shalehudin |
Keluarga Gaddafi lari ke Algeria, anak lelaki terbunuh Posted: 30 Aug 2011 11:00 AM PDT Pejuang pemberontak menyambut Aidilfitri di Dataran Hijau, yang secara kebetulan jatuh kira-kira seminggu selepas kejatuhan kepimpinan Muammar Gaddafi di Tripoli, semalam. — Foto Reuters TRIPOLI, 30 Ogos — Keluarga Muammar Gaddafi dilaporkan telah 'melarikan' diri ke Algeria tetapi lokasi pemimpin itu masih belum diketahui, demikian menurut laporan media asing. Dalam pada itu, pejuang pemberontak mendakwa telah membunuh salah seorang anak lelakinya — Khamis Gaddafi dalam serangan udara kira-kira 60 kilometer ke selatan Tripoli.Kementerian Luar Algeria berkata isteri Muammar, Safia, anak perempuannya Aisha dan dua anak lelaki Hannibal dan Mohammed telah melangkah ke negara jiran di sebelah barat itu pagi semalam. Laporan Reuters menyebut perkembangan itu dijangka mencetuskan masalah hubungan diplomatik ketika Majlis Peralihan Kebangsaan sedang berusaha untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang baru. Aligeria tidak mengiktiraf majlis tersebut, yang sehingga kini lebih 40 negara telah memberikan pengiktirafan. Jurucakap majlis itu berkata, tindakan Aligeria adalah satu perbuatan menceroboh dan akan meminta agar mereka dihantar pulang. Bagaimanapun lokasi di mana Muammar berada sekarang masih belum diketahui sejak Tripoli jatuh ke tangan pemberontak, sekali gus menamatkan pemerintahan 42 tahun beliau. Libya berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak enam bulan lalu. "Kami telah berjanji untuk menyediakan perbicaraan yang adil kepada kesemua penjenayah dan oleh itu kami menganggap ini tindakan pencerobohan," kata kata jurucakap Mahmoud Shamman kepada Reuters. "Kami memberi amaran, sesiapa yang memberi perlindungan kepada Muammar Gaddafi dan anak-anak lelakinya, kami akan mencari dan menahan mereka," katanya.- TMI |
Tamil Nesan lebih telus walaupun depa tak mengaku Posted: 30 Aug 2011 10:45 AM PDT TPM: Imej tercalar Najib tak cermin situasi sebenar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata bancian populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dijalankan Merdeka Centre tidak mencerminkan situasi sebenar. Beliau berkata laporan terbaru organisasi itu "tidak semestinya benar" kerana ia bergantung kepada bagaimana responden dipilih. "Kita tidak mengambil serius laporan itu kerana tanggapan orang ramai boleh berubah dari semasa ke semasa. Apa yang penting sekarang ialah apa yang perlu kita lakukan untuk mengatasi isu berbangkit bagi memastikan Perdana Menteri terus mendapat sokongan teguh," katanya kepada pemberita, di Putrajaya hari ini. Muhyiddin yang ditemui di Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sempena Aidilfitri di Seri Perdana, juga berkata kerajaan bekerja keras untuk mengatasi kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara ini. "Kami sedang mengatasi isu itu. Kenaikan harga barang adalah isu global. Bagaimanapun kerajaan mengambil langkah untuk menanganinya," kata beliau. Kajian membabitkan 1,027 responden itu menunjukkan rating Najib jatuh enam peratus daripada 65 peratus pada Mei lepas kepada 59 peratus pada Ogos. Kajian itu menyifatkan kemerosotan tersebut berpunca daripada kebimbangan rakyat mengenai peningkatan kos sara hidup yang mula dirasai pengguna akibat kenaikan harga minyak dan tarif elektrik baru-baru ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan