shalehudin |
- Baru lahir dah ada gigi
- Marina Mahathir paling sengkek... kahkahkah...
- Orang Umno tak payah baca ni, buang masa jaa...
- Bab ni kena tabik Polis kita...
- Biaq betoi, dalam kabinet Najib ada Gay?
- Takkan tengok janggut ngan serban ja dah fobia... kahkahkah...
- Polis zaman laa...
- Sapa yang arah sapa nih... haha...
- Inilah wanita yang difitnah Blogger UMNO ada skandal ngan Guan Eng
- Kami bukan makhluk asing
- Tsu Koon warning sapa pulak nih... kahkahkah...
- Pelakon Ruminah Sidek kena halau
- 3 bungkus RM10 je... hihi...
- Jom cukoq jambui Rosmah... kahkahkah...
- Macam dah tau orang meluat kat hang... kahkahkah...
- Novelis Azizi Haji Abdullah meninggal
- Ada orang Umno kisah... haha...
- Rocky
- Najib potong stim laa...
- Alaahai Arsenal ooiii... haha...
Posted: 21 Aug 2011 11:00 AM PDT Bayi baru lahir ada gigi SUMMER WHELAN tersenyum menampakkan dua batang gigi depannya. NEWCASTLE, Britain - Tangisan seorang bayi beberapa minit selepas dia dilahirkan mengejutkan sepasang suami isteri apabila mereka melihat dia memiliki dua batang gigi kacip, lapor sebuah akhbar semalam. Biasanya, gigi pertama hanya tumbuh apabila bayi mencapai usia di antara enam bulan hingga setahun. Namun, Summer Whelan dilahirkan dengan dua gigi kacip yang lengkap pada geraham bawahnya. Bayi perempuan milik Andy Whelan, 35 dan isterinya yang berusia 31 tahun, Karen itu dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram di sebuah hospital di sini, tenggara England pada 20 Julai lalu. "Sejurus selepas Summer dilahirkan, dia menangis dan saya menjerit 'dia memiliki dua gigi depan'," katanya. "Dia berada dalam keadaan baik,'' tambah wanita tersebut. - Agensi |
Marina Mahathir paling sengkek... kahkahkah... Posted: 21 Aug 2011 09:00 AM PDT Marina Mahathir Melayu yang mudah lupa - PERKASA Tindakan Marina menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 menyebabkan Tun Mahathir terkedu dan Marina juga boleh dianggap paling sengkek dalam keluarga Tun Mahathir kerana telah turut dikatakan menerima upah RM50 untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.. Bukan aku kata.. tapi Rais Yatim kata.. tak percaya sila baca di SINI. Dan kerana tindakannya mempertahankan perhimpunan BERSIH 2.0 dan mempersoalkan kenyataan beberapa pemimpin UMNO/BN yang menyamakan Perhimpunan BERSIH 2.0 dengan kejadian rusuhan di London, baru-baru ini beliau disifatkan oleh Roslan Kassim sebagai seorang Melayu yang mudah lupa serta tidak berpijak di bumi nyata pula.. Marina Melayu yang mudah lupa - Perkasa KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir sebagai seorang Melayu yang mudah lupa serta tidak berpijak di bumi nyata. Ketua Penerangannya, Ruslan Kassim berkata, tindak-tanduk yang ditunjukkan Marina sejak akhir-akhir ini telah memburukkan imej bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai bekas Perdana Menteri dan juga negarawan tersohor. Katanya, Dr. Mahathir merupakan seorang pejuang yang disegani oleh kawan dan juga lawan tetapi Marina langsung tidak mewarisi keperibadian yang dimiliki oleh bapanya itu, malah hanya memalukan keluarganya sahaja. "Tun (Dr. Mahathir) merupakan pemangkin kepada kemajuan negara, kekuatan orang Melayu tetapi Marina sebaliknya. "Beliau hanya hidup di dalam fantasi dan tidak berpijak di bumi nyata. Justeru beliau layak dilabelkan sebagai seorang Melayu yang mudah lupa. "Beliau seharusnya berfikir dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan atau mengambil sesuatu tindakan, bukannya dah buat kenyataan dan ambil tindakan baru mahu memikirkan kesannya. Ia sudah terlambat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas tulisan Marina dalam akhbar The Star kelmarin yang antara lain mempertahankan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu dan turut mempersoalkan kenyataan beberapa pemimpin kerajaan yang cuba menyamakan perhimpunan haram itu dengan kejadian rusuhan di London, baru-baru ini. Menurut Ruslan, beliau tidak menolak kemungkinan Marina mempunyai agenda peribadi tertentu sehingga sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan tradisi keluarganya. "Mungkin beliau ada rasa tidak puas hati sebab itu beliau bertindak sedemikian rupa dan ketika ini beliau telah terperangkap dalam kumpulan vocal minority. "Beliau perlu ingat, pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini merupakan legasi kepimpinan bapanya. Apa yang diamalkan pada hari ini adalah kesinambungan amalan sewaktu Tun (Dr. Mahathir) memerintah. Jadi apa yang beliau tidak puas hati?" ujarnya. Dalam pada itu, Ruslan turut mencabar Marina mengisytihar harta yang dimilikinya di dalam mahu pun luar negara sama ada ia diperolehi menerusi kaedah yang betul atau sebaliknya. "Saya cabar Marina supaya mengisytihar harta yang miliknya. Saya yakin semua pihak mahu mengetahui harta serta kekayaan yang dikumpul selama ini," ujarnya. Lidah Rasmi UMNO |
Orang Umno tak payah baca ni, buang masa jaa... Posted: 21 Aug 2011 08:40 AM PDT Fakta : UMNO Pengkhianat Bangsa Umno jual masa depan Melayu kerana dendam pada PAS Walaupun terdedah luas saham bumiputera yang hanya tinggal 2 bilion selepas terhakis sebanyak 52 bilion sejak pemerintahan BN, rakyat malaysia khususnya melayu masih cuba diyakinkan oleh media bahawa pejuang nasib mereka adalah UMNO dan BN semata-mata. Adakah benar kebebalan rakyat dimanipulasikan oleh UMNO ataupun sebenarnya propaganda UMNO kian tidak dikemaskini sehingga masih mencanagkan jasajasa lapuk mereka sedangkan dari hari ke hari, sekian banyak keskes pengadaian hak melayu berlaku di negara ini. Hebatnya propaganda dan perang saraf UMNO menyebabkan PAS sendri terpaksa melakukan sesuatu sebagai bukti penegasan komitmen PAS dan pakatan rakyat untuk melindungi hak bumipuetra dan Melayu dalam Konvensyen Nasional pengupayaan Bangsa pada 19 Feb 2011 yang lalu. Di tangan UMNO juga, tanah rezab melayu menyusut dan terhakis sedikit demi sedikit. Ke mana pergi tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin UMNO. Tahun 1985 sahaja tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar. Tetapi mengapa masih laras senjata propaganda BN masih dihalakan kepada pentadbiran DAP di Pulau Pinang serta Pakatan Rakyat di Perak dan selangor? Paling ketara, dosa penghakisan hak melayu dan masa depan melayu di Pulau Pinang dilepaskan kepada DAP yang hanya hampir sepenggal memerintah negeri. Pulau Pinang negeri pertama haramkan judi bola, sebab itu banyak negeri ikut termasuk Johor dan sebagainya. Bila Pulau Pinang menjadi peneraju kepada pengharaman judi ini, UMNO banyak rugi, untuk 'election fund' (dana pilihan raya). Lebih malang dalam jawapan Rais Yatim (Tan Sri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan), beliau menyatakan mereka perlu luluskan judi bola beralasan untuk kaum Cina. Jika ditinjau propaganda UMNO di Perak, jelas rahmat yanag cuba diberi oleh Pakatan Rakyat melalui pemberian geran tanah kepada kaum Cina cuba dipolitikkan serta dikalihkan seolah-olah Pakatan rakyat menggadai tanah melayu. Sekarang cuba perhatikan fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak. Kerajaan PR Perak memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Perlu diperingat bahawa tanah tersebut sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu (sebelum merdeka lagi). Cukup tidak cerdik jika hal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang Cina yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini berbanding tindakan kerajaan memberi IC kepada warga asing semata-mata untuk menawan semula Selangor. UMNO mengajar rakyat melatah dengan 3000 ekar tanah yang telah lama diduduki oleh kaum Cina marhain, sedangkan UMNO mengajar orang melayu diam terpinga-pinga apabila tanah Rezab melayu yang jelas dilindungi oleh enakmen digugurkan dan diserahkan kepada aristokrat dan korporat bukan melayu yang kaya raya! Apa makna tanah rezab melayu kepada maruah bangsa Melayu? Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan dinegeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 2 objektif yang disasarkan ialah menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu serta menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu. Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentinagan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. (Rujuk Perkara 89(4) Perlembagan Persekutuan] 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong diserahmilik kepada YTL. (sekarang YTL kerana digadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini adalah tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway! YTL CORP BHD DIKUASAI OLEH KELUARGA TAN SRI YEOH TIONG LAY MELALUI YEOH TIONG LAY & SONS HOLDINGS SDN BHD. 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. UMNO lupa jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti.Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [ Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan]. Jika UMNO mengaku boleh membantu rakyat di negeri Pakatan Rakyat, sila perhatikan fakta ini di negeri lubuk UMNO sendiri. Pada 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Adakah ini salah DAP dan pakatan Rakyat? Menurut kajian Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat), Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur. Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja. Ironinya aktiviti 'Gadai tanah' kepada orang asing dan kepada kaum Cina melibatkan tanah kerajaan termasuk banyak tanah 'rezab Melayu' adalahjenayah kerajaan UMNO/BN selama berpuluh-puluh tahun. Singapura adalah tragedi gadaian terhebat oleh UMNO yang berlarutan hingga terpadamnya Pulau Batu Putih daripada peta Malaysia. Kehilangan tanah KTM ratusan hektar yang menimbulkan kontroversi di dalam hubungan kedua-dua negara ialah isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Republik Singapura. Tanah pajakan kekal 999 tahun itu diperoleh melalui perjanjian di antara Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Kerajaan Melayu Bersekutu yang dikenali sebagai Perjanjian Tahun 1918. Perjanjian ini telah digazetkan dalam The Singapore Railway Transfer Ordinance (Chapter 380) pada tahun 1918 kini telah terlepas kepada Singapura dalam bentuk perjanjian yang tidak menguntungkan bangsa dan tanahair pada masa akan datang. Suatu ketika dahulu Dr Mahathir meneropong Pulau Pinang dari Seberang Perai dan terlihat kawasan perkampungan Melayu Jelutong yang terhakis dan dhaif sedangkan Gerakan-BN sedang memerintah Pulau Pinang. Beliau mengatakan penduduk melayu Jelutong seperti melayu selepas Perang. Masalah Melayu Pulau Pinang yang dikatakan terpinggir biasanya dibangkitkan setiap kali menjelang Perhimpunan Agung Umno. Agenda siapa, tak tahulah. Selepas itu suara-suara marah reda sehinggalah tahun berikutnya. Namun selepas Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum Mac 2008, isu Melayu Pulau Pinang yang biasanya timbul setahun sekali, secara tiba-tiba golongan ini menjadi terpinggir dan ditindas setiap hari; setidak-tidaknya itulah yang dilaporkan oleh media arus perdana saban hari. Berdasarkan ringkasan laporan disediakan bersama Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU), pemilikan tanah Melayu di sebelah pulau merosot berikutan perpindahan mereka ke Daerah Barat Daya selain Seberang Prai Utara, Seberang Prai Tengah. Ramai Melayu turut berhijrah ke negeri lain seperti Kedah dan Perak. Semua kawasan ini dianggap tidak strategik, nilai ekonominya rendah, kurang membangun serta kawasan pertanian. Bukan Bumiputera menjadi majoriti di Daerah Timur Laut dan Seberang Prai Selatan. Kawasan itu sangat pesat termasuk membabitkan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan projek Penang Global City Centre (PGCC), sedangkan pemilikan tanah Melayu di daerah itu semakin mengecil. Walau pun tidak dinafikan wujudnya kemiskinan Melayu di Pulau Pinang terutamanya di kawasan bandar serta masalah-masalah berkaitan perniagaan kecil, pemilikan rumah dan hartanah serta penguasaan bidang-bidang kerja, Umno mempunyai lebih 50 tahun untuk membantu menyelesaikan masalah itu atas dasar pegangan kuasa di peringkat pusat bukan menyalahkan DAP yang hanya menduduki Komtar sejak tahun 2008 sahaja. Persempadanan semula kawasan pilihanraya 2003 dengan tidak menambah kawasan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah sedangkan itu negeri majoriti melayu. Dalam masa yang sama UMNO kerap berhujah bahawa kemenangan Pakatan Rakyat hanya akan menyebabkan kerusi kaum melayu kurang dalam parlimen dan DUN. Sila baca fakta di bawah. Pada PRU 2008, Pembangkang menguasai 38.3% kerusi di Dewan Rakyat. Wakil rakyat Melayu didalam pembangkang yang melonjak kepada 51.8%. Wakil rakyat Bukan Melayu di dalam Pembangkang pula ialah 48.2%. Pada PRU 2008 juga, wakil rakyat BN Melayu adalah 62.8%. Wakil Rakyat BN Bukan Melayu pula 37.2%. Baik Pakatan Rakyat mahupun BN, pemilihan wakil ke Parlimen adalah berdasarkan komposisi kaum justeru tiada isu bahawa Pakatan Rakyat mengenepi kaum Melayu. Isu gadai melayu bukan suatu isu kecil yang boleh dipermainkan. Begitu mudah UMNO menuduh kerajaan rakyat serta DAP terutamanya sebagai petualang menggadai Melayu dalam masa yang sama rakyat dialpakan seumpama 'kuman seberang laut nampak, gajah sebelah tidak kelihatan'. Bagaimana dengan usaha menidakkan royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sedangkan ini negeri majoriti Melayu. Negeri yang miskin itu sebenarnya dikayakan oleh Allah dengan hasil bumi bernama petroleum. Dendam UMNO terhadap PAS melulu sehingga sanggup menjual masa depan bangsa Melayu di timur Semenanjung melalui usaha menidakkan royalti minyak. Usaha penerangan kepada masyarakat berkenaan isu ini masih tidak mencukupi. Usaha keras dan meluas perlu dilakukan untuk memberi maklumat sahih kepada kaum melayu terutamanya. Isu ini bukan sekadar pemahaman melalui fungsi minda tetapi kepercayaan hati kaum Melayu yang perlu dididik agar keluar daripada fahaman propaganda chauvinisme UMNO. |
Bab ni kena tabik Polis kita... Posted: 21 Aug 2011 06:30 AM PDT Simbah asid: Lelaki serang Mohd Rafie direman lima hari KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Seorang lelaki yang ditahan petang semalam berhubung kes simbah asid ke atas seorang pemuda di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut, di sini 8 Ogos lepas, direman lima hari bermula hari ini. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata, lelaki berusia 28 tahun itu adalah kenalan kepada mangsa. "Lelaki yang ditahan itu mengenali mangsa dan polis yakin dengan penahanannya dapat membantu pihak polis menyelesaikan kes simbah asid yang berlaku di Jalan Raja Laut itu," katanya dipetik Bernama Online. Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Rafie Abdul Latif, 27, telah disimbah asid oleh seorang lelaki ketika berada dalam kereta berhampiran tandas awam berdekatan Wisma Bumi Raya.- TMI |
Biaq betoi, dalam kabinet Najib ada Gay? Posted: 21 Aug 2011 05:30 AM PDT APA?? Dalam Kabinet Najib ada Gay? Oleh secjdm3p044 "Sungguh aku tak sangka dalam Kabinet Najib , Perdana Menteri Malaysia yang mahu mempertahankan Islam tetapi dalam masa yang sama mengupah seorang Blogger rakyat US yang Pro Israel dan telah menghina Islam bersembunyi seorang Menteri yang didakwa sebagai Gay. Sungguh aku tak sangka juga kerana selama ini Najib mengatakan UMNO itu adalah sebuah Parti yang memperjuangkan Bangsa Melayu dan Agama Islam menyembunyikan seorang Menteri yang yang melanggar batas susila sebagai seorang Islam.. Tapi kenapa pula Utusan Malaysia tidak menyiarkan berita yang didedahkan oleh Wikileaks ini? Dulu bila Wikileaks mendedahkan kabel mengenai isu Anwar Ibrahim ianya dijadikan sebagai tajuk besar tapi bila pendedahan mengenai Menteri Gay dalam cabinet Najib ni mengapa didiamkan? Nasib baik aku tak baca sangat Utusan tu.. kalau tak sampai mati pun aku tak tahu dalam Kabinet Najib ada Menteri yang dituduh sebagai Gay.. Bukankah tingkah laku ini bercanggah dengan nilai-nilai moral seorang lelaki Islam? Kenapa nak disorokkan? Dedahkan saja… Sedangkan Perdana Menteri Israel Shimon Peres pernah berkata "There are no two states of Israel, just one state,'' dan "There are no two kinds of citizens here. . . . All are equal in the eyes of the law.'' Bila dia kata sila baca di (SINI) Adakah Najib tidak belajar dari PM Israel itu sedangkan APCO yang menasihatinya datang dari sana? Atau di Malaysia ini ada dua set undang-undang.. satu untuk UMNO/BN dan Kroninya dan satu lagi untuk rakyat marhaen.. Mana puak yang nak GEMPUR pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Tan Sri Khalid Ibrahim yang kononnya mempersendakan Islam tu.. Najib sorok Gay ni.. tunggu apa lagi? Gempurlah!! siapa puak itu sila lihat di (SINI) Kabel diplomatic yang bocor dan didedahkan itu telah dihantar oleh Duta Amerika Syarikat, James R Keith ke Washington menurut WikiLeaks. Kabel diplomatik itu mendedahkan maklumat tentang seorang menteri gay (disebut sebagai non-heterosexual) di dalam kabinet Najib Tun Razak sebagai subjek bagi memahami kes tuduhan liwat ke atas ketua pembangkang Dato Sri Anwar Ibrahim yang disifatkan bermotif politik. "Tuduhan ke atas Anwar bukanlah satu kempen moral. Kerajaan Malaysia tidak tegas untuk menangani kelakuan non-heterosexual, jika benar, seorang menteri, staff senior yang bersama dengan PM Najib dan lain-lain orang ternama yang ada hubung kait dengan kerajaan sepatutnya sudah disiasat (atas tuduhan liwat)" lapor Duta Amerika Syarikat di Malaysia, James R Keith kepada Washington. Duta Amerika itu menyimpulkan bahawa tuduhan yang dibuat ke atas Anwar Ibrahim adalah satu tindakan politik terhadap Ketua Pembangkang. Dari maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks menggambarkan bahawa Duta Amerika di Malaysia, James R Keith memiliki maklumat yang kukuh bahawa salah seorang Menteri di dalam kabinet Najib Tun Razak adalah seorang gay. Duta Amerika itu juga dilihat memiliki maklumat kukuh tentang tabiat Gay orang-orang ternama yang ada hubung kait dengan kerajaan. Kalau tak diterjemah sikit kat atas tu.. pencacai UMNO mesti tak faham bila baca laporan kat bawah ni.. |
Takkan tengok janggut ngan serban ja dah fobia... kahkahkah... Posted: 21 Aug 2011 04:30 AM PDT Azmil Mustapha nafi menghina Agong Pelakon yang kini menjadi pendakwah, Azmil Mustapha, menafikan beliau menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang. Mingguan Malaysia melaporkan pelakon filem Ali Setan itu sebagai berkata beliau terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid berkenaan pagi kelmarin, mengatakan beliau ada mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan, apatah lagi menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ai tiada kena mengena dengan politik. "Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini," katanya dalam laporan Utusan tersebut. Sebaliknya, jelas Azmil, tazkirah yang disampaikannya di masjid tersebut adalah berasas kepada ayat-ayat al-Quran. Menurutnya, antara perkara yang disampaikannya ialah umat Islam wajib mengutamakan Allah berbanding manusia, tidak kira siapa orang itu. Sementara itu, ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang meneliti laporan polis yang dibuat. Menurutnya, setakat ini, siasatan masih di peringkat awal dan beliau meminta orang ramai memberi peluang kepada pihak polis untuk menyiasat kes itu secara terperinci.- M'kini |
Posted: 21 Aug 2011 04:08 AM PDT Wajah sebenar pasukan polis kita Pasukan polis tugas utamanya adalah untuk menjaga keselamtan rakyat dan Negara, bukan melakukan perkara sebaliknya, tetapi apabila 5 orang konstabel didakwa di Mahkamah Sesyen atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan terhadap 16 warga Bangladesh sejumlah wang tunai RM34,516, pada 8 Ogos lalu, ia amat menghairan kerana dari nawaitu pengurusan tertinggi polis sampai ke bawah, ke prebet lapok pun mereka beria-ia benar menghalang himpunan BERSIH 2.0 dengan alasan untuk menjaga kenteraman awam, iaitu kelesaan kehidupan ramai rakyat, terhindar dari sebarang anasir pengacau. Bukan setakat itu sahaja, seluruh aktiviti Pakatan Rakyat diganggu dan dipantau dengan tujuan yang sama iaitu bagi menjamin keselamatan awam tidak terjejas kesan isu-isu yang ditimbulkan oleh Pakatan. Contohnya ceramah-ceramah yang dianjurkan mengikut perlembagaan juga turut diganggu dan tidak dibenarkan (permut tidak dikeluarkan). Bagi mencapai matlamat tersebut, maka pihak penganju, penceramah malah perserta yang hadir untuk mendengar ceramah turut ditangkap. Ceramah PKR di Tapah 6 orang ditangkap dan lebih kurang 30 anggota polis berkampung di situ bagi menghalang ceramah tersebut dilangsungkan. Jadi, ia mengambarkan pasukan polis sangat prihati terhadap keselamatan rakyat, tidak mahu rakyat diganggu dengan isu-isu yang dibawa oleh Pakatan (PKR). Amat malang, pada masa yang sama ada pegawai polis yang berkerjasama dengan UMNO. Contohnya, dalam kes video fitnah seks Anwar, pegawai kanan Polis sendiri, SAC 1 , Datuk Dr Abd Rahman Ismail yang berkempen (baca juga DISINI dan DISINI) memfitnah Anwar dengan menyatakan Anwar terlibat dalam video seks tersebut. Ucapannya itu disampaikan dalam satu seminar bertajuk "ISU-ISU KESELAMATAN NEGARA MASAKINI' melalui 4 siri seminar yang melibatkan 2,000 warga pendidik di Kelantan. Yang terbaru didedahkan, ada seorang pegawai polis (sebenarnya ramai lagi yang menjadi tukang kempen UMNO) Superintendendent Mohd Yusri bin Mohd Yunus, Pegawai Turus Ancaman Sosial PDRM Cawangan Khas Kedah berkomplot dengan para pemimpin melakukan brainwash ke atas para pelajar baru di universiti-universiti dan kolej-kolej tempatan supaya menyokong UMNO dan mengalakkan para pelajar membenci kepada Pakatan Rakyat. Dan bermacam-macam lagi kerenah pasukan polis yang kita tahu mereka lakukan dulu, kini dan selama-lamanya (kalau UMNO masih hidup) bagi menjamin kelansungan politik UMNO dalam Negara ini. Sungguh pun begitu, moral dan akhlak para anggotanya semakin merosot teruk. Berbagai gejala negative melanda pasukan polis kita yang disiarkan oleh media tempatan, tetapi tidak ada tindakan tegas diambil ke atas mereka yang terlibat. Malaysiakini, contohnya melaporkan seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas 7 tahun dicabul oleh 11 anggota polis (kejadian berlaku pada tahun 2004), beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu. Pihak polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini. Teladan dari 2 insiden itu (dan lain gejala negative yang berlaku) mengambarkan bahawa bala dari Allah swt mulai menimpa ke atas pasukan polis kita yang mana persepsi rakyat terhadap kebolehpercayaan, pertanggungjawapan dan intergriti pasukan polis semakin hari semakin terukai. Kepercayaan rakyat terhadap pasukan polis semakin mengecil kesan dari tindakan pasukan polis sendiri. Apa yang dibimbangkan (sekiranya tidak dipulihbaikan) pada satu hari nanti pasukan polis kita tidak dihormati lagi seolah-olah sebagai patong bernyawa sahaja. Oleh itu PDRM perlu segera kembali ke pangkal jalan. Jangan jadikan pasukan polis sebagai perkakas UMNO untuk terus berkuasa. Masih ada ruang untuk diperbailki. |
Sapa yang arah sapa nih... haha... Posted: 21 Aug 2011 02:30 AM PDT Najib atau Muhyiddin, siapa arah siapa? Oleh Kim Quek Suatu ketika, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memeranjatkan banyak pihak apabila dengan tidak semena-mena beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC). Tujuan dibentuk PSC ialah bagi mendapatkan persetujuan semua pihak, kerajaan dan pembangkang, ke atas reformasi dalam pilihan raya sebagai mengambil jalan tengah berikutan tuntutan lapan perkara yang diterajui oleh Bersih 2.0. Tetapi pada ketika yang lain, tidak sampai 48 jam kemudian, beliau mengendurkan pandangannya dengan menyatakan tidak ada cacat celanya dengan sistem pilihan raya dewasa ini. Beliau hanya mencadangkan ditubuhkan PSC memandangkan beberapa pihak menuntut dibuat perubahan dalam sistem itu. Sikap berdolak dalih yang sering berlaku daripada Najib, tidak sepatutnya menimbulkan kehairanan. Najib tidak akan berkata demikian jika timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengannya dengan menyatakan pilihan raya di Malaysia sentiasa berjalan dengan baik. Cadangan PSC oleh Perdana Menteri itu kata Muhyiddin, hanyalah untuk memperbaiki proses pilihan raya. Kenyataan terbuka Muhyiddin pada 16 Ogos lalu, datang sehari sebelumnya, merupakan suatu tamparan yang hebat kepada Najib. Langkah berani reformasi pilihan raya Beliau nampak ikhlas apabila mengumumkan cadangan PSC itu pada 15 Ogos, apabila beliau berkata: "Jawatankuasa itu akan berbincang mengenai reformasi dalam sistem pilihan raya yang perlu dilaksanakan bagi mencapai persetujuan yang tidak berat sebelah tanpa apa-apa keraguan bahwa wujudnya manipulasi daripada pihak kerajaan." Najib juga menekankan bahawa pentadbirannya tidak akan dibentuk kecuali benar-benar dipilih oleh rakyat. Kenyataan-kenyataan ini bermakna beliau mengakui terdapatnya kelemahan dalam struktur pilihan raya dan kepincangan ini sudah cukup untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen. Dan keazaman Najib untuk mendapatkan persetujuan dan memerintah hanya jika "benar-benar dipilih oleh rakyat" merupakan manifestasi dari keinginan untuk memperbetulkan kesilapan yang sudah sekian lama menunggu untuk diperbaiki. Dalam menghadapi keberanian usaha untuk memberi sedikit nafas lega kepada sistem demokrasi di negara ini yang dapat diterima oleh seluruh rakyat, kenyataan Muhyiddin yang bercanggah dengan bosnya memeranjatkan banyak pihak. Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah apabila Najib membuat pusingan U supaya selari dengan pandangan timbalannya apabila beliau mengulangi kenyataan Muhyiddin bahawa sistem pilihan raya kita adalah telus dan boleh dipercayai. Bercakap pada satu majlis berbuka puasa pada 17 Ogos lalu, Najib menafikan bahawa cadangan PSC ini merupakan satu pengakuan terhadap kelemahan yang terdapat dalam pilihan raya. Seterusnya beliau berkata, "kita akan memperbaiki proses pilihan raya, jika ianya dipertikaikan. Kita tidak mempertikaikannya tetapi untuk memuaskan hati setengah-tengah pihak, kita akan laksanakan beberapa perubahan dalam sistem itu." Kenyataan yang tidak bertenaga ini tidak layak buat seorang Perdana Menteri. Jika tidak ada kesilapan, mengapa perlu diubah? Membuat perubahan hanya kerana ada orang membuat aduan? Tidakkah Perdana Menteri mempunyai pendirian dan pegangannya sendiri? Membentuk sebuah PSC adalah perkara serius yang berlaku apabila timbul perkara-perkara yang tersangat penting yang perlu di bahas secara terperinci di Parlimen. Adalah suatu tindakan yang dangkal apabila Perdana Menteri mencadangkan jalan penyelesaian seperti itu dibuat terhadap aduan-aduan berkenaan dengan sistem pilihan raya, yang menurut pendapatnya adalah baik. Sudah pasti seorang Perdana Menteri tidak bermaksud seperti apa yang beliau katakan – membentuk PSC semata-mata untuk menutup mulut para pengkritik. Terpaksa membuat pusingan U Dalam hal ini, tidakkah jelas bahawa Perdana Menteri tunduk kepada pendirian Timbalan Perdana Menteri yang bersikap tegas? Mengimbas kembali pentadbiran selama dua tahun Najib, tidak dapat tidak kita melihat permulaannya agak gah tetapi sedikit demi sedikit berakhir dengan lemah dan pendiriannya yang teragak-agak, sama seperti perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Perubahan-perubahan yang hendak dilakukan oleh Najib kelihatan betul, reformasi politik di bawah panji-panji 1Malaysia untuk menyatupadukan rakyat dan transformasi ekonomi melalui menggugurkan perlindungan dan bantuan yang berasaskan bangsa bagi memulihkan ekonomi. Tetapi beberapa siri kenyataan yang bersifat sombong dan degil daripada kalangan anggota partinya (Umno) sendiri telah membawa kepada transformasi hanya berbentuk slogan semata-mata. Ditengah-tengah kekecewaan ini, sikap Najib yang secara tiba-tiba mahu membuat perubahan dalam pilihan raya dilihat sebagai langkah strategik untuk meraih kembali keyakinan dari golongan masyarakat menengah. Beliau bimbang kehilangan sokongan dari golongan masyarakat ini memandangkan beliau telah memberi amaran keras terhadap gerakan Bersih 2.0 terutamanya, dan kekejaman dan ketidakadilan semasa menangani isu perhimpunan Bersih. Namun masih belum terlambat, jika Najib dapat menggunakan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri bagi membawa perubahan yang bermakna dalam sistem pilhan raya yang telah kehilangan kredibilitinya. Kuasa PM Tambalan pula, seorang Perdana Menteri diberi kuasa penuh oleh Perlembagaan untuk melantik atau menggugurkan anggota kabinetnya. Sebarang usaha ke arah memulihkan perlembagaan sudah pasti akan disokong dan mendapat sokongan daripada bukan sahaja mereka yang berfikiran waras dalam partinya tetapi juga sokongan dari golongan lain termasuk ahli-ahli pembangkang. Memperbetulkan kesalahan-kesalahan dalam sistem pilihan raya tidak semestinya menjejaskan partinya, tetapi kesan penerimaan baik dan penghormatan yang terhasil dari tindakan ini (yang tentunya berupa undi), lebih dari cukup untuk menggantikan undi yang hilang. Di samping itu, menang atau kalah, Najib akan menerima kedudukan yang mulia dalam sejarah Malaysia sebagai seorang Perdana Menteri yang telah berjasa kerana memulihkan demokrasi dan sistem pilihan raya bagi rakyatnya. Beliau masih mempunyai masa dua tahun sebelum pilihan raya mencapai tarikh luput pada pertengahan 2013. Kenapa Najib harus menolak peluang untuk berkhidmat secara saksama dengan menganjurkan pilihan raya yang tergesa-gesa, tidak adil dan manipulasi serta akan menanggung risiko kehilangan segala-galanya; dirinya, partinya dan rakyatnya?.FMT |
Inilah wanita yang difitnah Blogger UMNO ada skandal ngan Guan Eng Posted: 21 Aug 2011 01:30 AM PDT Inilah wanita yang difitnah bersama Lim Guan Eng oleh blogger pencacai Umno-APCO Selepas serangan demi serangan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tak berjaya, termasuk khianat terhadap ibu pejabat DAP negeri di Jalan Talipon, blogger Umno-APCO mula memasuki fasa baru. Seperti yang diketahui, blogger Umno-APCO ini semuanya makan gaji dengan memfitnah tanpa bukti termasuklah Papa Gomo aka Pope Gomo atas isu serbuan gereja di Selangor. Dan Guan Eng dfitnah dilihat bersama seorang wanita Cina yang bukan isterinya, Betty Chew di sebuah premis di Pulau Mutiara itu. Sejauh mana kesahihannya, masih belum dapat dipastikan, akan tetapi isu ini nampaknya sengaja dikaitkan dengan tujuan memburuk-burukkan reputasinya sebagai ketua menteri. Juga dipercayai kedatangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ke negeri itu atas jemputan Guan Eng dieksploitasi seolah-olah kes khalwat fitnah terhadap Mat Sabu mahu pula dipalit kepada Guan Eng. Inilah malaon jijik belaan Umno-APCO yang sememangnya hanya memfitnah tanpa bukti kukuh dan berasas. JALAN PULANG AKHIR-AKHIR ini blog pro-kerajaan riuh rendah memperkatakan tentang skandal yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng. Beliau dikatakan sering dilihat bersama seorang wanita Cina yang bukannya isterinya. Sumber-sumber menyatakan yang para blogger ini telah pun mempunyai bukti tetapi hanya akan 'meletupkan' isu ini pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Soalnya, adakah Lim Guan Eng perlu gentar dengan pendedahan ini? Apakah Pakatan Rakyat akan terjejas dengan isu ini? Jawapannya tidak. Ini kerana rakyat tahu bahawa pemimpin Pakatan Rakyat adalah jauh lebih baik pekertinya dari pemimpin BN. Malah, kalaupun ianya benar, isu peribadi tidak harus dijadikan alasan untuk menilai kepimpinan sesiapa jua. Lihat saja bagaimana BN memainkan isu video seks yang kononnya membabitkan Ketua Pembangkang, tetapi sehingga kini tidak berjaya meyakinkan rakyat. Begitu juga dengan skandal-skandal lain contohnya, kisah khalwat Mat Sabu yang akhirnya diketepikan begitu saja oleh rakyat. BN seharusnya belajar dari pengalaman bahawa kisah-kisah skandal seperti ini tidak akan menjadi kudis kepada Pakatan Rakyat. Lagipun, adakah mereka mempunyai 4 saksi untuk menuduh perkara sedemikian terhadap Lim Guan Eng? Atau adakah ada video yang boleh dijadikan bukti jika mereka mendakwa perkara ini benar? Jika ada, adakah video tersebut jelas sepertimana video Chua Soi Lek? Kita percaya blogger-blogger BN ini tidak punya satu apa bukti pun untuk terus memainkan isu ini kerana ia hanyalah sekadar serangan rambang dalam perang psikologi untuk melemahkan pembangkang yang dilihat semakin mendapat sokongan rakyat. Jika BN meneruskan dengan pendedahan palsu ini, mereka sebenarnya hanya akan menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap kerajaan yang dilihat tidak habis-habis bergantung hidup atas isu seks dan maksiat. Oleh: Jonathan Ong |
Posted: 21 Aug 2011 01:08 AM PDT Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB SEBAHAGIAN OKU membantah pengoperasian KLIA2 yang didakwa tidak mesra golongan itu ekoran tidak menyediakan jambatan udara di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Seramai 30 Orang Kelainan Upaya (OKU) dari pelbagai persatuan mengecam Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) kerana tidak membina jambatan udara di Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah baru iaitu KLIA2 yang bakal beroperasi tahun depan. Presiden Persatuan OKU Damai Wilayah Persekutuan dan Selangor, V. Murugeswaran berkata, tindakan MAHB itu seolah-olah menghina golongan OKU yang juga mempunyai hak di negara ini. "Saya kecewa. Mengapa setiap kali ada benda baharu yang ingin dibuat, golongan OKU dipinggir dan dianak tiri? "Kami bukan aliens (makhluk asing). Meskipun kami ini minoriti namun kesejahteraan OKU wajar diberi jaminan," katanya ditemui selepas mengadakan bantahan itu di Menara UOA semalam. Menurut Murugeswaran yang cacat di bahagian kaki, jambatan udara termerupakan satu keperluan bukan sahaja kepada golongan OKU malah juga kepada warga emas dan ibu mengandung. Tindakan itu, katanya, menyekat hak mereka untuk ke sesuatu tempat khususnya dalam sektor pelancongan.- Kosmo |
Tsu Koon warning sapa pulak nih... kahkahkah... Posted: 21 Aug 2011 12:11 AM PDT Koh beri amaran dedahkan pihak yang keluarkan kenyataan negatif IPOH: Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon memberi amaran akan mendedahkan lebih banyak perkara berhubung pihak yang mengeluarkan kenyataan negatif bagi menghentam dan menjatuhkannya. Beliau enggan menghuraikan perkara didedahkannya namun berkata, dirinya dan parti ada strategi bagi berdepan dengan golongan berkenaan. Koh berkata demikian pada perasmian persidangan Perwakilan Gerakan Perak di sini, sebentar tadi. - BH |
Pelakon Ruminah Sidek kena halau Posted: 20 Aug 2011 11:30 PM PDT Pelakon Ruminah Sidek Dihalau Dari Rumah Sendiri Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ Ruminah Sidek sewaktu menerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 pada tahun 2008. KUALA LUMPUR: Pelakon Ruminah Sidek atau Mak Mah, 65, menyambut Syawal pada tahun ini dengan kesedihan apabila dia dihalau keluar dari rumah miliknya di Meru, Klang gara-gara masalah hak milik tanah. Kata Ruminah, rumah yang didirikan hasil titik peluh duit lakonannya itu dibina atas tapak tanah milik ibu mertuanya sejak 2004 dan terpaksa dikosongkan selepas salah seorang saudaranya mengarahkan dia berbuat demikian. "Rumah itu mempunyai kenangan bersama arwah suami saya. Saya dihalau keluar kira-kira pukul 2 pagi pada dua bulan lalu memandangkan saya tiada hak ke atas tanah berkenaan," katanya ketika ditemui di Saloma Bistro, Jumaat. Jelas Ruminah, dia bernasib baik kerana anak sulungnya Azlan Aman Ramlie datang membantu dengan mengambilnya pada hari kejadian.- Seterusny: mStar |
Posted: 20 Aug 2011 10:50 PM PDT Pemuda PAS edar sampul duit raya Bersih Harakahdaily RAWANG, 20 Ogos: Kempen untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih dan adil dijangka semakin bersemarak di hari raya Aidil Fitri ini dengan pelbagai pendekatan. Pemuda PAS Gombak misalnya mencetak dan menjual sampul duit raya Bersih. Ia memaparkan lapan tuntutan Bersih di belakang sampul itu. Dua malam lalu, hampir 1,000 sampul itu dijual oleh Yang Dipertua PAS Gombak Ustaz Salahudin Nasir. "Malam ini saya bawa 300 je, harap semuanya habis malam ini. 3 bungkus RM10 je," kata Salahudin ketika memberikan tazkirah di sebuah surau dekat sini. Bagi beliau, masih ramai yang tidak tahu lagi apa tuntutan Bersih. Oleh itu, dengan menggunakan kad ini bermakna tuntutan ini diberitahu kepada lebih ramai orang, katanya. Malam kelmarin, Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrulamin Bahrom mengajak semua jamaah surau itu agar memakai baju kuning untuk hari raya tahun ini. Beliau juga mencadangkan agar kuih muih dibuat dengan warna kuning "dan jangan lupa kita buat juga pulut kuning," kata beliau. Dengan cara ini, kata beliau ia akan mengingatkan semua orang tuntutan Bersih agar pilihan raya di negara ini dijalankan dengan bersih dan adil. Sejak kebelakangan ini, pelbagai masalah berkaitan dengan daftar pemilih dan penyelewengan sistem pilihan raya didedahkan kepada media. Baru-baru ini empat bekas tentera mendedahkan mereka diarahkan membuang undi bagi pihak anggota tentera yang lain. Ekoran itu, panglima angkatan tentera menyifatkan mereka melanggar etika tentera dan boleh disifatkan sebagai pembelot. Namun kenyataan ini dibantah oleh pelbagai pihak termasuk Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media bekas tentera itu. |
Jom cukoq jambui Rosmah... kahkahkah... Posted: 20 Aug 2011 10:18 PM PDT Majlis cukur jambul Rosmah Sepatutnya lebih aula ngadakan majlis cukur jambul Rosmah tu kalau dia masih buat tak reti menghormati kemuliaan Ramadan. Serupalah juga dengan si Shahrizat tuh! Bernama melaporkan : Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis tazkirah yang diadakan di Seri Perdana, di Putrajaya. Tazkirah yang berkisar kepada kemuliaan Ramadan serta keberkatannya disampaikan oleh penceramah terkenal, Datuk Dr Fatma El-Zahra. Majlis itu dihadiri kira-kira 200 orang yang terdiri daripada para anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat). Pada majlis itu mereka juga menunaikan solat sunat tasbih yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecil Pembangunan Insan Bakti. |
Macam dah tau orang meluat kat hang... kahkahkah... Posted: 20 Aug 2011 09:14 PM PDT Khairy terima keputusan jika dirinya bukan calon menang KOTA BHARU: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau sanggup menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang. Beliau berkata, keputusan mengenai calon terletak di tangan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempunyai kata putus berhubung siapa calon yang membolehkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang. "Jika Presiden UMNO memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," katanya kepada pemberita pada satu majlis di sini, malam tadi. Khairy berkata, perkara paling penting ialah kemenangan parti dan bukannya kepentingan individu untuk mengekalkan kuasa. Beliau menyarankan supaya semua anggota dan pemimpin parti menerima segala keputusan kepimpinan UMNO tanpa wujud sebarang perasaan tidak puas hati terhadap parti. "Jika ada anggota dan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon pilihan raya dan berasa tidak puas hati serta ingin bertindak mensabotaj calon lain, Pemuda akan melaporkan kepada pucuk pimpinan," katanya. Katanya, mereka yang tidak terpilih seharusnya akur dan menerima keputusan pucuk pimpinan UMNO kerana antara kriteria yang ditetapkan ialah calon perlu diterima masyarakat setempat. "Sekarang bukan lagi soal calon lama, popular dalam parti atau berkelulusan tinggi. Apa yang penting, adakah masyarakat menerima calon untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN," katanya. - BERNAMA |
Novelis Azizi Haji Abdullah meninggal Posted: 20 Aug 2011 08:37 PM PDT GEORGETOWN, 21 Ogos: Novelis terkenal tanahair, Haji Azizi Abdullah meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang pukul 7.30 pagi tadi. Rakan sekerjanya di Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Zulkifli Mohd Yusuf ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. Jenazah Allahyarham Haji Azizi akan dibawa pula ke kediamanya di Taman Bersatu berdekatan Petronas Kulim tengahari ini. Allahyarham meninggal disebabkan sakit jantung setelah lebih enam bulan di rawat di hospital berkenaan.- Sumber disini |
Ada orang Umno kisah... haha... Posted: 20 Aug 2011 07:45 PM PDT Adakah anak-anak Dr M menyalahgunakan aset negara? Oleh Anwar Ibrahim Pengambilalihan aset hiliran Esso baru-baru ini di negara ini oleh 'San Miguel Corp dari Filipina harus menarik perhatian orang ramai kepada beberapa akaun. Pertimbangan yang dizahirkan berjumlah USD610 juta yang di bawah nilai pasaran semasa Esso Malaysia menghantar sahamnya merudum sebanyak 18% semalam. Walaupun jumlah wang yang mungkin mempunyai sebab bona fide itu yang diputuskan atas alasan komersial, kepentingan pemegang saham minoriti ditewaskan apabila perjanjian itu telah menyebabkan penurunan yang besar dalam harga saham. Saya menggesa pihak-pihak yang berkaitan termasuk Suruhanjaya Sekuriti dan Kumpulan Pantauan Pemegang Saham Minoriti untuk melihat dengan rapat pada perjanjian itu untuk memastikan kepentingan pemegang saham minoriti tidak ditindas. Lebih penting lagi ialah pemindahan aset nasional strategik seperti kompleks kilang penapisan dan rangkaian stesen petrol kepada entiti dengan pengalaman atau kehadiran hampir kosong di Malaysia sebelum ini. Bilik tawaran belakang Kaitan San Miguel Corp paling terkenal ke Malaysia sebelum ini adalah melalui Mirzan Mahathir, yang telah dilantik sebagai pengarah konglomerat Filipina itu selepas dia memperoleh 19.9% saham dalam perbadanan itu untuk RM2.9 bilion melalui kenderaan pelaburan. Walaupun Mirzan Mahathir meletakkan jawatan dari lembaga San Miguel Corp pada bulan April 2010, beliau kekal sebagai pengarah Petron Corporation, sebuah syarikat bersekutu San Miguel Corp yang memiliki rangkaian kilang penapisan dan pengedaran minyak di Filipina. Oleh itu, ia hanya biasa bahawa soalan-soalan yang dibangkitkan sama ada pemerolehan aset hiliran Esso telah siap pada harga yang sesuai yang bagi pihaknya? Ini adalah lebih penting kerana abangnya Mokhzani Mahathir telah mendapat manfaat yang besar daripada sektor huluan industri minyak dan gas melalui Kenchana Petroelum; terutamanya apabila bapa mereka adalah penasihat PETRONAS. Perjanjian itu mengeluarkan satu siri soalan mengenai komitmen pentadbiran kini untuk menyemai budaya tadbir pengurusan korporat yang ketat di negara ini. Malaysia yang korporat mesti membebaskan diri daripada amalan-amalan tawaran bilik belakang atas perbelanjaan orang ramai dan ciri-ciri sistem naungan Umno / Barisan Nasional (BN) selama ini. |
Posted: 20 Aug 2011 06:00 PM PDT Rocky to lead media onslaught against Najib? Word has been going around about what Rocky of Rocky's Bru (Datuk Ahiruddin Atan) would do next, after leaving Redberry group at the end of his contract in May. Speculation was that that he would once again be involved in media as point man for a new political campaign. He's planning a new blog… he's planning a new web site… Now a new blog fingers Rocky as leading an online media onslaught against Najib Tun Razak, the Umno president, whose precarious hold on the prime ministership looks even more tenuous day by day. Rocky had risen to prominence by using his blog and his network of blogger and journalist friends to campaign against the Abdullah Ahmad Badawi government and the New Straits Times. When Abdullah was ousted and Najib took over a year later Rocky appeared to have become the voice of the new power establishment, with close ties to the new Najib appointees at the NSTP group. He made a loudly proclaimed return to the Malay Mail where he had once worked (and supervised its collapse as a free afternoon paper) before being pushed upstairs as editorial adviser after Redberry, primarily an outdoor advertising company, took control of the Malay Mail, Malaysian Reserve, a financial daily, and Bernama TV media sales. Now Rocky's out on the loose — and some say he's gunning for Najib. The latest is this posting at a new blog, Cat Out Of the Bag. - MT |
Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT PAS: Najib bunuh minat kami pada PSC PAS mungkin tidak menyertai jawatankuasa khas parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya berikutan sikap kerajaan yang didakwa semakin jelas tidak ikhlas, kata naib presidennya Salahuddin Ayub. Sebaliknya PAS akan terus berpegang kepada pendirian supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi memastikan perjalanan dan pengendalian pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini, katanya. "Walaupun sebelum ini PAS amat berhati-hati untuk memberikan sebarang komitmen kepada jawatankuasa khas parlimen yang dicadangkan oleh (Perdana enteri, Datuk Seri) Najib (Razak) itu, tetapi kenyataan terbaru Najib telah membunuh minat kami untuk memberikan perhatian kepada jawatankuasa tersebut," tegas beliau sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai bukti keangkuhan Najib dan Umno. Menurut perdana menteri, pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa mengenai penambahbaikan pilihan raya itu. "Kenyataan yang angkuh itu menguatkan keyakinan PAS bahawa Najib hanya melepaskan batuk di tangga apabila mengumumkan cadangan menubuhkan jawatankuasa itu dan hakikatnya beliau dan Umno tidak pernah serius dalam mendepani tuntutan reformasi pilihan raya negara ini," kata Salahuddin. Mengenai usaha untuk menghubungi badan-badan di peringkat antarabangsa mengenai tuntutan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, ahli parlimen Kubang Kerian itu menyatakan, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat. Beliau menjelaskan, usaha itu adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat antarabangsa mengenai tunturan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih dalam negara ini. "Kesedaran mengenai tuntutan itu perlu diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa," kata Salahuddin. BERSIH 2.0 sebelum ini mengemukakan lapan tuntutan ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini. Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. |
Alaahai Arsenal ooiii... haha... Posted: 20 Aug 2011 04:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan