shalehudin |
- Woii... dok tak serik serik lagi kaa...
- Betoi ka Najib oiii hang tak ketaq... kahkahkah...
- Najib bakal gigit jari... kahkahkah...
- Jangan harap Najib berani buat tahun ni
- Woiii... Petrol bila mau turun daaaa......
- Guru wanita rakam adegan seks dengan pelajar
- Kesian kat Najib... kahkahkah...
- Bunuh pompuan pasai cinta... perghh...
- Dr Asri kenen sapa pulak dah nih... haha... fenin fenin...
- Peminat Khalid Ibrahim tunjuk perasaan... kahkahkah...
- Sib baik la Anwar di bisukan... kahkahkah...
- Jom kita serbu biara Buddha pulak... hihi...
- Murid mati makan juadah berbuka
- Beg kaler apa pulak Rosmah nak pakai pi Mahkamah.. . kahkahkah...
Woii... dok tak serik serik lagi kaa... Posted: 11 Aug 2011 10:05 AM PDT Masih belum serik dengan UMNO-BN? Oleh Muhammad Zir Sudah 54 tahun rakyat Malaysia memberi amanah kepada UMNO dan Barisan Nasional (dan Perikatan sebelum 1974) untuk mengurus dan mentadbir negara kita. Tetapi apa sebenarnya yang kita nikmati hari ini? Ya, memang kita sudah ada bangunan pencakar langit, kita ada pusat membeli-belah gergasi, pasaraya besar, ada rumah, ada kereta, ada motosikal; tetapi dalam kita sibuk menghitung apa yang telah kita perolehi, sedarkah kita apa yang kita sudah hilang? Jati diri, maruah bangsa, kehormatan diri, kejujuran dan keadilan sudah tercabut dari nilai-nilai bangsa kita bangsa Malaysia. Apakah nilai-nilai ini setanding dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang bukan milik kita itu? Tidak sukar untuk membayangkan jika UMNO-BN terus memerintah Malaysia, masalah yang kita hadapi akan lebih teruk jadinya. Majoriti rakyat akan menanggung beban hidup yang lebih buruk kerana:
Majoriti rakyat tidak akan mendapat jaminan keadilan kerana:
Majoriti peniaga akan semakin rugi kerana pertumbuhan ekonomi akan lebih menguncup kerana:
Majoriti golongan muda akan dimandulkan idealism mereka menerusi:
Majoriti golongan pekerja akan terus ditindas kerana:
Media massa akan terus menjadi alat perkakas kerajaan UMNO-BN kerana:
Ini antara beberapa gambaran yang jelas jika rakyat, sama ada kerana termakan fitnah atau kerana takut kepada perubahan positif, terus memilih UMNO-BN sebagai kerajaan. Malah di kalangan cerdik pandai kita, sama ada bijak dengan ijazah atau bijak street smart, dapat menggariskan lebih banyak lagi bencana yang akan menimpa kita jika UMNO-BN kekal berkuasa selepas pilihan raya umum ke-13 akan datang. Kita sebagai warga yang rasional dan bermaruah, dan jika kita yakin bahawa rasuah itu jijik, penyelewengan itu besar dosanya dan salah guna kuasa itu akan menghancurkan bangsa, maka sudah tentu kita akan memilih sebuah kerajaan yang menjamin ketelusan sistem dan keadilan untuk semua warganya. – Roketkini.com |
Betoi ka Najib oiii hang tak ketaq... kahkahkah... Posted: 11 Aug 2011 06:12 AM PDT Najib, Rosmah tetap perlu hadir ke mahkamah – Karpal KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tetap perlu hadir ke mahkamah untuk ditemubual peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum mahkamah bersidang 15 Ogos depan. "Kedua-dua mereka tetap perlu hadir. Pada bila-bila masa mereka bersedia untuk ditemubual, kita akan temubual mereka," kata peguam Anwar, Karpal Singh ketika ditemui pemberita. Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan pihak pendakwa bagi membolehkan Anwar hadir semasa temubual dengan saksi yang dipanggil pembela. Selepas mendengar hujah kedua pihak, hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan Anwar dibenarkan hadir sewaktu temubual saksi tersebut dijalankan. Sehubungan itu, menurut Karpal, peguam akan menemubual 10 saksi hari ini di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Namun, nama Najib dan Rosmah tidak ada dalam senarai pihaknya hari ini. Semalam adalah hari pertama temubual saksi berlangsung dengan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rohwan Yusof dipanggil untuk ditemubual. Namun, pendakwa raya menangguhkan temubual itu semalam dengan alasan Anwar turut sama hadir sewaktu temubual berlangsung. "(Hari ini) Hakim mengarahkan beliau (Anwar) boleh hadir, dan beliau akan berada di sana. "Dalam kes ini beliau adalah orang yang dituduh dan beliau ada hak untuk berbuat demikian," kata Karpal. Karpal seterusnya menegaskan sekali lagi kerenah Pendakwa Raya melengah-lengahkan sesi temubual ini adalah bukti jelas bahawa Pendakwa Raya sebenarnya yang melambat-lambatkan perbicaraan. Malah, penentuan samada perbicaraan akan berlangsung seperti dijadualkan minggu depan juga bergantung kepada samada pendakwa raya mampu membawa saksi-saksi yang diminta peguam bela ke mahkamah untuk ditemubual, kata Karpal. "Pendakwa raya melambat-lambatkan perbicaraan, bukan kami. Kami hanya boleh sambung perbicaraan hanya apabila semua saksi selesai ditemubual oleh kami. "Saya ingin jelaskan kami tidak melambat-lambatkan perbicaraan.(Malahan), kami mahu sambung perbicaraan terus pada hari Isnin. "Dan sekarang saya sendiri tidak faham kenapa mereka membantah kehadiran Datuk Seri Anwar semalam," kata Karpal. |
Najib bakal gigit jari... kahkahkah... Posted: 11 Aug 2011 03:30 AM PDT PRU-13: Muhyiddin susun strategi, Najib bakal gigit jari? Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada membayangkan kononnya pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan dalam beberapa bulan lagi. Ada yang menjangkakan daripada apa yang disebut Muhyiddin, kononnya pilihan raya akan berjalan seawalnya pada bulan 10 atau 11. Tidak kurang juga kalangan pengamal media sendiri menjangkakan selewat-lewatnya bulan Mac tahun 2012. Namun, di tengah-tengah kemeriahan politik hari ini, kelibat Muhyiddin menyesakkan fikiran Najib. Tatkala Najib cuba bertemu rakyat, sementara Muhyiddin memasang strate gi bertemu dengan pimpinan peringkat bahagian, ahli Parlimen dan wakil rakyat di kalangan BN. Walaupun Najib dan Muhyiddin sebelum ini pernah menafikan isu kononnya mereka bergeseran,namun zahirnya nampak berbeza. Seperti mana kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa Najib bakal menerima nasib sama dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disingkirkan sebagai Perdana Menteri selepas pilihan raya umum ke-12 lalu. Ia berikutan pertemuan Muhyiddin bersama 100 ahli parlimen BN baru-baru ini yang dilihat sebagai langkah awal TPM meluaskan pengaruhnya. Malah Muhyiddin juga meluluskan geran segera sebanyak RM100,000 bagi setiap ahli parlimen BN yang ditemuinya, satu tindakan yang dianggap membelakangkan Najib, katanya. Saya tidak menolak kemungkinan bahawa wujudnya konspirasi antara Muhyiddin Yassin bersama ahli parlimen BN (berkenaan) ujar Badrul Hisham. Ia merupakan proses awal untuk menyingkirkan Najib kerana dianggap gagal memperbaiki rekod buruk BN sejak zaman kejatuhan Paklah, malah dianggap lebih teruk daripada mantan PM itu, kata Badrul Hisham. Tambahnya pertemuan untuk meluluskan geran berkenaan hanyalah alasan Muhyiddin untuk mendapat sokongan. Beliau seterusnya mengingatkan usaha untuk memerangkap Najib yang dibuat secara tersirat, termasuk mengheret namanya dalam perbicaraan skandal Scorpene di mahkamah Perancis. Badrul Hisham sebelum ini mendedahkan bahawa Umno berpecah kepada dua kumpulan iaitu Najib yang disokong sepupunya, DatoSeri Hishammuddin Hussein, manakala Muhyiddin mendapat sokongan Menteri Pertahanan, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin. Zahid Hamidi juga pernah mengumumkan kesediaan kerajaan untuk menjadi saksi perbicaraan Scorpene di mahkamah Perancis, yang disifatkan sebagai cubaan untuk mengenakan Najib. Ia termasuk pendedahan Zahid mengenai kehilangan enjin pesawat TUDM ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dan TPM, katanya. Tambah Badrul Hisham, melalui sumber dalaman Umno yang diperolehinya mengesahkan bahawa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kini dianggap sebagai liabiliti kepada parti itu. Kerajaan Umno-BN tidak boleh lagi berselindung dengan pergeseran yang jelas berlaku di dalam pentadbiran mereka, dakwanya. |
Jangan harap Najib berani buat tahun ni Posted: 11 Aug 2011 02:00 AM PDT Dr Dzulkefly: PAS tak jangka pilihan raya tahun ini PAS akan terus mempersiapkan semua jenteranya untuk menghadapi pilihan raya ke-13 walaupun percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan membubarkan Parlimen pada tahun ini. Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, BN dijangka terpaksa menangguhkan pilihan raya umum daripada diadakan tahun ini kerana kemelut ekonomi yang sedang meruncing di seluruh dunia. "Cakap-cakap yang PM akan adakan pilihan raya mengejut tahun ini saya rasa tidak munasabah lagi kerana para penganalisis politik dan ekonomi hanya menjangkakan krisis ini akan pulih tahun depan. "Seperti telahan ramai pihak penganalisis dan pundit politik, saya sukar meramalkan Najib akan berani membuat pilihan raya mengejut dalam bulan September. "Permintaan global akan menguncup dan pertumbuhan ekonomi negara juga terjejas kerana penguncupan permintaan global. Saya yakin PM tak akan buat pilihan raya umum," kata Dr Dzulkefly yang dipetik Harakahdaily. Organ rasmi PAS itu juga memetik beliau berkata Bursa Malaysia sedang mengalami kemersotan RM91 bilion dalam tempoh lapan hari lalu berdasarkan rekod yang diperolehi pada jam 10 pagi ini. Kedudukan panik kini melanda seluruh dunia khususnya di Eropah dan Amerika berikutan penerapan hutang negara itu yang memberikan kesan kepada bursa saham seluruh dunia. Keruntuhan ekonomi global Sejak beberapa hari lalu pasaran saham utama Asia di Tokyo, Taipei, Shanghai dan juga Sydney juga terus merudum. Bursa Malaysia juga mengalami pengucupan sejak Jumaat lalu. Indeks Dow Jones Amerika Syarikat dilaporkan jatuh 4.1 peratus dalam masa 10 hari - kejatuhan terbesar sejak tahun 2008 manakala indeks FTSE London pula susut RM245 bilion sejak seminggu lalu. Berikutan itu juga, mata wang Euro merosot dengan mendadak dan dilaporkan hampir lumpuh. Perkara itu diburukkan lagi dengan rusuhan di kota London yang bermula dengan protes kecil Sabtu lalu apabila seorang remaja kulit hitam ditembak mati tetapi kini merebak ke bahagian lain di ibu negara Britain itu. Justeru, kata Dr Dzulkefly yang juga adalah ahli parlimen Kuala Selangor, keruntuhan ekonomi global itu juga akan menyebabkan eksport Malaysia, khususnya petrol terjejas dan pendapatan negara berkurangan. Kesannya bakal ditambah-buruk lagi apabila harga komoditi makanan beras, gandum, gula terus meningkat akibat permintaan yang tinggi. Suasana ini dikatakan akan menghimpit perdana menteri dengan suasana serba salah untuk mengadakan pilihan raya umum tahun ini. "Tetapi kini dengan krisis ini ia (cadangan membubarkan parlimen) akan tergendala..., ia bakal menjadi mimpi ngeri untuk Najib (jika pilihan raya umum diadakan tahun ini)," katanya. |
Woiii... Petrol bila mau turun daaaa...... Posted: 11 Aug 2011 01:00 AM PDT Petrol bila mau turun daaaa...... Blog Sharpshooter Harga minyak mentah antarabangsa menurun ke paras USD86 setong pada Jumaat, mencatat magnitud penurunan terbesar dalam seminggu sejak Mei 2011, berikutan kekhuatiran pelabur terhadap ekonomi dunia yang diperlahankan. Meskipun harga minyak mentah antarabangsa memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011, namun harga minyak RON 97 Malaysia yang diapungkan mengikut pasaran antarabangsa hanya diturunkan 10 sen pada Jun, dan tiada lagi pengumuman dalam tempoh dua bulan selepas itu. Harga minyak RON97 telah meningkat sebanyak 85 sen dari Julai 2010 hingga Mei 2011. Penurunan pada 15 Jun 2011 membawa harga RON 97 ke paras RM2.80. Harga RON97 pernah mencatat paras RM2.90/liter pada Mei 2011. Dengan kata lain, RON 97 mencatatkan pertambahan sebanyak 75 sen dengan harga kini, jika dibandingkan dengan harga pada Julai 2010. Harga minyak mentah mula memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011 sehingga kini, setelah mencatat paras USD120 setong pada April tahun ini. Menurut laporan Reuters hari ini, harga minyak mentah Brent Crude telah menurun kira-kira 9% dalam minggu ini, sementara harga minyak U.S Crude pula menurun 10% dalam minggu ini. Ini kerana kebimbangan yang menyelubungi pasaran, bahawa US akan terperangkap dalam kemelesetan ekonomi, yang bakal menggugat keperluan petroleum. Selain itu, krisis hutang di Eropah juga menggugat harga minyak mentah. Harga minyak U.S Crude menurun 6% pada Khamis, mencipta magnitud penurunan harian yang terbesar sejak 5 Mei 2011. Pada Jumaat ini, harganya menurun USD1.40 sehingga USD 85.23 setong, mencatat paras terrendah sejak 17 Februari 2011. Harga minyak Brent Crude pula menurun secara mendadak dengan USD6 pada Khamis, dan kini mengekalkan harga pada USD 107.25 setong pada Jumaat. Barclays Capital yang paling optimis dengan perkembangan harga minyak mentah pada tahun ini, mengakui bahawa keperluan dunia dijangka akan diperlahankan. Bank pelaburan itu menganggar, keperluan petroleum dunia bakal bertambah 1.1 juta tong, mencatat 88.68 juta tong pada tahun ini. Ia memperlihatkan perubahan sikap bank pelaburan ini. Sebelum ini, bank pelaburan ini menjangka pertambahan keperluan 1.56 juta tong minyak, malah pernah menjangkakan pertambahan 1.7 juta tong, dua bulan yang lalu. |
Guru wanita rakam adegan seks dengan pelajar Posted: 11 Aug 2011 12:00 AM PDT LONG ISLAND: Seorang guru sekolah menengah menghadapi tuduhan merogol selepas didakwa merakam adegan dia mengadakan seks dengan seorang pelajar bawah umur. Tara Driscoll, 33, dari Bayshore, Long Island, ditangkap selepas polis menerima salinan video berkenaan yang menunjukkan dia mengadakan seks dengan pelajar lelaki berusia 16 tahun. Polis berkata, pelajar itu mengaku mengadakan seks dengan Tara selepas disoal ibunya. Penyiasat berkata, Driscoll, yang mengajar undang-undang dan kerajaan, memilih pelajar itu dan membawanya ke sebuah Motel, tempat mereka mengadakan seks. - Agensi |
Kesian kat Najib... kahkahkah... Posted: 10 Aug 2011 11:00 PM PDT "Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib? Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sudah menjadi 'liabiliti paling besar' kepada Umno menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Katanya, ini kerana kegagalan Najib dalam menangani beberapa isu penting termasuk himpunan Bersih 2.0 dan yang terbaru penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.Justeru itu, Najib kini terpaksa mencari 'talian hayat' dengan menggunakan apa sahaja cara untuk terus kekal berkuasa. "Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib? Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya, Najib telah menjadi liabiliti paling besar buat Umno di ambang Pilihan Raya Umum ke-13 ini. "Beliau (Najib) telah menjadi seumpama Tun (Abdullah Ahmad Badawi) cuma dalam masa yang jauh lebih singkat, bagi sebuah parti yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa," katanya. Jelas Dr Dzulkefly, dalam tempoh tiga tahun memerintah negara Najib telah melakukan banyak perkara demi memperoleh semula kepercayaan rakyat, namun usaha itu ternyata sia-sia. "Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan." Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi, malah beliau telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan pandangan awam sehingga sanggup mengungkapkan bahawa era kerajaan tahu semua telah berlalu. "Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat. Najib cuba perbaiki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh dengan manteranya 'Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan', kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baik pulih persepsi (rakyat) terhadap partinya," katanya sambil menambah, Najib juga cuba mendekati rakyat melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, kegagalan Najib menangani isu-isu agama dan penyelewengan yang berlaku membuktikan anak kepada perdana menteri kedua itu merupakan seorang pemimpin yang tidak tegas dalam menguruskan negara. "Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta ketirisan dalam pengurusan kewangan dan pembangunan negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya... beliau seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu, beliau semacam dirasuk sindrom penafian. "Beliau tidak mempunyai jati diri politik yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan sebaliknya kata-kata tidak cermat seperti 'you help me, I help you (anda tolong saya, saya tolong anda)', beliau sinonim dengan tabiat flipflop, satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan kerana beliau hanya mahu sokongan semua," katanya. Menurut Dr Dzulkefly, Najib kini berhadapan dengan pelbagai cabaran getir termasuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan ahli parti Melayu terbesar itu. Tambah beliau lagi, gesaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar transformasi sistem pilihan raya dilaksanakan menyerlahkan lagi betapa buruknya kepimpinan Najib. "Kini, rakyat dan pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang. "Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang kotor dalam sistem pilihan raya," katanya. Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak namun Perak kemudian jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) awal 2009. Selain itu, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai KeADILan dan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat. |
Bunuh pompuan pasai cinta... perghh... Posted: 10 Aug 2011 10:00 PM PDT Bunuh, kerat wanita kerana cinta SHAH ALAM – Polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui dikerat 15 bahagian sebelum disumbat di dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Blok Chryssa, Apartmen Astaria, Taman Kosas, Ampang Jaya minggu lalu berkaitan cinta dan cemburu. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (gambar) berkata, ia berdasarkan siasatan ke atas lebih 100 individu dan keterangan yang diambil daripada lebih 40 orang termasuk suami mangsa sejak kes itu disiasat pihaknya pada 3 Ogos lalu. Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada mangsa mengenali suspek atau sebaliknya. "Suami mangsa didapati tidak terlibat kerana pada hari kejadian (29 Julai, Jumaat), dia yang tinggal di Ampang tidak bekerja dan menyedari kehilangan isterinya apabila wanita itu tidak pulang ke rumah pada hari yang sama. "Identiti mangsa dapat disahkan selepas kita menunjukkan gambar dan mengambil rakaman percakapan daripada suaminya," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. |
Dr Asri kenen sapa pulak dah nih... haha... fenin fenin... Posted: 10 Aug 2011 09:00 PM PDT Dr Asri: Ada yang sengaja main isu gereja Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan kebimbangannya terhadap perkembangan isu serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa "diadun" dengan isu politik. Katanya, perkara itu boleh dilihat pada pendirian "pihak berkuasa agama" yang bimbang orang Islam memasuki gereja dan melarang bukan Islam memasuki masjid. "Pihak berkuasa agama bimbang apabila ada orang Islam pergi ke gereja. Risau nanti mereka terpengaruh dengan Kristian. "Peliknya kenapa dulu mereka menghalang orang bukan Islam masuk ke masjid? Apakah mereka juga bimbang bukan Islam terpengaruh dengan Islam?" soal Dr Asri. Ogos tahun lalu, isu larangan terhadap bukan Islam memasuki masjid menjadi isu hangat selepas anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki surau di Kajang bagi menyampaikan sumbangan. JAIS antara pihak pertama dilaporkan mengkritik tindakan itu atas alasan orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid. Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata larangan pihak berkuasa agama itu menjadikan orang ramai semakin tidak faham dengan politik negara ini apabila ia "diadun dengan agama". "Kalaulah masuk ke gereja mempengaruhi seseorang kepada Kristian, patut masuk masjid akan mempengaruhi seseorang kepada Islam. "Mengapa kita halang? Apakah kita tidak suka mereka terpengaruh dengan Islam? "Akhirnya, kita pening siapa yang jujur, siapa yg sebaliknya. Siapakah yang hendak menegakkan (keadilan) dan siapakah yang hendak bermain dengan isu?" soalnya lagi. |
Peminat Khalid Ibrahim tunjuk perasaan... kahkahkah... Posted: 10 Aug 2011 08:00 PM PDT Sejumlah 20 orang para peminat MB Selangor, Khalid Ibrahim yang mewakili dua pertubuhan bukan kerajaan menunjuk perasaan secara aman di hadapan pagar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Rabu. Tindakan itu bertujuan menyokong pihak Jabatan Agama Islam Selangor yang menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama Petaling Jaya selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis di situ. -foto BERNAMA |
Sib baik la Anwar di bisukan... kahkahkah... Posted: 10 Aug 2011 07:00 PM PDT Anwar Ibrahim dah kena penaya banyak kali sangat dah... tak dak dalam sejarah politik bangsa Umno seorang yang disabitkan dengan pelbagai tuduhan moral dan diaibkan dengan begitu dahsyat sedahsyat Anwar Ibrahim. Tapi susuk bernama Anwar ini terus cekal dan tabah, terkini Mahkamah telah membenarkan beliau menemuramah 25 orang saksi termasuk Najib dan Rosmah serta kuncu kuncu mereka. Tapi bagaimanapun keadilan perundangan negara teruji lagi bila dia tak dibenarkan hadir semasa temubual dijalankan kelmarin oleh pihak pendakwaraya. Punya takutnya depa dengan kelibat manusia bernama Anwar nih... kahkahkah... Tapi kini Anwar telah dibenarkan hadir oleh mahkamah semasa sesi temubual tapi dengan bersyarat Anwar tak leh bertanya soklan atau dengan kata lain telah dibisukan... haha... Sib baik la Anwar dibisukan, kalau tidak akan ada la yang terkencing dalam seluaq nanti... kahkahkah... Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu setelah mendengar penghujahan kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan pagi ini. Katanya tertuduh mempunyai hak untuk hadir semasa temubual berkenaan. Peguam Karpal Singh (kanan) kemudiannya memberitahu wartawan dengan perintah mahkamah itu, semua saksi perlu hadir ke mahkamah sebagaimana dikehendaki pihak pembelaan. "Anwar akan hadir sama (semasa temu bual) dan beliau mempunyai hak untuk mendengar temu bual dan pegawai penyiasat (IO) kes ini akan membantu kami untuk mengendalikan temu bual dengan 10 daripada saksi berkenaan sudah berada di sini hari ini," kata Karpal Singh. |
Jom kita serbu biara Buddha pulak... hihi... Posted: 10 Aug 2011 06:00 PM PDT Biara Buddha Pula Buat Majlis Berbuka Puasa Oleh MSO Seorang penjenguk blog Merah Tinta yang mengaku dirinya buta meminta pandangan berhubung dengan satu majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Biara Buddha Brickfields pada 20 Ogos ini. Menurut OKU ini seramai 200 orang buta yang tinggal di asrama orang buta di Brickfields dijemput ke majlis berkenaan. Katanya mereka akan diangkut dengan sebuah bas. Majlis itu selain dari tujuan kebajikan memberi umat Islam berbuka puasa ia adalah untuk kempen menderma mata. Penjenguk ini memberi tahu dia memperolehi berita ini dari gorup news, rangkaian berita yang diwujudkan oleh kalangan OKU lihat penglihatan. Penjenguk ini menjadi sedikit sangsi ekoran apa yang berlaku di gereja Methodist di Damanarasa Utara itu yang menjadi hebuh ketika ini. Dilaporkan 12 orang Islam (Melayu) hadir pada majlis makan malam di gereja berkenaan. Saya tidak mempunyai autoriti untuk menentukan apakah majlis di Biara Buddha ini harus atau haram dihadiri oleh pengnut agama Islam. Tetapi kalau dilihat kepada tujuan ialah untuk kepentingan orang buta - kempen derma mata, ia baik dan tidak menjadi masalah. Lagi pun seperti dijelaskan makanan yang disajikan adalah halal. Dalam pada itu adalah elok kalau umat Islam menjaga kehormatan diri mereka sebagai orang Islam. Walaupun hadir di rumah ibadat agama lain itu tidak menjadi kesalahan tetapi dalam konteks majlis itu dianjurkan ia mendatangkan sedikit rasa aib kepada agama Islam dan umatnya. Nampak sedikit canggung apabila umat Islam melakukan ibadat agamanya (berbuka puasa) di rumah ibadat agama lain bukannya surau atau masjid. Adalah baik kalau aktiviti itu diadakan di surau atau masjid. Tidakkah dengan meninggalkan surau dan masjid dan pergi ke Biara Buddha itu kita boleh dianggap cuba menyepikan masjid. Mungkin ada ustaz dan ulama khasnya dari Pas dan Umno untuk menjelaskan masalah dihadapi oleh saudara kita ini. Apa-apa panduan dan pandangan biarlah berasaskan dan bersendikan asas agama bukannya emosi dan politik |
Murid mati makan juadah berbuka Posted: 10 Aug 2011 05:00 PM PDT Segala galanya bermula dengan kebersihan dan disiplin diri. Sepatutnya sebagai seorang yang beragama Islam yang pentingkan kebersihan, masaalah penyediaan makanan terutama para peniaga pasar Ramadhan tak boleh lari dari kebersihan dan disiplin diri. Kita bukan persoal tentang qada dan qadar Allah, tapi kejadian seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini yang meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu dijadikan iktibar betapa kita masih jauh lagi soal kebersihan dan disiplin diri dalam beribadah dibulan mulia ini. Kepada para peniaga, jangan nak ingat untung saja tapi bertanggungjawab sikit terhadap kebersihan makanan yang kita jual kat orang ramai. Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama. Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati. Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi. Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air. "Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih," katanya. Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan. "Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air. "Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia," katanya. Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran. Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya. Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin. Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang. |
Beg kaler apa pulak Rosmah nak pakai pi Mahkamah.. . kahkahkah... Posted: 10 Aug 2011 04:00 PM PDT Rakyat menanti najib dan rosmah ke Mahkamah Blog Sharpshooter Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor tidak boleh lari lagi daripada hadir ke mahkamah memberi keterangan dalam kes Fitnah II apabila mereka diperintahkan berbuat demikian hari ini. Perkara itu dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mahkamah ditangguhkan. "Kami mengalu-alukan keputusan ini. Kami sememangnya menantikan peluang untuk menemuramah saksi termasuklah Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Rosmah. Saya tak nampak sebarang sebab mereka perlu menangguhkan lagi kes ini atau mencari alasan untuk tidak hadir," kata Anwar. Pasukan peguam Anwar setakat ini hanya berjaya menemubual lima daripada 25 saksi yang ditawarkan pendakwa raya. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini membenarkan permohonan peguam Anwar untuk memanggil 20 lagi baki saksi ke mahkamah. Najib dan Rosmah tersenarai di antara 20 saksi tersebut. Bercakap lanjut, Anwar berkata kehadiran Najib dan Rosmah ke mahkamah adalah sebahagaian daripada tugas mereka kerana mereka sememangnya terlibat dalam kes Fitnah II sejak dari awal lagi. "Mereka perlu anggap ini sebagai sebahagian daripada tugas mereka. "Mereka terlibat sejak dari awal lagi seperti yang kita nyatakan dan mereka perlu bersedia untuk berhadapan dengan kita," kata Anwar. Najib dilaporkan menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum beliau mendakwa kononnya kejadian liwat berlaku. Dalam kenyataannya kepada media sebelum ini, Najib mendakwa kononnya beliau menemui Saiful untuk membincangkan soal biasiswa. Anehnya, Saiful sendiri adalah pelajar pusat pengajian tinggi yang gagal menamatkan pengajian kerana prestasi akademik yang teruk. Peguam Anwar, Sankara Nair pula berkata keputusan hakim hari ini menyebabkan saksi-saksi yang tetap enggan ke mahkamah berhadapan tindakan undang-undang jika masih berdegil. "Mereka tak boleh cakap mereka tak mahu bercakap. Mereka (saksi) perlu hadir kerana ia perintah mahkamah. "Mereka terikat dengan undang-undang untuk hadir. Jika tidak, kita akan rujuk mereka kepada hakim," kata Sankara. Selepas Hakim Zabidin menyampaikan keputusannya tadi, Timbalan Pendakwa Raya memohon perbicaraan ditangguhkan kepada 15 Ogos depan. Ia dibuat Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dengan persetujuan peguam bela atas alasan Pendakwa Raya memerlukan satu minggu untuk pengurusan mengaturkan temuramah dengan saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan. Ini kerana, dua daripada saksi-saksi yang diminta, iaitu pembantu rumah kepada pemilik kondominium, Haji Hasanuddin Abdul Hamid kini dilaporkan berada di Indonesia. - Ahmad Fadli |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan