Isnin, 22 Ogos 2011

shalehudin

shalehudin


Lagi artis menikah di Thailand

Posted: 22 Aug 2011 09:13 AM PDT


Siti Fatimah Akui Mahu Sembunyikan Pernikahan Dengan Raisuddin

Oleh SALWA SHA'ARI

SHAH ALAM: Isteri kedua pelakon dan penyanyi era 80-an, Raisuddin Hamzah pada Isnin memberitahu, mereka memilih untuk bernikah di Songhkla, Thailand kerana mahu melarikan diri daripada bapa kandungnya selaku wali kepada dirinya.

Siti Fatimah Suberi juga berkata, tindakan itu dibuat kerana dia berhasrat mahu menyembunyikan perkahwinan yang dibina atas dasar suka sama suka itu daripada pengetahuan bapanya, yang merupakan seorang pengusaha kedai makan dan kenalan kepada Raisuddin.

Menjawab soalan peguam syarie Norazmi Mohd Arif yang mewakili dirinya, Siti Fatimah juga mengakui bahawa dia tidak pernah meminta kebenaran daripada ayahnya untuk bernikah kerana yakin permintaannya tidak akan dipersetujui.

"Jika dia bersetuju, mengapa dia memohon di mahkamah untuk memfaraqkan pernikahan saya dengan Raisuddin?" ujar bekas penuntut Institusi Pengajian Tinggi Swasta tersebut.

Katanya lagi, perkara itu pernah berlaku dalam keluarganya apabila ayahnya menghalang percintaan seorang anggota keluarga.

Ketika diminta untuk mendedahkan nama anggota keluarga tersebut, Siti Fatimah kelihatan tidak selesa untuk berbuat demikian kerana enggan perkara itu disiarkan di akhbar selepas menyedari terdapat wartawan di galeri awam mahkamah.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Zainor Rashid Hassin berkata, saksi perlu menjawab soalan yang diajukan oleh peguam.

"Emak saudara," jawab Siti Fatimah.

Pada keterangan lain, wanita bertubuh kecil itu juga memberitahu bahawa tindakan bernikah di negara jiran juga dibuat kerana status Raisuddin yang merupakan seorang artis.

Malah, dia juga memberitahu, mengikut perancangan asal, mereka mahu bernikah di Perak, sebelum membatalkan niat tersebut.

Siti Fatimah juga memberitahu, selepas berkahwin, kehidupannya dengan Raisuddin bahagia.

"Jika permohonan plaintif (ayahnya) untuk membubarkan perkahwinan ini dibenarkan, kami terpaksa berpisah dan ini akan mendatangkan kemudaratan kepada saya kerana saya sayangkan Raisuddin," tambahnya.

Dia juga berkata, dia yakin pernikahan tersebut adalah sah mengikut hukum syarak berdasarkan surat nikah diperoleh dari Islamic Community of Songkhla, Thailand yang disahkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan dari Pejabat Agama Islam, Gombak Timur.

Siti Fatimah, 24, sedang memberi keterangan dalam permohonan Suberi untuk membubarkan pernikahan tersebut mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.

Permohonan itu didengar serentak dengan permohonan Raisuddin, 54, yang merupakan bapa kepada penyanyi, Siti Sarah untuk mengesahkan pernikahan tersebut yang berlaku di Songkhla, Thailand pada 2 Januari 2007.

Suberi, 51, tidak menghadiri perbicaraan pada hari ini kerana difahamkan mengalami masalah kesihatan dam diwakili oleh peguam syarie Roshdan Sujak Rafie.

Perbicaraan akan disambung pada 20 Disember depan. - mStar

Kompas patutnya julang Najib sebagai wira... kahkahkah...

Posted: 22 Aug 2011 07:26 AM PDT

Akhbar Kompas bukan sahaja minta maaf sepatutnya puji Najib

Oleh: TinBuruk

Akhbar Kompas hari ini telah memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang dikatakan berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu dikaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta.

Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, secara amnya menyatakan permintaan maaf tersebut kepada Ketua Kerajaan Malaysia dan keluarga mengikut laporan Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini yang terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut.

Saya tidak mahu mengulas secara terperinci tentang perkara ini, tapi umumnya rakyat Malaysia sudah tahu dan sedar bahawa DS Najib terbabit dalam melobi Media BBC London dengan bayaran yang cukup tinggi juga iaitu RM57 juta. Sebelum ini Tun Matahir juga disahkan telah membayar jumlah yang tinggi semata-mata untuk berjabat tangan dengan Presiden Amerika, Bush.

Apalah nak dihairankan setakat media di Indonasia?

Saya rasa sepatutnya akhbar Indonasia itu puji DS Najib kerana membenarkan rakyatnya menjadi pemilih dalam PRU-13 akan datang dengan pendaftaran PATI melalui sistem biometrik. Bayangkan pendatang asing yang memasuki sesebuah negara secara haram akhirnya boleh menjadi pemilih untuk menentukan siapa yang akan mentadbir negara tersebut.

Najib sepatutnya dijulang sebagai wira untuk akhbar Kompas!

Wajib baca!! Pasai apa jangan dok sokong Umno

Posted: 22 Aug 2011 05:30 AM PDT

Kenapa JANGAN SOKONG UMNO

1) Dasar Umno tidak meletakkan Islam sebagai TERAS PERJUANGAN

Perlembagaan Umno : FASAL 3 – Asas & Tujuan

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera

Umno meletakkan Perlembagaan Negara sebagai undang-undang tertinggi sebab itulah jika apa-apa sahaja termasuk hukum Islam bercanggah dengan perlembagaan negara maka ia TERBATAL. Islam hanyalah setakat doa di majlis dan tidak diletakkan di tempat sepatutnya. Dalam Umno Islam diletakkan dibawah Biro Agama yang setaraf dengan Biro Kebajikan, Biro Pertanian dan sebagainya. Sebaliknya PAS meletakkan Islam memerintah (mengawal dasar parti) iaitu Institusi Majlis Syura Ulama'.

2) Dasar Umno yang pragmatik (ikut suasana). Mana yang boleh untung akan diikuti dan diamalkan seperti penubuhan bank Islam dan sebagainya sebaliknya apa yang dilihat tidak menguntungkan seperti pengharaman riba, penghapusan pusat perjudian, pusat maksiat dan sebagainya tidak dilaksanakan.

3) Islam hanya kuda tunggangan Umno di mana ia boleh dipakai dan dibuang bila-bila masa. Contohnya bila pemimpin atau isteri pemimpin melawat negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu mereka pakai penutup kepala (masih tidak tutup aurat) tetapi bila balik ke Kuala Lumpur tudung kepala sudah hilang.

4) Akhlaq pemimpin mereka yang mengaibkan di mana ramai yang ditangkap rasuah dan mempunyai skandal dengan wanita (tau-taulah sendiri siapa).

5) Matlamat masuk Umno ialah untuk mengumpulkan kekayaan dan pangkat bukannya untuk membela agama dan rakyat. Sebab semasa pemilihan Umno mereka sanggup menghabiskan wang sehingga jutaan ringgit untuk menang sehingga ramai yang disabitkan dengan rasuah.

6) Umno tidak membela agama. Contohnya isu murtad dipolitikkan sedangkan sebelum ini Umno memandang sepi tentang pendedahan ratusan ribu umat Islam murtad. Malah Umno tidak pernah menyokong usul tergempar PAS di Parlimen yang mahukan undang-undang murtad digubal dan dikuatkuasakan.

7) Orang Agama (Ulama') Umno hanya kupang tembaga yang peranannya hanyalah untuk menjadi peluru melawan PAS, baca doa, tahlil dan sebagainya. Tidak berani mempertahankan yang hak dan mencegah kebatilan yang dilakukan oleh pemimpin Umno dan partinya.

8) Dasar Umnoputera bukan bumiputera akhirnya menggagalkan pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ianya hanya menindas sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi. Kekayaan negara yang berlegar di kalangan kroni mereka sahaja.

9) Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan dan Terengganu (1999-2004) dalam hal royalti petroleum.

10) Khianat kepada bahasa Melayu dengan memperkenalkan PPSMI dan akhirnya sedar selepas ditekan hebat oleh PAS.

11) Politik khianat bangsa sendiri dengan mementingkan kuasa. Contohnya tidak menambah kerusi Parlimen Melayu di negeri-negeri kuat PAS pada persempadanan semula kawasan parlimen pada 2004. Contohnya tiada penambahan di Terengganu pada tahun tersebut.

12) Umno mengajar rakyat dengan budaya rasuah sewaktu kempen pilihanraya malah dalam pemilihan Umno sendiri sehingga ramai pemimpinnya dibuktikan kaki rasuah.

13) Umno dilanda penyakit nyanyuk seperti yang dikatakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam

14) Umno sudah busuk sampai ke usus sukar untuk diubati seperti kata Tun Mahathir

15) Kewujudan Perkasa (Perkasam) sebagai kumpulan pendesak Melayu membuktikan Umno gagal membela Melayu.

16) Merestui malah menggalakkan industri judi di mana pendapatan hasil cukai judi ialah RM2.3 bilion. Pusat judi terbesar di Asia Tenggara terletak di Genting Highland.

17) Institusi Melayu iaitu Felda digunakan untuk menindas peneroka. Wang Felda susut sebanyak RM1.35b pada 2009. Wang sebanyak itu dihabiskan untuk tanam semula RM2b, membina bangunan Felda (RM662juta) dan basmi kemiskinan di Sabah (RM253juta).

18) Umno tidak bijak memerintah sehingga hutang negara meningkat kepada RM362b.

19) Membazirkan wang rakyat RM77juta setahun mengupah Syarikat Yahudi Apco. Jika wang sebanyak itu digunakan untuk membina rumah rakyat berharga RM30,000 sebuah maka sebanyak 2566 buah rumah dapat dibina dan diberikan secara percuma atau dengan bayaran minima kepada rakyat miskin.

20) Umno mengamalkan rasuah dan gagal mengatasi masalah tersebut sehingga RM28bilion duit rakyat hilang. Mereka mengabui mata rakyat dengan istilah ketirisan bukan rasuah dan penyelewengan.

21) 53 tahun merdeka masalah akhlaq dan moral semakin parah. Statistik tahun 2009 menunjukkan 17,303 orang ANak HARAM dilahirkan. Ini bermakna 48 orang anak haram dilahirkan setiap hari dan 2 orang pada setiap jam. Bermakna setiap tahun ada sekurang-kurangnya 34,606 orang penzina (ini yang berzina dan mengandung sahaja).

22) Membiarkan ketagihan arak dikalangan rakyat sehingga rakyat membelanjakan RM1.7bilion untuk membeli arak dan berada dalam ranking ke 10 di dunia.

23) Tanah rezab Melayu telah susut dari tiga juta hektar pada 1957 kepada 1.7 juta atau 44 peratus sahaja sekarang.

24) Mengamalkan semangat perkauman sempit dan mengapi-apikan semangat perkauman ini sehingga menimbulkan suasan tidak senang di kalangan rakyat berbilang kaum

25) Mengeksploitasi isu sensitif berkaitan agama Islam demi kepentingan politik seperti isu gereja, isu murtad dan sebagainya.

Sumber : Taklimat isu-isu penerangan.

Marina Mahathir paling sengkek... kahkahkah...

Posted: 22 Aug 2011 03:30 AM PDT

Marina Mahathir Melayu yang mudah lupa - PERKASA

Tindakan Marina menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 menyebabkan Tun Mahathir terkedu dan Marina juga boleh dianggap paling sengkek dalam keluarga Tun Mahathir kerana telah turut dikatakan menerima upah RM50 untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0..

Bukan aku kata.. tapi Rais Yatim kata.. tak percaya sila baca di SINI.

Dan kerana tindakannya mempertahankan perhimpunan BERSIH 2.0 dan mempersoalkan kenyataan beberapa pemimpin UMNO/BN yang menyamakan Perhimpunan BERSIH 2.0 dengan kejadian rusuhan di London, baru-baru ini beliau disifatkan oleh Roslan Kassim sebagai seorang Melayu yang mudah lupa serta tidak berpijak di bumi nyata pula..

Marina Melayu yang mudah lupa - Perkasa

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir sebagai seorang Melayu yang mudah lupa serta tidak berpijak di bumi nyata.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kassim berkata, tindak-tanduk yang ditunjukkan Marina sejak akhir-akhir ini telah memburukkan imej bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai bekas Perdana Menteri dan juga negarawan tersohor.

Katanya, Dr. Mahathir merupakan seorang pejuang yang disegani oleh kawan dan juga lawan tetapi Marina langsung tidak mewarisi keperibadian yang dimiliki oleh bapanya itu, malah hanya memalukan keluarganya sahaja.

"Tun (Dr. Mahathir) merupakan pemangkin kepada kemajuan negara, kekuatan orang Melayu tetapi Marina sebaliknya.

"Beliau hanya hidup di dalam fantasi dan tidak berpijak di bumi nyata. Justeru beliau layak dilabelkan sebagai seorang Melayu yang mudah lupa.

"Beliau seharusnya berfikir dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan atau mengambil sesuatu tindakan, bukannya dah buat kenyataan dan ambil tindakan baru mahu memikirkan kesannya. Ia sudah terlambat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tulisan Marina dalam akhbar The Star kelmarin yang antara lain mempertahankan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu dan turut mempersoalkan kenyataan beberapa pemimpin kerajaan yang cuba menyamakan perhimpunan haram itu dengan kejadian rusuhan di London, baru-baru ini.

Menurut Ruslan, beliau tidak menolak kemungkinan Marina mempunyai agenda peribadi tertentu sehingga sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan tradisi keluarganya.

"Mungkin beliau ada rasa tidak puas hati sebab itu beliau bertindak sedemikian rupa dan ketika ini beliau telah terperangkap dalam kumpulan vocal minority.

"Beliau perlu ingat, pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini merupakan legasi kepimpinan bapanya. Apa yang diamalkan pada hari ini adalah kesinambungan amalan sewaktu Tun (Dr. Mahathir) memerintah. Jadi apa yang beliau tidak puas hati?" ujarnya.

Dalam pada itu, Ruslan turut mencabar Marina mengisytihar harta yang dimilikinya di dalam mahu pun luar negara sama ada ia diperolehi menerusi kaedah yang betul atau sebaliknya.

"Saya cabar Marina supaya mengisytihar harta yang miliknya. Saya yakin semua pihak mahu mengetahui harta serta kekayaan yang dikumpul selama ini," ujarnya.

Lidah Rasmi UMNO

Sokong Pak Samad, jangan biaq depa jadi gengster...

Posted: 22 Aug 2011 02:30 AM PDT

Dah setahun tak baca media perdana – Pak Samad

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said menyeru orang ramai membaca dan menyokong media alternatif bagi mendapatkan laporan berimbang bagi "menentukan sikap" sendiri.

"Tanpa media alternatif, media harus perdana akan jadi gangster," katanya. "Dalam media arus perdana yang ada hanya hitam dan putih sahaja. Semuanya parti pemerintah betul dan pembangkang mesti salah."

Berucap ketika merasmikan kempen "Jom Baca Media Alternatif" baru-baru ini, Samad mengakui dia sendiri sudah setahun tidak membaca media arus perdana. "Biarlah terlepas. Tetapi saya tidak merasa rugi kerana tak baca pun saya sudah tahu," katanya.

Bukan sahaja berubah bahan bacaan, Samad mahukan perubahan lebih besar, iaitu apa yang disebutnya sebagai "perubahan rejim".

"Sudah tiba masanya menukar rejim. Kita sudah beri masa 54 tahun dan kita tidak harus beri lebih daripada itu," katanya.

"Sudah 54 tahun negara ini diperintah golongan bangsawan. Saya tertanyatanya, bilakah pemimpin dari rakyat pula akan dipilih?"

Tahniah, Kompas mintak maaf pasai Najib nafi... haha...

Posted: 22 Aug 2011 01:30 AM PDT

Cincin AS$24 juta: Najib nafi, akhbar Kompas minta maaf

JAKARTA, 21 Ogos — Akhbar Indonesia Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya atas satu laporan — berkaitan cincin berlian — yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.

Pertengahan bulan lalu Rosmah berkata laporan beberapa blog mengenai cincin itu satu fitnah.

Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

"Atas berita tersebut, Pemimpin RedaksiKompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada ketua kerajaan dan keluarga," kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini dipetik oleh Bernama Online.

Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk "PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia", tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.

Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lalu berkata beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya, pada Khamis.

Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompaspada 4 Ogos itu.

"Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali," Najib (gambar) dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.

"Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali," kata Najib.- TMI

Takkan tengok janggut ngan serban ja dah fobia... kahkahkah...

Posted: 22 Aug 2011 12:30 AM PDT


Azmil Mustapha nafi menghina Agong


Pelakon yang kini menjadi pendakwah, Azmil Mustapha, menafikan beliau menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.

Mingguan Malaysia melaporkan pelakon filem Ali Setan itu sebagai berkata beliau terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid berkenaan pagi kelmarin, mengatakan beliau ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan, apatah lagi menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ai tiada kena mengena dengan politik.

"Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini," katanya dalam laporan Utusan tersebut.

Sebaliknya, jelas Azmil, tazkirah yang disampaikannya di masjid tersebut adalah berasas kepada ayat-ayat al-Quran.

Menurutnya, antara perkara yang disampaikannya ialah umat Islam wajib mengutamakan Allah berbanding manusia, tidak kira siapa orang itu.

Sementara itu, ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang meneliti laporan polis yang dibuat.

Menurutnya, setakat ini, siasatan masih di peringkat awal dan beliau meminta orang ramai memberi peluang kepada pihak polis untuk menyiasat kes itu secara terperinci.- M'kini

Sapa yang arah sapa nih... haha...

Posted: 21 Aug 2011 11:30 PM PDT

Najib atau Muhyiddin, siapa arah siapa?

Oleh Kim Quek
Suatu ketika, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memeranjatkan banyak pihak apabila dengan tidak semena-mena beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC).

Tujuan dibentuk PSC ialah bagi mendapatkan persetujuan semua pihak, kerajaan dan pembangkang, ke atas reformasi dalam pilihan raya sebagai mengambil jalan tengah berikutan tuntutan lapan perkara yang diterajui oleh Bersih 2.0.

Tetapi pada ketika yang lain, tidak sampai 48 jam kemudian, beliau mengendurkan pandangannya dengan menyatakan tidak ada cacat celanya dengan sistem pilihan raya dewasa ini. Beliau hanya mencadangkan ditubuhkan PSC memandangkan beberapa pihak menuntut dibuat perubahan dalam sistem itu.

Sikap berdolak dalih yang sering berlaku daripada Najib, tidak sepatutnya menimbulkan kehairanan. Najib tidak akan berkata demikian jika timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengannya dengan menyatakan pilihan raya di Malaysia sentiasa berjalan dengan baik.

Cadangan PSC oleh Perdana Menteri itu kata Muhyiddin, hanyalah untuk memperbaiki proses pilihan raya. Kenyataan terbuka Muhyiddin pada 16 Ogos lalu, datang sehari sebelumnya, merupakan suatu tamparan yang hebat kepada Najib.

Langkah berani reformasi pilihan raya

Beliau nampak ikhlas apabila mengumumkan cadangan PSC itu pada 15 Ogos, apabila beliau berkata:

"Jawatankuasa itu akan berbincang mengenai reformasi dalam sistem pilihan raya yang perlu dilaksanakan bagi mencapai persetujuan yang tidak berat sebelah tanpa apa-apa keraguan bahwa wujudnya manipulasi daripada pihak kerajaan."

Najib juga menekankan bahawa pentadbirannya tidak akan dibentuk kecuali benar-benar dipilih oleh rakyat.

Kenyataan-kenyataan ini bermakna beliau mengakui terdapatnya kelemahan dalam struktur pilihan raya dan kepincangan ini sudah cukup untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

Dan keazaman Najib untuk mendapatkan persetujuan dan memerintah hanya jika "benar-benar dipilih oleh rakyat" merupakan manifestasi dari keinginan untuk memperbetulkan kesilapan yang sudah sekian lama menunggu untuk diperbaiki.

Dalam menghadapi keberanian usaha untuk memberi sedikit nafas lega kepada sistem demokrasi di negara ini yang dapat diterima oleh seluruh rakyat, kenyataan Muhyiddin yang bercanggah dengan bosnya memeranjatkan banyak pihak.

Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah apabila Najib membuat pusingan U supaya selari dengan pandangan timbalannya apabila beliau mengulangi kenyataan Muhyiddin bahawa sistem pilihan raya kita adalah telus dan boleh dipercayai.

Bercakap pada satu majlis berbuka puasa pada 17 Ogos lalu, Najib menafikan bahawa cadangan PSC ini merupakan satu pengakuan terhadap kelemahan yang terdapat dalam pilihan raya.

Seterusnya beliau berkata, "kita akan memperbaiki proses pilihan raya, jika ianya dipertikaikan. Kita tidak mempertikaikannya tetapi untuk memuaskan hati setengah-tengah pihak, kita akan laksanakan beberapa perubahan dalam sistem itu."

Kenyataan yang tidak bertenaga ini tidak layak buat seorang Perdana Menteri. Jika tidak ada kesilapan, mengapa perlu diubah?

Membuat perubahan hanya kerana ada orang membuat aduan? Tidakkah Perdana Menteri mempunyai pendirian dan pegangannya sendiri?

Membentuk sebuah PSC adalah perkara serius yang berlaku apabila timbul perkara-perkara yang tersangat penting yang perlu di bahas secara terperinci di Parlimen.

Adalah suatu tindakan yang dangkal apabila Perdana Menteri mencadangkan jalan penyelesaian seperti itu dibuat terhadap aduan-aduan berkenaan dengan sistem pilihan raya, yang menurut pendapatnya adalah baik.

Sudah pasti seorang Perdana Menteri tidak bermaksud seperti apa yang beliau katakan – membentuk PSC semata-mata untuk menutup mulut para pengkritik.

Terpaksa membuat pusingan U

Dalam hal ini, tidakkah jelas bahawa Perdana Menteri tunduk kepada pendirian Timbalan Perdana Menteri yang bersikap tegas?

Mengimbas kembali pentadbiran selama dua tahun Najib, tidak dapat tidak kita melihat permulaannya agak gah tetapi sedikit demi sedikit berakhir dengan lemah dan pendiriannya yang teragak-agak, sama seperti perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perubahan-perubahan yang hendak dilakukan oleh Najib kelihatan betul, reformasi politik di bawah panji-panji 1Malaysia untuk menyatupadukan rakyat dan transformasi ekonomi melalui menggugurkan perlindungan dan bantuan yang berasaskan bangsa bagi memulihkan ekonomi.

Tetapi beberapa siri kenyataan yang bersifat sombong dan degil daripada kalangan anggota partinya (Umno) sendiri telah membawa kepada transformasi hanya berbentuk slogan semata-mata.

Ditengah-tengah kekecewaan ini, sikap Najib yang secara tiba-tiba mahu membuat perubahan dalam pilihan raya dilihat sebagai langkah strategik untuk meraih kembali keyakinan dari golongan masyarakat menengah.

Beliau bimbang kehilangan sokongan dari golongan masyarakat ini memandangkan beliau telah memberi amaran keras terhadap gerakan Bersih 2.0 terutamanya, dan kekejaman dan ketidakadilan semasa menangani isu perhimpunan Bersih.

Namun masih belum terlambat, jika Najib dapat menggunakan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri bagi membawa perubahan yang bermakna dalam sistem pilhan raya yang telah kehilangan kredibilitinya.

Kuasa PM

Tambalan pula, seorang Perdana Menteri diberi kuasa penuh oleh Perlembagaan untuk melantik atau menggugurkan anggota kabinetnya.

Sebarang usaha ke arah memulihkan perlembagaan sudah pasti akan disokong dan mendapat sokongan daripada bukan sahaja mereka yang berfikiran waras dalam partinya tetapi juga sokongan dari golongan lain termasuk ahli-ahli pembangkang.

Memperbetulkan kesalahan-kesalahan dalam sistem pilihan raya tidak semestinya menjejaskan partinya, tetapi kesan penerimaan baik dan penghormatan yang terhasil dari tindakan ini (yang tentunya berupa undi), lebih dari cukup untuk menggantikan undi yang hilang.

Di samping itu, menang atau kalah, Najib akan menerima kedudukan yang mulia dalam sejarah Malaysia sebagai seorang Perdana Menteri yang telah berjasa kerana memulihkan demokrasi dan sistem pilihan raya bagi rakyatnya. Beliau masih mempunyai masa dua tahun sebelum pilihan raya mencapai tarikh luput pada pertengahan 2013.

Kenapa Najib harus menolak peluang untuk berkhidmat secara saksama dengan menganjurkan pilihan raya yang tergesa-gesa, tidak adil dan manipulasi serta akan menanggung risiko kehilangan segala-galanya; dirinya, partinya dan rakyatnya?.FMT

Orang Umno tak payah baca ni, buang masa jaa...

Posted: 21 Aug 2011 10:30 PM PDT

Fakta : UMNO Pengkhianat Bangsa

Umno jual masa depan Melayu kerana dendam pada PAS

Walaupun terdedah luas saham bumiputera yang hanya tinggal 2 bilion selepas terhakis sebanyak 52 bilion sejak pemerintahan BN, rakyat malaysia khususnya melayu masih cuba diyakinkan oleh media bahawa pejuang nasib mereka adalah UMNO dan BN semata-mata.

Adakah benar kebebalan rakyat dimanipulasikan oleh UMNO ataupun sebenarnya propaganda UMNO kian tidak dikemaskini sehingga masih mencanagkan jasajasa lapuk mereka sedangkan dari hari ke hari, sekian banyak keskes pengadaian hak melayu berlaku di negara ini.

Hebatnya propaganda dan perang saraf UMNO menyebabkan PAS sendri terpaksa melakukan sesuatu sebagai bukti penegasan komitmen PAS dan pakatan rakyat untuk melindungi hak bumipuetra dan Melayu dalam Konvensyen Nasional pengupayaan Bangsa pada 19 Feb 2011 yang lalu.

Di tangan UMNO juga, tanah rezab melayu menyusut dan terhakis sedikit demi sedikit. Ke mana pergi tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin UMNO. Tahun 1985 sahaja tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar.

Tetapi mengapa masih laras senjata propaganda BN masih dihalakan kepada pentadbiran DAP di Pulau Pinang serta Pakatan Rakyat di Perak dan selangor?

Paling ketara, dosa penghakisan hak melayu dan masa depan melayu di Pulau Pinang dilepaskan kepada DAP yang hanya hampir sepenggal memerintah negeri. Pulau Pinang negeri pertama haramkan judi bola, sebab itu banyak negeri ikut termasuk Johor dan sebagainya. Bila Pulau Pinang menjadi peneraju kepada pengharaman judi ini, UMNO banyak rugi, untuk 'election fund' (dana pilihan raya). Lebih malang dalam jawapan Rais Yatim (Tan Sri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan), beliau menyatakan mereka perlu luluskan judi bola beralasan untuk kaum Cina.

Jika ditinjau propaganda UMNO di Perak, jelas rahmat yanag cuba diberi oleh Pakatan Rakyat melalui pemberian geran tanah kepada kaum Cina cuba dipolitikkan serta dikalihkan seolah-olah Pakatan rakyat menggadai tanah melayu. Sekarang cuba perhatikan fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.

Kerajaan PR Perak memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Perlu diperingat bahawa tanah tersebut sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu (sebelum merdeka lagi).

Cukup tidak cerdik jika hal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang Cina yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini berbanding tindakan kerajaan memberi IC kepada warga asing semata-mata untuk menawan semula Selangor.

UMNO mengajar rakyat melatah dengan 3000 ekar tanah yang telah lama diduduki oleh kaum Cina marhain, sedangkan UMNO mengajar orang melayu diam terpinga-pinga apabila tanah Rezab melayu yang jelas dilindungi oleh enakmen digugurkan dan diserahkan kepada aristokrat dan korporat bukan melayu yang kaya raya!

Apa makna tanah rezab melayu kepada maruah bangsa Melayu?

Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan dinegeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 2 objektif yang disasarkan ialah menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu serta menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentinagan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. (Rujuk Perkara 89(4) Perlembagan Persekutuan]

200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong diserahmilik kepada YTL. (sekarang YTL kerana digadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini adalah tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway! YTL CORP BHD DIKUASAI OLEH KELUARGA TAN SRI YEOH TIONG LAY MELALUI YEOH TIONG LAY & SONS HOLDINGS SDN BHD.

9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. UMNO lupa jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti.Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [ Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan].

Jika UMNO mengaku boleh membantu rakyat di negeri Pakatan Rakyat, sila perhatikan fakta ini di negeri lubuk UMNO sendiri. Pada 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Adakah ini salah DAP dan pakatan Rakyat?

Menurut kajian Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat), Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Ironinya aktiviti 'Gadai tanah' kepada orang asing dan kepada kaum Cina melibatkan tanah kerajaan termasuk banyak tanah 'rezab Melayu' adalahjenayah kerajaan UMNO/BN selama berpuluh-puluh tahun.

Singapura adalah tragedi gadaian terhebat oleh UMNO yang berlarutan hingga terpadamnya Pulau Batu Putih daripada peta Malaysia. Kehilangan tanah KTM ratusan hektar yang menimbulkan kontroversi di dalam hubungan kedua-dua negara ialah isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Republik Singapura. Tanah pajakan kekal 999 tahun itu diperoleh melalui perjanjian di antara Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Kerajaan Melayu Bersekutu yang dikenali sebagai Perjanjian Tahun 1918. Perjanjian ini telah digazetkan dalam The Singapore Railway Transfer Ordinance (Chapter 380) pada tahun 1918 kini telah terlepas kepada Singapura dalam bentuk perjanjian yang tidak menguntungkan bangsa dan tanahair pada masa akan datang.

Suatu ketika dahulu Dr Mahathir meneropong Pulau Pinang dari Seberang Perai dan terlihat kawasan perkampungan Melayu Jelutong yang terhakis dan dhaif sedangkan Gerakan-BN sedang memerintah Pulau Pinang. Beliau mengatakan penduduk melayu Jelutong seperti melayu selepas Perang.

Masalah Melayu Pulau Pinang yang dikatakan terpinggir biasanya dibangkitkan setiap kali menjelang Perhimpunan Agung Umno. Agenda siapa, tak tahulah. Selepas itu suara-suara marah reda sehinggalah tahun berikutnya. Namun selepas Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum Mac 2008, isu Melayu Pulau Pinang yang biasanya timbul setahun sekali, secara tiba-tiba golongan ini menjadi terpinggir dan ditindas setiap hari; setidak-tidaknya itulah yang dilaporkan oleh media arus perdana saban hari.

Berdasarkan ringkasan laporan disediakan bersama Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU), pemilikan tanah Melayu di sebelah pulau merosot berikutan perpindahan mereka ke Daerah Barat Daya selain Seberang Prai Utara, Seberang Prai Tengah.

Ramai Melayu turut berhijrah ke negeri lain seperti Kedah dan Perak. Semua kawasan ini dianggap tidak strategik, nilai ekonominya rendah, kurang membangun serta kawasan pertanian. Bukan Bumiputera menjadi majoriti di Daerah Timur Laut dan Seberang Prai Selatan. Kawasan itu sangat pesat termasuk membabitkan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan projek Penang Global City Centre (PGCC), sedangkan pemilikan tanah Melayu di daerah itu semakin mengecil.

Walau pun tidak dinafikan wujudnya kemiskinan Melayu di Pulau Pinang terutamanya di kawasan bandar serta masalah-masalah berkaitan perniagaan kecil, pemilikan rumah dan hartanah serta penguasaan bidang-bidang kerja, Umno mempunyai lebih 50 tahun untuk membantu menyelesaikan masalah itu atas dasar pegangan kuasa di peringkat pusat bukan menyalahkan DAP yang hanya menduduki Komtar sejak tahun 2008 sahaja.

Persempadanan semula kawasan pilihanraya 2003 dengan tidak menambah kawasan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah sedangkan itu negeri majoriti melayu. Dalam masa yang sama UMNO kerap berhujah bahawa kemenangan Pakatan Rakyat hanya akan menyebabkan kerusi kaum melayu kurang dalam parlimen dan DUN.

Sila baca fakta di bawah.

Pada PRU 2008, Pembangkang menguasai 38.3% kerusi di Dewan Rakyat. Wakil rakyat Melayu didalam pembangkang yang melonjak kepada 51.8%. Wakil rakyat Bukan Melayu di dalam Pembangkang pula ialah 48.2%.

Pada PRU 2008 juga, wakil rakyat BN Melayu adalah 62.8%. Wakil Rakyat BN Bukan Melayu pula 37.2%.

Baik Pakatan Rakyat mahupun BN, pemilihan wakil ke Parlimen adalah berdasarkan komposisi kaum justeru tiada isu bahawa Pakatan Rakyat mengenepi kaum Melayu.

Isu gadai melayu bukan suatu isu kecil yang boleh dipermainkan. Begitu mudah UMNO menuduh kerajaan rakyat serta DAP terutamanya sebagai petualang menggadai Melayu dalam masa yang sama rakyat dialpakan seumpama 'kuman seberang laut nampak, gajah sebelah tidak kelihatan'.

Bagaimana dengan usaha menidakkan royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sedangkan ini negeri majoriti Melayu. Negeri yang miskin itu sebenarnya dikayakan oleh Allah dengan hasil bumi bernama petroleum.

Dendam UMNO terhadap PAS melulu sehingga sanggup menjual masa depan bangsa Melayu di timur Semenanjung melalui usaha menidakkan royalti minyak.

Usaha penerangan kepada masyarakat berkenaan isu ini masih tidak mencukupi. Usaha keras dan meluas perlu dilakukan untuk memberi maklumat sahih kepada kaum melayu terutamanya. Isu ini bukan sekadar pemahaman melalui fungsi minda tetapi kepercayaan hati kaum Melayu yang perlu dididik agar keluar daripada fahaman propaganda chauvinisme UMNO.

Panass... !!! Tanda hitam kat dahi Saiful dah hilang... kahkahkah...

Posted: 21 Aug 2011 09:30 PM PDT

EKSKLUSIF! Video Saiful bersama TV3.. perhatikan dahinya.

Oleh Anak Sg Derhaka


Selasa dan Rabu lalu, Mohd Saiful keudara menerusi program berita TV3 Buletin Utama. Dalam wawancara eksklusif itu, beliau menceritakan kesukaran yang ditanggungnya akibat kes liwat itu.

Ketika diwawancara pada 15 Ogos 2011 maka genaplah tiga tahun kes Mohd Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah laknat di Dewan Utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur mengatakan kononnya diliwat oleh majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dan setelah tiga tahun kes ini berlalu tiada siapa yang tahu bagaimana si Saiful ini menyara kehidupannya.. adakah ayahnya masih menyara kehidupan seharian anaknya yang sudah tua bangka dan juga bakal berumahtangga dengan tunangnya itu?

Setelah tiga tahun berlalu.. tanda hitam didahi (dari persepsi orang Melayu.. ini dikatakan biasanya terjadi hasil dari kerajinan mengerjakan solat 5 waktu) yang pada awal perbicaraannya amat ketara kini sudah pudar..lihat gambar diatas..dan lihat juga rakaman video dibawah.

Tanda tersebut bukanlah satu tanda yang akan terjadi dalam jangkamasa yang pendek (kecuali kemalangan), ianya juga satu tanda yang memperlihatkan kewarakkan seseorang itu..

Jika diawal kes tanda tersebut jelas kelihatan di dahi Saiful kenapa sekarang telah hilang?

Adakah tanda tersebut hanya make-up yang dilakukan bagi mempengaruhi masyarakat Islam terutamanya warga emas kononya beliau seorang yang warak?

Adakah kini tanda di dahinya itu telah hilang kerana beliau sering mengambil air sembahyang pula?

Apa ke hal ni yop?

Biaq betoi, dalam kabinet Najib ada Gay?

Posted: 21 Aug 2011 08:00 PM PDT

APA?? Dalam Kabinet Najib ada Gay?
Oleh secjdm3p044

"Sungguh aku tak sangka dalam Kabinet Najib , Perdana Menteri Malaysia yang mahu mempertahankan Islam tetapi dalam masa yang sama mengupah seorang Blogger rakyat US yang Pro Israel dan telah menghina Islam bersembunyi seorang Menteri yang didakwa sebagai Gay.

Sungguh aku tak sangka juga kerana selama ini Najib mengatakan UMNO itu adalah sebuah Parti yang memperjuangkan Bangsa Melayu dan Agama Islam menyembunyikan seorang Menteri yang yang melanggar batas susila sebagai seorang Islam..

Tapi kenapa pula Utusan Malaysia tidak menyiarkan berita yang didedahkan oleh Wikileaks ini? Dulu bila Wikileaks mendedahkan kabel mengenai isu Anwar Ibrahim ianya dijadikan sebagai tajuk besar tapi bila pendedahan mengenai Menteri Gay dalam cabinet Najib ni mengapa didiamkan?

Nasib baik aku tak baca sangat Utusan tu.. kalau tak sampai mati pun aku tak tahu dalam Kabinet Najib ada Menteri yang dituduh sebagai Gay..

Bukankah tingkah laku ini bercanggah dengan nilai-nilai moral seorang lelaki Islam? Kenapa nak disorokkan? Dedahkan saja…

Sedangkan Perdana Menteri Israel Shimon Peres pernah berkata "There are no two states of Israel, just one state,'' dan "There are no two kinds of citizens here. . . . All are equal in the eyes of the law.'' Bila dia kata sila baca di (SINI)

Adakah Najib tidak belajar dari PM Israel itu sedangkan APCO yang menasihatinya datang dari sana?

Atau di Malaysia ini ada dua set undang-undang.. satu untuk UMNO/BN dan Kroninya dan satu lagi untuk rakyat marhaen..

Mana puak yang nak GEMPUR pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Tan Sri Khalid Ibrahim yang kononnya mempersendakan Islam tu.. Najib sorok Gay ni.. tunggu apa lagi? Gempurlah!! siapa puak itu sila lihat di (SINI)

Kabel diplomatic yang bocor dan didedahkan itu telah dihantar oleh Duta Amerika Syarikat, James R Keith ke Washington menurut WikiLeaks.

Kabel diplomatik itu mendedahkan maklumat tentang seorang menteri gay (disebut sebagai non-heterosexual) di dalam kabinet Najib Tun Razak sebagai subjek bagi memahami kes tuduhan liwat ke atas ketua pembangkang Dato Sri Anwar Ibrahim yang disifatkan bermotif politik.

"Tuduhan ke atas Anwar bukanlah satu kempen moral. Kerajaan Malaysia tidak tegas untuk menangani kelakuan non-heterosexual, jika benar, seorang menteri, staff senior yang bersama dengan PM Najib dan lain-lain orang ternama yang ada hubung kait dengan kerajaan sepatutnya sudah disiasat (atas tuduhan liwat)" lapor Duta Amerika Syarikat di Malaysia, James R Keith kepada Washington.

Duta Amerika itu menyimpulkan bahawa tuduhan yang dibuat ke atas Anwar Ibrahim adalah satu tindakan politik terhadap Ketua Pembangkang.

Dari maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks menggambarkan bahawa Duta Amerika di Malaysia, James R Keith memiliki maklumat yang kukuh bahawa salah seorang Menteri di dalam kabinet Najib Tun Razak adalah seorang gay.

Duta Amerika itu juga dilihat memiliki maklumat kukuh tentang tabiat Gay orang-orang ternama yang ada hubung kait dengan kerajaan.

Kalau tak diterjemah sikit kat atas tu.. pencacai UMNO mesti tak faham bila baca laporan kat bawah ni..

Inilah wanita yang difitnah Blogger UMNO ada skandal ngan Guan Eng

Posted: 21 Aug 2011 07:00 PM PDT

Inilah wanita yang difitnah bersama Lim Guan Eng oleh blogger pencacai Umno-APCO

Selepas serangan demi serangan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tak berjaya, termasuk khianat terhadap ibu pejabat DAP negeri di Jalan Talipon, blogger Umno-APCO mula memasuki fasa baru.

Seperti yang diketahui, blogger Umno-APCO ini semuanya makan gaji dengan memfitnah tanpa bukti termasuklah Papa Gomo aka Pope Gomo atas isu serbuan gereja di Selangor.

Dan Guan Eng dfitnah dilihat bersama seorang wanita Cina yang bukan isterinya, Betty Chew di sebuah premis di Pulau Mutiara itu.

Sejauh mana kesahihannya, masih belum dapat dipastikan, akan tetapi isu ini nampaknya sengaja dikaitkan dengan tujuan memburuk-burukkan reputasinya sebagai ketua menteri.

Juga dipercayai kedatangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ke negeri itu atas jemputan Guan Eng dieksploitasi seolah-olah kes khalwat fitnah terhadap Mat Sabu mahu pula dipalit kepada Guan Eng.

Inilah malaon jijik belaan Umno-APCO yang sememangnya hanya memfitnah tanpa bukti kukuh dan berasas.

JALAN PULANG

AKHIR-AKHIR ini blog pro-kerajaan riuh rendah memperkatakan tentang skandal yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng.

Beliau dikatakan sering dilihat bersama seorang wanita Cina yang bukannya isterinya.

Sumber-sumber menyatakan yang para blogger ini telah pun mempunyai bukti tetapi hanya akan 'meletupkan' isu ini pada Pilihanraya Umum yang akan datang.

Soalnya, adakah Lim Guan Eng perlu gentar dengan pendedahan ini?

Apakah Pakatan Rakyat akan terjejas dengan isu ini?

Jawapannya tidak.

Ini kerana rakyat tahu bahawa pemimpin Pakatan Rakyat adalah jauh lebih baik pekertinya dari pemimpin BN.

Malah, kalaupun ianya benar, isu peribadi tidak harus dijadikan alasan untuk menilai kepimpinan sesiapa jua.

Lihat saja bagaimana BN memainkan isu video seks yang kononnya membabitkan Ketua Pembangkang, tetapi sehingga kini tidak berjaya meyakinkan rakyat.

Begitu juga dengan skandal-skandal lain contohnya, kisah khalwat Mat Sabu yang akhirnya diketepikan begitu saja oleh rakyat.

BN seharusnya belajar dari pengalaman bahawa kisah-kisah skandal seperti ini tidak akan menjadi kudis kepada Pakatan Rakyat.

Lagipun, adakah mereka mempunyai 4 saksi untuk menuduh perkara sedemikian terhadap Lim Guan Eng?

Atau adakah ada video yang boleh dijadikan bukti jika mereka mendakwa perkara ini benar?

Jika ada, adakah video tersebut jelas sepertimana video Chua Soi Lek?

Kita percaya blogger-blogger BN ini tidak punya satu apa bukti pun untuk terus memainkan isu ini kerana ia hanyalah sekadar serangan rambang dalam perang psikologi untuk melemahkan pembangkang yang dilihat semakin mendapat sokongan rakyat.

Jika BN meneruskan dengan pendedahan palsu ini, mereka sebenarnya hanya akan menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap kerajaan yang dilihat tidak habis-habis bergantung hidup atas isu seks dan maksiat.

Oleh: Jonathan Ong

Pelakon Ruminah Sidek kena halau

Posted: 21 Aug 2011 06:00 PM PDT

Pelakon Ruminah Sidek Dihalau Dari Rumah Sendiri

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Ruminah Sidek sewaktu menerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 pada tahun 2008.

KUALA LUMPUR: Pelakon Ruminah Sidek atau Mak Mah, 65, menyambut Syawal pada tahun ini dengan kesedihan apabila dia dihalau keluar dari rumah miliknya di Meru, Klang gara-gara masalah hak milik tanah.

Kata Ruminah, rumah yang didirikan hasil titik peluh duit lakonannya itu dibina atas tapak tanah milik ibu mertuanya sejak 2004 dan terpaksa dikosongkan selepas salah seorang saudaranya mengarahkan dia berbuat demikian.

"Rumah itu mempunyai kenangan bersama arwah suami saya. Saya dihalau keluar kira-kira pukul 2 pagi pada dua bulan lalu memandangkan saya tiada hak ke atas tanah berkenaan," katanya ketika ditemui di Saloma Bistro, Jumaat.

Jelas Ruminah, dia bernasib baik kerana anak sulungnya Azlan Aman Ramlie datang membantu dengan mengambilnya pada hari kejadian.- Seterusny: mStar

Kami bukan makhluk asing

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB

SEBAHAGIAN OKU membantah pengoperasian KLIA2 yang didakwa tidak mesra golongan itu ekoran tidak menyediakan jambatan udara di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Seramai 30 Orang Kelainan Upaya (OKU) dari pelbagai persatuan mengecam Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) kerana tidak membina jambatan udara di Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah baru iaitu KLIA2 yang bakal beroperasi tahun depan.

Presiden Persatuan OKU Damai Wilayah Persekutuan dan Selangor, V. Murugeswaran berkata, tindakan MAHB itu seolah-olah menghina golongan OKU yang juga mempunyai hak di negara ini.

"Saya kecewa. Mengapa setiap kali ada benda baharu yang ingin dibuat, golongan OKU dipinggir dan dianak tiri?

"Kami bukan aliens (makhluk asing). Meskipun kami ini minoriti namun kesejahteraan OKU wajar diberi jaminan," katanya ditemui selepas mengadakan bantahan itu di Menara UOA semalam.

Menurut Murugeswaran yang cacat di bahagian kaki, jambatan udara termerupakan satu keperluan bukan sahaja kepada golongan OKU malah juga kepada warga emas dan ibu mengandung.

Tindakan itu, katanya, menyekat hak mereka untuk ke sesuatu tempat khususnya dalam sektor pelancongan.- Kosmo

Takkan tengok janggut ngan serban ja dah fobia... kahkahkah...

Posted: 21 Aug 2011 03:30 PM PDT

Azmil Mustapha nafi menghina Agong


Pelakon yang kini menjadi pendakwah, Azmil Mustapha, menafikan beliau menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.

Mingguan Malaysia melaporkan pelakon filem Ali Setan itu sebagai berkata beliau terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid berkenaan pagi kelmarin, mengatakan beliau ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan, apatah lagi menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ai tiada kena mengena dengan politik.

"Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini," katanya dalam laporan Utusan tersebut.

Sebaliknya, jelas Azmil, tazkirah yang disampaikannya di masjid tersebut adalah berasas kepada ayat-ayat al-Quran.

Menurutnya, antara perkara yang disampaikannya ialah umat Islam wajib mengutamakan Allah berbanding manusia, tidak kira siapa orang itu.

Sementara itu, ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang meneliti laporan polis yang dibuat.

Menurutnya, setakat ini, siasatan masih di peringkat awal dan beliau meminta orang ramai memberi peluang kepada pihak polis untuk menyiasat kes itu secara terperinci.- M'kini

Tiada ulasan: