Khamis, 4 Ogos 2011

shalehudin

shalehudin


Tidak sah, tidak sah... tidak sah... haha...

Posted: 04 Aug 2011 11:00 AM PDT

Umnoooo... kena gempaq sikit ja, kecut teloq... haha...

Posted: 04 Aug 2011 09:18 AM PDT

Tekanan politik keatas PENAWAR?


Penawar, sebuah pertubuhan yang terdiri daripada bekas Ahli Parlimen Umno, telah menafikan yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan. Bercakap kepada pemberita di sini malam tadi, Presiden Penawar Aziz Shamsudin juga menolak spekulasi baru berkenaan pemberontakan dalam Umno.

"Dalam mesyuarat pada 29 Julai, yang dipengerusikan oleh saya sendiri, Penawar tidak dan tidak pernah membuat keputusan untuk mendesak Najib untuk meletak jawatan.

Salah tanggapan mana-mana perlu diperbetulkan, "katanya. Beliau berkata bahawa pada mesyuarat tersebut hanya membincangkan mengenai pentadbiran dan keadaan tadbir urus kerajaan yang di pimpin oleh Najib.

Menafikan wujudnya usaha untuk menggulingkan Najib, bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad itu berkata ini adalah satu salah faham. "Tidak ada timbul perkara itu. Umno sepenuhnya di belakang Najib, "katanya, sambil menambah bahawa Perdana Menteri telah bekerja keras untuk membangunkan negara.

"Ramai orang berkata perkara-perkara secara membuta tuli, kami dahulunya dalam kerajaan dan sudah pasti bersimpati dengan beliau," katanya. Aziz, bekas seorang menteri Kabinet, menjelaskan bahawa Penawar telah ditubuhkan untuk memberi pandangan dan sokongan kepada perdana menteri.

"Jadi kita sedih bahawa ia telah dilaporkan bahawa kita meminta beliau untuk meletak jawatan, kami pemimpin veteran UMNO menghormati kerajaan dan setia kepada Umno," katanya.
'Fitnah berleluasa'

Semalam, FMT melaporkan bahawa Penawar, dalam pertemuan minggu lepas, telah menyatakan kekecewaan dalam kepimpinan Najib dan mahu beliau meletak jawatan. Manakala Aziz, ketika dihubungi enggan mengulas.

Dalam satu pengumuman, penulis blog terkenal Mohd Sayuti Omar juga telah mendakwa bahawa di kalangan orang-orang yang menghadiri mesyuarat itu ialah saudara Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Aziz Yassin dan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Ghaffar Baba, Thamrin. Aziz turut hadir dalam sidang media Penawar hari ini.

Pagi ini, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali juga mendakwa bahawa terdapat cubaan untuk menggulingkan Najib sebelum pilihan raya umum akan datang. Sementara itu, Aziz berkata jika benar ada ahli Penawar telah diberi memberi maklumat palsu berkenaan mesyuarat kepada media, maka dia harus meletak jawatan.

"Dalam organisasi ini, kita mempunyai disiplin dan syarat-syarat. Jika dia berkata demikian, maka dia harus merasa bersalah. Kami adalah orang-orang yang baik, "katanya, menyatakan rasa kesal bahawa ada individu yang mendapat manfaat dalam tempoh 50 tahun yang lalu, kini telah membelakangkan kerajaan.

Aziz juga berkata fitnah yang kini meluas dan ini perlu dikurangkan atau "negara akan diselubungi kegelapan". Dalam perkembangan berkaitan, ada sumber yang mendakwa bahawa Penawar terpaksa menarik balik kenyataan tersebut kerana tekanan politik./fmt

Che'gu Pa merapu apa pulak ni... kahkahkah...

Posted: 04 Aug 2011 08:22 AM PDT

PAS dakwa ada gerakan jatuh Najib dalam Umno


Abdul Rahim Sabri
PAS hari ini mendakwa wujudnya 'gerakan' dalam Umno untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan wujudnya 'pertemuan sulit' antara Menter Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang.

Mustafa mendakwa isu pertemuan tersebut sengaja dibangkitkan bagi mengalih isu dalaman Umno iaitu gerakan menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri yang disifatkan setiausaha agung PAS itu sebagai "agak serius".

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan identiti gerakan tersebut walaupun dipujuk pemberita berkali-kali tetapi mengesahkan wujud 'gerakan' tersebut dan ianya "agak kuat".

"Ia bukan perang psikologi, tapi ia memang betul... Tunggu satu atau dua minggu lagi akan lebih nyata (kedudukannya)," katanya.

Ditanya daripada mana gerakan tersebut, Mustafa mendakwa ia daripada kalangan pemimpin Umno sendiri.

"Pada waktu ini saya tak mahu sebut lagi," katanya sambil menambah bilangan pemimpin Umno yang terlibat itu "agak ramai".

Ditanya mengenai laporan sebuah portal berita yang mendakwa Penawar - sekumpulan bekas ahli parlimen Umno yang diketuai bekas menteri kabinet Tan Sri Aziz Shamsuddin - mengetuai gerakan tersebut, Mustafa berkata:

"Saya tidak tahu, saya tidak boleh mengesahkannya. Boleh jadi sama. Saya tidak mahu mengesahkannnya".

Mustafa mendakwa Najib yang juga presiden Umno menyedari kewujudan gerakan tersebut.

Mustafa berkata sekiranya perkara ini berlaku, maka secara adatnya sudah tentu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menggantikan tempatnya.

"Kecuali Umno mahu memilih Ku Li (Tengku Razaleigh) untuk menjadi perdana menteri. Itu satu kemungkinan sebab Ku Li adalah ahli parlimen Umno," katanya.

Menurutnya, mana-mana ahli parlimen Umno atau BN boleh dipilih menjadi perdana menteri dengan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Dalam sidang media yang sama juga, Mustafa juga menafikan wujudnya pertemuan Nik Aziz - Ku Li selepas membuat semakan berhubung dakwaan tersebut.

Katanya, perkara itu bukan isu dan tidak relevan kerana PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah berbincang mengenai pertukaran ketua pembangkang.

"Mana dapat (cerita ini). Ini serkap jarang... Tok Guru pun dah buat penafian, tetapi masih ditimbulkan.

"Sesiapapun boleh jadi ketua pembagkang tetapi mesti mewakili Pakatan Rakyat. Anwar sebelum ini digam (digantung dari sidang Parlimen) selama enam bulan, kita tidak ganti.

"Beliau terus menjadi ketua pembangkang. Nak ganti mesti datang daripada pemimpin utama Pakatan Rakyat," katanya.

Mustafa turut menafikan SMS yang mendakwa penyokong PAS diberikan wang tunai RM100 dan bekalan makanan sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 bulan lalu.

"Tidak ada. Ahli datang dengan komitmen, tidak harap apa-apa... Harap kena gas (pemedih mata), meriam air atau masuk lokap," katanya berseloroh.

Woiit... lu mau lawan tokey kaa?

Posted: 04 Aug 2011 05:49 AM PDT

Bekas orang kuat Ku Li tidak mahu sertai Amanah
Muda Mohd. Noor

Ahli Parlimen Johor Baru, Datuk Shahrir Samad berkata beliau tidak mahu menyertai Amanah.

PETALING JAYA: Beberapa bekas orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan mereka tidak berminat menyertai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) sebuah NGO yang tubuhkan minggu lalu.

Bekas Naib Presiden Umno itu menubuhkan Amanah yang beliau sendiri sebagai presidennya untuk membawa suara rakyat menuntut kebenaran dan keadilan dalam menangani masalah rasuah, kronisme dan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Ahli Parlimen Johor Baru, Datuk Shahrir Samad berkata beliau tidak mahu menyertai Amanah.

"Saya tidak minat untuk masuk Perkasa," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Ketika ditanya adakah Amanah akan berjaya, Shahrir berkata soalan itu kena tanya dengan orang Amanah.

Shahrir merupakan calon bebas Parlimen Johor Baru pada pilihan raya kecil 1988 yang disokong Tengku Razaleigh, yang ketika itu Presiden Semangat 46.

Sementara itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun beliau menyokong Amanah tetapi beliau akan memikirkan terlebih dahulu sama ada mahu menyertai Amanah atau tidak.

Mengulas mengenai penubuhan Amanah, bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, Amanah boleh bertahan lama jika ia berpegang kepada tujuan awal penubuhannya.

"Kalau platform untuk menjadikan politik negara lebih matang, Amanah akan mampu pergi jauh dan diterima. Tetapi jika hanya penubuhannya hanya untuk reaksi politik dan lebih kepada hendak cabar mencabar saya tidak fikir ia akan bertahan lama," katanya.

Hashim menegaskan sehingga ini tidak ada parti politik dan NGO yang boleh dipercayai dan berpegang teguh kepada prinsip dan janji- janjinya.

"Jadi menyertai pertubuhan seperti ini hanya membuang masa," katanya.

Woi bro, lu dah macam sampah... kahkahkah...

Posted: 04 Aug 2011 02:00 AM PDT

Nik Aziz: Zahrain macam 'sampah'
FMT Staff

"Dia tak kenal saya, saya tak kenal dia, orang yang lompat macam ini seperti sampah," katanya.

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sebagai "sampah".

"Dia tak kenal saya, saya tak kenal dia, orang yang lompat macam ini seperti sampah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan berhubung Zahrain mencabar beliau supaya membuat kenyataan terbuka menafikan pertemuannya dengan Tengku Razaleigh mengenai isu mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Sebuah akhbar tempatan hari ini yang membawa tajuk "Zahrain cabar Nik Aziz" di muka depan memetik Zahrain sebagai berkata, tidak cukup bagi Nik Aziz menafikan pembabitannya dengan rancangan itu hanya menerusi Facebook.

Antara lain, Zahrain turut berkata, "saya cabar Nik Aziz buat kenyataan terbuka menafikan beliau ada berjumpa Tengku Razaleigh berbincang mengenai perkara itu.

"Nik Aziz jangan cuba berselindung di sebalik nota ditulis oleh orang lain dalam Facebook kerana kenyataannya sentiasa berubah," kata Zahrain.

Dalam perkembangan yang lain, Nik Aziz menafikan laporan sebuah portal berita, www.kelatekito.net menyebut bahawa keadaan kesihatannya semakin serius di mana beliau dikatakan disahkan menghidap sejenis barah tetapi mengesahkan yang beliau kini menghadapi masalah saluran jantung tersumbat yang membatasi pergerakan hariannya.

"Kesihatan saya tak ada apa. Dakwaan itu tak betul…mengarut saja. Saya hanya (hadapi masalah) ada tiga saluran jantung yang tersumbat.

"Cuma dalam rawatan saya terbaru di hospital tiga bulan sekali, saya tanya doktor di musim durian begini kolesterol saya tak tinggi, saya pun pelik," kata Nik Aziz.

Hampa suka sungguh kacau Najib laa... haha...

Posted: 04 Aug 2011 01:00 AM PDT

KEADILAN pertimbang hantar pemerhati kes Scorpene
(Oleh: Sidiqin Omar dan Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR: KEADILAN sedia mempertimbang untuk menghantar wakil pemerhati sepanjang perbicaraan Scorpene di mahkamah terbuka Perancis, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, perkara itu akan ditentukan dalam masa terdekat memandangkan perbicaraan tersebut dijadual bermula pada September depan.

"Keputusan untuk menghantar wakil bagi mengikuti perbicaraan yang bakal berlangsung september ini akan dipertimbangkan. Ianya akan ditentukan dalam masa terdekat dalam bulan puasa ini," katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Sementara itu, beliau menganggap adalah sesuatu yang malang dan amat memalukan bagi negara apabila skandal pembelian Scorpene itu kini dibicarakan di mahkamah Perancis.

"Ini adalah satu perkara yang malang yang menunjukkan kebolehan serta kepercayaan terhadap sistem kehakiman negara yang tercemar,"

"Jelas kita lihat Kerajaan UMNO-BN yang kononnya ingin mencegah rasuah, namun kita boleh melihat jurang antara percakapan Najib dan pelaksanaannya," katanya.

Sementara itu ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Sivarasa Rasiah berkata KEADILAN akan membangkitkan perkembangan perbicaraan kes Scorpene pada sidang Dewan Rakyat yang dijangka berlangsung Oktober ini.

Katanya, beliau yakin kes yang difailkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu akan mendedahkan banyak maklumat kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Kes ini mewakili harapan rakyat Malaysia," katanya kepada Keadilandaily.

Skandal pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 oleh kerajaan Malaysia akan dibicarakan di mahkamah Perancis bermula September 2011.

Kes berkenaan berhubung pembayaran komisen berjumlah 114 juta Euro atau bersamaan RM540 juta, membabitkan syarikat Perimekar Sdn Bhd dan firma pertahanan Perancis, DCNS, selain dua lagi komisen yang akan dibongkar di mahkamah negara itu.

Perimekar dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, rakan karib perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan Altantuya yang terlepas hukuman gantung.

Peguam hak asasi William Bourdon yang mewakili Suaram hanya sempat berada 34 jam di Malaysia sebelum dihantar pulang oleh kerajaan Malaysia tanpa alasan munasabah pada 22 Julai lalu.

Tindakan diambil menggunakan Akta Imigresen ke atas William dipercayai akibat kebimbangan kerajaan Rosmah-Najib terhadap pendedahan maklumat oleh peguam tersebut.

Zahid Hamidi jadi tokey ketam... kahkahkah...

Posted: 04 Aug 2011 12:00 AM PDT

Ahmad Zahid Hamidi Diminta Usah Jadi Seperti Ketam
Oleh: sripetaling

Kuala Lumpur, 3 Ogos 2011 - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib (gambar) menegaskan bahawa UMNOlah yang sepatutnya mengikut Ulamak dan bukan menyuruh ulamak mengikut parti itu.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO dalam Utusan hari ini yang bertajuk "Hukum: Ulama dinasihat tidak berpihak kepada parti politik

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dipetik berkata "Berilah nasihat tanpa kira kumpulan atau parti politik tertentu. Bukannya jika sesuatu parti itu membuat maksiat, ulama yang memihak kepada parti itu membiarkannya tetapi bertindak sebaliknya jika parti lain membuat perkara sama."

Dato Tuan Guru Haji Harun Taib berkata: "Orang yang bukan ulamak hendaklah mengikut para ulamak muktabar dan meminta nasihat daripada mereka dan bukannya mengarahkan para ulamak mengikut telunjuk UMNO".

Beliau meminta agar Ahmad Zahid Hamidi jangan menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya supaya berjalan betul.

Seterusnya beliau menjelaskan tentang peranan ulamak sepertimana yang diriwayatkan di dalam hadis dengan berkata: "Seperti mana yang diriwayatkan di dalam hadis ... Ulamak di atas muka bumi ini saling tak tumpah seperti bintang di langit, mereka dijadikan petunjuk oleh sesiapa berjalan di darat dan di laut, jika bintang tersebut tidak ada maka hilanglah panduan bagi mereka yang berada di darat dan di laut".

"Ulamak yang muktabar ialah ulamak yang mempertahankan dan menyampaikan kebenaran berdasarkan sumber al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w", ujar beliau lagi yang juga merupakan Adun Manir.

Hanya bangsa Umno yang rela kerja khianat nih...

Posted: 03 Aug 2011 11:00 PM PDT

Isu MyKad: 'Panggil sidang tergempar'
Jamilah Kamarudin

"Mana-mana bangsa tak rela dengan perbuatan khianat seperti ini," kata Salahuddin Ayub.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (Pakatan) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil sidang tergempar khas Parlimen bagi membincangkan isu pemberian status warganegara Malaysia kepada penduduk tetap (PR) yang memegang 'kad merah' hanya dalam tempoh sehari.

Menyifatkannya sebagai satu isu keselamatan yang serius, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata individu yang menjadi dalang di sebalik konspirasi ini juga dianggap mengkhianati rakyat sendiri semata-mata untuk memenangi undi dalam pilihan raya akan datang (PRU13).

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Najib dalam masa terdekat dan mendesak agar sidang Parlimen khas itu di adakan dalam bulan ini juga.

"Mana-mana bangsa tak rela dengan perbuatan khianat seperti ini.

"Bagaimana penduduk PR tiba-tiba mendapat status warganegara dalam beberapa jam sahaja…ini satu perkara yang tak boleh diterima.

"Kita mahu Najib tampil untuk nyatakan pendirian tentang isu itu," katanya dalam sidang media bersama pemimpin Pakatan di sini hari ini.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, isu ini dapat dibuktikan apabila pihaknya mengesan, antaranya di Selangor setakat suku kedua (Mac-Jun) tahun 2011 jumlah pemegang kad pengenalan merah yang diberikan MyKad adalah sebanyak 1,108 kes.

Katanya, melalui semakan dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pihaknya dapat mengesan beberapa individu yang memegang kad pengenalan PR pada sebelah pagi akhirnya ditukar kepada kad biru (MyKad) pada sebelah petang.

"Pemohon kad pengenalan merah kepada biru ada yang ambil masa sehingga 10 sehingga 28 tahun dan ada yang masih tak dapat, tetapi penukaran ini tak sampai sehari.

"Kita ada banyak lagi bukti imperikal termasuk dokumen dan kami akan dedahkannya dalam sidang Parlimen nanti," katanya.

Konspirasi BN?

Beliau mendakwa wujudnya satu konspirasi oleh pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) yang menggunakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi kerajaan yang lain supaya penukaran status warganegara ini boleh dilakukan dalam masa singkat sekaligus membolehkan mereka mengundi.

Sehubungan itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mahu Najb dakwaan ini dalam masa terdekat jika tidak benar.

"Jika tidak (panggil sidang tergempar) memang benar dia sudah hilang terhadap kawalan agensi tertentu yang sepatutnya berada dibawah tanggungjawab beliau," katanya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Sementara itu, Salahuddin sekali lagi menegaskan pihaknya tetap menolak sepenuhnya penggunaan sistem biometrik jika isu sebegini masih gagal ditangani.

"Apa yang Bersih 2.0 tuntut sangat relevan iaitu penggunaan dakwat kekal, ditambah dengan 'kekotoran' baru hari ini bagimana kita boleh percaya sistem biometrik ini dijamin telus," soalnya.

Depa dengaq kata tuan depa... haha...

Posted: 03 Aug 2011 09:00 PM PDT

'Mereka mendengar kata tuan mereka' - Mohamad Sabu
Oleh SAFAR JUMAAT

TINDAKAN Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengarahkan peguam memfailkan saman terhadap Polis DiRaja Malaysia (PDRM), ekoran kenyataan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Saleh Mat Rashid adalah satu keputusan yang cukup baik.

"Jumpa di mahkamah" sebenarnya lebih tepat daripada berbahas dalam akhbar yang tidak ada kesudahan. Polis mungkin mendapat kerjasama erat dari media arus perdana dan RTM1, manakala Mohamad Sabu hanya mengharapkan simpatisan dari blogger yang sedia bekerjasama dengannya selain Harakah.


Polis dilihat agak tergopoh gapah sedikit dalam isu ini, ekoran desakan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin meminta, jika polis ada rakaman video, tayangkan segera. Sebelum ini, perbahasan keganasan polis dalam menyelesaikan isu Himpunan Bersih 2.0 hanya berlegar dalam youtube dan tuduh menuduh yang dilihat berat sebelah.

Barangkali polis belum bersedia untuk menayangkannya tetapi disebabkan TPM Muhyiddin sudah mendesak, tak semena-mena video/rakaman tersebut ditayangkan termasuk ulasan polis yang mendakwa Mohamad Sabu berbohong atas dakwaan kenderaan polis melanggarnya.

Nasib baiklah ada media yang mahu menyiarkan kenyataan-kenyataan polis mengenai cara mereka menyuraikan perhimpunan tersebut. Jika tidak, di mana agaknya saluran polis hendak sampaikan maklumat ini?

Eloklah, jika Suhakam mengambil peranan mengadakan pendengaran awam dalam isu ini kerana imej polis akan terjejas sekiranya dalam isu Mohamad Sabu, ternyata memang berlaku pelanggaran yang didkawa Mohamad Sabu.

Walaupun rakaman video polis tidak menampakan imej atau rakaman kenderaan polis, yang Mohamad Sabu dakwa, sebuah kereta Waja, sepatutnya Saleh Mat Rashid mendapatkan laporan penuh dari anggota yang bertugas sebelum bercakap berdasarkan apa yang dilihatnya dalam rakaman tersebut.

Kalau Mohamad Sabu benar dan hasil siasatan dijalankan menunjukkan memang Mohamad sabu dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Waja kepunyaan polis, alangkah malunya PDRM untuk berdepan isu ini?

Tepatlah dakwaan mengatakan polis terlalu mengikut kata tuan mereka tanpa bersikap adil, telus dan cekap.

Tetapi kalau ternyata pihak polis benar dan hasil siasatan menunjukan Mohamad Sabu memang terjatuh selepas motosikal yang ditumpanginya terlanggar pembahagi jalan, Mohamad Sabu harus menerima kesan dan akibat dari dakwaannya itu.

Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 sebenarnya memperlihatkan betapa kelam-kabutnya tindakan polis untuk menangani isu tersebut.

Bermula dengan pelbagai amaran, tangkapan di bawah Ordinan Darurat dan pengisytiharan Bersih sebagai kumpulan haram menimbulkan banyak persoalan.

Khidmat polis sebenarnya sentiasa disanjung oleh rakyat Malaysia. Selama ini, telah terbukti bahawa PDRM berada di mana-mana sahaja ketika rakyat memerlukannya.

Tetapi, apabila berlaku isu seperti sekarang, dengan kenyataan-kenyataan yang bernada amaran seperti kenyataan politik, rakyat tertanya-tanya, apakah polis bertindak atas isu keselamatan atau atas kehendak tangan-tangan ghaib seperti dakwaan Mohamad Sabu, atas permintaan tuan mereka.

Tiada siapa mahu polis dicaci dan disangsikan niat mereka menjaga keselamatan. Tetapi polis itu dianggotai oleh manusia. Sesetengahnya, apabila sudah bersara, berada di dalam parti pembangkang dan menceritakan pengalaman masing-masing ketika bertugas.

Malahan, ada yang terpilih bertanding atas tiket parti pembangkang dan dari cerita-cerita mereka ini, banyak perkara yang selama ini tidak terdedah, kini sudah menjadi rahsia umum.

Yang menyebelahi kerajaan, berpendirian seperti orang kerajaan tetapi bila mereka tidak bersama kerajaan, pandangannya berbeza.

Dari cakap-cakap seorang dua dari Persatuan Bekas Polis, Umno dan BN kena berubah jika mahu kekal berkuasa. Jika mereka tidak berubah, nescaya mereka akan ditolak dalam PRU 13 akan datang. BN tidak ada pilihan kedua, berubah atau rebah, kata mereka.

Hari ini, polis terpaksa sibuk dengan isu Himpunan Bersih 2.0. Belum lagi Suhakam tampil selepas pendengaran awamnya. Sedikit sebanyak keyakinan rakyat terhadap pasukan polis terjejas dengan pelbagai pendedahan yang dibuat selain dari kenyataan-kenyataan polis yang menjadi pertikaian mereka yang menyertai Himpunan Bersih 2.0.

Hari ini, cara polis menggunakan gas pemedih mata pun sudah mula dipertikaikan. Peguam Latheefa Koya pula mendakwa gas pemedih mata yang digunakan polis sama dengan gas pemedih mata yang digunakan tentera Israel terhadap rakyat Palestin.

Begitu jauh perginya isu ini sedangkan selama ini, gas pemedih mata adalah alat paling ringan yang digunakan untuk tujuan menyuraikan satu-satu perhimpunan dan rusuhan.

Hilanglah cerita polis menyediakan makan dan tempat sembahyang bagi mereka yang ditahan ketika Himpunan Bersih 2.0. Khabarnya anggota polis sendiri tidak bersetuju dengan penyediaan makanan yang berharga RM25 setiap orang yang ditahan dan dalam masa yang sama, anggota polis yang bertugas diberikan nasi bungkus polestrin yang berharga RM3 seorang.

Ketika Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada orang ramai agar jangan mencaci polis, ramai yang melihat bahawa polis seperti tidak termampu melawan serangan orang ramai yang mempertikaikan ketegasan polis menangani isu ini.

Cakap-cakap Menteri Dalam Negeri (KDN), Dato' Seri Hishammuddin Hussein menjadi bahan ejekan dari kalangan Umno sendiri termasuk Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin menempelak Hishammuddin dengan kata-kata, "dia boleh memberi berapa banyak amaran pun tetapi Patriot tetap akan turun berdepan dengan Bersih 2.0".

Setakat ini, yang patuh kepada nasihat polis hanyalah sebuah NGO yang cakapnya berdegar-degar, tetapi ekor bergelumang tahi, Perkasa. Ketika mereka meminta orang Cina membeli bekalan makanan untuk persiapan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal ditentangnya, rupa-rupanya mereka (Perkasa) membeli beberapa tin sardin untuk dibuat sandwich dan berkelah di Tasik Titiwangsa.

Itupun bilangan yang hadir berkelah tak ramai. Yang lain-lainnya, khabarnya membeli selimut dan mereka berselimut di rumah dengan alasan mematahi arahan polis. Tidak pula diketahui, apakah mereka (Perkasa) akan menerima anugerah khas sempena Hari Polis nanti kerana kepatuhan mereka ini.

Jangan sesiapa menuduh mereka (Perkasa) penakut kerana mereka berjanji akan menjengkal muka Dato' S. Ambiga, berdepan dengan sesiapa sahaja yang mendalangi Himpunan Bersih 2.0 kerana mereka "patuh dan akur" dan bukan takut. Cuma, mungkin mereka kurang berani tetapi tidak takut.

Ketika Perkasa menjadi bahan ketawa orang ramai ketika ini, polis pula menjadi topik perbincangan hangat, apakah mereka benar-benar bertindak atas faktor keselamatan atau, dalam keadaan serba salah.

Tindak-tanduk polis tidak menampakkan polis bertindak sendirian melainkan seperti kata Mohamad Sabu, mereka mendengar kata tuan mereka.

Hukuman ala mazhab Umno... haha...

Posted: 03 Aug 2011 08:00 PM PDT

Berita ni mungkin saja dianggap sebagai satu lagi cerita karut dari mimpi mimpi Raja Petra tapi umum dah tau dah, ISA dan EO adalah hukuman yang terbit dari mazhab Umno. Hukum mazhab adalah berteraskan manusia ganti tuhan.

Sebuah kabel diplomatik dari kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendedahkan tahanan tiga individu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) pada 2008 telah menghentikan ahli parlimen Umno daripada berpaling tadah.

Menurut kabel yang diperolehi dari laman sesawang Wikileaks dan disiarkan di blog Malaysia Today milik Raja Petra, perkara itu disahkan oleh ahli parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed pada Oktober 2008, sebulan selepas penahanan ISA tersebut.

Jelas, mazhab Umno telah berjaya melahirkan ramai manusia yang berlagak sebagai Tuhan, menteri menteri Umno sudah dapat hak keistimewaan dan berkelayakan sebagai tuhan dengan disokong oleh ahli ahli mereka yang buta. Bagi mereka, Tuhan mereka dapat gunakan kuasa mutlak ini mengawal keamanan negara, dan menggugut bangsa lain dari bangsa Umno bangkit memberontak.

Sesiapa yang melawan mazhab umno akan diheret ke penjara. Malah mereka jugak boleh merasuah dan menerima secara halal, ambil kontrak untuk kroni macam hak mak bapak depa yang punya. Memfitnah dan menghukum sesiapa pun dengan sokongan mahkamah dah jadi perkara besa.

Pada awal Oktober, MP Umno Nur Jazlan (kiri) memberitahu (kaunselor politik kedutaan Amerika Syarikat Mark D Clark) bahawa tahanan ISA itu "amat berjaya" mencapai objektif Umno untuk menakut-nakutkan MP yang bercadang menyertai (ketua pembangkang) Anwar (Ibrahim)," petik kabel itu.

Kabel yang bertajuk 'Anwar shifts gears, not goals, say aides', juga melaporkan perkara berkenaan diakui oleh naib presiden PKR Tian Chua dan Sivarasa Rasiah dalam dua pertemuan berasingan dengan Clark pada November 2008.

Raja Petra, ahli parlimen Seputeh Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng ditangkap di bawah ISA pada 12 September 2008.

Tan dibebaskan 18 jam kemudian, Kok pada 19 September manakala Raja Petra pula dikurung lebih 50 hari.

Dia ni buat spoil betoi laa... haha...

Posted: 03 Aug 2011 07:00 PM PDT

Pelakon lagak ngeri: Sukar untuk keluar tingkap


Pelakon lagak ngeri, Mohd Haslin Azriff Ramley memberitahu inkues kematian pegawai kastam Ahmad Sarbaini Mohamad bahawa agak sukar untuk keluar dari tingkap - tempat mangsa didakwa jatuh - dan beliau mengambil masa tiga hingga empat minit untuk berbuat demikian.

Saksi ke-31 inkues itu menjelaskan walaupun mempunyai pengalaman dalam melakonkan adegan lagak ngeri, namun perasaan gementar dan takut tetap ada ketika cuba keluar dari tingkap berkenaan.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang,
ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane pada 6 April.

Sementara itu, pakar patologi Prof Dr Shahrom Abd Wahid dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berkata, Ahmad Sarbaini terjatuh dari aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan
itu dengan tidak disengajakan.

Dr Shahrom, 54, yang juga saksi ke-32 inkues berkata daripada hasil penemuan yang dibuat selepas melawat tempat kejadian, didapati Ahmad Sarbaini (mangsa) keluar dari tingkap di bilik pantri di aras tiga bangunan itu untuk menuju ke bumbung berhampiran yang mengelilingi gelanggang badminton.

"Ini adalah kerana jika berdiri berhampiran tingkap, kelihatan bumbung yang terletak di sebelah kiri tingkap itu nampak dekat tetapi apabila mangsa berjaya keluar dari tingkap, didapati bumbung berada dalam kedudukan yang jauh," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Dr Shahrom berkata Ahmad Sarbaini kemudiannya cuba meniti di atas tebing tingkap ke arah kanan untuk mencapai bumbung berhampiran sambil tangannya berpaut pada bingkai tingkap, namun tidak berjaya.

Saksi itu berkata mangsa kemudiannya cuba memanjat semula tingkap untuk masuk ke bilik pantri tetapi beliau tidak dapat mengimbangi badannya lalu tergelincir dan jatuh ke aras satu bangunan itu.

Katanya perlakuan itu dibuat dengan berhati-hati dan tidak terburu-buru kerana jika seseorang cuba melarikan diri dengan cara terburu-buru akan terdapat kecederaan dan tanda lebam pada badan disebabkan keadaan tingkap yang agak menyukarkan seseorang untuk keluar dengan cara sedemikian.

Beliau berkata kesimpulan yang dibuat juga berdasarkan kepada lakonan lagak ngeri yang dilakonkan semula oleh pelakon lagak ngeri, Mohd Haslin Azriff Ramley.

Saksi itu menjelaskan lakonan dibuat berdasarkan penemuan kesan calar pada cat dinding di bilik pantri, tapak kasut, kepala tali pinggang, kedudukan mayat yang berada selaras dengan tingkap di aras tiga berkenaan dan juga kesan pada tapak tangan mangsa.

"Terdapat kesan putih pada tapak kasut di sebelah kiri mangsa tetapi kesan itu tidak berapa jelas kerana terkena pada belakang seluar kanan mangsa semasa dia terjatuh dan juga terdapat kesan geseran pada kepala tali pinggang ketika mangsa dipercayai cuba masuk kembali ke dalam bilik pantri melalui tingkap," katanya.

Dr Shahrom berkata lakonan semula oleh pelakon lagak ngeri itu menunjukkan kemungkinan mangsa telah jatuh ke belakang apabila kaki kanannya tergelincir dari tebing tingkap dan jatuhan itu menyebabkan kecederaan teruk pada kepala dan keretakan pada tengkorak dan patah tulang di bahagian lutut.

Selain itu tiada tanda lain yang mencurigakan selain daripada disebabkan oleh kejatuhan dan tiada tanda-tanda mangsa dipaksa keluar dari tingkap itu.

"Jika mangsa dipaksa keluar dari tingkap, pasti akan terdapat kecederaan pada tubuh mangsa kerana dia akan melawan kembali serangan daripada seseorang dan akan ditemui kesan pergelutan di tempat kejadian," katanya. LAGI
- Bernama

KDN, JPN, SPR... gila tahap gaban

Posted: 03 Aug 2011 06:00 PM PDT

PAS Khuatir Komplot Manipulasi Daftar Pemilih
Ditulis oleh Radzi Razak

PETALING JAYA 3 OGOS : Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli menyatakan kemungkinan wujud komplot antara agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menipu daftar pemilih untuk pilihan raya Umum akan datang.

Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai berkata, sementara program bagi mendaftar pekerja-pekerja asing yang sah dilanjutkan tanpa tarikh akhir berbanding 31 Julai 2011 seperti yang ditetapkan sebelum ini, ia boleh disalah guna untuk menutup perubahan pada pangkalan data yang digunakan.

"Kami meragui tujuan sebenar program pendaftaran memandangkan ia membenarkan data diubah begitu cepat.

"Ia amat mungkin. Mereka sudah bagi tarikh tamat,kemudian mereka melanjutkannya ke tarikh yang tidak dinyatakan, ia amat menghairankan,"kata beliau dalam sidang media tergempar Pakatan Rakyat di sini, hari ini.

Selain Dr Hatta, turut hadir naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), setiausaha biro antarabangsa DAP Liew Chin Tong (Bukit Bendera) dan Timbalan Ketua Muslimat PAS, Dr Mariah Mahmud (Kota Raja).

Semalam, portal Malaysiakini melaporkan, status seorang penduduk tetap yang berjaya didaftar sebagai pengundi bertukar kepada warganegara dalam tempoh empat jam sahaja selepas didedahkan.

Laporan itu mengundang kritikan pelbagai pihak, terutamanya oleh Pemuda PAS yang mendakwa memiliki banyak lagi bukti kes sebegitu berlaku.

Dr Hatta mengesyaki apa yang berlaku mempunyai kaitan dengan program pemutihan pendatang asing yang sedang berlangsung di seluruh negara yang bermula sejak sebulan lalu.

"Mereka daftar pekerja asing dengan biometrik. Adakah ini mempunyai kaitan? Adakah ini sebabnya data bertukar dalam beberapa jam sahaja. Itu juga sesuatu yang perlu dijawab Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.

Sejak dilaksanakan 13 Julai lepas, dilaporkan 390,404 pekerja asing daripada 26,894 majikan telah mendaftar bawah Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang Sah, manakala pendaftaran pekerja asing tidak sah pula bermula kelmarin.

Pakatan Rakyat mendakwa seramai 1,108 pemastautin tetap di Lembah Klang telah diberikan status kewarganegaraan penuh sehingga semalam dan adalah sesuatu yang mengarut jika 1,000 kad pengenalan dapat dikeluarkan dalam satu hari.

Sementara itu, naib presiden PAS Salahuddin Ayub juga menunjukkan dokumen-dokumen yang mendakwa antara pukul 1.06 petang dan 2.30 petang semalam, tiga pengundi yang memiliki taraf kewarganegaraan penuh berbanding pemastautin sebelum itu dan sejumlah 1,597 kes dikesan sehingga hari ini.

"Pukul 1.06 minit merah, 2.30 petang biru. Maklumat ini dimuat turun dari laman web Jabatan Pendaftaran Negara sendiri dan ia buktikan perkara sebegini berlaku," kata beliau sambil menunjukkan bukti itu.

Apa pun tak pa janji kuasa...

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Azmin : Umno-BN Sanggup Buat Apa Sahaja Asalkan Kekal Berkuasa
Ditulis oleh Nur Atiqah Abd Samad


BUKIT ANTARABANGSA 3 OGOS : Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) sanggup menghalalkan apa jua perkara bagi memastikan kuasa politik kekal di tangan mereka, kata timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

Beliau mengulas bagaimana isu pengundi hantu misalnya yang sudah dikemukakan dengan bukti, tidak ditangani secara berhemah oleh kerajaan pemerintah.

Oleh itu katanya, Pakatan Rakyat akan melipatgandakan usaha bagi memastikan penipuan yang dilakukan menjelang pilihan raya umum disedari oleh rakyat seterusnya dapat mengelakkan hal sama terus berulang.

"Pakatan Rakyat akan terus mendedahkan kepada rakyat, ini akan memberikan justifikasi tentang tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.0 dan juga gabungan Pakatan Rakyat untuk menuntut satu pilihan raya yang bersih dan adil,"katanya.

Malah ujar beliau yang juga Adun Bukit Antarabangsa, perkara ini bukan satu isu baru demi menjamin kelangsungan kuasa politik Umno-BN namun ia semakin diperhebatkan melalui gabungan beberapa agensi yang menjadi alat pemerintah.

Terbaru, warga asing diberikan status kewarganegaraan bagi membolehkan mereka mengundi untuk Umno-BN.

Terbaru, Malaysiakini semalam melaporkan seorang bernama Mismah yang berstatus penduduk tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi baru dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagaimanapun, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menafikan hal itu sambil menyifatkannya ia sebagai kesilapan teknikal yang dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Kita tidak mahu mereka yang tidak ada hak untuk memilih diberikan laluan yang begitu mudah dan diberikan hak untuk memilih dalam pilihan raya umum nanti,"kata Azmin lagi.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian wang ihsan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) fasa kedua sebanyak RM 1,000 kepada 20 keluarga dalam DUN Bukit Antrabangsa di Pusat Khidmat Rakyat, di sini hari ini.

Azmin juga mahu kerajaan melihat isu ini dengan lebih serius kerana melibatkan negara dan tindakan segera di ambil kepada pihak yang bertanggungjawab dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

"Saya minta kepada semua pihak yang berwajib dan bertanggungjawab harus mengambil tindakan yang keras dan tegas kepada mana-mana pihak yang mengeluarkan kad pengenalan ini kepada warga asing merupakan satu tindakan yang mengkhianati kedaulatan negara.

"Beberapa agensi kerajaan telah diperalatkan oleh Umno, memandangkan Umno tidak lagi mempunyai kekuatan jentera parti yang hampir lumpuh di semua peringkat,"kata Azmin lagi.

Semalam PAS Wilayah Persekutuan mendedahkan telah mengenal pasti 52 nama dalam daftar pemilih yang mana kesemua mereka adalah pemastautin tetap tetapi bertukar status apabila disemak dalam sistem SPR.

Kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Wilayah Persekutuan, Abdul Halim Hassan, pihaknya telah menyemak status kesemua individu itu pada sebelah pagi dalam sistem JPN dan ia mengatakan mereka adalah pemastautin tetap.

Bagaimanapun apabila menyemak di pejabat SPR Wilayah Persekutuan pada sebelah petang, kesemua pemegang kad pengenalan MyPR itu bertukar kepada warganegara dan boleh mengundi.

Puasa tanpa solat

Posted: 03 Aug 2011 04:00 PM PDT

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN

DALAM kehidupan ini, setiap apa yang kita laksanakan perlu dilakukan secara sempurna. Allah SWT dan rasul-Nya tidak suka kepada individu yang melakukan sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-sungguh dan sambil lewa kerana ia tidak boleh mendatangkan hasil yang baik. Sesuatu kerja yang tidak lengkap dan sempurna pastinya mempunyai nilai yang rendah di mata masyarakat.

Sebagai manusia yang telah dikurniakan Allah dengan Islam, kita mestilah melaksanakan Islam dengan sempurna. Kegagalan berbuat demikian tentunya akan dianggap sebagai tidak menghargai pemberian nikmat beragama sebagai nikmat terbesar dan ternilai dalam kehidupan kita.

Islam seumpama sebuah rumah yang lengkap dan sempurna. Kita diperintahkan untuk membina rumah yang lengkap tersebut mengikut spesifikasi dan reka bentuk yang telah ditetapkan oleh Allah.

Islam yang tidak lengkap adalah seumpama sebuah rumah tanpa dinding atau bumbung. Walaupun ia adalah rumah, namun tidak dapat dimanfaatkan dek kerana belum sempurna. Bahkan, dengan ketidaksempurnaan itu, ia langsung tidak dapat diiktiraf sebagai rumah!

Dalam kerangka inilah, Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman supaya melaksanakan Islam secara keseluruhannya. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata (al-Baqarah: 208).

Setiap kali datangnya bulan Ramadan, seringkali kita dipaparkan khabaran tentang tangkapan segelintir umat Islam yang tidak berpuasa.

Maka kita yang menyaksikannya menggeleng-gelengkan kepala tanda meluat, geram dan jijik dengan angkara tersebut.

Mungkin juga kita pelik dan hairan dengan sikap mereka yang mengaku beragama Islam, namun tidak mahu berpuasa.

Keingkaran melakukan fardu puasa ini seolah-olah berita sensasi yang menjadi rutin biasa bulan Ramadan.

Namun, kadang-kadang kita terfikir kenapa kita hanya mengkhususkan tindakan tersebut kepada puasa sahaja? Kenapa tidak kepada ibadah-ibadah yang lain seperti solat?

Dewasa ini terdapat segelintir orang Islam yang sanggup meninggalkan solat secara terbuka. Lihat sahaja mereka yang terus-menerus leka dengan berniaga walaupun jemaah di masjid sedang melakukan solat Jumaat.

Bahkan, yang menambahkan kehairanan kita ialah terdapatnya yang berpuasa di bulan Ramadan, tetapi tetap enggan melakukan solat atau sewenang-wenangnya meninggalkan solat ketika sibuk dengan urusan dunianya. Bukankah ini merupakan sebuah kepincangan dalam beragama?

Antara faktor suasana ini berlaku ialah disebabkan krisis kefahaman tentang kesyumulan Islam. Kedangkalan ilmu dalam diri ditambah pula dengan sikap ego serta sombong akhirnya menjadikan golongan ini tetap dalam keadaan serba-salah dalam kehidupan beragama.

Faktor yang lain ialah adanya tanggapan bahawa ibadah hanyalah tidak ubah seperti adat. Oleh kerana majoriti orang ramai di sekelilingnya berpuasa, maka dia juga berpuasa. Jika ramai yang berkunjung ke masjid atau surau untuk mendirikan solat hari raya, maka dia pun menyertai mereka, walaupun kakinya hanya menjejakkan kaki ke masjid atau surau tersebut di kala hari raya sahaja.

- UTUSAN

Tiada ulasan: