Isnin, 15 Ogos 2011

SharpShooter

SharpShooter


Isu larangan guna pembesar suara bacaan Al-Quran sebelum subuh bukan isu politik tetapi ia adalah arahan Nabi Muhammad SAW - Mufti P.Pinang

Posted: 15 Aug 2011 01:37 AM PDT

KENYATAAN MEDIA BERKAITAN ISU MEMBACA AL QURAN
SEBELUM WAKTU SUBUH DENGAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA

OLEH : SAHIBUS SMAHAH DATO' SERI HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD
MUFTI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
TARIKH : 15 OGOS 2011


KRONOLOGI ISU

1. Perbincangan mengenai isu ini adalah di atas dasar pemerhatian dan realiti yang berlaku di kebanyakan masjid dan surau di negeri Pulau Pinang selain aduan melalui telefon dan email daripada orang awam bertanyakan hukum mengenainya.

2. Keputusan Mengenai Membaca Al Quran Sebelum Waktu Subuh Dengan Menggunakan Pembesar Suara adalah dibincang dan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2011 bertarikh 7 April 2011 dan disahkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 3/2011 bertarikh 16 Jun 2011.

3. Mesyuarat turut memutuskan agar keputusan tersebut dipanjangkan kepada qaryah-qaryah masjid seluruh negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Keputusan berkenaan telah dihantar kepada Pengarah JHEAIPP pada 12 Julai 2011 untuk tindakan selanjutnya kerana qaryah-qaryah masjid terletak di bawah pentadbiran JHEAIPP.

ASAS PERBINCANGAN DAN KUASA JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG

1. Perlu ditegaskan bahawa isu ini dibincang dan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bukan atas arahan atau tekanan daripada mana-mana pihak sama ada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahupun mana-mana pertubuhan atau orang perseorangan.

2. Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang adalah satu jabatan yang bertanggungjawab menjawab dan menyelesaikan segala kemusykilan serta permasalahan berkaitan hukum Islam di negeri ini. Ia berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 45 Enakmen Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 iaitu :-

Mufti hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Negeri Pulau Pinang selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.

3. Jika merujuk kehendak Seksyen 48 (1), (2), (3), (4), (5), (6) dan (7) Enakmen Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, berkaitan Tatacara pembuatan fatwa, keputusan ini bukanlah satu fatwa.

4. Keputusan mesyuarat tersebut TIDAK DIWARTAKAN dan keputusan ini adalah sebagai satu NASIHAT HUKUM yang sering diputuskan sama ada melalui jawapan terus daripada Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dari semasa ke semasa atau dipohon pandangan terlebih dahulu daripada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa. Ia merupakan suatu keputusan HUKUM sebagai panduan serta menjelaskan pandangan Islam tentang amalan tersebut kepada seluruh umat Islam di negeri Pulau Pinang untuk diikuti dan dipatuhi.

5. Tatacara pembuatan fatwa mengikut kehendak Seksyen 48 (1), (2), (3), (4), (5), (6) dan (7) Enakmen Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 adalah seperti berikut :-

(1) Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat fatwa, Mufti boleh menyebabkan apa-apa kajian atau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja disediakan.

(2) Apabila Jawatankuasa bercadang hendak membuat fatwa, Mufti hendaklah memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang dicadangkan itu.

(3) Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta.

(4) Apabila fatwa itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Jawatankuasa Fatwa hendaklah memaklumkan Kerajaan Negeri tentang Fatwa itu dan selepas itu hendaklah menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.

(5) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.

(6) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan rumi, tetapi teks fatwa itu dalam tulisan jawi boleh juga disiarkan.

(7) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa tidak boleh diambil sebagai fatwa melainkan jika pernyataan itu disiarkan dalam Warta menurut subsyeksyen (4).

ULASAN SOHIBUS SAMAHAH DATO' SERI MUFTI BERHUBUNG ISU BERKENAAN

1. S.S Dato' Seri Mufti melahirkan kekesalan di atas segala kenyataan yang tidak professional dan tidak berhemah daripada semua pihak termasuk menuduh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang membuat keputusan secara melulu berkaitan isu tersebut.

2. Keputusan tersebut diputuskan adalah berdasarkan rasa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi menyatakan kebenaran dan ia bersandarkan dalil yang sohih.

3. Islam mensyariatkan untuk tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan sebagainya. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain wajib dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

4. Walaupun bacaan Al-Quran dan zikir amatlah baik, namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri atau ingin membacanya pada waktu lain atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang sedang tidur atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam dan lain-lain.

5. Rasulullah S.A.W melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang sedang berada di dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi atau tumpuan terhadap solat mereka, mana mungkin untuk menguatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga mengganggu mereka yang sedang berada di luar masjid.

6. Larangan ini adalah keputusan yang berlaku pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana hanyalah bagi mereka yang berada di dalam masjid sahaja, bagaimana jika Rasulullah dan para sahabat serta para ulamak dahulu melihat keadaan pembesar suara pada zaman kita ini, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni.


*KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Utusan Fitnah Lagi dan Isu Facebook palsu

Posted: 15 Aug 2011 12:14 AM PDT



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menolak dakwaan beberapa blogger yang mengatakan Pulau Pinang bayar majalah The Economist untuk artikel yang disiarkan pada 13 August 2011 di pautan ini http://www.economist.com/node/21525968.

KM Lim juga menolak fitnah Utusan Malaysia yang mengatakan DAP mendirikan laman Facebook 'Lim Guan Eng for Prime Minister.' Lim berkata ini mungkin kerja BN cybertrooper.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Setiap malam TKM 1 Pulau Pinang turun padang bersama rakyat

Posted: 14 Aug 2011 08:01 PM PDT

Aktiviti pejabat YB Dato' Mansor pada setiap kali tibanya Ramadhan hanya setakat jam 5.00 petang sahaja. Selepas itu beliau akan bergegas untuk turut padang bersama-sama dengan rakyat untuk menyampaikan sumbangan ramadhan, berbuka dan bertarawih di masjid dan surau sekitar Pulau Pinang.










Sesekali beliau juga akan melakukan lawatan mengejut ke bazar-bazar ramadhan untuk beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung.

Bagi beliau inilah masa terbaik untuk bersama dengan rakyat terutamanya yang beragama Islam. Selain dapat beribadat bersama, kesempatan ini juga dapat beliau mendengar segala permasalah rakyat.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

daripada: Dato' Mansor Bin Haji Othman









* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Majlis Makan Malam bersama Anwar

Posted: 14 Aug 2011 07:54 PM PDT




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wajah hipokrit umno dalam isu azan dan murtad

Posted: 14 Aug 2011 04:43 PM PDT

Tindakan Umno cuba mempolitikkan semua isu  yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat (PR), terutamanya isu agama memperlihatkan betapa dangkalnya pemikiran dan sifat hipokrit mereka.
 
Dalam isu fatwa pembesar suara yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran sebelum waktu Subuh di negeri Pulau Pinang, Umno kelihatan ingin mempolitikkan isu tersebut sehingga tidak boleh membezakan mana keputusan fatwa negeri, dan mana satu tindakan kerajaan negeri.

"Isu bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara pada waktu pagi bukanlah isu baru, kerana ianya sudah acap kali ditimbulkan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan rakyat.
 
Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah keputusan mufti dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang yang melihat isu ini bercanggah dengan nas yang jelas, kerana tindakan memperdengarkan bacaan al-Quran, walaupun ia satu kebaikan; namun Islam juga mengambil kira soal sensitiviti orang lain yang inginkan ketenangan, ada kanak- kanak yang sedang tidur, orang yang uzur, terutamanya yang tua sakit dan sebagainya," terang Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.
 
Fatwa larangan pembesar suara di Pulau Pinang yang dibuat Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kini menerima pelbagai sokongan daripada pelbagai pihak, termasuk mufti Perlis, Juanda Jaya, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kerana ia bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur cuba dipolitikkan Umno sebagai satu keputusan negeri Pulau Pinang.
 
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kelmarin dipetik sebagai cuba menyalahkan kerajaan negeri Pulau Pinang atas tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tersebut dengan menyatakan "perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam."

"Tindakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertikaikan keputusan Fatwa Kerajaan Pulau Pinang, kata Tuan Ibrahim merupakan satu penghinaan kepada wibawa Mufti dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang telah membuat kajian dan keputusan yang teliti.
 
Bayangkan kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng, tentu ia akan menimbulkan kegilaan huru-hara para pemimpin Umno dan saudara baiknya Perkasa dan juga mengkritik beliau," bidas Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Lajnah Penerangan PAS bahagian Dakwah.
 
Membandingkan dengan sikap pemimpin Umno dan Perkasa yang berdiam seribu bahasa Kerajaan Negeri  Melaka memanjang tempoh hiburan sehingga jam 3 pagi di bulan Ramadhan, Tuan Ibrahim menyifatkan semua aksi ini adalah "gelagat pimpinan Umno Perkasa yang hanya nampak ada mata pada perkara yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat, sebaliknya membiarkan kemungkaran di negeri yang diperintah mereka."
 
"Sikap sedemikian mencerminkan Umno sebagai  sebuah parti yang mengutamakan kepentingan politik berbanding tuntutan  agama, sehingga sesuatu kemungkaran terang-terangan, terutamanya yang berlaku di negeri pimpinan Umno dibiarkan tanpa sebarang kritikan dikeluarkan," tambah beliau.
 
Dalam isu murtad yang kini hangat diperdebatkan di media ekoran kontroversi melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Tuan Ibrahim mengecam sikap Umno yang tetiba cuba menjadi hero dalam isu ini, walhal mereka jugalah yang menyokong usul-usul pencegahan murtad umat Islam di Parlimen yang dibawa oleh para pemimpin PAS.
 
"Tapi kini dalam kemelut gereja-Jais, lebih-lebih lagi apabila berlaku di negeri Pakatan Rakyat maka golongan ini, seperti skrip drama yang tidak berubah terus berriuh-rendah di media kononnya nak menyelamatkan aqidah umat Islam dari murtad.

Sekiranya ini berlaku di negeri mereka, percayalah isu ini akan menjadi senyap-sepi seperti isu warga asing menjadi pengundi, nama pengundi bertindih yang berlambak, bukti pengundi hantu ahli Umno sendiri dan sebagainya.
 
Sekiranya ada keuntungan politik, di sanalah mereka akan berkokok. Demi agama, bangsa dan negara – hanya dan bila hanya ada keuntungan politik - inilah sikap bermuka-muka pimpinan Umno," selar Tuan Ibrahim

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: