shalehudin |
- Ooo... tangan Umno dalam kain hampa rupanya... kahkahkah...
- Ni yang kata peluru makan tuan... kahkahkah...
- Macam Pak Pandiaq laa... kahkahkah...
- Depa halau Tsu Koon macam anjing buruk kepala... haha...
- Umno berpeluh dahi ngan isu Penang... kahkahkah...
- Anak Rais Yatim kena saman ngan bini... kahkahkah...
- Hebatnya manusia bernama Rosmah
- Kesian kat hang Zahid oii... kahkahkah...
- Sah... Ezam orang Anwar dalam Umno... kahkahkah...
- Senatak Ezam pakai gear gostan... kahkahkah...
- Mashitah yang silap pi pilih Umno... kahkahkah...
- Islam itu indah
Ooo... tangan Umno dalam kain hampa rupanya... kahkahkah... Posted: 15 Aug 2011 09:31 AM PDT Gereja: Jangan masuk perangkap Umno Khairul Azlam Mohamad KUALA TERENGGANU, 15 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan 'perangkap' Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja. "Saya dapat maklumat 'dalaman' Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu," ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu, di sini hari ini. Turut sama ialah Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali Beliau berkata, oleh kerana maklumat 'dalaman' itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu. Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti. "Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau. Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah," ujarnya. Sepatutnya, kata beliau pemimpin PAS mengadakan perjumpaan dengan Jais hari ini. "Tetapi pihak Jais memberi jawapan tidak dapat lagi untuk bertemu kami atas nasihat daripada Tuanku Sultan Selangor berdasarkan surat jawapannya kerana penyiasatan Jais belum lagi selesai," jelasnya. |
Ni yang kata peluru makan tuan... kahkahkah... Posted: 15 Aug 2011 08:30 AM PDT PAS pula dakwa kenyataan Perkasa bukti Umno gagal bela Islam KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Pendirian Perkasa bahawa pertubuhan bukan kerajaan itu mahu menggantikan PAS sebagai pembela Islam merupakan satu pengakuan bahawa Umno tidak mempertahankan agama itu selama ini, kata pemimpin PAS hari ini. "Jika Umno mempertahankan Islam, maka sudah tentu Perkasa akan mengatakan bahawa ia akan menggantikan Umno," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini. Ahli Parlimen Pokok Senan ini memberitahu kenyataan Perkasa semalam juga satu pengesahan ke atas kerja-kerja PAS dalam mempertahankan prinsip Islam selama ini tetapi menekankan hak untuk mempertahankan Islam bukan sesuatu yang eksklusif dan mana-mana pihak yang berhasrat boleh berbuat demikian. Semalam, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata pihaknya akan mengambil alih peranan PAS sebagai pembela Islam atas alasan parti itu gagal dalam mengotakan objektifnya. Ibrahim, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, mengecam PAS sudah lemah dalam menguruskan hal ehwal berkaitan dengan Islam dan mengabaikan nilai-nilainya kerana cita-cita politik. |
Macam Pak Pandiaq laa... kahkahkah... Posted: 15 Aug 2011 05:46 AM PDT Jawapan SPR macam Pak Pandir Harakahdaily KUALA LUMPUR, 15 Ogos: PAS kesal dengan sikap lepas tangan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof baru-baru ini yang menyatakan "tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini" sebagai jawapan kepada pelbagai kelemahan yang dibongkar oleh PAS dalam daftar pemilih negara. "Jawapan ini mengingatkan kita kepada kisah Pak Pandir yang menyatakan "bukan anak kita je mati, anak orang lain mati jugak. "Kenyataan ini jelas menggambarkan sikap sebenar SPR, yang tiada niat langsung untuk memihak kepada rakyat untuk bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih yang ada," bidas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini. Setelah diasak bertubi-tubi dengan pelbagai bukti kelemahan dalam daftar pemilih negara, SPR, yang telah berkeras kepala dalam menafikan kelemahannya selama ini akhirnya terpaksa membuat pusingan U dan mengakui bahawa mereka sedar ada kelemahan dalam daftar pemilih negara. Namun begitu, pengakuan SPR tidak ikhlas apabila Abdul Aziz sekadar menyalahkan "kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)" sehingga menyebabkan kelemahan dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR selama ini. "Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama ... tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna. "Janganlah perbesarkan kesilapan ini, semua yang berlaku ini tidak dirancang oleh SPR, SPR bukan sengaja mahu benarkan mereka mengundi dua kali, kadang-kadang akan berlaku kesilapan semasa pendataan (oleh JPN), silap letak dan kami akan semak, kalau tak betul kami akan buang," jelasnya sebagai reaksi balas kepada bukti-bukti yang dikemukakan PAS dan Pakatan Rakyat mengenai isu warga asing menjadi pengundi, nama pengundi bertindih yang berlambak, bukti pengundi hantu yang terdiri daripada ahli Umno sendiri dan nama pengundi yang tidak wujud di sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam daftar pemilih yang dikeluarkan SPR. Ketidakikhlasan SPR dalam memperbaiki sistemnya cukup terserlah dalam isu nama Kg Baru (MyKad: 830527115422) yang didaftarkan sebagai pengundi, dimana SPR hanya menukar nama Kg Baru kepada nama pengundi "Noraini binti Abdullah" berdasarkan data JPN tanpa usul periksa mengapa kesilapan demikian boleh berlaku. "Demikian juga pendedahan warga asing yang mendapat kerakyatan, dan didaftarkan sebagai pengundi dengan jumlah ribuan orang adalah gambaran kelemahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR. "Pengakuan SPR ini jelas kepada rakyat kenapa himpunan Bersih 2.0 diadakan dan kini rakyat mula nampak akan hasil himpunan tersebut," tegas Tuan Ibrahim, yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang. Walaupun SPR dan pihak berkuasa yang di bawah telunjuk Umno Barisan Nasional terus menggambarkan perhimpunan Bersih 2.0 dengan nada yang sangat negatif, Tuan Ibrahim berkata dari segi positif perkara ini turut menyebabkan rakyat juga telah mula membuka mata dan dapat melihat betapa kotornya sistem pilihanraya negara kita yang dipenuhi dengan sampah sarap dan diancam oleh pendatang asing yang mendapat kerakyatan dan hak mengundi dengan begitu senang. "Bayangkanlah, undi warga asing sudah boleh menentukan keputusan politik dan masa depan negara – siapakah yang telah menjual negara secara senyap-senyap demi kekal berkuasa dengan cara yang haram?" soal Tuan Ibrahim. SPR, katanya perlu melakukan segera satu reformasi bagi membina keyakinan rakyat khususnya parti- parti politik terhadap sistem pilihanraya yang bersih dan adil. "Dengan keruntuhan keyakinan rakyat jelata terhadap kelayakan SPR menjadi pengadil pilihanraya sekarang inilah yang menuntut satu reformasi dalam sistem pilihanraya kita bagi membina keyakinan tinggi kepada semua pihak supaya keputusan pilihanraya umum nanti dapat diterima dengan hati terbuka dan tanpa was-was. "Masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki, seperti undi pos yang terdedah kepada pelbagai manipulasi, persempadanan pilihanraya yang tidak adil, pengundian bertindih, tuntutan daftar automatik dan sebagainya," kata beliau. |
Depa halau Tsu Koon macam anjing buruk kepala... haha... Posted: 15 Aug 2011 02:00 AM PDT Berundur: Tolonglah faham, akhbar Umno gesa Tsu Koon KUALA LUMPUR, Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno menggesa Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar menerima "mesej yang jelas" daripada gelombang kritikan terhadap beliau agar memberi laluan kepada kepimpinan baru menerajui parti itu. "Tolonglah faham," kata Mingguan Malaysia menerusi ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat hari ini. Awang Selamat menulis bahawa Koh tampil menjawab kritikan kelmarin tetapi penjelasan beliau tidak meyakinkan sambil menyerlahkan sindrom penafian. Ia seterusnya meminta Koh agar tidak selalu "menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri." Sejak kebelakangan ini, Koh menjadi sasaran beberapa pihak termasuk bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping dan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang berpandangan Gerakan perlu merombak semula kepimpinan parti jika mahu memastikan Pulau Pinang kembali ke tangan BN pada pilihan raya umum akan datang. Masing-masing juga berpandangan pemimpin Gerakan sedia ada sudah tidak relevan selain tidak melakukan apa-apa perubahan sepanjang meneraju parti itu. Dalam reaksinya kelmarin, Koh membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang. Sebaliknya kata Koh, 'serangan' terhadap kepimpinan beliau itu didalangi pihak tertentu yang cuba mensabotaj Gerakan dan juga Barisan Nasional (BN) dalam usaha parti menawan semula Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat. Koh juga Pengerusi BN Pulau Pinang. "Kita tahu siapa jadi dalang kerana siapa makan cabai dia akan terasa pedasnya. Saya tidak akan cakap apa-apa, biar tok dalang muncul sendiri jika dia mahu... apa yang penting kita tahu siapa di sebalik semua ini," katanya. Koh berkata dakwaan individu berkenaan tidak munasabah memandangkan sepanjang 18 tahun beliau meneraju Pulau Pinang sebagai ketua menteri, pembangunan dan kemajuan negeri itu meningkat daripada semua segi. Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata dia tidak terkejut apabila Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng iaitu bekas pemimpin Gerakan dan PKR, melemparkan kritikan secara terbuka terhadap Koh Tsu Koon baru-baru ini. "Apa yang disuarakan oleh Tee Beng sebenarnya dikongsi oleh banyak pihak terutama di Pulau Pinang. Menurut Tee Beng, selagi Gerakan dipimpin oleh (Koh) Tsu Koon, selagi itulah peluang BN untuk menawan kembali Pulau Pinang daripada pembangkang, amat tipis. "Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang dan beberapa pemimpin termasuk Huan Cheng Guan turut membidas Tsu Koon. Ada yang merasakan perlunya kepimpinan parti itu dirombak dengan mendapat teraju baru. Awang setuju," katanya. Awang Selamat menambah selepas pilihan raya umum 2008, Gerakan seakan lumpuh dan hilang arah dan tidak kelihatan tanda-tanda untuk kebangkitan. "Ia berkait rapat dengan soal kepimpinan. Pemimpin bukan sahaja diuji ketika berada di puncak kuasa dan semasa situasi tenang. "Ujian terbaik untuk menilai seseorang pemimpin ialah kemampuan untuk bangkit dan menempuh detik getir," kata Awang Selamat sambil menambah, "setakat ini, Awang tidak nampak keghairahan dan keyakinan Tsu Koon untuk membawa kebangkitan." Sebaliknya kata Awang Selamat, yang beliau lebih ghairah, menurut ramai pemerhati, ialah untuk memastikan wajahnya terselit bersama pemimpin negara bagi tujuan publisiti media. "Dalam kaitan ini, nampaknya jawatan menteri Kabinet yang diberikan kepada beliau (di sebalik kekalahan terburuk Gerakan), bagaikan sia-sia. "Tsu Koon patut sedar, jawatan itu bukan sekadar untuk disandang suka-suka. Ia adalah untuk memberi kekuatan dan motivasi kepada Gerakan bagi merampas Pulau Pinang," kata Awang Selamat lagi. Awang Selamat juga berkata, apakah Koh yang kini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seakan rela DAP terus memerintah Pulau Pinang.M/Insider |
Umno berpeluh dahi ngan isu Penang... kahkahkah... Posted: 15 Aug 2011 12:30 AM PDT Mai UMCO dengaq cakap ulamak, jgn dok pikiaq Islam ikut kepala hotak mangkuk jamban Blog Kedah La Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan; 1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak. 2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain. 3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit. 4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: "Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih). Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: "Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). "Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid... dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini...boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml). Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita. 5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: "Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. "Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah). Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini? Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni. Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya. Oleh: DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN |
Anak Rais Yatim kena saman ngan bini... kahkahkah... Posted: 14 Aug 2011 11:00 PM PDT ANAK RAIS KENA SAMAN DENGAN BINI KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam memerintahkan supaya surat saman permohonan fasakh yang difailkan Riza Ainurin Ramlan diserahkan kepada suaminya sebelum 19 September ini. Hakim Syarie, Mohd. Yunos Mohamad Zin memutuskan demikian bagi membolehkan kedua-dua belah hadir bagi sebutan semula kes itu pada tarikh tersebut. Riza Ainurin, 24, yang kini sedang hamil lapan bulan telah memfailkan permohonan fasakh terhadap suaminya, anak kepada Rais Yatim, Dino Rais pada 15 Ogos lalu. Terdahulu, peguam Syarie, Roslizam Rahim yang mewakili plaintif memohon supaya mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes berkenaan. Ini kerana, pihaknya sebelum ini telah menghantar dua surat saman kepada defendan (Dino) pada 28 dan 29 Ogos lalu namun gagal diserahkan kerana perunding teknologi maklumat itu telah bertukar alamat. Dino merupakan anak kedua daripada empat adik beradik telah melangsungkan perkahwinan dengan Riza Ainurin pada 10 November 2007 dan kini sedang menantikan anak sulung mereka.- Bro TT |
Hebatnya manusia bernama Rosmah Posted: 14 Aug 2011 09:00 PM PDT Rumah tangga Umno berantakan gara-gara Rosmah? by paktam ENTAH mengapa, tiba-tiba sahaja akhbar ultras-Melayu seperti Utusan Malaysia membuat susulan isu berkaitan dakwaan pembelian cincin berlian membabitkan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor . Walaupun gimiknya seakan-akan menolak isu isu itu, namun liputan itu setidak-tidaknya akan membawa suatu signal lain kepada golongan pertengahan dalam Umno. Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali sendiri ada menyatakan terdapat kumpulan pimpinan Umno yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum. Pelbagai isu itu kini menjadi alasan untuk meletakkan Rosmah menjadi liabiliti kepada Umno-BN yang dikepalai suaminya, Dato' Seri Najib Tun Razak. Tidak cukup dengan isu cincin berlian RM24.4 juta, Rosmah juga ada dikaitkan dengan isu pembelian beg tangan bernilai ratusan ribu ringgit; isu penginapan di sebuah hotel mewah di Dubai yang menelan RM140,000; isu bil elektrik dan bil air yang masing-masing mencecah RM140,00 dan RM30,000 sebulan di Putrajaya; isu peruntukan Permata Negara selain penganjuran beberapa persidangan yang disifatkan suatu pembaziran. Kontroversi lain membabitkan Rosmah juga disebutkan dalam isu hubungannya dengan calon besan bernama Maira Nazarbayev yang berasal dari Kazakhstan. Maira Nazarbayev yang mempunyai gaya hidup ala Imelda Marcos didakwa mempunyai kaitan dengan Organisasi atau mafia Rusia. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pastinya pihak yang paling gembira dengan kegemparan isu terkini membabitkan isteri PM itu kerana beliau kini sedang meniti satu lagi anak tangga untuk bergelar PM. Ia menambah rencah kepada kempen Muhyiddin yang kini cukup rapat dengan golongan pemimpin pertengahan dan berkepentingan dalam Umno mahupun Barisan Nasional (BN). Mahu atau tidak seperti kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar bahawa Najib kini terhimpit dengan masalah yang tercipta dalam rumah tangganya sendiri. Kedudukan Rosmah yang cukup dipandang meluat oleh rakyat kebanyakan kerana kemewahan yang melampau ditonjolkan menyempitkan ruang Najib untuk bertahan bukan sahaja menjelang pemilihan Umno, tetapi mungkin survival semasa pilihan raya umum ke-13. Umum mengetahui, telah ada gerakan untuk meminta Najib berhenti dan meletakan jawatan beliau. Episod ini sedang berjalan seperti mana yang berlaku ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu menerajui Malaysia dan Umno. Kelebihan Tun Abdullah adalah seawal beliau menerajui negara dan Umno, nama beliau cukup harum di kala ngan rakyat dengan membawa pelbagai konsep baharu termasuk Islam Hadhari, memberi kebebasan sedikit kepada media bersuara dan membuka ruang kepada pembaikpulihan sistem kehakiman. Itu jasa Abdullah yang sehingga kini disebut juga oleh pembangkang, walaupun akhirnya Abdullah jatuh angkara masalah menantunya, Khairy Jamaluddin. Berbeza dengan Najib yang memang telah menjadi sebutan ramai sejak memerintah, yang mana anak bekas Perdana Menteri kedua ini tidak akan memimpin lama kerana beliau mempunyai "baggage" peribadi yang terlalu besar. |
Kesian kat hang Zahid oii... kahkahkah... Posted: 14 Aug 2011 08:00 PM PDT Celarunya Zahdi Hamidi Bila Bercakap Soal Islam Oleh: WFAUZDIN NS APABILA Zahid Hamidi memberi kenyataan yang menyalahkan Kerajaan Negeri P.Pinang di dalam isu menggunakan pembesar suara membaca Al-Quran sebelum waktu Subuh, ternyata menteri ini jahil di dalam menghayati ajaran Islam yang sebenarnya. Kejahilannya bertambah jelas apabila mahu keputusan Majlis Fatwa P.Pinang itu di rujuk terlebih dahulu kepada Yang Di-Pertuan Agong. Baca di sini. Zahid Hamidi mendakwa Kerajaan Negeri yang mengarahkan tindakan melarang membaca Al-Quran menggunakan pembesar suara diwaktu Subuh dan menyifatkan Kerajaan Negeri di bawah Lim Guan Eng tidak sensitif terhadap Islam. Suka kita mengingatkan Zahid Hamidi, kerana sensitif dengan ajaran Islam lah maka Kerajan Negeri P.Pinang menyerahkan kepada Majlis Fatwa untuk membuat keputusan. Adakah Zahid Hamidi menyangka Majlis Fatwa P.Pinang itu terdiri daripada ahli-ahli dari DAP atau ahli-ahli yang jahil agama seperti beliau? Jika tindakan Kerajaan Negeri P.Pinang yang menguatkuasakan keputusan Majlis fatwa tersebut merupakan satu penghinaan atau tidak sensitif dengan Islam, adakah ini bermakna Negeri Perlis yang sudah lama menguatkuasakan arahan tersebut juga satu tindakan menghina Islam? Islam bukan boleh ditegakkan dengan siapa paling kuat membaca Al-Quran tetapi masih boleh meluluskan lesen judi yang terbesar di Genting. Mengapa ketika setiap kali mahu meluluskan lesen judi tidak pula mahu merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan Agong? Mana lebih baik, kerajaan yang melarang penggunaan pembesar suara membaca Al-Quran diwaktu Subuh dengan kerajaan yang meluluskan lesen judi serta mengekalkan Akta ISA yang zalim itu? Zahid Hamidi berkata isu tersebut belum dibuat kajian oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Kita ingin bertanya jika semua negeri mesti menunggu kesemua Fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan, lebih baik bubarkan sahaja Majlis Fatwa di setiap negeri. Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan akan merujuk kitab atau Al-Quran yang berbeza daripada yang dijadikan rujukan oleh Majlis Fatwa Negeri? Jelas, Zahid Hamidi telah buta matanya terhadap kemungkaran yang lebih besar di depan mata beliau sebaliknya beliau meraba-raba mencari isu lain yang boleh memberi keuntungan politik kepada parti beliau. Zahid Hamidi cuba untuk menonjolkan dirinya sebagai pejuang Islam sedangkan tangan itulah yang redha dengan kegiatan judi dan Akta ISA yang zalim itu. Zahid Hamidi mahu bermain politik dengan isu agama, malangnya beliau teramat jahil untuk memahami hukum Islam. Beliau khuatir sekiranya tindakan Kerajaan Negeri P.Pinang tersebut akan dituruti oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Mengapa perlu khuatir jika negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat mahu mengikuti fatwa dari Kerajaan Negeri P.Pinang? Perkara yang baik memang patut diikuti, bukannya kita mahu mengikuti perkara yang tidak baik. Zahid Hamidi kena faham bahawa Islam akan dapat ditegakkan apabila ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran itu dilaksanakan bukan dengan betapa nyaringnya bunyi bacaan Al-Quran itu. Sekiranya arahan tersebut meliputi arahan melarang menggunakan pembesar suara ketika Azan, itu memang jelas menyalahi hukum dan kita patut bangun menentangnya. Justeru itu, adalah lebih baik Zahid Hamidi belajar Islam dengan lebih mendalam lagi sebelum beliau ingin memberi komen terhadap hukum Islam. Jika tidak, Zahid akan dilihat lebih jahil dari Lim Guan Eng./wfauzdin.blogspot |
Sah... Ezam orang Anwar dalam Umno... kahkahkah... Posted: 14 Aug 2011 07:00 PM PDT PEJUANG ISLAM SEJATI SYABAS TAHNIAH! nota: kita alu alukan mat ezam membawa kepala lembu membakar malaysiakini menyerang orang bukan islam mat ezam lah pejuang islam sejati bukan zul nordin kah kah kah EZAM : HENTIKAN MURTADKAN MUSLIM JIKA TAK MAHU PERANG - minsider Ezam Mohd Nor memberi amaran kepada kumpulan Kristian agar menghentikan kegiatan memurtadkan umat Islam sekiranya tidak mahu berdepan dengan "perang." "Tapi kita nak jelaskan, kita ada masalah besar dengan orang bukan Islam yang kurang ajar... dengan orang bukan Islam yang biadab, dengan orang bukan Islam yang tarik orang Islam untuk keluar dan murtad," katanya pada perhimpunan aman isu murtad pertahankan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di pekarangan Masjid Negeri di sini. "Kita memang ada masalah besar sebab itu kita keluar, kita mahu nyatakan pendirian kita dalam perkara ini, kita hormat mereka selagi mereka menghormat kita. "Kalau terpaksa kita bersedia berperang dengan mereka demi mempertahankan akidah umat Islam kalau mereka tidak berhenti daripada meneruskan kegiatan ini," katanya di hadapan kira-kira 100 orang. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...MAT EZAM... BILA KITA NAK PERANG LIM GOH TONG.... kah kah kah... woit... MAT EZAM...BILA NAK PERANG DENGAN ANANDA?.... PEMBAWA BUDAYA LUCAH KE DALAM RUMAH ORANG ISLAM....kah kah kah... woit...MAT EZAM ..BILA NAK PERANG LIM LIONG SIK ... YANG AMBIL DUIT ORANG ISLAM 12 BILION?.... kah kah kah... kah kah kah.... BILA NAK PERANG TUN HANIF.... MALAON INI PENGERUSI GENTING.... kah kah kah.. kah kah kah ...BILA NAK PERANG DENGAN MADEY...MALAON INI BUAT JANJI RAHSIA DENGAN AMERIKA.... kah kah kah.. woit...JANGAN LAH NAK PERANG DENGAN CICAK KUBIN.... kah kah kah.. woit...PERANGLAH DENGAN ROSMAH ... kah kah kah... kah kah kah....MAK JANDA ROMPAK DUIT NEGARA UNTUK BELI BEG TANGAN...kah kah.. kah kah kah...MAK JANDA INI KAHWINKAN ANAK PAKAI DUIT KERAJAAN.... kah kah kah... woit...KENAPA TAK PERANG DENGAN MAK JANDA INI.... kah kah kah.. nota: saranan mat ezam ini cukup baik bila mat ezam bertempik maka orang bukan islam akan meninggalkan gerombolan nota: apakah ini tugas mat ezam yang telah disusun oleh anwar? kah kah kah Bro: TT |
Senatak Ezam pakai gear gostan... kahkahkah... Posted: 14 Aug 2011 06:00 PM PDT Ezam: Saya tak maksud 'bakar' betul, tapi simbolik.. Senator Mohd Ezam Mohd Nor menjelaskan dia tidak bermaksud untuk membakar betul Malaysiakini dan Malaysia Insider, "tetapi hanya simbolik kemarahan terhadap mereka yang bakar hati umat Islam" berhubung isu murtad. Dalam tweetnya hari ini, bekas pemimpin pembangkang yang kini menjadi aktivis Umno itu mendakwa apa yang dimaksudkan ialah untuk "membakar" Malaysiakini danThe Malaysian Insider kerana mereka telah "membakar" hati umat Islam mengenai isu murtad. Tweetnya berbunyi: MK/MI portal news dialam siber. mcmana BAKAR alamsiber?x ancam bakar reporter/bangunan.ianya simbolik kemarahan terhdp mrk yg BAKAR hati umat. Dalam perhimpunan selepas solat Jumaat lalu di masjid negeri Selangor Shah Alam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bersumpah untuk melancarkan "perang habis-habisan" ke atas portal Malaysiakini yang didakwanya sebagai "ejen" kepada "pengkhianat Islam". Perhimpunan anjuran kumpulan Gerakan Cegah Murtad itu diadakan ekoran kontroversi berhubung tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya pada minggu lalu. "Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini, Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja. "Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda," katanya lagi di perhimpunan itu. |
Mashitah yang silap pi pilih Umno... kahkahkah... Posted: 14 Aug 2011 05:00 PM PDT Jawab Mashitah : PAS pilih JAIS atau DAP ...jawabnya PAS Pilih ISLAM Maka bertarilah kalam Mashitah, Ulama Wanita Umno dalam akhbar Sinar Harian menghentam PAS kononnya PAS takut kepada DAP sehingga tidak berani menegakkan kebenaran dalam isu pemeriksaan JAIS terhadap gereja kristian baru-baru ini. Katanya, PAS sudah tunduk kepada DAP dan tidak lagi berjuang dengan prinsip asalnya iaitu Islam. Saya hairan sejak bila pula Mashitah simpati dan peka terhadap perjuangan PAS. Apa yang menyebabkan tiba-tiba beliau simpati kepada PAS. Lebih baik dia mereformasikan Umno supaya mengambil Islam sebagai asas perjuangan. Dengan kuasa yang ada mereka boleh melaksanakan Islam di dalam negara kita ini. Undang-undang murtad yang sepatutnya sudah lama digubal dan digunapakai di Malaysia ini tidak dilaksanakan oleh Umno sebab apa? Mengapa Mashitah tidak bising? Dalam isu JAIS ini, PAS tidak pernah tunduk kepada sesiapa. PAS tetap dengan prinsipnya iaitu aqidah umat Islam mesti dipertahankan. PAS sudah lama berjuang supaya undang-undang murtad ditegakkan di negara kita......malangnya setiap kali PAS mengusulkannya di Parlimen ianya ditolak mentah-mentah oleh Umno. Usul mengenai murtad ditolak mentah-mentah termasuk usul yang pernah dibentangkan oleh YB Salahuddin Ayub pada Sidang Parlimen beberapa tahun lalu. Sudah beberapa kali PAS cuba usulkan malangnya ia tetap ditolak mentah-mentah oleh kerajaan pimpinan Umno. PAS mengambil langkah yang cermat dalam hal ini kerana PAS kenal siapa JAIS dan PAS juga tahu kewujudan gerakan kristianisasi. PAS mengambil langkah mengikut undang-undang murtad ala Umno (sangat minima) yang ada di dalam negara kita. PAS kenal JAIS, PAS kenal siapa di dalam dan dibelakang JAIS. Semua orang tidak lupa JAIS pernah merobohkan surau, JAIS pernah menghalang Ustaz mengajar di Masjid dan Surau. JAIS pernah menangkap Ustaz ....Kalau JAIS begitu sombong dan angkuh merobohkan surau atas dasar politik sempit apakah tidak ada kemungkinan JAIS juga melakukan apa sahaja kerjanya untuk kepentingan pihak tertentu. Dalam masa yang sama PAS tidak akan sekali-kali berkompromi dengan pihak-pihak yang melanggar undang-undang sedia ada. Jika benar ada unsur-unsur penyebaran ajaran kristian kepada umat Islam ianya mesti dihalang dan dibenteras. Sebab itu PAS ingin bertemu dengan gereja dan JAIS untuk mendapatkan maklumat sebenar dan selepas itu mengambil ketetapan yang sahih dan tepat. PAS sejak dari dahulu konsisten dalam hal menjaga aqidah ....tetapi siapa yang selalu memberikan jawapan bahawa isu murtad ini isu remeh, baru sedikit yang murtad ....siapa yang selalu mempersenda-sendakan isu murtad ...tepuk dada tanya iman. Semua orang tahu siapa Umno dan apa tindakan Umno dalam isu murtad. Mengapa dalam isu JAIS ini Umno begitu beriya-iya mengambil tahu. Bagaimana dengan pendedahan Mufti Perak, Tan Sri Harussani bahawa ratusan ribu umat Islam murtad di Malaysia. Apa tindakan Umno? Mana undang-undang murtad yang digubal oleh kerajaan Umno? Bagaimana dengan kisah murtad Aishah Bokhari, Hartina Kamaruddin dan lain-lain mengapa sehingga hari ini ianya senyap dan sunyi. Mengapa Umno yang berkuasa tidak mahu menyokong usul PAS yang mahukan undang-undang murtad yang selaras dengan tuntutan Islam di gubal dan diamalkan di negara kita? Mengapa Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang dipecat? Siapa pula yang menyokong IFC suatu ketikan dahulu. Adakah PAS atau pemimpin PAS yang menyokong IFC? Sedangkan PAS konsisten menentangnya .. Saya mengharapkan Mashitah tidak payahlah sibuk menempelak dan memperlekehkan PAS. Ada baiknya beliau memperjuangkan perkara-perkara asas Islam dalam Umno yang masih belum diselesaikan. Alangkah baiknya beliau menasihat dan memastikan isteri Perdana Menteri dan menteri-menteri Islam tutup aurat. Itu belum kita sentuh isu-isu besar seperti hukum Islam, riba, hudud dan sebagainya. Cukup buat permulaan Mashitah selesaikan isu aurat itu dahulu,,,,,yang mana dalam PAS, kanak-kanak PASTI (Tadika PAS) pun tahu aurat mesti ditutup...................... |
Posted: 14 Aug 2011 04:00 PM PDT Masjid Jesus Crist? Oleh Ust Saiful Bahri Kehebatan toleransi dan hikmah daripada menghulurkan Islam sebagai agama yang selamat dan sejahtera. Tiada paksaan dan tidak berdasarkan emosi ammarah telah mendorong Islam berkembang dengan dakwah dan tauladan. Banyak negara memilih ajaran Islam bukan melalui peperangan tetapi ?menawan hati dengan kebijaksanaan. Termasuklah di China dan negara kita sendiri. Melaui suri tauladan dan akhlak yang tinggi. Perjanjian Hudaibiah dilihat bagaimana sikap toleransi yang tinggi yang diamalkan oleh Rasulullah Saw yang tidak dipersetujui oleh sahabatnya sendiri tetapi akhirnya terbukti apa yang dipilih Rasulullah Saw itu merupakan kemenangan dan kejayaan. Apa yang digariskan oleh Islam merupakan garis tengah. Jika dipraktikkan nescaya ia memudahkan dan memberi pengisian dan diterima oleh fizikal, mental dan spiritual berdasarkan fitrah ciptaan Ilahi. Cuma bagi orang yang jahil, mereka akan melenting berdasarkan hawa dan nafsu dan bukannya berdasarkan ilmu yang benar. Apatah lagi apabila politik sempit sudah menjadi tempurung yang membataskan pemikiran jahiliyyah mereka daripada menerima kebenaran Islam yang lebih luas. Kita melihat komen yang dilemparkan oleh Naib presiden Umno, Zahid Hamidi dengan isu masjid di Pulau Pinang. Walaupun keputusan itu dikeluarkan oleh majlis fatwa P.Pinang, beliau tetap mengkritik dan meletakkan kesalahan kepada kerajaan negeri. Bagaimana agaknya kalau sebuah masjid di Pulau Pinang diberi nama Masjid Jesus Crist? Agak-agaknya jadi gila dan mengamuklah pejuang-pejuang Umno-koko di Pulau Pinang??? AMMAN — Mungkin anda terkejut saat melihat nama sebuah masjid di kota Madaba, Selatan ibukota Jordan, Amman yang dinamakannya dengan 'Masjid Jesus Christ'. Bagi media barat, Masjid ini dipuji lantaran menjadi masjid pertama di dunia arab yang dinamai Jesus. Namun masjid Jesus Christ di Madaba bukanlah satu-satunya. Di Tripoli, ada masjid bernama masjid Isa Bin Maryam. Nama serupa juga digunakan sebuah masjid di Giza, Mesir. Selain dunia arab, ada sejumlah masjid di AS, yang mengabadikan nama Jesus sebagai nama masjid seperti Masjid di Stratford, Connecticuit, dan satu lagi masjid di Columbus, Ohio. Menurut surat kabar Al Quds Al Arabiya, apa yang membuat Masjid Jesus Christ begitu istimewa adalah baik umat Islam dan Kristian telah menunjukkan kesungguhan dan gembira dengan penamaan masjid itu. ANSA melaporkan idea nama Jesus berasal dari Jamal Al Sufrati, imam masjid. Ketika ditemubual, Jamal mengungkap tidak ada satu pun masjid di dunia Arab yang memakai nama Jesus. "Dunia Arab penuh dengan masjid yang dinamai semua nabi kecuali Jesus," katanya. Penamaan itu dimaksudkan untuk meningkatkan kesan kebersamaan dan toleransi. Apalagi ada semacam ketegangan dari dua pengikut agama akibat lukisan kartun Nabi Muhammad SAW. Bagi dunia Islam, nama Jesus agak asing kerana mereka lebih mengenalinya sebaga Isa al-Masih anak Maryam. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan