Tukar Tiub |
- SUSAHNYA JADI MELAYU INI
- HARI HARI AKHIR SA EKOR NAJIB
- SELAMAT BERBUKA PUASA
- SATU LAGI MALAPETAKA
- CERITA YANG TAK MASUK AKAL
- SEMUA MENTERI KENA NASI KANG KANG
- SURAT DARI PEMBACA
- KES BINI ROSMAH DIBUKA DI PARIS
Posted: 04 Aug 2011 01:40 PM PDT INI PUN MELAYU JUGA nota: entot susah tak entot susah semua bikin susah kah kah kah HASAN ALI PERTAHAN JAIS , DAKWA ADA USAHA MURTADKAN MUSLIM - minsider KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Hasan Ali mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama semalam atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam. Hasan menegaskan maklumat yang beliau diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan malam tadi. Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan "Quran" dan "pray" diselitkan pada ucapan di majlis itu. Hasan menambah seramai 12 orang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat. Mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. "Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan," kata beliau menerusi kenyataan akhbar petang ini. Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu menambah anggota penguat kuasa Jais dan polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur. "Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai," kata Hasan lagi. Jelas beliau, apabila majlis hampir tamat, Jais dan polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti. NOTA: dalam dunia ini tidak ada lah yang paling susah melainkan dilahirkan sebagai melayu dalam dunia ini tak adalah bangsa yang paling senang jadi murtad kongsi raya dengan china jadi murtad ucapkan selamat dewali jadi murtad ucapkan merry x-mas jadi murtad pakai baju santa clause jadi murtad masuk gereja jadi murtad susah jadi melayu pagi di tipu meloya petang di tipu rtm malam ditipu tv 3 hidup dengan harapan mati menunggu janji menang sorak tapi tanah tudm tergadai menang sorak tanah ktm di singapura hangus menang sorak negara di ambil eeee yang peliknya kenapa tak tangkap melayu yang makan di mek dogal kenapa tak tangkap melayu yang makan di kentuki fried fak kenapa tak tangkap melayu yang makan di setar bak bukankah tempat tempat ini nak mengamerikkan melayu kah kah kah |
Posted: 04 Aug 2011 05:38 AM PDT HARI HARI AKHIR MAT MONGOL PAS DAKWA ADA GERAKAN JATUH NAJIB DALAM UMNO - mkini PAS hari ini mendakwa wujudnya 'gerakan' dalam Umno untuk menyingkirkan i Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri. Setiausaha agung PASk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dan isterinya, Rosmah Mansor dilihat sebagai "liabiliti kepada BN". "Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri. "Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan wujudnya 'pertemuan sulit' antara Menter Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat dan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan wujudnya 'pertemuan sulit' antara Menter Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat dan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang. Mustafa mendakwa isu pertemuan tersebut sengaja dibangkitkan bagi mengalih isu dalaman Umno iaitu gerakan menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri yang disifatkan setiausaha agung PAS itu sebagai "agak serius". Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan identiti gerakan tersebut walaupun dipujuk pemberita berkali-kali tetapi mengesahkan wujud 'gerakan' tersebut dan ianya "agak kuat". "Ia bukan perang psikologi, tapi ia memang betul... Tunggu satu atau dua minggu lagi akan lebih nyata (kedudukannya)," katanya. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH AKH woit... SEDIH... SEDIH... SEDIH... DAN PILU.... kah kah kah.. kah kah kah...HIDUP DI DUNIA INI TAK BERMAKNA LAGI... kah kah kah.. kah kah kah...JIKA BIK MAMA TAK ADA LAGI.... kah kah kah.. kah kah kah... DUNIA INI MENJADI RINGAN.... kah kah kah.. kah kah kah...GEMPA BUMI AKAN BERKURANGAN... kah kah kah.. woit... SEDIH SEDIH SEDIH.....JIKA MAT MONGOL TAK ADA LAGI... kah kah kah.. kah kah kah... TAK ADA LAGI LAWAK DAN KOMIDI.... kah kah kah.. kah kah kah...MACAM MANA NAK KETAWA TAK KERING GUSI.... kah kah kah.. kah akh akh...MAT MONGOL TAK ADA... MANA ADA KOMIDI....kah kah kah... kah kah kah... MALIKUL SEMBAB...ISTERINYA COMEL DAN SLIM ...kah kah kah.. kah kah kah...MALIKUL TAK RASUAH... ISTERI BELI BAJU KEDAI BUNDLE... kah kah kah... kah kah kah...TUKAR TIUB AKAN TUTUP KEDAI.... kah kah kah... nota: najib akan tercatit sebagai pm yang paling suwei sekali satu demi satu timbul semua nya menunjukkan najib ini suwei inilah nasib kahwin dengan mak janda kah kah kah inilah gerakan anti najib inilah kumpulan tak suka rosmah sila baca PENAWAR DESAK NAJIB LETAK JAWATAN - mso Maklumat yang baru saya terima sebelum jam 12:00 tengah hari tadi agak menggegarkan juga. Berita ini memberi masalah baru kepada perdana menteri yang saat ini sedang sakit lutut dan kini sedang berihat di hospital. Sumber ini sudah pun memberi bayangan beberapa hari lalu tetapi tidak menceritakan bagi mensuspenkan saya? Lagi pun kejadian yang boleh menggeletarkan lutut Najib itu masih belum berlaku. Berita yang dimaksudkan itu ialah mengenai persatuan dianggaotai bekas-bekas wakil rakyat Umno yang bernama Penawar. Persatuan ini dianggotai oleh bekas-bekas wakil rakyat Umno. Ia bukan Mubarak. Bolehlah dikatakan Penawar ini sebagai persatuan kedua yang melibatkan bekas-bekas wakil rakyat. Ia agak kritis sedikit berbanding dengan Mubarak yang menjadi aji no moto kepada Najib. Apa ceritanya? Ceritanya Penawar katanya tekah mendesak Najib Razak supaya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. Sebabnya mudah, Najib dikatakan lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Isu kelembapan ekonomi dan kurang minat pelabor untuk datang melabur juga dijadikan penyebabnya. "Mesyuarat itu diadakan beberapa hari lepas. Ianya dipengerusikan oleh Aziz Shamsuddin, bekas menteri pembangunan luar bandar di zaman Abdullah Badawi dan juga bekas setiausaha politik Mahathir Mohamad," cerita sumber itu. Tambahnya hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Aziz Yassin (abang kepada Muhyiddin Yassin), Mokhtar Hashim (bekas menteri belia dan sukan), Tamrin Ghaffar (anak Ghaffar Baba) dan beberapa yang lain. "Biar betul?" tanya saya kepada sumber inginkan kepastian. "Betul, you boleh chek.." katanya tegas dan penuh yakin. Saya tidak meragui desakan berkenaan. Usaha untuk menyingkirkan Najib ini sudah lama berjalan. Sebelum ini satu perhimpunan veteran Umno yang dihostkan oleh Sanusi Junid turut menyatakan perkara sama. Sanusi Junid sendiri katanya mengatakan kekesalan kepada Najib apabila perdana menteri itu berlembut dalam soal Melayu kerana hendak menjaga kuasa. Maklumat terbaru ini sudah pasti menganggui fikiran dan kesihatan Najib. Walaupun Penawar ini sebuah NGO nyamuk tetapi suara mereka tetap memberi kesan kepada pentadbir Najib dan juga wibawa Najib sebagai perdana menteri. Kalau desakan nakal yang menyenakkan dada begitu dibuat oleh Ngo di luar Umno dan tidak ada kena mengena dengan Umno tidak menjadi masalah. Tetapi bila ianya disuarakan oleh Ngo Umno sendiri ini sudah ada masalah. Apakah desakan itu menjadi pencetus ke arah untuk menumbangkan Najib? Sama-sama kita tunggu protes secara senyap ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH |
Posted: 04 Aug 2011 03:05 AM PDT HARI KE EMPAT awan berkumpul melindungi matahari awan memanggil anak beanak awan menjemput kaum kerabat awan melambai sahabat dan taulan seperti mendapat arahan awan berligar berkawan kawan mengawal panahan matahari agar puasa hri ini sejuk dan nyaman kaum kerabat yang datang mula berpusu pusu menari beamai ramai bergonjeng tak tentu pasal berasak berasaklah awan langit himpit berhimpit mega menjadi mendung mendung berat menghitam hingga pecah berderai retak tebarai bertaburan gugur maka renyailah bumi maka segarlah rumput maka basahlah tembok maka selesai puasa hari ke empat tanpa dugaan tanpa ganguan WARUNG masih belum melihat pasar ramadan lagi malam tadi melintasi chow kit batu road warung dan gerai telah terpacak sedia untuk berjulaan hari raya PETANG INI tak ada apa apa tidak meemasak apa apa jam telah enam petang dengan harapan akan ada sesuatu yang datang lalu teringat ini bukan kampong ini di fle tidak ada ketukan pintu tidak ada sedekah di tangga! |
Posted: 03 Aug 2011 11:02 PM PDT MALAPETAKA – SURAT KEPADA BANI MELAYU Dua puluh penduduk di Kampung Seberang Star, dekat Gua Musang kerugian teruk apabila kebun getah dan pisang seluas 2.4 hektar musnah diserang sekumpulan 12 ekor gajah liar sejak dua minggu lepas. Malah, mereka juga tinggal dalam ketakutan kerana gajah liar terbabit pernah berkeliaran di kawasan kediaman setiap malam hingga memaksa penduduk berkumpul di luar rumah untuk menghalaunya –BERNAMA Wahai Bani Melayu, Adalah aku ini dari Bani Gajah menulis surat ini kepada kamu Bani Melayu dengan niat yang jujur lagi ikhlas. Surat ini tidaklah aku tulis hanya mewakili Bani Gajah sahaja. Adalah diberitahu kepada kamu wahai Bani Melayu bahawa aku menulis ini untuk menyampaikan rasa hati seluruh Bani Hutan. Kancil dan napoh telah bersuara. Harimau dan rusa telah berkata-kata. Enggang di pucuk nan tinggi dan kubong di batang kepala semuanya ingin menyatakan rasa tidak puasa hati mereka. Hendaklah kamu sedari wahai Bani Melayu, yang hidup dalam hutan belantara bukan hanya orang hutan sahaja. Musang dan buaya, lotong dan kera - kami telah sebulat suara untuk memberi ingatan tentang Malapetaka. Sebelum senapang itu melepaskan tembakan. Sebelum das besi panas itu singgah ke atas tengkok aku. Sebelum aku mati di racun. Sebelum kaki aku kau rantai dengan jerat. Sebelum Bani Gajah pupus dari bumi ini, biar aku surahkan rasa hati kami. Sedarlah kamu wahai Bani Melayu bahawa bumi ini bukan hak milik kamu sahaja. Sedarlah kamu wahai Bani Melayu bahawa bumi ini milik semua. Sesiapa yang yang bernafas , sesiapa yang berbunyi dan bersuara adalah tanda pemilik hak yang sama. Dari unggas, mawas, cikah dan kura-kura – semua meminjam bumi ini untuk hidup sementara. Adalah telah kami perhatikan semenjak Tuan Orang Puteh lari meninggalkan bumi ini pada 31 Ogos 1957 dahulu, kamu Bani Melayu telah membawa Malapetaka yang maha sangat. Kamu telah menjadi penganas. Kamu telah merosakkan bumi ini seolah-olah bumi ini adalah milik kamu sahaja. Wahai Bani Melayu, apakah kamu tidak sedar atau sengaja tidak mahu sedar bahawa bumi ini untuk kita semua kongsi melintas. Apakah susah sangat untuk kamu menerima hakikat bahawa bumi ini hanya pinjaman. Kemanakah perginya akal dan fikrah kamu sehingga kamu terus membawa Malapetaka ini. Biar aku surahkan disini bahawa kami yang tinggal di dalam hutan telah lama merasakan Malapetaka ini. Saban hari tanda tanda Malapetka semakin meluas dan semakin jelas. Lalu aku dalam surat ini ingin menyedarkan agar kamu tidak hanyut terkapai-kapai akibat Malapetaka yang akan sampai. Tidak kah kamu tahu bahawa sebelum kamu berada di bumi ini kamilah Bani yang terawal berkelana di bumi ini. Berbilion tahun sebelum kamu sampai ke sini aku dan Bani Hutan telah berkeliaran bebas di sini. Kami berkelana tanpa ganguan. Kami berkelana tanpa sekatan. Kami berkelana bebas. Wahai Bani Melayu, Biar aku catatkan disini satu persatu keganasan yang telah kamu lakukan. Hendaknya apabila telah aku tuliskan ini maka terbukalah hati kamu yang selama ini telah menjadi bagitu kotor dan busuk. Kamu telah dan sedang menjarah hutan belantara ini tanpa perancangan tanpa peraturan. Tidak kah kamu rujuk apa yang telah ditulis dalam penjanjian kami dengan Orang Puteh dahulu. Perjanjian Hutan Belantara yang tertulis dalam Perlembagaan itu tidak kamu ambil peduli. Tidak pula kamu beri tahu kepada anak cucu cicit kamu tentang adanya tertulis Satu Perjanjian. Telah ditulis: bahawa setiap batang balak yang kamu tebang maka kamu juga diwajibkan menanam anak balak itu kembali. Tidak kamu ajar dan didik cucu cicit kamu tentang perjanjian ini. Kamu pura pura tak tahu dan tidak merujuk kepada apa apa buku. Kamu bagitu angkuh dengan kuasa dan kudrat kamu. Lalu kamu tolak runtuh bukit dan gunung ganang. Lalu kamu landaikan bumi ini agar kereta yang kamu naiki dapat meluncur laju. Satu demi satu kerabat pokok hilang dari muka bumi. Satu demi satu kerabat ulat dan kerabat unggas hilang untuk selama-lamanya. Satu demi satu Bani Rumput dan Bani Lalang hilang. Kamu dengan angkuh telah mentafsirkan Bani Hutan sebagai benda untuk buruan. Lalu kami diburu dan dihalau. Lalu kami di jerat dan di tembak. Lalu kami ditangkap dan diracun. Kami dimasukkan ke dalam kurungan. Kami pun dijadikan barang peniagaan. Kamu menjual tiket untuk menayangkan kami kepada anak cucu cicit kamu. Kau menjadikan Bani Hutan barang pemainan untuk menghibur hati hati kamu yang masam kulam. Tidakkah kamu sedar hutan balak dan bukit bukau yang telah kamu ratakan adalah kampong and halamana aku. Tidak kah kamu memiliki perasaan apabila kamu menjarah dan merampok balak dihutan kamu telah merosakkan alam yang berbilion tahun tersusun rapi dalam satu rantaian kehidupan yang bagitu harmoni. Tidak kan kamu sedar bahawa alam ini diikat dengan hukum dan hakam. Alam ini sujud kepada hukum Yang Maha Esa. Alam semesta kita ini bergerak diatas syarat dan aturan yang tertulis semanjak kun fiyakun. Wahai Bani Melayu, biar aku surahkan disini agar dapat kamu memahami tentang rantai kehidupan yang aku katakan ini. Biar aku contohkan disini akan hukum alam yang menjadi bumi ini dengan nyata. Ketika musim durian sampai maka kami Bani Gajah pun akan berkenduri berkendara. Setiap durian yang kami telan adalah tanda kesyukuran kami kepada hutan. Lalu kami merayau jauh berbatu batu. Di lereng lereng bukit kami berakan biji biji durian yang kemudiannya menetas, membesar dan berbuah kembali. Tanpa Bani Gajah , kamu Bani Melayu tidak akan kenal durian dan tempoyak. Tidak cukup dengan ini kamu keluarkan berak bergantang gantang. Lalat dan langau hidup membiak diatas berak kami. Lalu berak yang membusut jantan ini membajai seluruh hutan. Maka suburlah hutan dimana sahaja kami berada. Kami merayau, merentas dan berjalan. Danau dan lurah yang kami teroka menjadi denai untuk babi dan rusa. Wahai Bani Melayu, rantai kehidupan ini bukan ada pada Bani Gajah sahaja. Setiap binatang, setiap unggas , setiap ulat, setiap serangga adalah talian rantai kehidupan di bumi ini. Setiapa pokok, setiap batang, setiap rumput dan setiap lalang adalah rantai kehidupan. Jika satu rantai ini pupus maka akan kendurlah rantai kehidupan ini. Selama tiga puluh tahun kebelakangn ini kamu Bani Melayu telah memutuskan banyak rantai rantai ini. Justeru, Malapetka telah sampai. Kami Bani Hutan sedang memerhati Malapetaka yang sedang membadai kami. Setiap kali kamu menggondolkan hutan Bani Gajah akan hilang tempat bercumbu dan padang mencari makan. Berbulan bulan aku kurus kelaparan. Tidak lagi aku terberak durian untuk membajai hutan. Sesudah gunung ganang kau gondoli kini sungai pula kau empangi. Lalu lurah dan paya tenggelam dan hilang. Tidak kah kau tahu berapa ratus jenis kupu kupu dan belalang turut sama mati. Yang selamat kini hidup tunggang langgang? Wahai Bani Melayu, Aku saekor Gajah menulis surat ini meminta kamu berhenti sebentar dari menebang hutan dan belukar. Berhenti menarah bukit dan gunung. Berhenti dari menimbus lurah dan gaung. Berhenti dari mengempangi sungai. Tidak kah kamu sedar bawa gunung dan bukit itu ialah paku bumi ini. Tidak kah kamu sedar gaung dan lurah itu ialah nadi penafasan bumi. Sungai dan paya ialah aliran darah bumi. Bumi dan alam ini juga bernafas dan bernyawa. Jangan kamu menjadi anggkuh menganggap bumi dan alam ini hanya milik kamu sahaja. Minggu ini kamu telah memburu suku sakat aku. Kamu menghalau. Kamu menuduh Bani Gajah membawa Malapetaka. Tetapi, wahai Bani Melayu , tidakkah kamu sedar bahawa hutan yang kamu tarah itu adalah rumah aku. Balak Balak yang kamu tebang itu adalah tiang tempat aku bemain dan menyandarkan badan. Tidak kah kamu sedar bahawa hutan yang kau tebang adalah dapor makanan aku. Aku lihat kamu semakin anggkuh. Aku perhatikan semenjak Tuan Orang Puteh pergi kamu bagitu rakus mengumpul harta pribadi. Entah berapa ratus spesi rumput rampai yang pupus akibat haloba kamu mengumpul harta. Berapa banyak cikah kera dan lotong menjadi penggangur. Kini mereka berdiri ditepi jalan raya meminta-minta sedekah kerana kampong halaman mereka telah kau robek robek. Dalam setahun berapa ratus ribu Bani Tenggiling dikumpul dan dibunuh untuk memuaskan nafsu ringgit kamu. Berapa banyak pula Bani Musang dan Bani Biawak mati di jalan raya akibat dilanggar kereta kamu. Inilah Malapetaka yang sedang mengancam kami. Dihutan kami digelodak. Tasek dan danau kami semakin kering. Paya dan lurah semakin terhakis. Kau secara bijak menamakan tempat kami hutan belantara simpanan. Kau gazetkan kawasan simpananini. Tetapi satu demi satu tanah simpanan ini mengecil. Satu demi satu wliayah Bani Hutan semakin sempit. Inilah Malapetaka yang sedang kami hadapi kerana kamu Bani Melayu sedang rakus mengumpul harta. Ingatlah bumi ini kita lalui bersama-sama. Bumi ini kita duduki hanya untuk sementara. Bumi ini hanya pinjaman sahaja. Sedarlah Gedong dan Istana yang kau diri itu tegak diatas runtuhan kampong kami. Kereta yang kau naiki itu sedang mercun udara bumi. Wahai Bani Melayu, Apakah kamu sedar setiap pokok yang kamu tebang sebenarnya kamu sedang mengurang udara bersih di bumi ini. Apakah kamu sedar setiap hutan yang kamu robek adalah tapisan air untuk kita semua. Apakah kamu sedar bahawa otak dan akal yang kamu miliki itu wajib diubah kerana ianya bertangung jawab jawab membawa Malapetaka ke atas bumi ini.(TT) p/s : dari gua musang ini kau hendak hantar Bani Gajah ini ke mana? NOTA: tulisan ini telah disiarkan oleh SUARA KEADILAN terbaru yang sedang dalam poasaran sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingghun ini sila pukul talipon 03-22-72-40-45 |
Posted: 03 Aug 2011 10:35 PM PDT SEMUA MENIPU AHMAD SARBAINI TERJATUH DENGAN TIDAK DISENGAJAKAN - meloya KUALA LUMPUR 3 Ogos – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed terjatuh dari aras tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan dengan tidak disengajakan. Perkara itu disahkan oleh pakar patologi, Prof Dr Shahrom Abd Wahid dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang memberi keterangan dalam perbicaraan inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini. Dr Shahrom, 54, yang juga saksi ke-32 inkues berkata, daripada hasil penemuan yang dibuat selepas melawat tempat kejadian, didapati Ahmad Sarbaini (mangsa) keluar dari tingkap di bilik pantri di aras tiga bangunan itu untuk menuju ke bumbung berhampiran yang mengelilingi gelanggang badminton. "Ini adalah kerana jika berdiri berhampiran tingkap, kelihatan bumbung yang terletak di sebelah kiri tingkap itu nampak dekat tetapi apabila mangsa berjaya keluar dari tingkap, didapati bumbung berada dalam kedudukan yang jauh," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd Abbas. Dr Shahrom berkata, Ahmad Sarbaini kemudiannya cuba meniti di atas tebing tingkap ke arah kanan untuk mencapai bumbung berhampiran sambil tangannya berpaut pada bingkai tingkap, namun tidak berjaya. Saksi itu berkata, mangsa kemudiannya cuba memanjat semula tingkap untuk masuk ke bilik pantri, tetapi beliau tidak dapat mengimbangi badannya lalu tergelincir dan jatuh ke aras satu bangunan itu. – Tienama KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH nota: ini adalah teori kang kong teori yang tak lengkap sekali tibai teori ini hancur mari kita tanya: pasal apa arwah ini keluar ikut tingkap? inilah soalan induk ini sama seperti kenapa seluar beng hock koyak walhal beng hock dikatan terjun ke luar tingkap macam mana sleuar boleh koyak dalam kes sarbaini arwah dikatakan keluar dari tingkap pantri pasal apa? pasal apa ikut tingkap? pasal apa tak ikut pintu? pelik hairan adakah arwah telah hilang akal? adalah arwah nak menangkap burung merpati atau arwah dihumbankan keluar? |
SEMUA MENTERI KENA NASI KANG KANG Posted: 03 Aug 2011 10:19 PM PDT LIHAT DAN SAKSIKAN nota: lihat gambar ini ini adalah gambar terbaik posing untuk menunjukkan gelang cara untuk menunjukkan cincin cara untuk menunjukkan anting anting kalau ini orane melayu tak faham memanglah dah kena nasi kang kang kah kah kah PELIHARA KEAMANAN NEGARA : ROSMAH - meloya Usaha memelihara keamanan negara tidak harus disandarkan kepada anggota keselamatan semata-mata kerana ia amanah yang perlu digalas dengan jiwa yang kental dan semangat tinggi oleh seluruh rakyat. Rosmah Mansor berkata, keamanan adalah 'kemewahan' yang harus dipelihara dengan apa cara sekalipun kerana setiap pergolakan akan menyebabkan kemerosotan ekonomi dan ketidakstabilan politik yang akhirnya membawa kesengsaraan kepada rakyat. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...MULA MULA GANTIKAN ANAK MAMI.... kah kah kah.. kah kah kah...SHARIZAT JADI MENTERI PENGIRING.... kah kah kah.. kah kah kah.... LEPAS TU AMBIL TEMPAT MALIKUL MASA LAWAT SAUDI.... kah kah kah.. kah kah kah...MUHYIDDIN ...HILANG KUASA.... kah kah kah.. kah kah kah... SEKARANG AMBIL ALIH MENTERI PERTAHAHAN.... kah kah kah.. kah kah kah...ZAHID HAMIDI ANGGUK SAJE..... kah kah kah... woit... NAJIB DAH LAMA JADI TUKANG SAPU.... kah kah kah.. NOTA: baca sekali lagi berita ini baca sekali lagi nampak? nampak tak? utusan telah menggunakan perkataan KEMEWAHAN faham tak? ini tandanya bahawa utusan memberi singnal bahawa kemewahan itu ialah kemewahan rosmah mansor kerana itu perkatan kemewahan di bubuh '.......' ka kah kah |
Posted: 03 Aug 2011 09:01 PM PDT NOTA: rakyat semakin marah kalau dulu gerombolan memberikan jus soli untuk kerakyataan kini lebih senang dari jus soli kalau dinegara lain dalam dunia ini sebelum mendapat kerakyataan wajib tahu sejarah negara bangsa wajib tahu bahasa dan budaya negara wajib tahu undang undang dan hukum ada perasmian angkat sumpah bukan jadi rakyat dengah bayar duit kopi di malaysia TIDAK boleh ada dua kerakyatan apa yang berlaku sekarang ialah united malays national organisation sedang menjualkan negara ini kepada mat indon kepada mat bangla kepada mat nigeria kepada mat burma keran hendak terus merembat harta negara SURAT SATU Salam TT, pagi-pagi ni syok cerita pasal undi pos. sekitar tahun 2004 sebelum pRU11,aku sempat berbual dengan seorang tentera laut yang aku tidak kenali. katanya masa dalam kapal mereka mengundi macam biasa.Tapi tu lakonan saja. sebenarnya ketua mereka di kem-kem tentera sudah pangkah untuk mereka. Katanya peti-peti pos yang di bawa keluar oleh helikopter dari kapal semua dihumban kedalam laut. Jadi sahlah hingga sekarang,puak-puak gerombolan ni menipu dan mendirikan kerajaan haram sejak Mahatiew memerintah. Sebab tu dia boleh kekal berkuasa selama 22 tahun. Aku harap suatu hari dia akan menerima hukuman bila Pakatan menang,dia akan didakwa seperti Hosni Mubarak yang hina itu,dibawa ke mahkamah atas pengusung.Harap doa ramai-ramai yang telah ditipu oleh PM paling bodoh Mahatiew akan terjadi seperti Presiden negara firaun tu. Oleh Tanpa Nama pada KONPIRASI GEROMBOLAN UNTUK MENANG PILIHANRAYA pada 11/08/04 SURAT DUA Hi TT Selamat pagi, Dalam program pemutihan pekerja asing, diberitakan ramai yang telah mendaftar dan kini tempohnya telah dipanjangkan lagi. Mungkin jumlah yang mendaftar nanti akan menceceah ratusan atau puluhan-ribu, kita tunggu sahaja pengumumannya. Adakah mereka ini memasuki negara secara 'sah' hingga berjaya mendapat pekerjaan atau mendapat 'permit hantu' untuk membolehkan mereka bekerja. Kiranya mereka memasuki secara haram mungkin kita mahu ketahui dari jalan mana ? Dari langit, atas air, bawah air atau terowong dari negara asal ke Tanah Melayu, kalau-kalau ada terowong ?. Sungguh menghairankan, kita punya Tentera Laut yang handal yang punya kapal-canggih, heli dan kapal-selam. Ditambah pula dengan kehebatan Polis Marine, Kastam dan Imigresen. Di darat masih ada Polis, tentera darat, udara, juga Rela. Malang sekali, tiada satu yang dapat menjejaki atau mengesan perjalanan masuk pendatang-pendatang ini ke negara kita. Bagaimanakah agaknya ketua pihak berkuasa yang diamanahkan ini menjalankan tugas ?. Tolonglah, kalau pun tidak dengan didikasi sekurang-kurangnya perlu celik mata buat kerja dengan betul. Kalau seorang-dua mungkin juga tertutup mata tak nampak ~ ini beribu beb !!, Atau mereka guna ilmu silat yang boleh mengkaburkan mata pengawal kita. MER-BA-HA-YA. KDN mungkin mahu bertanyakan majikan yang memiliki pekerja haram ini akan mana sumbernya. Mustahil tak ada siapa yang tahu atau mahu mengambil tahu untuk mencegah. Kini sempadan kita asyik dicerobohi. Ia bukan diceroboh tentera asing yang tentunya siap dengan kelengkapan, tetapi oleh manusia kerdil yang hanya berbekal pakaian dan sedikit makanan. Kalau orang naik tongkang pun tak dapat kesan, apa lagi yang boleh kita harapkan?. Kut kalau ada apa-apa saja ?. Oh KDN !, OH Malaysia Tanah Air kita !. Siapa yang boleh kita harapkan sebenarnya ?. Pun masih baik kerana masih boleh mengesan Bot karam walaupun ditengah lautan. Oleh Tanpa Nama pada SIAPA KENA NASI KANG KANG pada 11/08/04 |
KES BINI ROSMAH DIBUKA DI PARIS Posted: 03 Aug 2011 07:48 PM PDT NO MORE SHOPPING! KEADILAN PERTIMBANG HANTAR PEMERHATI KES SCORPENE - keadilan daily KEADILAN sedia mempertimbang untuk menghantar wakil pemerhati sepanjang perbicaraan Scorpene di mahkamah terbuka Perancis, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail. Katanya, perkara itu akan ditentukan dalam masa terdekat memandangkan perbicaraan tersebut dijadual bermula pada September depan. "Keputusan untuk menghantar wakil bagi mengikuti perbicaraan yang bakal berlangsung september ini akan dipertimbangkan. Ianya akan ditentukan dalam masa terdekat dalam bulan puasa ini," katanya ketika dihubungi Keadilandaily. Sementara itu, beliau menganggap adalah sesuatu yang malang dan amat memalukan bagi negara apabila skandal pembelian Scorpene itu kini dibicarakan di mahkamah Perancis. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...HANTAR WAKIL...JANGAN TAK HANTAR.... kah kah kah.. kah kah kah... HANTAR UNTUK BUAT LAPORAN HARIAN.... kah kah kah.. kah kah kah... RAKYAT SATU MALAYSIA WAJIB TAHU.... kah kah kah.. kah kah kah...APA AKAN JADI DENGAN BINI ROSMAH..... kah kah kah.. kah kah kah... UTUSAN PUN PATUT HANTAR WAKIL... kah kah kah... woit... BUJET JANGAN RISAU.... kah kah kah.. kah kah kah...MALIKUL SEMBAB AKAN SPONSOR... kah kah kah.. kah kah kah... INI SAP SAP SOoooi.... kah kah kah.. NOTA: ini peluang baik untuk malikul kah kah kah |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan