Selasa, 16 Ogos 2011

SharpShooter

SharpShooter


PANAS !!! PATI dipaksa bersumpah undi umporno

Posted: 16 Aug 2011 01:46 AM PDT





Selain dari lafaz akan taat kepada Yang Di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan Negara Malaysia antara sumpah yang perlu dilafazkan oleh PATI yang menjalani proses pemutihan ialah Saya/suami/Isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi UMNO/Barisan Nasional (BN)..

PETALING JAYA: Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional sebagai salah satu syarat dari proses pemutihan 6P, dedah Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida tampil dengan skrip bersumpah yang digunakan Umno-BN untuk diberikan kepada warga asing tersebut, yang menunjukkan terdapat usaha menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program berkenaan.



"Bukti-bukti dengan jelas menunjukkan kewujudan pengundi hantu . Ini mengesahkan kebimbangan ramai pihak bahawa Umno-BN sedang menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan," katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan, di Tropicana hari ini.



Turut hadir Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Exco Selangor, Elizabeth Wong.

Menurut Zuraida, pihaknya berjaya menyusup masuk sebagai PATI dan memperoleh skrip atau borang sumpah itu.

Skrip itu antara lain memerlukan seseorang PATI menyokong dan mengundi Umno-BN, selain menyatakan ikrar taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, sultan dan negara Malaysia.

Skrip itu berbunyi "Assalamualaikum, wallahi, wabillahi, watawallahi"

"Saya ….dengan nama Allah berikrar dan berjanji akan taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan negara Malaysia.

"Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional.

"Saya juga akan terus memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu"

"Saya berjanji akan menyimpan RAHSIA ke atas perkara ini dan jika saya ingkar saya akan menerima padahnya"

Beliau mencabar parti komponen Barisan Nasional sepetu MCA, MIC, Gerakan dan PBS untuk menyatakan pendirian sama ada bersetuju dengan muslihat menyeludup pengundi hantu menggunakan alasan pemutihan.

"Jika mereka berdiam diri bermakna mereka juga bersubahat dengan pengkhianatan yang mencabul kedaulatan negara. Muslihat Umno-BN akan tersebar luas dan menaikkan lagi kemarahan rakyat," tegas Zuraida.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Papa Gomo buat dokumen palsu

Posted: 16 Aug 2011 01:23 AM PDT






ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia (SKMM) berhubung satu dakwaan "fitnah" yang disiarkan dalam satu laman blog pro-Umno. Laporan berkenaan susulan dakwaan dokumen palsu oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung dakwaan "Ops Sita" ke atas Gereja Methodist Damansara Utama. NONE

Dokumen dengan label "Sulit" bertajuk "Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya" itu dimuatkan di laman blog "Papa Gomo" sejak 13 Ogos lalu.

Dokumen berkenaan antara lainnya mendakwa, operasi untuk menyita gereja berkenaan telah dibatalkan selepas mendapat arahan daripada Nik Nazmi (gambar atas, kiri sekali).

Arahan yang sama juga didakwa dikeluarkan oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang dinamakan dalam dokumen berkenaan, termasuk ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad serta tiga orang exco -- Ronnie Liu, Elizabeth Wong, Teresa Kok. "Ini hanya dokumen olok-olok yang direka oleh blogger Umno yang terdesak," kata Nik Nazmi yang juga pengarah komunikasi PKR.

Maklumat salah


Tambahnya, dokumen berkenaan tidak wujud dan direka sebagai fitnah kepada Pakatan. "Saya yakin (penulis blog ini) orang Islam.

Mengata ini berdosa, fitnah lagi berdosa. Jadi baik dia jaga puasa dan solat dia sendiri," kata Nik Nazmi lagi dalam sidang media di ibu pejabat PKR itu hari ini. Tambahnya, dokumen berkenaan juga mempunyai maklumat yang sama sekali salah, terutama berhubung gereja yang didakwa akan disita itu.

Dokumen berkenaan antara lainnya menyebut gereja DUMC terletak di Damansara Utama, sedangkan gereja itu terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya. "Blogger Umno dibayar gaji mahal (tapi) tak buat research (kajian) yang betul untuk buat fitnah," katanya lagi. Ketika ditanya, Nik Nazmi berkata pemimpin Pakatan yang terlibat akan membincangkan sama ada akan mengambil tindakan sama ke atas penulis blog tersebut.

Ahli majlis lapor polis


Sementara itu, Wong turut menafikan bahawa beliau telah membuat panggilan kepada MBPJ seperti yang didakwa dalam dokumen berkenaan. Malah, portal Malaysiakini yang turut disebut dalam dokumen berkenaan juga "langsung tidak call saya pada hari itu," katanya lagi dalam sidang media sama.

Dokumen tersebut mendakwa, Elizabeth Wong telah memaklumkan kepada jabatan MBPJ tersebut pada pagi 11 Ogos lalu bahawa "wartawan Malaysiakini akan menghubungi (jabatan berkenaan) dan diarahkan membuat penafian." Sejurus kemudian, wartawan Malaysiakini membuat panggilan kepada jabatan tersebut "dan penafian dilakukan sepertimana diarahkan." Mengulas lanjut, Elizabeth berkata "apa yg dicatat itu tak betul. Saya tak pernah buat panggilan telefon kepada MBPJ pada hari tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang ahli majlis MBPJ, Latheefa Koya dalam tulisannya di Twitter hari ini berkata, satu laporan polis akan dibuat ke atas penulis blog tersebut, berhubung dakwaan fitnah tersebut.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

BERSIH 2.0 - Razak tukang kasut tuntut RM10 juta

Posted: 15 Aug 2011 09:18 PM PDT



TEMERLOH, 16 Ogos: Seorang Pemuda Unit Amal yang pernah digambarkan oleh akhbar Berita Minggu sebagai 'perusuh yang membawa pisau' dalam himpunan Bersih 9 Julai lalu, menghantar notis tuntutan fitnah terhadap akhbar berkenaan.

Abdul Razak Endot, 33, dalam notis yang difailkan melalui syarikat guaman Sazali & Lim dan ditujukan kepada Ketua Pengarang Berita Minggu serta penerbit dan pencetak syarikat The New Strait Times Press (M) Bhd., meminta pihak berkenaan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta.

Dalam notisnya, pihak berkenaan juga diminta memberhentikan penyebaran fitnah dan menerbitkan permintaan maaf tanpa syarat.

"Tindakan ini perlu bagi membersihkan imej saya yang tercemar teruk akibat penyiaran gambar dan ulasan akhbar berkenaan," katanya kepada Harakahdaily.

Akhbar Berita Minggu bertarikh 10 Julai iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur di halaman muka depannya telah menyiarkan gambar seorang pemuda bertubuh sasa dan bertopeng sambil memegang pisau.

Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana kapsyen di bawah gambar akhbar berkenaan tetapi gambar tersebut telah diubah suai.


[Gambar: Ajak (berdiri, kiri) bersama pekerja di kedainya.]

Bercerita lanjut, Abdul Razak berkata beliau turun ke Kuala Lumpur pada perhimpunan tersebut sebagai anggota Unit Amal PAS yang diajar dengan disiplin tinggi. Beliau diarahkan mengawal keselamatan puluhan ribu rakyat di hadapan menara Maybank.

Katanya, pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, beliau sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis," ujarnya.

Tambahnya lagi, gambar yang disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas ke tepi.

Serentak dengan itu, beliau menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan fitnah sehingga merosakkan nama baik serta reputasinya serta dipandang rendah oleh masyarakat.

"Saya merupakan seorang peniaga dan imej yang dipaparkan oleh akhbar berkenaan amat negatif menyebabkan saya boleh dipandang serong oleh masyarakat dan pelanggan. Sebab itu saya mahukan keadilan dan imej saya dibersihkan.

"Saya juga sering terlibat dengan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan. Jadi jika gambaran ganas itu tidak ditarik akan terus merosakkan imej saya di mata masyarakat," ujarnya.

Sementara itu, Abdul Razak memberitahu notis yang telah dihantarnya itu memberi tempoh 21 hari kepada pihak akhbar berkenaan untuk dipatuhi. Jika tidak, tindakan undang-undang seterusnya akan diambil.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

'Tribute' untuk Dr. Lo' Lo' - Slide Ramadhan

Posted: 15 Aug 2011 08:37 PM PDT

Dari Coretan aku OKU - Teringat saya pada Almarhumah Dr. Lo' Lo' yang telah mendahului kita tidak lama sebelum Ramadhan 1432H yang lalu. Saya penuh yakin, Dr Lo' Lo' sedang tenang di kubur yang luas dalam kasih sayang Allah sementara menunggu Syurga yang dijanjikanNYA.

Ramadhan yang lalu 1431H, Almarhumah Dr. Lo' Lo' ada menghubungi saya dan meminta saya meng'edit'kan sebuah Video ringkas yang boleh membuka pintu kesedaran sesiapa yang melihatnya agar kembali pada hidup yang di redhai Allah. Dengan sifat penyayang yang memang menjadi darah dagingnya, Almarhumah amat peka terhadap kebajikan para remaja dan sering ingin mendekati remaja agar mereka dekat dengan kehidupan berpandukan Islam.

Beliau amat risau dengan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi terutamanya gejala membuang anak akibat dari 'Cinta tanpa Adab' yang terbina dan amat merasa sayu hatinya apabila melihat bayi-bayi kecil yang tidak berdosa di buang merata-rata tempat bagi menutup dosa yang telah mereka lanjurkan bersama pasangan atas nama 'Cinta'.

"Kadang-kadang mengalir air mata saya… sedih dan geram." Kata Almarhumah dalam perbualan telefon tersebut. "Sedih melihat anak-anak comel menjadi mangsa nafsu serakah yang suka sangat ber'couple' ni, ada yang sampai terbunuh, hilang kewarasan mereka kerana cinta kononnya. Geram melihat pasangan yang langsung tak takut Azab Allah hingga sanggup membunuh anak yang lahir dari perut sendiri. Dah pandai buat, tak mahu bertanggungjawab!" sambung Almarhumah dengan nada yang memang amat kesal terhadap perbuatan mungkar yang semakin menjadi-jadi.

"Doktor nak video yang macam mana?" Tanya saya kembali setelah turut terpanggil untuk bersama-sama Almarhumah bagi memberi sedikit sumbangan membenteras gejala yang merosakkan akhlak, institusi kekeluargaan dan keturunan ini. "Buatlah macam manapun, saya nak yang terbaik dari omar". Almarhumah memberi arahan yang ringkas mungkin untuk memudahkan saya menyempurnakannya.

"Saya nak pasang di slide semasa menyampaikan sumbangan di bulan ramadhan ini." Tegas Dr. Lo' Lo'. Saya meminta tempoh 3 hari untuk menyiapkan video tersebut setelah di beri sedikit panduan sepertimana yang Almarhumah kehendaki.

Klik Gambar untuk ke link berita

Begitulah lebih kurang seingat saya perbualan ketika Dr. menghubungi saya untuk membuatkan Video untuknya. Kini saya teringat kembali akan betapa kerisauan Dr Lo' Lo' dalam masalah keterlanjuran remaja, dan terlalu menyanyangi anak kecil yang tidak berdosa akibat gejala zina itu, saya buatkan lagi Video itu. Walau Doktor telah tiada namun semangat itu terus terpahat dihati, perasaan dan terus ada bersama saya…

Al-Fatihah…

Inilah videonya....




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tee Beng cabar Tsu Koon bertanding di P.Pinang

Posted: 15 Aug 2011 06:37 PM PDT

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dicabar bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi membuktikan beliau masih relevan serta diterima rakyat Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Bebas Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, ini kerana meskipun dikritik pelbagai pihak, Tsu Koon seolah-olah tidak tahu malu apabila terus menyalahkan orang lain semata-mata untuk mempertahankan dirinya yang didakwa telah membawa banyak sumbangan kepada negeri ini sepanjang 18 tahun menjadi Ketua Menteri.

Sedangkan kata Tee Beng, Tsu Koon kalah dengan majoriti hampir 10,000 undi pada pilihan raya umum lalu yang secara jelas menunjukkan kebenaran kritikan yang dilemparkan terhadapnya selama ini.

"Tapi dia (Tsu Koon) buat-buat tak faham dan mendakwa rakyat negeri ini masih menyokongnya. Kalau sokong kenapa boleh kalah dengan majoriti 10,000 undi.

"Oleh itu, saya cabar dia bertanding di Pulau Pinang, jangan menjadi pengecut nak bertanding di Johor atau tempat lain. Kita tengok nanti sama ada dia boleh menang atau tidak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tsu Koon baru-baru ini membidas tindakan beberapa individu termasuk bekas pemimpin Gerakan yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Tee Beng memberitahu, Tsu Koon juga sepatutnya berundur dari arena politik selepas tewas dalam pilihan raya seperti yang dilakukan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

"Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu sanggup berundur kerana berasa bertanggungjawab atas kekalahan partinya. Presiden SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak), Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam pun bertindak sama bila kalah.

"Tapi dia (Tsu Koon), bukan saja enggan berundur, malah dengan muka tebal masih ada di Parlimen. Bukan buat apa, cuma jalan sana, jalan sini ikut Perdana Menteri.

"Dia kata tidak mahu terima jawatan Senator, tetapi yang berlaku sebaliknya. Dia sanggup menjadi menteri atas tiket Senator. Orang ini memang tidak tahu malu," ujarnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga diminta berhenti memberi kredit kepada dirinya atas kemajuan Pulau Pinang sedangkan pembangunan itu sebenarnya dirancang bekas Ketua Menteri, Tun Dr. Lim Chong Eu.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

pak menteri sebenarnya malu pendemo upahan....

Posted: 15 Aug 2011 09:55 AM PDT

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, dakwaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim bahawa peserta BERSIH 2.0 diupah RM50 adalah kenyataan yang "sangat dangkal"

NONESambil menafikan PAS turut mengupah anggotanya, Mahfuz menyifatkan kenyataan Rais itu sebagai cuba "menyamakan semua orang macam Umno". "Umno nak meramaikan perhimpunan mereka, nak meramaikan perhimpunan yang dihadiri pimpinan mereka, mesti diberi duit, dibelanja dengan wang cukup besar, sediakan pengangkutan, kemudian diberi duit, beri makan dan sebagainya.

Jadi dia (Rais) menyamakan (dengan kita). Dia tidak boleh berfikir di luar kotak (pemikiran) Umno. Rais ini berpemikiran dalam kotak Umno. Dia tak keluar daripada kotak Umno," katanya.

Semalam, Rais dilapor mendakwa ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu. Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.

"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya.

Menurut Rais lagi, bukan semua peserta perhimpunan itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.

Sharpshooter - Kita janganlah marah pak menteri nieeeeee....dia sebenarnya bukan tuju kepada pendemo BERSIH tetapi sebenarnya kepada pendemo KOTOR yang upah mat bangla dan awek indon semasa demo di komtar.

Jangan salah faham maksud yang tersirat pak menteri anak yatim tuuuu...dia maluuuu dgn menantu pak lah upah mat bangla dan senatak sesumpah upah awek indon demo di komtar..dia maluuuuuu sebab dah la upah mat bangla dan awek indon yang terang-terang hina kalimah Allah bila pakai terbalik ....tak ramai pulak tuuuu...tu yang dia maluuuuu....








Lompat si katak lompat..lompatlah tinggi-tinggi...

Posted: 15 Aug 2011 07:45 AM PDT



Lompat si katak lompat...lompatlah tinggi-tinggi...cuba layan video di atas sampai habis...



Tiba-tiba saja lapan ekor katak terkinja-kinja melompat-lompat mahu jadi saksi....ek ekh kenapa pula ye..tiba-tiba jer...ada katak gemok, ada katak kurus, ada kata gelap, ada katak tarbus, ada katak mata sepet...semuanya terkinja-kinja melompat-lompat tawarkan diri jadi saksi...

Sifirnya mudah saja....sebab pilihanraya umum ke 13 makin hampir...nyawa katak semakin tamat...sebenarnya bukan tawar untuk menjadi saksi tetapi yang tersirat adalah tawarkan diri nak jadi calon PRU 13 kepada memanda perdana menteri...

Katak sebenarnya haram dimakan oleh umat Islam kerana katak boleh hidup di dua alam..di dalam air boleh..di atas darat pun boleh..sebab itu Islam mengharamkan umatnya memakan katak.

Katak-katak ini sedang beli dua insuran sebenarnya...sebelah kaki kepada memanda perdana menteri..sebelah kaki lagi kepada memanda mat sembab...nak buat macamana...nak hidup katakan....kalau tak terkinja-kinja melompat-lompat...nanti tiada tempat...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: