Jumaat, 19 Ogos 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


HARI KE 19 KITA BERPUASA

Posted: 19 Aug 2011 03:30 AM PDT




SELAMAT BERBUKA PUASA


kita jangan terlalu anggkuh
kita jangan terlalu sombong
kita berjalan ini semuanya ke sana

majusi
nasrani
muslimin
atheis
hindu
buddha
sunni
shia

dunia ini milik semua
dunia ini bukan hanya milik kita
dunia ini kita berkongsi
berok
cikah
lotong
ungka
cacing
semut
babi
anjing
tikus
lalang padi
ikan patin pun sama
rumput juga ada hak atas dunia ini

dunia ini milik anak semua bangsa
dunia ini milik anak semua agama
dunia ini kita pinjam

kita pinjam dari anak kita
yang meminjam dari cucu kita
yang meminjam dari piut kita
yang meminjam dari biut kita

kita hanya bertransit disini
apa kau tahu apa transit

kau tak pernah transit di pudu raya
kau tak pernah transit di kl sentral
kau tak pernah transit di narita ketika ke new york
kau tak pernah transit di dubai ketika ke london
kau tak pernah transit di bahrain ketika ke mekah

pernah ketika transit itu
kau mahu miliki semua di pudu raya
termasuk kedai buku dan jamban sekali?

bila kita transit ringan lah ringan
bila kita transit jangan memberat pikulan

esok bila kau berjalan
esok ketika kau lapar dan dahaga
baru kau sedar betapa indahnya badan yang ringan
baru kau sedar betapa nikmatnya hati yang ringan

lapar dan dahaga ini
lapar dan lapar ini
untuk kau tahu nilai secanggir air
bila kau lapar baru kau tahu nilai sekepal nasi
bila kau lapar baru kau sedar nilai sekeping roti

jadi jangan anggkuh
jadi jangan sombong
kita kau singgah sebentar disini
kita kau dan aku hanya duduk sebentar

munkin
80 kali kau bertukar kasut
80 kali kau bermusim dingin
80 kali kau sambut hari natal
80 kali kau buka champagne itu
bukan lama hanya 80 ramadan
atau munkin lebih atau mungkin kurang
tak perlu sibuk sibuk ketika singah disini

aku
aku pun macam kau juga
petang ini aku ke kota bahru

selamat berbuka puasa




NOTA

MARKET IN MELTDOWN -GLOBAL RECESSION
- guardian london

Markets in meltdown amid new global recession fears

Frenzied selling wipes £62bn off value of FTSE and Dow Jones plummets in another tumultuous day for world economy

LAGI LAGI UNDI POS

Posted: 18 Aug 2011 10:15 PM PDT




NOTA:


PENTING:
sebelum baca ini
baca berita di bawah dulu




susudah baca berita di bawah
baru boleh baca berita ini

undi pos ini undi tipu
seluruh negara tahu

tapi pelik
pak jeneral kita
tak tahu
buat tak tahu
tahu tapi bujat tak tahu
atau buat buat tak tahu

ini bukan buat tahu itu
tahu itu air kacang soya
kah kah kah


FAHAMI DAN HAYATI








TENTERA HANYA PERLU SETIA KEPADA NEGARA , AGONG - maslaysiakini

Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.

Abdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.

"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong," kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik.

"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah."

Zulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.

Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Penafian kosong

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang.

Sedangkan, dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos adalah jenayah.

"ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Abdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana dia sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.

"PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham," katanya.

Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan".

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
ini pandangan seorang ilmuan
ini bukan kang kong
jangan silap faham
jangan anggap kerana sosok ini anti undi pos
maka sosok ini dianggap ilmuan

tidak bagitu cara membaca siapa ilmuan
dan siapa kang kong

untuk memahami sepintas lalu
sila perhatikan pandangan
kommentar
tulisan
pendapat
ilmuan ini

dalam kontek ini sang ilmuan
adalah intelektual orang ramai - public intelectual
bukan dimiliki oelh daulah
bukan dimiliki oleh syarikat rokok
bukan dimiliki oelh syarikat judi
bukan dimiliki oleh syarikat minyak

ertinya bukan menikus nak jadi ketua cawangan
ertinya bukan membodek nak jadi calon
ini termasuk yang dalam barisan
ini termasuk juga yang dalam pakatan

woit.. jangan ingat dalam pakatan tak ada kaki bodek
kaki bodek ini wujud dimana mana kah kah kah

apa yang penting ilmuan ini sedang berjihad:
berjihad?
berjihad ialah bercakap benar dihadapan kerajaan yang zalim

nota:
bercakap benar dihadapan pemerintah kuku besi
adalah perbuatan revolusineer

nota:
masaalah kita sekarang ini ialah
terlalu ramai orang yang baik dan jujur
dalam masyrakat kita tetapi tidak
melakukan apa apa
inilah yang menjadikan malapetaka berterusan!



SIAPA BERCAKAP BENAR

Posted: 18 Aug 2011 09:16 PM PDT




NOTA:

undi pos bukan satu yang baru
tahun demi tahun undi pos dilaawan
kali ini semakin ramai bekas pengundi pos
datang untuk memberi tahu apa yang berlaku
di belakang tabir

nampaknya ada pulak yang mengatakan
penipuan undi pos tidak wujud
semua berjalan bersih dan suci

atau sengaja tak faham
ataubuat buat tak faham
atau buat donno


maka

dibawah ini dua berita tentang undi pos
maka terpulang pada pembaca untuk menilai
siapa bdeercakap benar
dan siapa kaki kelentong


SIAP YANG BERCAKAP BENAR?



nota:

siapa yang kuntau
siapa yang muntau
siapa yang lentong
siapa kelentong
tong tong tong



ATM NAFI SELEWENG UNDI POS TENTERA - berita hairan

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyangkal dakwaan berlaku penyelewengan dalam undi pos di kalangan anggotanya dan bertegas undi pos tentera adalah bersih, telus dan profesional tanpa sebarang campur tangan pegawainya.

Panglima ATM, Jeneral Zulkifeli Mohd Zin turut menyifatkan dakwaan empat bekas anggota ATM mengenai penyelewengan itu sebagai tidak berasas kerana tidak disertakan dengan bukti selain kesal kerana ada pihak cuba mengheret ATM ke kancah politik.

"Dakwaan itu ternyata tidak benar kerana ATM sentiasa menghormati hak kebebasan mengundi anggotanya serta ahli keluarga mereka berteraskan prosedur yang diamalkan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) pertama, selaras prosedur dipraktikkan semua negara yang mengamalkan demokrasi.

"Mereka (anggota tentera) bebas untuk mengundi calon pilihan mereka dan proses pembuangan undi juga dilakukan mengikut prosedur yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1958 dan Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sidang media khas itu diadakan bagi menyangkal tuduhan dibuat empat bekas anggota tentera yang mendakwa pernah diarahkan menanda kertas undi pos untuk anggota tentera lain pada beberapa pilihan raya, termasuk PRU ke-5 (1978); ke-7 (1986) dan PRU ke-10 (1999) pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat PAS, kelmarin.


BEKAS TENTERA DAKWA MENGUNDI SAMPAI LENGOH - malaysiakini

Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau (foto kanan) mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini.



Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah" sepanjang tempoh tiga hari tugasnya itu.
"Jadi ruang untuk manipulasi memang terlalu besar," katanya yang turut mendedahkan bahawa beliau turut diarahkan untuk memangkah undi bagi pembangkang.

"Sebab itu memang ada tempat yang PAS menang dengan undi pos," katanya yang menambah, kertas undi yang dibekalkan ke kem berkenaan bukanlah untuk sesuatu kawasan pilihan raya sahaja.

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah Mohamed Nasir Ahmad yang pertama kali muncul pada awal bulan ini dengan dakwaan berhubung penyalahgunaan undi pos di Kem Sandakan pada 1986.

Mohamed Nasir Ahmad, 50, mendakwa pernah memangkah lebih 400 kertas undi pos dalam tugasnya di kem itu.

Apa yang menghairankannya, tidak sampai 100 orang daripada setiap batalion didakwa telah mendaftar sebagai pengundi pos, namun kertas undi tetap dikeluarkan atas nama mereka, dakwanya lagi.



Tambahnya (foto kiri), kertas undi berkenaan mungkin dikeluarkan untuk anggota yang bakal bersara dan menjalani latihan peralihan.

"Mereka ini duduk berterabur di serata negeri. Mana ada masa untuk balik ke kem," katanya lagi yang berkata anggota tentera telah menerima arahan melalui perintah tetap supaya tidak terlibat dalam politik.

"Kita tidak ambil penting sangat apa yang kita buat itu. Bila ada gelombang BERSIH, barulah kita ada kesedaran," katanya lagi.

Turut bercakap dalam sidang media tersebut ialah seorang bekas pegawai tentera, Mejar (B) Risman Mastor dan seorang bekas anggota komando tentera udara, Mohd Kamil Omar.

Mohd Kamil mendakwa, beliau pernah ditawarkan satu "habuan" oleh pegawai atasannya untuk tugas menanda "sekotak kertas undi."

Mohd Kamil bagaimanapun mendakwa, beliau tidak menjalankan tugas berkenaan kerana mengetahui perkara itu "tidak betul."



Risman (kiri) pula mendakwa beliau pernah menanda kertas undi ketika bertugas semasa pilihan raya dijalankan pada tahun 1978.

"Tapi saya tidak ingat berapa sebab nak cepat," katanya lagi yang menganggarkan jumlah yang ditanda itu didakwa tidak lebih daripada 100 kertas undi.

Risman yang bersara pada tahun 1996 itu mendakwa telah berbuat demikian ketika bertugas di Kem Majidee, Johor.

Mengulas dakwaan yang dilakukan bekas tentera berkenaan, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata pergerakan itu akan meneruskan usaha mendedahkan masalah dalam sistem pengundian pos.

Mekanisme sedia ada tidak membolehkan SPR dan juga wakil parti politik mengesan kesemua kertas undi yang dibekalkan kepada pengundi pos, katanya.

Beliau juga berharap kerajaan akan dapat melaksanakan perubahan ke atas sistem pilihan raya, sebelum pilihan raya ke-13 dijalankan.

nota:

dah baca?
dah faham?
siapa kelentong siapa?
tong tong tong
kah kah kah

Tiada ulasan: