Jumaat, 26 Ogos 2011

shalehudin

shalehudin


Gamat la jugak bila Doktor ni hilang sabaq... haha...

Posted: 26 Aug 2011 09:17 AM PDT

Lynas: PAS Pusat akan panggil Dr Che Rosli

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: PAS Pusat akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat (gambar) berhubung kenyataannya mengenai isu Lynas yang disiarkan di TV3, malam tadi dalam Buletin Utama.

Selain itu, PAS Pusat akan turut mendapatkan keterangan berhubung kenyataan beliau yang mengatakan Lajnah Penerangan PAS Pusat melarang beliau mengeluarkan kenyataan tentang nuklear terutama mengenai Lynas.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelesaikan kekusutan yang timbul ekoran kenyataan Dr Che Rosli mengenai perkara itu.

Menurut beliau, sehingga kini beliau selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan sebarang kenyataannya tentang nuklear termasuk berhubung dengan isu Lynas.

Katanya, jadi kenyataan Che Rosli itu ternyata tidak berasas dan sehubungan itu pihaknya perlu memanggil Che Rosli bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri mengenai perkara itu.

"Saya selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan halangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dengan nuklear. Jadi kita akan panggil Dr Che Rosli untuk mendapatkan penjelasannya," katanya pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Dr Che Rosli dalam laporan Buletin Utama TV3 semalam mengatakan beliau sudah lama bersabar dalam perkara itu sebab Penerangan PAS Pusat melarang beliau membuat kenyataan berhubung nuklear termasuk mengenai isu Lynas.

Selain itu, Che Rosli turut mengkritik akhbar rasmi PAS, Harakah kerana bersikap tidak adil terhadap beliau berbanding Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fauziah Salleh yang sering disiarkan kenyataan-kenyataannya berhubung nuklear dan isu Lynas yang bertentangan dengan pendiriannya.

Kenyataan Dr Che Rusli itu amat mengejutkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS kerana ia jelas bertentangan dengan pendirian PAS mengenai isu Lynas.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS dan Pakatan Rakyat tetap menolak projek nuklear Lynas di Gebeng, Kuantan kerana memikirkan risiko yang terpaksa dihadapi oleh penduduk negara ini terutama penduduk di kawasan itu.

Risiko yang dikenalpasti bukanlah hanya daripada pancaran radiasi, katanya, malah terdapat banyak potensi risiko yang cukup tinggi ketika pengangkutan bahan mentah yang tiba dari Australia di pelabuhan Kuantan ke tapak kilang LAMP milik Lynas di Gebeng Kuantan.

"Selain itu, risiko yang tinggi juga akan dialami ketika kerja-kerja pemprosesan, simpanan dan pengurusan sisa buangan (pepejal, air sisa dan gas) yang dikenalpasti mempunyai elemen radioaktif di dalamnya," katanya.

Menyedari hakikat itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menegaskan, PAS Pahang tetap konsisten dengan keputusannya sejak dulu yang bersama-sama penduduk di kawasan Gebeng, Kuantan menolak projek nuklear Lynas.

"Malah berdasarkan kenyataan penduduk di kawasan itu, sekiranya Dr Che Rosli yang bersetuju dengan projek itu, jangan sekali-kali dibina di kawasan mereka, tetapi bawalah projek nuklear Lynas itu ke tepi rumah Dr Che Rosli sendiri.

"Kenyataan penduduk di kawasan Gebeng itu perlu difahami dengan jelas oleh Dr Che Rosli. Mereka menentangnya bukan kerana tidak memahami kepentingan nuklear, tetapi tidak yakin dengan pengawalan dan pemprosesannya.

"PAS dan Pakatan Rakyat amat faham perkara itu dan ia juga amat perlu difahami oleh pelbagai pihak. Itulah sebabnya PAS bersama-sama penduduk di kawasan itu konsisten menentangnya sejak dulu," ujar beliau.

Syabas Anwar

Posted: 26 Aug 2011 01:30 AM PDT

Anwar berjaya menjerat musuhnya

Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk membela dirinya melalui keterangan tidak bersumpah. Saya rasa elok juga saya berkongsi pendapat mengenai pendirian Anwar tersebut.

Saya akui awalnya saya juga agak terkejut dengan pendirian Anwar tersebut. Namun setelah mengikuti keterangannya tersebut saya harus akui bahawa tindakan Anwar amat amat bijak.

Saya percaya pendirian itu dibuat dengan perkiraan yang mendalam dengan mengambil kira sejak awal lagi perbicaraan Anwar dilihat melanggar norma-norma atau piawaian perbicaraan yang adil . Memberi keterangan dengan tidak bersumpah sudah tentu merupakan opsyen yang terbaik untuk Anwar dalam kondisi sebegitu.

Musuh Anwar memulakan serangan di atas pendirian Anwar tersebut . Dengan nada sinis mereka memperli kononnya Anwar takut untuk disoal balas oleh pendakwaraya. Musuh beliau menyatakan Saiful lebih berani dari Anwar kerana beliau memberikan keterangan dengan bersumpah dan rela disoal balas oleh Karpal Singh. Ya, ia satu hujah yang menarik tapi malangnya hujah tersebut bertolak dari qiyas atau analogi yang tidak betul atau dalam bahasa arabnya dipanggil qiyas ma'al fariq. Mengapa?

Isu Saiful berani memberi keterangan bersumpah tidak timbul kerana sebagai saksi pendakwa , undang-undang mewajibkan beliau memberi keterangan bersumpah. Makna mudahnya Saiful tidak ada pilihan kecuali wajib memberi keterangan bersumpah. Terpaksa memberi keterangan secara bersumpah bukan indikator keberanian seseorang.

Kedudukan Anwar sebagai pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful. Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah ( yang boleh disoal balas ) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah ( yang tidak boleh disoal balas ) atau hanya berdiam diri. Hatta jika Anwar memilih untuk berdiam diri hakim tidak boleh secara automatik membuat kesimpulan bahawa Anwar bersalah kerana seorang hakim masih perlu meneliti semula keterangan pendakwa sebelum membuat keputusan.

Musuh Anwar juga berhujah bukankah keterangan bersumpah lebih kuat nilainya dan jika Anwar benar-benar tidak bersalah kenapa beliau takut untuk memberi keterangan bersumpah dan boleh disoal balas oleh pendakwa.

Sekali lagi ia hujah yang menarik tetapi malangnya hujah tersebut gagal melihat keseluruhan proses perbicaraan Anwar . Melihat pendirian Anwar yang memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah secara terpisah dengan keseluruhan proses perbicaraan Anwar bukan sahaja tidak wajar malahan secara jelas ia satu hujah yang dangkal.

Hakikatnya bagi saya kerana kepercayaan bahawa dirinya tidak bersalah mendorong Anwar mengambil pendirian tersebut. Mana-mana tertuduh yang tidak bersalah dengan mudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam perbicaraan yang tidak adil.

Jika perbicaaraan Anwar memang dari awal mengikut piawaian perbicaraan yang adil hujah musuh Anwar itu mungkin ada keabsahannya. Namun dengan pelbagai perkara pelik dan tidak masuk akal berlaku dalam kes Anwar pendirian Anwar bukan sahaja wajar malahan amat tepat. Mari kita ambil satu contoh kepelikan dari siri-siri kepelikan yang berlaku dalam kes Anwar iaitu isu tawaran saksi saksi pendakwa kepada pasukan peguambela Anwar.

Bukankah pendakwa raya telah menawarkan kepada pihak peguambela Anwar beberapa orang saksi mereka seperti Najib , Rosmah, Musa Hassan dan beberapa orang lain. Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah dan piawaian perbicaraan yang adil saksi-saksi pendakwa ini sewajarnya bersedia dipanggil oleh pihak pembela dan mereka juga wajar menjawab soalan-soalan peguambela apabila dipanggil untuk temubual.

Peliknya dalam kes Anwar ini saksi saksi yang ditawar oleh pendakwa ini boleh memilih untuk tidak ingin menjadi saksi pihak pembela dan tidak mahu menjawab soalan-soalan peguambela Anwar semasa sessi temubual.

Tindakan pelik saksi saksi ini malangnya timbul dari keputusan pelik Hakim yang menyatakan bahawa saksi saksi seperti Najib dan Rosmah ini boleh memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan peguambela Anwar.
.
Keputusan Hakim tersebut menyebabkan tawaran saksi- saksi pendakwa seperti Najib dan Rosmah kepada pasukan peguambela Anwar tidak ada apa apa nilai dan hanya sia-sia dan membuang masa. Apa gunanya pendakwaraya menawar saksi-saksi mereka yang enggan bersuara dan apa gunanya pula untuk peguambela Anwar memanggil saksi-saksi yang enggan bersuara ( baca kecut untuk bersuara ).

Hakikatnya bukan Anwar yang tidak berani memberi keterangan bersumpah sebaliknya Najib, Rosmah , Musa Hassan dan Rodwan yang takut untuk memberi keterangan sama ada secara tidak bersumpah di luar mahkamah iaitu dalam sessi temubual atau secara bersumpah di dalam kandang saksi di mahkamah. Malangnnya musuh Anwar tidak nampak ironi ini. Mereka tidak habis habis 'menyalak' supaya perbicaraan disegerakan sedangkan tindakan Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Rodwan ini antara penyumbang besar kepada kelengahan perbicaraan
.
Seperkara lagi Anwar sudah punya pengalaman memberi keterangan bersumpah sebanyak dua kali sebelum ini dan beliau amat arif permainan kotor musuhnya. Memberi keterangan bersumpah akan dikawal oleh mantra 'tidak relevan' yang akan kita dengar berulang-ulang kali seperti dua perbicaraan beliau yang terdahulu. Bayangkan jika keluar dari mulut Anwar misalnya 'ada konspirasi nak aibkan saya...tidak relevan..' macam mana TV3 boleh ada siri khas tentang Saiful' ..tidak relevan.. begitulah yang saya percaya ada di dalam pemikiran Anwar.

Memberi keterangan secara tidak bersumpah tidak boleh dikawal oleh mantra 'tidak relevan'. Anwar bebas menentukan rentak dan iramanya tanpa diganggu gendang 'tidak relevan'. Hakikatnya apa yag Anwar katakan tersebut itulah yang paling ditakuti oleh musuh-musuhnya .

Malang sungguh musuh Anwar kerana penantian mereka bahawa Anwar akan terperangkap dalam jerat mereka tidak berlaku. Yang berlaku adalah Anwar yang kini menjerat mereka dan sehingga artikel ini ditulis seluruh manusia di seantero alam kini mula menghakimi sistem kehakiman negara ini dan para aktor -aktor yang terlibat dalam perbicaraan Anwar. Syabas Anwar !

http://peguampas.blogspot.com

Jom pakat pikiaq, soklan maut kat Najib... haha...

Posted: 25 Aug 2011 11:30 PM PDT

Liwat II: Najib, Rosmah dijangka hadir, soalan apa bakal ditanya pihak Anwar?

Perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menambah satu lagi siri drama dalam mahkamah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor, yang dituduh Anwar merangka plot liwatnya dengan Saiful Bukhari Azlan, telah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.

Kedua-dua suami dan isteri ini enggan membuka mulut apabila mereka menghadiri temubual awal dengan peguam Anwar sebelum perbicaraan minggu ini. Temubual itu adalah untuk menentukan sama ada mereka perlu dipanggil sebagai saksi atau tidak. Disebabkan pasangan pertama ini enggan bekerjasama, pihak pembelaan memohon untuk mendapatkan perintah mahkamah atau sepina; mereka kini perlu menghadirkan diri di mahkamah dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pasukan pembelaan Anwar Ibrahim.

Jika kedua-dua Najib dan Rosmah enggan menghormati perintah ini, kedua-duanya dianggap menghina mahkamah dan dengan itu, boleh dikenakan tuduhan yang difailkan terhadap mereka. Ini juga akan mencacatkan lagi imej Najib dan Rosmah, oleh itu mereka dijangka hadir. Persoalannya, apakah yang Najib dan Rosmah akan mendedahkan di mahkamah kelak?

Seiringan dengan perkembangan terbaru dari bekas Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Malott, yang mendedahkan bahawa kedutaan itu telah diberitahu keputusan untuk memusnahkan Anwar dari segi politik "sehingga dia tidak boleh berdiri lagi , " soalan apakah yang akan ditanya oleh pihak pembelaan Anwar nanti?

Setakat ini, menurut Sankara Nair, salah seorang peguam pembela Anwar, sepina telah disampaikan kepada pasangan yang pertama itu dan mereka harus menghadiri perbicaraan sebagai saksi.

Tiada jampi serapah

Malah, sepina yang disampaikan kepada Najib Tun Razak, isterinya Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Ketua Polis Melaka Rodhwan Ismail bukanlah sesuatu yang mereka boleh pinggirkan dengan mudah.

Ia adalah satu perintah oleh mahkamah untuk menjadi saksi, jika tidak, waran tangkap akan dikeluarkan kerana tidak mematuhi perintah itu. Sememangnya tiada jalan keluar untuk seorang Perdana Menteri yang sedang berusaha memulihkan imej beliau yang telah cacat.

Keengganan untuk hadir memungkinkan waran tangkap. Namun, waran tangkap haruslah dikeluarkan oleh hakim. Dan hakim kontroversi Mohd Zabidin Mohd Diah telah menunjukkan kecenderungan beliau, memberikan Najib, Rosmah dan dua polis keistimewaan dengan membenarkan mereka melarikan diri daripada ditemubual sebagai saksi-saksi yang berpotensi untuk pihak pembelaan.

Sebagai alternatif, Najib dan Rosmah juga boleh memohon untuk mengetepikan saman seperti yang dilakukan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohammad pada tahun 1998.

Sifat berat sebelah hakim perbicaraan menjadi perdebatan Anwar, yang menyatakan dengan jelas dalam kenyataan 32-muka suratnya. Adakah Hakim Mohd Zabidin memberi Najib dan tiga yang lain "talian hayat" jika suatu waran tangkap yang diperlukan untuk memastikan keempat-empat mereka tidak bersetuju untuk muncul sebagai saksi?

Sepina tidak boleh ditarik balik, sama ada anda menghormatinya atau tidak dan kini kita tunggu dan lihat jika Najib, Rosmah, dan bekas Inspektor Ketua Musa Hassan dan Rodhwan Ismail akan hadir dan memberi keterangan di mahkamah.

Sejarah membuktikan keengganan Najib untuk hadir ke mahkamah

Dalam kes Altantuya, Najib dengan mudahnya diketepikan dalam perbicaraan padahal Razak Baginda, yang merupakan penasihat beliau dituduh membuat percubaan untuk membunuh. Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, Najib memilih untuk tidak menerangkan bahawa dia tidak bersalah di mahkamah. Pada masa yang sama pembunuhan itu adalah berkait dengan pembelian kapal selam Scorpene, di mana Najib pada ketika itu memegang portfolio sebagai Menteri Pertahanan. Najib tidak pernah dipanggil untuk menjelaskan butiran perolehan tersebut . Langsung tiada percubaan pihak pendakwaan untuk membawa beliau ke dalam kes tersebut Tetapi dalam kes Anwar, senarionya berbeza. Setakat ini, Najib dan Rosmah tidak mampu untuk menggagalkan percubaan pasukan pembelaan Anwar untuk melihat mereka memberi keterangan di mahkamah.

Tetapi apakah muslihat baru Najib dan Rosmah untuk mengelakkan diri daripada memberi keterangan di mahkamah? Adalah jelas bahawa jika kedua-duanya tidak hadir di mahkamah, mereka akan ditangkap. Adakah Perdana Menteri dan isterinya berrisiko untuk ditangkap? Adakah mereka akan hadir ke mahkamah dan memberitahu versi mereka untuk drama Sodomi II ini? Atau mungkinkah kita akan melihat kedua-duanya melarikan diri dari tugas ini hasil daripada kelicikkan badan kehakiman? - Malaysia Chronice

Buat malu kompeni jaa... kahkahkah...

Posted: 25 Aug 2011 09:00 PM PDT

Terberak Ahli Kimia Kerajaan Nak Jawab Hujah Pakar Australia

Kes liwat Anwar: Profil DNA lelaki Y tercemar, kata pakar Australia 

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Pakar dari Australia memberitahu mahkamah hari ini bahawa seorang saintis telah melakukan kesilapan ketika mengendalikan ujian profil DNA yang pihak pendakwa telah gunakan untuk mengaitkan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Dr Brian McDonald, saksi keempat pasukan pembela berkata, ahli kimia kerajaan Nor Aidora Saedon (gambar) telah melakukan kesilapan besar dalam kiraan pada ujiannya sehingga menyebabkan Anwar telah diputuskan sebagai "lelaki Y", profil DNA yang didakwa ditemui pada dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Apa yang anda ada ialah campuran profil. Beliau melaporkannya sebagai satu profil tunggal," kata Dr McDonald di Mahkamah Tinggi hari ini.

Kata beliau, Nor Aidora telah mencampur aduk garis panduan menjalankan proses ujian profil DNA, sehingga menyebabkannya memperoleh bacaan yang salah.

Perbicaraan membabitkan Ketua Pembangkang ini telah diberikan butiran analisis DNA secara terperinci termasuk penjelasan mendalam bagaimana untuk menanda dan membaca keputusan analisis.

"Jika ujian-ujian ini dijalankan di sekolah, beliau sudah pasti telah gagal," kata beliau lagi.

Pada Februari lalu, pasukan guaman Anwar berhujah dengan mempersoalkan profil-profil DNA yang diperoleh hasil ujian ke atas tuala.

Tuala itu diberikan kepada Anwar ketika ditahan di lokap ibu pejabat polis Kuala Lumpur tiga tahun lalu selepas dituduh meliwat Mohd Saiful.

Peguam pembela Ramkarpal Singh Deo berkata berdasarkan ujian "electropharogram" yang dijalankan oleh Nor Aidora ke atas tuala itu, analisis menunjukkan bahawa ada dua profil DNA — satu Lelaki Y dan satu lagi tidak diketahui profilnya.

Ketika memberi keterangan pada 23 Februari lalu, kata Nor Aidora, profil-profil DNA yang ditemui pada barang tersebut sepadan dengan lelaki tidak dikenali "lelaki Y", yang spermanya diperoleh dari dubur Saiful.- Greenboc

Najib dah tungging terbalik

Posted: 25 Aug 2011 07:00 PM PDT


Manipulasi adalah taktik lumrah di kalangan diktator. Di Malaysia, orang yang melakukan manipulasi ini adalah tidak lain tidak bukan, Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Seperti imbasan kembali Malaysia pada tahun-tahun 1980-an, yang mana negara masa itu diperintah oleh Dr Mahathir Mohamad yang melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa, Najib kini bersekongkol dengan kumpulan kaki buli untuk memastikan kedudukannya tidak tergugat.

Inilah pujian paling jujur yang boleh saya berikan kepada Perdana Menteri kita.

Belum pun sempat kita menilai pengumuman Najib untuk menubuhkan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya, beliau telah pun membuat aksi putaran dengan mengatakan pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada keputusan PSC.

Kenyataannya memberi petunjuk jelas kepada kita bahawa Najib tidak serius dalam soal melakukan perubahan untuk sistem pilihan raya negara kita. Dan mengapa perlu dia membuat perubahan?

Menipu undi, pengundian hantu, undi pos dan ketidakadilan dalam sistem adalah perkara-perkara yang Najib perlukan untuk mengekalkan jawatannya sebagai orang paling penting di negara ini.

Penyalahgunaan amalan dalam sistem pilihan raya bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Ia telah diamalkan sejak sekian lama oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk bergayut kepada kuasa tanpa perlu mematuhi undang-undang.

Melalui kenyataan Najib, kita boleh membuat andaian bahawa pilihan raya umum yang akan datang bakal menjadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah politik Malaysia.

Atau kita boleh mengandaikan alasan-alasan untuk kenyataan beliau yang tungging terbalik itu, yang banyak dikeluarkan sejak beberapa bulan lalu, bahawa sudah wujud perpecahan besar dalam UMNO, dan Perdana Menteri sedang menghadapi tekanan berat untuk tunduk kepada para pemimpin partinya sendiri.

Tidak berapa lama dahulu, dunia menyaksikan revolusi bumi Arab. Beratus ribu rakyat berhimpun di jalanan untuk menuntut hak mereka daripada para pemimpin yang dikatakan tiada siapa yang mampu menggantikan mereka. Saya bercakap tentang Hosni Mubarak, Muammar Gaddafi dan Zine al-Abidine Ben Ali.

Para penunjuk perasaan telah digerakkan oleh semangat enggan hidup sebagai hamba. Mereka bersemangat mahu menghentikan tindakan mana-mana pemimpin yang memijak harga diri dan hak asasi mereka.

Kebangkitan rakyat Arab itu tidak akan berhenti sehingga para pemimpin yang memerintah mereka melalui pemerintahan diktator, kuku besi dan korup, dijatuhkan.

Kita juga telah menyaksikan sejarah di negara kita pada 9 Julai lalu di mana berpuluh ribu rakyat Malaysia berhimpun secara aman di jalan raya untuk menuntut supaya jumlah undi yang mereka berikan sama dengan keputusan jumlah undi yang dikira.

Mereka meredah gas pemedih mata, meriam air dan anggota polis anti-rusuhan yang menghayun cota untuk menuntut supaya kerajaan tidak memijak hak mereka untuk mengundi dalam sistem yang bebas dari salah guna dan penipuan.

Sebaliknya, kita telah melihat bagaimana Najib dan menteri-menterinya telah menolak mentah-mentah apabila isu warga asing yang menjadi pemastautin tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi didedahkan.

Najib dan para menterinya juga tidak menyatakan pendirian tentang pengakuan pegawai-pegawai tentera yang menyatakan mereka telah mengundi bagi pihak beratus-ratus pengundi lain.

Melalui aksi terbarunya, Najib telah menghancurkan segala khayalan bahawa sistem pilihan raya di negara ini adalah bebas dan adil. Ia adalah pengakuannya yang sudah termaktub.

Kita sebagai rakyat perlu bangun dan menuntut supaya kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO tidak memijak hak kita untuk mengundi dalam satu sistem yang tidak bersifat anti-rakyat dan tidak korup.

Kerana apabila rakyat bangun secara aman, Najib dan kerajaannya akan tumbang. – Roketkini.com

Penulis adalah Ahli Parlimen DAP Klang

Gaddafi akan dibicara di Libya

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

DUA gambar berbeza dirakam di lokasi sama. Gambar kiri menunjukkan Gaddafi berucap kepada wartawan di perkarangan kompleks kediamannya di Tripoli pada 5 Februari 2001 sementara kanan, pemberontak meraikan kejayaan menawan kompleks itu, semalam.

ROME: Libya akan mengadakan pilihan raya bebas dalam masa lapan bulan dan membicarakan Muammar Gaddafi di negara itu.

Pemimpin pemberontak, Mustafa Abdel Jalil berkata semalam, pihaknya tidak akan menyerahkan bekas pemimpin Libya itu kepada mahkamah antarabangsa.

"Kami akan mengadakan pilihan raya Parlimen dan presiden dalam masa lapan bulan," kata Pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) itu.

Kumpulan berkenaan kini menguasai keseluruhan negara yang kaya dengan minyak itu kecuali beberapa kawasan kecil.

"Kami mahukan kerajaan demokratik dan perlembagaan yang adil.

"Lebih penting lagi, kami tidak mahu hidup dipencil masyarakat antarabangsa seperti yang berlaku sekarang," katanya kepada akhbar Itali, La Republica.

Kedudukan Gaddafi sehingga semalam masih tidak diketahui. Pemberontak menawan istananya di Tripolil. Mustafa berkata, bekas pemimpin itu dan orang kanannya perlu ditangkap dan dibicarakan di Libya.
"Era Gaddafi sudah berakhir meskipun kejatuhan sebenarnya hanya akan berlaku selepas dia ditangkap dan dihukum kerana jenayah yang dilakukannya," kata Mustafa.

Beliau berpendapat Gaddafi dan orang kanannya mesti dibicarakan secara adil dan ia mestika dilakukan di Libya.
"Untuk memastikan keadaan itu berlaku, kami perlu menangkap mereka hidup-hidup dan melayan mereka berbeza dengan layanan yang diberikannya kepada musuhnya.

"Beliau hanya akan kekal dalam ingatan kerana jenayahnya, kerana penangkapan dan pembunuhan musuh politik yang dilakukannya," kata Mustafa kepada La Republica.

Menteri Luar Itali, Franco Frattini sebelum ini berkata, Gaddafi perlu dibicarakan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague, Belanda.

Selepas enam bulan kebangkitan menentang pemerintahan 42 tahun beliau, hanya beberapa kawasan kecil di Trtipoli masih dikuasai penyokong Gaddafi.

Mustafa berkata, tentera Gaddafi kini berundur ke kubu kuat mereka di bandar pelabuhan Sirte. - AP

Tiada ulasan: