Isnin, 8 Ogos 2011

SharpShooter

SharpShooter


Samad Said: Sudah tiba masa anak muda lakukan "perubahan rejim"

Posted: 08 Aug 2011 01:49 AM PDT



Samad (baju kuning) sewaktu perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur 9 Julai 2011.
Datuk A. Samad Said, yang dilihat sebagai 'ikon baru politik' negara menegaskan, sudah tiba masa golongan muda melakukan "perubahan rejim" selepas 54 tahun negara ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

Sasterawan Negara ini menjadi perhatian di sebalik perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini.

Bercakap pada pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Samad, 76, berkata, perubahan tampuk pemerintahan negara boleh dilakukan golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

"Sudah tiba waktunya kita adakan 'regime change' (perubahan rejim), kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun," katanya.

"Dan, kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu.

"Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya 'merubah', maksudnya sudah tiba masa kita adakan 'regime change', ia mungkin terletak di tangan anak-anak muda," katanya di hadapan kira-kira 60 orang termasuk mahasiswa.

Dalam ucapan perasmian di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor itu, Samad juga berkata, rakyat seharusnya bersikap matang dan tidak lagi memilih "golongan bangsawan" untuk memerintah negara.

Bagaimanapun kata seniman ini, persoalan itu harus ditanya kepada diri sendiri dan perubahan boleh dilakukan dalam pilihan raya umum ke-13.

"Saya nak katakan sudah 54 tahun kita hanya diketuai oleh pemimpin dari kalangan bangsawan, Tun Abdul Rahman (Al-Haj), Tun Hussein (Onn) dan Tun Abdul Razak (Hussein) golongan bangsawan... (Tun Dr) Mahathir Mohamad selepas Tun juga bangsawan, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan sekaran juga sama (Datuk Seri Najib Razak), semua bangsawan, bila pemimpin daripada rakyat akan berada di situ?

"Kalau sudah 54 tahun, kita perlu bertanya adakah ia salah kita, anak-anak muda perlu melakukan perubahan sebab itu anak-anak muda perlu berani bertindak dan menggerakkan 'regimr change' ini," katanya.

Kata Samad, beliau lebih gemar mendengar pandangan bersifat "membangkang" daripada "sokongan."

"Saya gemar mendengar daripada mereka yang 'oppose', saya langsung tidak gemar mendengar mereka yang sokong.

"Sokong itu maksudnya sokong kerajaan," katanya.

Bulan lalu beberapa hari selepas Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara, Samad berkata selagi "golongan bangsawan berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai rakyat."

Justeru beliau percaya akan ada sinar harapan untuk melihat perubahan itu pada pilihan raya umum ke-13.

Pada Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu di ibu negara, ribuan rakyat telah menyertai perhimpunan menuntut transformasi pilihan raya.

SMM terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pro Mahasiswa Nasional (Pro M), Kumpulan Anak Muda Independen (Kami) dan Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema).

Sharpshooter - "Bila dasar suatu cita-cita bermula, perjalanannya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak."

"Barang siapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya."


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Rakyat menanti najib dan rosmah ke Mahkamah

Posted: 08 Aug 2011 12:08 AM PDT



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor tidak boleh lari lagi daripada hadir ke mahkamah memberi keterangan dalam kes Fitnah II apabila mereka diperintahkan berbuat demikian hari ini.

Perkara itu dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mahkamah ditangguhkan sebentar tadi.

"Kami mengalu-alukan keputusan ini. Kami sememangnya menantikan peluang untuk menemuramah saksi termasuklah Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Rosmah.

Saya tak nampak sebarang sebab mereka perlu menangguhkan lagi kes ini atau mencari alasan untuk tidak hadir," kata Anwar.

Pasukan peguam Anwar setakat ini hanya berjaya menemubual lima daripada 25 saksi yang ditawarkan pendakwa raya.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini membenarkan permohonan peguam Anwar untuk memanggil 20 lagi baki saksi ke mahkamah.

Najib dan Rosmah tersenarai di antara 20 saksi tersebut.

Bercakap lanjut, Anwar berkata kehadiran Najib dan Rosmah ke mahkamah adalah sebahagaian daripada tugas mereka kerana mereka sememangnya terlibat dalam kes Fitnah II sejak dari awal lagi.

"Mereka perlu anggap ini sebagai sebahagian daripada tugas mereka.

"Mereka terlibat sejak dari awal lagi seperti yang kita nyatakan dan mereka perlu bersedia untuk berhadapan dengan kita," kata Anwar.

Najib dilaporkan menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum beliau mendakwa kononnya kejadian liwat berlaku.

Dalam kenyataannya kepada media sebelum ini, Najib mendakwa kononnya beliau menemui Saiful untuk membincangkan soal biasiswa. Anehnya, Saiful sendiri adalah pelajar pusat pengajian tinggi yang gagal menamatkan pengajian kerana prestasi akademik yang teruk.

Peguam Anwar, Sankara Nair pula berkata keputusan hakim hari ini menyebabkan saksi-saksi yang tetap enggan ke mahkamah berhadapan tindakan undang-undang jika masih berdegil.

"Mereka tak boleh cakap mereka tak mahu bercakap. Mereka (saksi) perlu hadir kerana ia perintah mahkamah.

"Mereka terikat dengan undang-undang untuk hadir. Jika tidak, kita akan rujuk mereka kepada hakim," kata Sankara.

Selepas Hakim Zabidin menyampaikan keputusannya tadi, Timbalan Pendakwa Raya memohon perbicaraan ditangguhkan kepada 15 Ogos depan.

Ia dibuat Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dengan persetujuan peguam bela atas alasan Pendakwa Raya memerlukan satu minggu untuk pengurusan mengaturkan temuramah dengan saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan.

Ini kerana, dua daripada saksi-saksi yang diminta, iaitu pembantu rumah kepada pemilik kondominium, Haji Hasanuddin Abdul Hamid kini dilaporkan berada di Indonesia. - Ahmad Fadli



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Duit syiling baru Malaysia : Lambang bulan bintang diganti lambang mirip bendera yahudi Israel

Posted: 07 Aug 2011 11:38 PM PDT

MUNGKIN ramai pembaca yang sudah mengetahui tentang berita kemunculan matawang syiling baru Malaysia yang diumumkan di laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia baru-baru ini [BNM].

Pembaharuan yang jelas boleh diperhatikan, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling berwarna kuning keemasan dengan nilai RM 0.50 dan RM 0.20 di samping duit syiling bernilai RM0.10 dan RM0.05 bewarna perak dengan cetakan corak yang baru.


Namun begitu, satu perkara yang agak mengejutkan apabila dilihat jelas terdapat cetakan corak "Star of David" yang menyerupai bendera Israel pada duit syiling baru bernilai RM0.10. Rujuk gambar di bawah ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6-pdmeqG5mx6tX8AHBKHDmuPniokngV0YxWjgzVm6PHPeFunMBMXcGuIak9-xeGE7nSI2_dQylE29QTMger8JhFAjfd-OS0FKLtfBKq3Oz0zo7HxLeIphVs_lmJQKSYD8mZiuNUvyfuA/s1600/bendera-israel.png

Persoalannya, adakah "Star of David" sengaja dicetak pada duit syiling terbaru ini atau ia skadar suatu kebetulan? Apa perlunya lambang bintang enam ini diguna untuk menggantikan lambang bulan dan bintang pada syiling lama?

Jika dilihat, lambang bulan dan bintang pada duit syiling sebelum ini menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Jika "Star of David" pula digunakan, adakah ia menggambarkan sokongan secara tersirat Malaysia kepada negara Yahudi Israel dan agenda Freemason?



Jelas sekali, inilah hasil nasihat Yahudi APCO yang dibayar RM77 juta setahun oleh kerajaan sebagai penasihat pentadbiran kerajaan Rosmah Mansor.

ReJaM© "Sengaja tak mahu pakai lambang bulan dan bintang, tak mahu dunia tahu Islam agama rasmi Malaysia..."

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Jangan hanya lapar dan dahaga

Posted: 07 Aug 2011 06:49 PM PDT

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga."

Riwayat Ibnu Majah

Huraian

Pengajaran Hadis:

i) Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.

ii) Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

iii) Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu:

a) Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.

b) Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.

c) Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.

d) Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.

iv) Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.

v) Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka.

Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jangan menuding jari kepada orang lain

Posted: 07 Aug 2011 09:49 AM PDT

Hasan Ali Rela Dipecat - PAS Jumpa JAIS & pihak Gereja.



Ustaz Asri - Saya belum ingin mengulas tentang serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan serbuan' itu.

Cumanya, sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.

Saya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal.

Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;

1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain?

2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri.Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?

3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!

4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat.Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

5. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu.Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu.

6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim?

Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: