Isnin, 22 Ogos 2011

SharpShooter

SharpShooter


umporno mahu saman 10 juta...silakan..tidak akan mohon maaf

Posted: 22 Aug 2011 03:09 AM PDT

Harakahdaily

MAKKAH, 22 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mendedahkan segala bukti penglibatan Umno di belakang isu pemeriksaan Jais ke atas gereja methodist Damansara Utama apabila beliau di saman oleh Umno nanti.

Sehubungan itu, beliau tidak bercadang untuk meminta maaf kepada Umno dan akan bertemu dengan mereka di mahkamah nanti, kata Mustafa yang bercakap dengan Harakahdaily dari Makkah.

"Saya tidak akan minta maaf dan akan serahkan bukti yang saya ada dalam mahkamah nanti," kata Mustafa.

Mustafa yang sedang menunaikan umrah sehingga Aidil Fitri ini didesak memohon maaf oleh Umno ekoran dakwaannya bahawa Umno terlibat di belakang Jais dalam pemeriksaannya ke atas gereja itu.

Umno Selangor dilaporkan akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa Ali berhubung dakwaan kononnya parti Melayu itu memainkan peranan dalam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.

Menurut Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, selain Mustafa, pihaknya juga akan mempertimbangkan pihak-pihak lain dalam saman yang akan difailkan selepas Aidilfitri.

"Kita akan memulakan langkah permulaan saman iaitu saman tuntutan ganti rugi dan saman malu terhadap fitnah yang dibuat Datuk Mustafa Ali terhadap Umno Selangor dengan jumlah RM10 juta.

"Ini adalah tindakan yang terpaksa dilakukan demi mempertahankan maruah dan hak, kami akan hantar notis kepada beliau dan pihak-pihak tertentu dan jika tiada jawapan, kita akan failkan saman selepas Aidilfitri," kata Mohd Zin pada sidang media di sini.

Menurut Mustafa, pada asalnya beliau bercadang untuk memberikan bukti yang beliau ada kepada Pengarah Jais, namun oleh kerana Jais tidak mahu bertemu dengan PAS, maka bukti itu akan diserahkannya kepada mahkamah nanti.

PAS telah mengambil keputusan bertemu dengan Jais dan GMDU sebelum mengambil sebarang pendirian berhubung dengan isu pemeriksaan Jais ke atas GMDU itu.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dipengerusikan oleh presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ekoran itu, PAS telah menghantar surat kepada kedua-duanya.

Jais dari awal lagi menolak permohonan PAS untuk bertemu dengan pihaknya dengan alasan nasihat Baginda Sultan Selangor.

GMDU pada awalnya bersedia untuk bertemu pada 16 Ogos lalu namun membatalkannya sehari sebelum itu dengan alasan isu ini sudah terlalu panas.

Mustafa pula dalam sidang medianya di Kuala Terengganu telah meminta para ahli dan pemimpin PAS tidak terperangkap dalam isu itu kerana beliau mempunyai bukti Umno terlibat di belakang tindakan Jais itu.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

YB Law dan YB Ong isytihar perang

Posted: 22 Aug 2011 12:06 AM PDT

Yb Law Choo Kiang Exco Asas Tani dan Yb Ong Chin Wen Adun Bukit Tengah isytihar perang terhadap masalah bau busuk, selain pertambahan jumlah lalat menjadi beban kepada penternak yang mengusahakan ladang ayam.

Justeru, bagi mengurangkan masalah yang dihadapi, Jabatan Veterinar Negeri mengambil inisiatif dengan memperkenalkan satu kaedah baru sebagai alternatif mengurangkan masalah yang dihadapi seterusnya, mengurangkan aduan daripada orang ramai.

Penggunaan enzim dan Useful Mikro Active Solution (Umas) yang diuji penggunaannya secara berperingkat di tiga ladang ternakan ayam di Juru Estate, dekat sini, semakin menampakkan hasil apabila ia berjaya mengurangkan bau najis dan juga lalat.

Penolong Pegawai Veterinar Negeri, Noor Aisha Wani Azmi Ismail berkata, walaupun kaedah tersebut baru mula digunakan sepenuhnya Januari lalu dan dalam tempoh percubaan, namun ia menampakkan respon positif dari masyarakat.

Buktinya, aduan yang diterima selepas Tahun Baru Cina lalu hanya satu, berbanding purata empat ke lima aduan sebulan yang diterima sebelum ini.

"Enzim yang digunakan untuk projek ini adalah ekstrak Migroorganisma Efektif (EM) yang diambil dari ekstrak buah-buahan. Ia dibekalkan oleh sebuah syarikat konsultan yang dilantik pihak jabatan.

"Enzim ini digunakan secara minuman, manakala Umas disembur ke atas najis dan turut digunakan untuk membasuh reban dengan masa tindak balas sekitar tempoh seminggu selepas digunakan. Begitupun, ia perlu digunakan secara konsisten untuk menampakkan kesan.

"Sejak ia dimulakan Januari lalu sehingga Februari, respon yang diterima dari orang ramai amat menggalakkan. Aduan terakhir diterima selepas Tahun Baru Cina lalu, dan sehingga kini kita belum menerima aduan mengenai bau busuk dan lalat oleh orang awam," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, disamping disamping bau busuk kurang, kaedah itu juga dilihat telah mengurangkan indeks lalat daripada 42 kepada 10 hingga 15 sahaja.

Katanya, selepas dari kesan positif yang ditunjukkan, awal Mac lalu pihaknya mula menyakinkan penternak untuk menaik taraf sistem perparitan, disamping menggantikan lantai tanah dengan simen di ladang masing-masing, yang mana ia adalah salah satu cara untuk mengurangkan jumlah lalat.

"Kita masih dalam proses untuk melihat tahap keberkesanan penggunaannya dan jika berjaya, ia dapat diperluaskan kepada lebih 400 penternak ayam di negeri ini. Begitupun, kita tidak mempunyai kuasa untuk memaksa mereka menggunakannya," katanya.

Sementara itu, Ecxo Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir, Law Choo Kiang ketika mengunjungi salah satu ladang ternakan ayam dekat sini, berkata, usaha yang sedang dilakukan itu merupakan projek permulaan di bawah plan tindakan dalam usaha untuk memerangi lalat, selain mengurangkan pencemaran bau.

Menurutnya, sebagai sebuah kerajaan kini berjuang ke arah sebuah negeri yang bersih dan hijau, adalah perlu satu tindakan diambil dalam mencari jalan untuk membantu penternak untuk mengurangkan masalah yang dihadapi.

Justeru itu, katanya, satu jawatankuasa tindakan bersepadu ditubuhkan dan tempoh masa enam bulan diberikan untuk melihat hasil daripada projek yang dilaksanakan.

"Kerajaan Negeri amat memandang serius isu berkaitan pencemaran ini. Dan, bermula April hingga September, kita akan memantau ladang-ladang ternakan ini dan melihat sejauh mana keberkesanan projek dalam mengurangkan pencemaran dan lalat.

"Selain Jabatan Veterinar, agensi yang terlibat dalam projek ini adalah Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Disamping itu, jika sesebuah ladang itu berdekatan dengan kawasan industri, maka ia juga akan diletakkan juga di dalam senarai bagi memastikan ladang itu sentiasa dijaga dengan rapi," katanya.

Hadir sama pada lawatan berkenaan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Ong Chin Wen.

Beliau berkata, tindakan saman akan terus dikenakan kepada pemilik ladang yan gagal mematuhi syarat yang terkandung dalam permit.

Namun, jelasnya, jika ia masih gagal, maka tindakan lebih tegas akan diambil iaitu dengan menghentikan sementara operasi ladang sehinggalah mereka mematuhi syarat tersebut.

Katanya, tindakan itu dibuat bagi memberi kesedaran kepada pemilik untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mahu mereka lebih berdisiplin.

"Dalam tempoh enam bulan itu juga kita akan lihat adakah kaedah penggunaan enzim dan Umas itu berkesan sepenuhnya dalam mengurangkan indeks lalat.

"Jika berkesan, kita akan teruskan. Jika tidak pun kita akan teruskan juga, tetapi kajian perlu dilakukan mengenalpasti punca, seterusnya menambah baik kaedah agar ia dapat menjayakan apa yang dirancang," katanya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kenyataan penuh Anwar di mahkamah

Posted: 21 Aug 2011 09:37 PM PDT

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR

DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN

PERBICARAAN JENAYAH NO: 45-9-2009

PENDAKWA RAYA

LAWAN

DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM

STATEMENT FROM THE DOCK

Kenyataan penuh Anwar di mahkamah dalam kes fitnah 2, anda boleh layari di sini.


Anwar: Saya tak pernah adakan hubungan seks dengan Saiful

Posted: 21 Aug 2011 08:53 PM PDT

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengadakan sebarang hubungan seks dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya sama sekali menafikan tuduhan ke atas saya. Saya mahu mengatakan, dengan tidak ragu-ragu bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan pengadu Mohd Saiful," kata beliau dalam kenyataannya di Mahkamah Tinggi hari ini.

Kandungan keterangan Anwar di Mahkamah Tinggi pagi ini, yang dibuat dari kandang tertuduh, diemelkan kepada media.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh.

"Dakwaan dia (Saiful) adalah satu pembohongan terus-terang dan kejam dan (ia) akan dibuktikan demikian," kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Anwar menambah dakwaan itu juga satu usaha keji dan hina untuk membunuh karakter beliau.

"Dalam hal ini, biar saya menekankan semula bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu untuk membunuh karakter saya dan mencemarkan reputasi saya dan mengugut saya sekali lagi dengan hukuman penjara 20 tahun, tetapi ambil kata-kata saya, mereka tidak boleh menakutkan saya," katanya.

Sambil menegaskan beliau tidak akan menyerah diri dalam usahanya melawan tuduhan kali ini, Anwar berkata, "kebenaran akan terbukti kelak."

Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh satu dekad ini.

Pada 16 Mei, mahkamah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa Saiful, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: