan siam ketika disini tidak ada yang sedar bahawa kita sesdang berada di serambi mekah kerana semuanya cantik dan menarik NOTA: terima kaseh kota bahru pasti datang lagi walau pun akhirnya tidor dengan batng buruk sendiri kah kah kah p/s gambar dirembat dari album topeng perak Selamat Berbuka Puasa |
HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB 1 Posted: 25 Aug 2011 12:53 AM PDT BERNAFAS DALAM LUMPUR ADA KOMPLOT JATUHKAN NAJIB DALAM UMNO – keadilan daily Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata bukan setakat Mohd Khir Toyo, tetapi Najib Razak juga menjadi mangsa konspirasi oleh pihak tertentu dalam Umno. Ia berhubung dakwaan bekas Menteri Besar Selangor itu bahawa tiga menteri kabinet, termasuk seorang dari negeri itu, mahukan beliau dipenjarakan dalam kes rasuah yang dihadapinya. Menurut Shuhaimi, selain Khir, wujud perancangan serius untuk singkirkan Najib selaku perdana menteri dan Presiden Umno yang didalangi bekas Mahathir Mohamad. Malah katanya, suara-suara untuk memaksa Najib berundur didengar semakin keras menjelang perhimpunan Agung Umno yang akan bermula pada penghujung November ini. "Dalam Umno ini bukan setakat Khir Toyo, bahkan Najib juga akan dikonspirasikan di Putrajaya. Bukan satu rahsia bahawa ini adalah perancangan Mahathir," "Ini kerana di Selangor, Khir Toyo adalah liabiliti, di peringkat pusat Najib menjadi liabiliti kerana peranan isterinya bukan tinggalkan legasi tetapi tinggalkan liabiliti kepada Najib Razak," kata beliau kepada Keadilandaily.com. Ditanya samada dakwaan konpirasi terhadap perdana menteri itu hanyalah spekulasi pembangkang semata-mata, Shuhaimi berkata 'Dalam Umno ini spekulasi itu lah yang benar'. "Ini bukan rahsia dan bukan cerita baru di dalam Umno," ujarnya lagi. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH NOTA: dimasa mat ngantuk dulu lama juga baru ada komplot masa mat mongol ini belum sampai tiga tahun dah ramai berkomplot komplot ini bukan saj nak jatuhkan toyo komplot ini nak jatuh kan mat mongol juga apa nasib punya badan siang ternampak nampak yang slim melim malam terlentang berkhayal yang slim melim raba punya raba teraba badak tua kah kah kah |
Posted: 25 Aug 2011 12:35 AM PDT NOTA: siapa dekat wilayah ini sila lah datang berhari raya kampong ini nikmatilah suasana kampong\ nasib nasibn baik jumpa cik gu shida kah kah kah ini lagu raya lagu rakyat orang perok kah kah kah nota: siapa ada klip saloma lagu selamat hari raya yang ada seni kata: ...dam dam dum bunyi mercun kanak kanak datang berduyun duyun... sila hantar untuk kita sama sama merayakan untuk sama sama kita berdam dam dum KEJOR YEOP KEJEOR JANGAN LUPA RENDANG TOK |
Posted: 24 Aug 2011 09:23 PM PDT IKLAN LEBAI SAUH HISHAMUDDIN TERIMA UGUTAN ,PELURU HIDUP - meloya Hishammuddin Hussein mengesahkan beliau menerima dua butir peluru hidup dalam sepucuk surat yang diposkan ke pejabatnya di Putrajaya kira-kira pukul 2 petang hari ini. Dia berkata, surat yang turut mengandungi nota ugutan tulisan tangan itu dialamatkan kepadanya dan diterima oleh kerani kepada Pegawai Khasnya, Wan Najmuddin Mohd. "Dalam surat yang di pos ke pejabat saya itu, di dalamnya terdapat sebuah buku yang di tengahnya ditebuk dan diletakkan dua butir peluru hidup beserta nota ugutan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH BAIK UNTUK ANDA NOTA: rakyat satu negara wajib bersimpati dan mengutuk kerja jahat ini ini kerja jahat untuk merosakkan negara tercinta kita negara yang syumul untuk digomol justeru mari kita sama sama berfikir siapkah yang membuat kerja lakna ini: kemungkinan satu : ini kerja kompeni whiskey kemungkinan dua: ini kerja syarikat todi kemungkinan tiga: ini kerja syarikat air anggur peranchis kemungkin empat: ini kerja syarikat sake jepun kenapa? kerana malaon ini iklankan syarikat sauh syrikat lain jaki dan cemburu mereka naik bengang kah kah kah ATAU ini kerja syarikat besi dari negeri china syarikat ini marah kerana bil keris 5 tahun dahulu masih belum dibayar kah kah kah |
Posted: 24 Aug 2011 08:36 PM PDT NOTA: kenapa tetiba tidak mengunakan bahasa melayu kenapa tak gunkan bahasa yang mak cik felda faham pasal apa guna sperma? apa itu sperma? pasal apa rasa malu nak berlapik lapik pasal apa guna perkataan dubur ini bukan perkataan rakyat ini bukan perkataan mak cik felda tahuk berita ini mengikut pejuang bahasa melayu ialah: JARANG BOLEH DITEMUI AIR MATI AKTIF SELEPAS 65 JAM BERHUJUR KATA PAKAR kah kah kah kah kah kah kah kah kah nota: jangan malu jangan segan jangan beronani melancaplah! JARANG BOLEH TEMUI SPERMA AKTIF SELEPAS 65 JAM SEKS KATA PAKAR - minsider Patologi forensik dari Australia mengakui kemungkinan boleh menemui kepala sperma pada badan seseorang sehingga satu tempoh selama 65 jam selepas mengadakan hubungan seks, tetapi mengakui penemuan saintifik tidak boleh bersandarkan pada keadaan yang jarang-jarang wujud. Dr David Wells, saksi pakar pasukan peguam pembela dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika disoal oleh pendakwa raya mengenai kewujudan kepala sperma selepas 65 jam hubungan seks diadakan, mandi dan membuang air besar. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan