shalehudin |
- Macam tak percaya pulak cerita nih... hihi...
- Mat rempit ngan monyet ni sama jaa... haha...
- Ooo... Anwar ngan Najib ada pakatan sulit yerr...
- Nasib Koperal Jenain, 15 Sept
- Dr Asri tibai sapa pulak dahh... kahkahkah...
- Lamborghini tersangkut kat padang golf
- PAS dah lama dok tunggu...
- Alaahai Selangor oii, tak habih2 lagi ka...
- Sakit dapat, malu pun dapat... kahkahkah...
- Ada yang geli kena geletek ngan Khir Toyo... kahkahkah...
- KDN gempaq salah orang nie... haha...
- Nasib Koperal Jenain, 15 Sept
- Berpuasa belum tentu bertakwa
Macam tak percaya pulak cerita nih... hihi... Posted: 24 Aug 2011 08:53 AM PDT Fitnah II: Najib, Rosmah akan hadir ke mahkamah- Peguam (Oleh: Ahmad Fadli) KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair hari ini memberitahu bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan kes Fitnah II. Bagaimanapun, Najib mengkehendaki notis yang singkat untuk hadir ke mahkamah, kata Sankara. Perkara itu menurut Sankara dimaklumkan oleh pihak polis kepadanya. "Kalau kita bagi notis dalam masa yang singkat, mereka (Najib dan isteri) akan datang ke mahkamah. "Notis itu akan diberikan kepada polis dan polis akan memaklumkan mereka mengenai kehadiran ke mahkamah," kata Sankara ketika ditemui di luar perkarangan mahkamah Jalan Duta, pada hari ketiga Anwar membela diri hari ini. Beliau juga mengesahkan notis sapina yang dikeluarkan terhadap Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga telah diterima pasangan suami isteri itu. Najib dan Rosmah sewaktu hadir ke mahkamah secara bersembunyi sebelum ini enggan ditemubual mahu pun menjadi saksi dalam perbicaraan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang itu. Bagaimanapun, Jumaat lalu mereka diberikan notis sapina oleh peguam Anwar untuk hadir ke mahkamah. Pada Isnin lalu, Peguam Karpal Singh berkata, waran tangkap boleh dilkeluarkan sekiranya Najib dan Rosmah enggan berbuat demikian. Turut diberikan notis yang sama adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof. |
Mat rempit ngan monyet ni sama jaa... haha... Posted: 24 Aug 2011 05:45 AM PDT Patung monyet diguna untuk cegah pandu laju BEBERAPA patung monyat yang memakai jaket bercahaya diletakkan di sebatang pokok di tepi jalan raya di Changsa, China. CHANGSA - Polis China menggunakan patung-patung monyet yang dipakaikan dengan jaket pemantul cahaya sebagai usaha untuk menghalang pemandu memandu kenderaan dengan laju, lapor sebuah akhbar kelmarin. Patung-patung itu diletakkan di tepi jalan raya di bandar ini. Beberapa pegawai undang-undang di bandar ini berharap patung yang ganjil itu akan dapat memberi peringatan kepada pemandu supaya jangan melanggar undang-undang. Salah satu daripada idea unik itu dilaksanakan di sebatang pokok. Beberapa patung monyet yang memakai jaket tersebut berlonggok di pokok tersebut. Salah satu patung tersebut dilihat bergayut pada dahan pokok itu. - Agensi |
Ooo... Anwar ngan Najib ada pakatan sulit yerr... Posted: 24 Aug 2011 02:30 AM PDT Malott jatuhkan bom: Pakatan rahsia antara Najib dan Anwar Oleh John Malott Hari ini saya membaca kenyataan Anwar Ibrahim dari acara pengadilan.Anwar berkata bahawa ia semua adalah satu konspirasi politik terhadapnya.Dan saya setuju ,Bukankah saya adalah Duta Besar Amerika ke Malaysia apabila semua perkara-perkara ini berlaku pada kali pertama. Semua orang tahu, Kedutaan Amerika mempunyai banyak sumber maklumat.Tanya saja Wikileaks. Rakyat Malaysia gemar bercakap… Seperti yang ramai kawan-kawan saya di Malaysia tahu, saya telah sangat lantang bersuara untuk menyokong kebebasan Anwar lebih daripada satu dekad. Dan itu adalah kerana saya tahu kebenaran. Saya berada di sana apabila ia berlaku pada kali pertama. Pada tahun 1998 - kali pertama bagi Anwar - Kedutaan saya mendengar dan melaporkan banyak perkara. Kami tahu perkara yang sebenar. Kerana rakyat Malaysia - di peringkat tertinggi - memberitahu kami. Semasa saya berada di KL, badan pemikir peribadi Najib dipanggil Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, atau MSRC. MSRC pada dasarnya adalah dua orang, Rohanna Mahmood dan Razak Baginda. Rohanna tidak Razak adalah bukan pegawai-pegawai kerajaan, jadi saya tidak melanggar mana-mana undang-undang AS dengan mendedahkan apa yang mereka memberitahu saya dan Kedutaan saya pada masa itu. Pakatan sulit Pada tahun 1998 Rohanna menyertai saya untuk satu majlis makan tengah hari peribadi di kediaman Duta Besar. Ia adalah sekitar masa apabila Anwar mula mencabar Mahathir, secara halus tetapi masih jelas. Rohanna memberitahu saya bahawa Najib dan Anwar mencapai satu perjanjian rahsia. Apabila Mahathir pergi, Anwar akan menjadi PM, Najib akan menjadi Timbalan PM. Itu adalah perjanjian itu. Sudah tentu itu tidak pernah berlaku,. Apabila dilanda masalah, Najib berdiri, dan membiarkan Anwar pergi ke penjara. Bagaimana pula dengan Razak Baginda? Dia memberitahu pegawai kanan Kedutaan, "Keputusan telah dibuat. Mereka akan "menembak " Anwar dari segi politik untuk semua masa yang akan datang. "Sehingga dia tidak boleh berdiri lagi atau kembali ke politik." 100 tahun Maknanya, ia adalah keputusan politik - untuk memusnahkan Anwar. Itulah apa yang Razak - yang kini dalam buangan di London yang dikenakan sendiri - berkata. Selepas itu, seorang pegawai kanan Cawangan Khas kepada seorang pegawai Kedutaan, "Kami akan memastikan pertuduhan difailkan setiap masa supaya Anwar akan berada dalam penjara untuk seratus tahun akan datang." Adakah apa-apa keraguan tentang apa yang berlaku masa itu - dan apa yang sedang berlaku sekarang? - Malaysia Chronicle - John Malott adalah duta AS ke Malaysia dari 1995 hingga 1998 dan kini presiden Persatuan Jepun-Amerika Washington DC |
Posted: 24 Aug 2011 01:30 AM PDT Kes Aminulrasyid: Nasib Koperal Jenain diketahui 15 Sept SHAH ALAM, 23 Ogos — Mahkamah Sesyen menetapkan 15 September ini untuk membuat keputusan membabitkan Koperal Jenain Subi yang dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, April tahun lalu. Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan 15 September selepas pihak pendakwaan dan pembelaan selesai berhujah di akhir kes pembelaan. Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 12 Oktober lalu sebanyak 39 saksi dipanggil oleh pihak pendakwaan manakala pihak pembelaan menampilkan tiga saksi termasuk tertuduh. Ketika dihadapkan di mahkamah tahun lalu, Jenain Subi, 49, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aminulrasyid pada pukul 1.10 pagi 26 April 2010. Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 Shah Alam. Kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) membawa hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan denda. Kes kematian Aminulrasyid mendapat liputan meluas dan kecaman masyarakat selepas remaja itu mati terkena tembakan di kepalanya ketika dikejar anggota peronda yang sebelum itu mengarahkan remaja yang memandu kereta Proton Iswara, berhenti. Dalam kejadian di Seksyen 11, Shah Alam, Aminulrasyid, 15, ketika itu meninggal dunia selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri. |
Dr Asri tibai sapa pulak dahh... kahkahkah... Posted: 24 Aug 2011 12:30 AM PDT Dr Asri: Agensi agama perlu terbuka, jangan fikir satu hala Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pihak berkuasa agama di Malaysia perlu berfikiran terbuka untuk menerima pandangan dan pendapat pelbagai pihak tanpa hanya berfikir secara "satu hala." "Sikap mereka ialah memaksa pihak-pihak lain untuk berfikir satu hala dan ia bukan sikap rakyat yang bertamadun. Mereka harus ingat bahawa apa telah berlaku kepada gereja apabila mereka enggan berubah dan menekan mereka yang mahu berubah," kata Asri (gambar) dalam satu temu bual dengan wartawan Wall Street Journal Celine Fernandez. Temu bual ini muncul di sebalik kontroversi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan melakukan serbuan ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini dan siri isu berkaitan dengan Islam dan Kristian. Mengenai matlamat jangka panjang bagi Malaysia, Asri berkata "kita memerlukan tajdid dalam masyarakat Muslim di Malaysia." Sambil berkata tajdid mempunyai dua definisi yang berlainan, ulama progresif ini menekankan bahawa "definisi pertama ialah mengembalikan sifat asal agama." "Yang kedua, definisi tajdid melibatkan inovasi beberapa elemen untuk memenuhi keperluan kontemporari seperti inovasi kenderaan moden," katanya lagi. "Dalam contoh ini kita bercakap mengenai sesuatu yang kita tidak wujud sebelum ini, tetapi ia merupakan tujuan asal yang sama diperlukan oleh manusia. "Dalam konteks Islam, inovasi seharusnya dilaksanakan, bukan mengubah agama tetapi memuaskan pemahaman yang baru atau pandangan yang membawa perubahan-perubahan dalam persekitaran, asalkan ia tidak terpesong daripada keperluan asas al-Quran dan Sunah," katanya lagi. Tambah Asri, banyak isu kontemporari yang dihadapi sekarang tidak pernah diketahui pada masa-masa lalu. "Bagi memastikan survival masyarakat secara berterusan, pelbagai pandangan baru diperlukan. Pandangan mendahului teologi kemungkinan tidak salah, tetapi kemungkinan sudah luput ekoran perubahan masa dan persekitaran," kata beliau lagi. Dalam temu bual itu, Asri juga berkata, "di Malaysia buat masa sekarang tidak banyak Muslim konservatif, tetapi mereka memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan." Justeru katanya, sementara kumpulan progresif juga memberi banyak sumbangan kepada pembaharuan sejak kebelakangan ini tetapi mereka diketepikan oleh mereka yang menguasai institusi agama dalam kerajaan. "... dan memastikan bahawa hanya pemikiran mereka diberikan peluang. Kerajaan kemungkinan bimbang bahawa mereka dalam pergerakan progresif akan mengkritik perkara yang mereka lihat. "Kemungkinan ada kecenderungan pihak-pihak tertentu untuk mempertahankan elemen perkauman dan fanatik agama melampau untuk melindungi kepentingan politik mereka," kata ahli akademik Universiti Sains Malaysia ini. |
Lamborghini tersangkut kat padang golf Posted: 23 Aug 2011 11:30 PM PDT Sebuah kereta sport mewah Lamborghini tersangkut di tepi cerun sebuah kawasan berpasir di padang golf di Monterey, California pada Jumaat lalu. MONTEREY, California - Sebuah kereta sport mewah Lamborghini tersangkut di kawasan berpasir di sebuah padang golf di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin. Kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu semasa satu pameran kereta dari Itali sedang berlangsung. Salah seorang pemandu Lamborghini itu memandu kereta tersebut ke padang golf. Namun, dia tidak menyedari terdapat kawasan berpasir yang mempunyai cerun. Ramai orang yang mengerumuni kereta itu selepas ia tersangkut. Sebuah trak tunda kemudian tiba untuk membantu mengeluarkan kereta tersebut dari kawasan tersebut dengan menggunakan peralatan mengangkat kenderaan. - Agensi |
Posted: 23 Aug 2011 10:30 PM PDT Hadi Awang: PAS sedia hadapi saman fitnah Umno KUALA TERENGGANU 23 Ogos — PAS bersedia menghadapi saman fitnah yang bakal dikemuka Umno berhubung isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini. Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, Umno berhak berbuat demikian dan PAS pula berhak mempertahankan kenyataan pemimpinnya. "Ikut dia (Umno) . . . dia nak saman itu hak dia, hak kita membela diri," katanya dipetik Bernama. Hadi ditemui selepas penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini. Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, beliau bersedia untuk bertemu Umno di mahkamah. Mustafa berkata, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik dakwaan dilemparkan terhadap Umno sebelum ini. Sebaliknya beliau dengan tegas mempertahankan dakwaannya itu. Umno Selangor berkata pihaknya akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa berhubung dakwaan kononnya parti itu memainkan peranan dalam tindakan Jais ke atas pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu. Awal minggu lalu, Mustafa dalam satu sidang media di Kuala Terengganu mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama. Beliau juga mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu. |
Alaahai Selangor oii, tak habih2 lagi ka... Posted: 23 Aug 2011 09:00 PM PDT Majlis Syura: Sultan Selangor murka tindakan MB keluarkan kenyataan tidak benar Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan murka dengan tindakan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan penubuhan Majlis Syura adalah atas titah baginda, setiausaha sulit baginda berkata hari ini. Sebaliknya, Datuk Mohamad Munir Bani berkata dalam pertemuan minggu lalu Khalid hanya mengatakan mahu bertemu dengan pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos ke atas premis itu. "Memang tuanku langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura itu sebab tuanku terkejut dan murka dengan apa yang berlaku. "Tuanku tidak sebut apa-apa tentang Majlis Syura, saya sendiri tidak tahu macam mana Menteri Besar katakan tuanku titahkan, sekarang tuanku murka dan terkejut, dan suruh Menteri Besar perbetulkan semula kenyataan itu," katanya kepada The Malaysian Insider. Semalam kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menubuhkan Majlis Syura bagi menyelesaikan segala pertikaian yang berlaku dalam pemeriksaan Jais itu. Jawatankuasa khas itu atau dikenali sebagai Majlis Syura — dianggotai Khalid, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abd Majid Omar. "Idea penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh Sultan Selangor ketika kami mengadakan perbincangan pada minggu lalu," kata Khalid dalam satu kenyataan semalam. Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu. Tindakan Jais itu mendapat bantahan banyak pihak, namun dipertahankan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menegaskan terdapat usaha untuk memurtadkan umat Islam pada program itu. |
Sakit dapat, malu pun dapat... kahkahkah... Posted: 23 Aug 2011 08:00 PM PDT Kes liwat Anwar: Sampel sperma dari dubur Saiful tak 'layak' dijadikan bukti KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Pakar forensik Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata spesimen sperma diambil dari bahagian dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti dalam kes liwat kerana keadaannya telah terjejas dan hanya diperoleh 56 jam selepas hubungan seks didakwa berlaku. Dr David Wells mendakwa sampel-sampel DNA yang diperoleh tidak mungkin sesuatu yang "bermakna" dan adalah penting ia telah dihantar untuk tujuan analisis dengan segera. "Selepas satu tempoh yang lama, sampel tidak berada dalam keadaan baik," kata beliau di mahkamah hari ini. Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa spesimen DNA Saiful diperoleh 56 jam selepas perbuatan seks iaitu ketika dia pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan perubatan pada 28 Jun 2008 dan kemudian membuat laporan polis. Mahkamah juga pernah diberitahu bahawa spesimen DNA disimpan 43 jam lagi dalam kabinet oleh pegawai penyiasat Supt Jude Pereira sebelum ia dihantar kepada ahli kimia kerajaan untuk dianalisis. Dr Wells menekankan dalam borang perubatan Saiful mengatakan terdapat darah dalam dubur, namun keputusan pemeriksaan mendapati sebaliknya. Beliau juga berkata borang itu tidak diisi dengan lengkap. "Ia mesti diisi untuk menunjukkan semua pemeriksaan. Saya keliru dengan bahagian penting yang hilang," kata Dr Wells. Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful di sebuah kondominium di Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Beliau boleh dijatuhkan hukuman sehingga 20 tahun penjara jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan tetapi hukuman sebat tidak akan dijalankan kerana faktor umur. "Saya akan skeptikal boleh memperoleh sebarang keputusan bermakna," kata Dr Wells lagi. Peguam Anwar, Sankara Nair kemudian memberitahu pemberita bahawa keterangan Dr Well telah menjejaskan kes pendakwaan memandangkan sampel-sampel DNA dari Saiful tidak sesuai digunakan sebagai bukti dalam kes. Dr Wells juga mengkritik keputusan Pereira untuk membuka beg yang telah pun disita bagi tujuan menyusun semula pelbagai pakej sebelum menyerahkannya kepada ahli kimia kerajaan untuk tujuan analisis. Katanya, tindakan itu telah menjejaskan rantaian bahan yang ada di bawah jagaan polis. "Saya secara peribadi terkejut jika sebarang spesimen yang saya ambil tiba di makmal dalam bentuk yang lain. "Saya bukan seorang anggota polis tetapi saya mengesyaki beliau (Pereira) akan mencari kerja baru," katanya yang kini merupakan ketua forensik perubatan di Victoria Institute of Forensic Medicine. "Integriti spesimen adalah sangat penting," katanya lagi. Perbicaraan akan disambung esok dengan pemeriksaan balas ke atas Dr Wells oleh pendakwa raya. |
Ada yang geli kena geletek ngan Khir Toyo... kahkahkah... Posted: 23 Aug 2011 07:00 PM PDT Khir Toyo: Tiga menteri mahu saya dipenjarakan Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah. Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih. Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai. "Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya," tulisnya. Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu. Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa. "Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan. Kebodohan pemimpin "Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini," tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman. Beliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing. "Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. "Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah. "Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?" soalnya lagi. Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain. Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008. Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno. Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar, seteru Dr Khir sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang. Menurut spekulasi Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang. |
KDN gempaq salah orang nie... haha... Posted: 23 Aug 2011 06:00 PM PDT Zuraida: Kami ada bukti, tak gentar disaman KDN KUALA LUMPUR: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri tidak boleh menyaman pihak yang mengkritiknya, khususnya isu pendatang tanpa izin (PATI) yang diberikan skrip bersumpah oleh Umno-BN. Zuraida memberikan reaksi berikutan kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam untuk menyaman beliau kerana membuat kenyataan terbuka mengenai isu keselamatan negara. "Sebab itu dia (Mahmood) perlu baca dan fahami semula peranannya sebagai kaki tangan kerajaan. Rakan peguam saya memaklumkan, tindakan saman yang dicadang dibuat Ketua Setiausaha KDN itu tidak tepat sebagai pegawai kerajaan. "Tapi sekiranya tindakan masih hendak diambil, kita bersedia. Dakwaan dibuat bukannya tuduhan tanpa asas. Kami ada bukti yang akan didedahkan pada masa yang sesuai," kata Zuraida yang turut menegaskan akan membuat laporan polis berhubung perkara itu. Zuraida sebelum ini tampil mendedahkan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin(7P) yang memaksa warga asing mengisi borang sumpah untuk menyokong Umno-BN bagi tujuan pemutihan. Menurut Zuraida, sebagai institusi kerajaan, KDN sepatutnya menyiasat dakwaan tersebut. "Ini perkara yang perlu dijawab. Bukannya ugut untuk menyaman," kata Zuraida pada sidang media di ibu pejabat Keadilan, hari ini. Sementara itu, Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli mempersoalkan sama ada wujud jaminan kepada ribuan ejen pemutihan di seluruh negara tidak melakukan perbuatan sumpah paksa tersebut. "Semua orang tahu, kebanyakan ejen-ejen pemutihan 6P adalah ahli Umno. Apakah kriteria dan syarat minima untuk menjadi ejen? Bagaimana mereka dilantik? "Apakah jaminan mereka tidak menyalahgunakan program Pemutihan 6P atas kepentingan politik mereka? Perkara ini yang perlu dijawab Menteri Dalam Negeri," kata Rafizi. |
Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT Kes Aminulrasyid: Nasib Koperal Jenain diketahui 15 Sept SHAH ALAM, 23 Ogos — Mahkamah Sesyen menetapkan 15 September ini untuk membuat keputusan membabitkan Koperal Jenain Subi yang dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, April tahun lalu. Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan 15 September selepas pihak pendakwaan dan pembelaan selesai berhujah di akhir kes pembelaan. Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 12 Oktober lalu sebanyak 39 saksi dipanggil oleh pihak pendakwaan manakala pihak pembelaan menampilkan tiga saksi termasuk tertuduh. Ketika dihadapkan di mahkamah tahun lalu, Jenain Subi, 49, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aminulrasyid pada pukul 1.10 pagi 26 April 2010. Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 Shah Alam. Kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) membawa hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan denda. Kes kematian Aminulrasyid mendapat liputan meluas dan kecaman masyarakat selepas remaja itu mati terkena tembakan di kepalanya ketika dikejar anggota peronda yang sebelum itu mengarahkan remaja yang memandu kereta Proton Iswara, berhenti. Dalam kejadian di Seksyen 11, Shah Alam, Aminulrasyid, 15, ketika itu meninggal dunia selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri. |
Posted: 23 Aug 2011 03:30 PM PDT Aziz Muda KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Orang yang menjalani ibadat puasa pada bulan Ramadhan belum tentu bertakwa, lebih-lebih lagi sekiranya mereka menentang perjuangan Islam dalam kehidupannya di dunia ini. Manusia seperti itu banyak terdapat di muka bumi Allah ini dan mereka juga adalah antara golongan yang disebutkan oleh Rasulullah saw dalam jumlah yang banyak di kalangan umat Islam, tetapi hanyalah seperti buih. Ahli Jawatankuasa Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Selangor, Tarmizi Md Din berkata, antara tanda orang yang tidak bertakwa termasuklah para pemimpin yang tergamak atau sanggup menyalahgunakan wang rakyat. Menurut beliau, sehubungan itu, setiap pemimpin berkewajipan memerhatikan isteri dan anak-anak mereka supaya tidak turut menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan diri dan keluarga mereka. "Jadi dalam hal ini, kalau ada isteri pemimpin yang sanggup menyalahgunakan wang rakyat sehingga RM24 juta hanya untuk membeli cincin, adakah orang seperti itu bertakwa?" katanya ketika menyampaikan tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, semalam. Pemimpin dan isteri pemimpin yang sanggup mencuri wang rakyat dan mengkhianati amanah rakyat, menurut beliau, adalah manusia yang mempunyai penyakit di dalam hatinya. "Dalam hadis, Rasulullah saw menjelaskan, penyakit yang ada di dalam hati orang seperti itu adalah penyakit waham, manakala penyakit waham itu ada dua perkara iaitu cintakan dunia dan benci kepada mati," katanya. Sehubungan itu, beliau yang juga AJK Dewan Pemuda PAS Gombak menasihatkan setiap umat Islam supaya sentiasa bermuhasabah agar tidak turut tergolong dalam golongan itu demi kepentingan hidup di dunia dan akhirat. Katanya, umat Islam di seluruh dunia kini sudah tidak lagi disegani dan ditakuti oleh orang-orang bukan Islam sehingga menyebabkan umat Islam sering diperlakukan dengan tindakan yang tidak sepatutnya oleh orang-orang kafir. "Maklumat terbaru yang kita perolehi menunjukkan umat Islam di sesetengah negara kini telah dilarang berpuasa. Malah sekiranya berpuasa, mereka akan dipenjarakan dan dihukum,"katanya. Dalam kes terbaru lain, katanya, terdapat seorang isteri yang menang dalam perbicaraan di mahkamah di luar negara berhubung isu pemakaian tudung lalu dibenarkan memakai tudung. "Seorang lelaki yang memusuuhi Islam yang berada di dalam mahkamah itu tiba-tiba terus menikam wanita tersebut berbelas kali. Suami wanita itu berusaha menyelamatkan isterinya kemudian turut ditikam oleh lelaki tersebut sehingga menyebabkan kedua-duanya terbunuh. "Kejadian tersebut berlaku di sebuah negara bukan umat Islam, di dalam mahkamah dan di hadapan hakim yang mengadili kes itu dan turut memberikan kemenangan kepada wanita tersebut. "Tetapi sudahnya kes itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pembellaan dari sebarang pihak. Begitulah lemahnya umat Islam di seluruh dunia sekarang," ujarnya. Kejadian tersebut, menurutnya, perlu direnungi dengan mendalam oleh setiap umat Islam kerana ia berpunca dari kesilapan umat Islam sendiri yang tidak benar-benar berpegang dengan ajaran islam dalam pelbagai aspek seperti yang dituntut oleh Allah. "Ini menjadikan umat Islam hidup dalam keadaan terhina kerana tidak mendapat pertolongan Allah dalam pelbagai aspek, malah perasaan takut kepada umat Islam turut dicabut oleh Allah dari hati orang-orang kafir," katanya. Untuk menebus maruah, beliau mengingatkan umat Islam agar tidak hanya Islam pada nama, tetapi beramal dengan ajaran Islam secara sumul dengan berbekalkan keikhlasan kepada Allah dalam setiap amalan yang dilakukan. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan