shalehudin |
- Tu dia aiihh... sampai terberak berak...
- Mazhab Umno
- ‘Tiada rundingan PKR - Kita’
- Kecewa? haha... ada Najib kesah...
- Dari Wikileaks - Malaysia Today
- Pi mampuih la ngan Umno Penang
- Berapa sekilo agaknya maruah dia nih...
- Puak puak celaka ni tak posa ka hapa...
- Husam Musa tibai Najib nih...
- Melayu Bodoh
- Dari ada buat menyemak, lebih baik... belah laa...
- 25 mayat dalam satu bot
Tu dia aiihh... sampai terberak berak... Posted: 03 Aug 2011 09:00 AM PDT Terberak tunggu bayaran wang kebajikan Harakahdaily KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) diberitahu terdapat golongan tua yang terkencing dan terberak dalam premis BSN ketika menunggu untuk mengeluarkan wang. Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, pihaknya ketika mengunjungi Bank Simpanan Nasional (BSN) di Jalan Macalister, Pulau Pinang hari ini amat terkejut apabila melihat keadaan kelam kabut di premis bank itu. "Ketika bertanyakan berkenaan hal itu, pegawai kami difahamkan bahawa setiap minggu pertama pada setiap bulan begitulah keadaannya memandangkan golongan tua, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan miskin tegar akan membanjiri bank itu dan semua cawangannya di seluruh negara untuk mengeluarkan bayaran kebajikan bulanan mereka," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya, ramai daripada penerima itu yang telah berusia dan resah serta terpaksa berdiri dalam barisan sehingga ke pintu masuk bank. "Pegawai kami diberitahu terdapat keadaan di mana golongan tua terutama sekali mereka yang sakit terkencing dan terberak dalam premis ketika menunggu untuk mengeluarkan wang mereka," ujarnya. Sebelum ini, katanya bayaran dilakukan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bank Simpanan Nasional menjadi bank komuniti yang dilantik untuk menyalurkan bayaran itu. Menurutnya, BSN cuba untuk mengatasi masalah itu dengan mengeluarkan kad ATM tetapi kebanyakan penerimanya enggan untuk menggunakan kaedah pengeluaran itu kerana ramai mendakwa adalah sukar bagi mereka untuk menggunakan mesin dan ada ketikanya mereka lupa nombor pengenalan diri (PIN). Keadaan itu, ujarnya boleh dijangkakan kerana mereka sudah berusia dan sering lupa. "CAP menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat segera mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini dan meminta bank komersial lain agar turut menyediakan perkhidmatan ini," ujarnya lagi. Beliau berkata, semua bank mestilah memainkan peranan mereka dalam membantu komuniti memandangkan itulah apa yang dikatakan tanggungjawab sosial korporat (CSR). |
Posted: 03 Aug 2011 08:12 AM PDT Berita ni mungkin saja dianggap sebagai satu lagi cerita karut dari mimpi mimpi Raja Petra tapi umum dah tau dah, ISA dan EO adalah hukuman yang terbit dari mazhab Umno. Hukum mazhab adalah berteraskan manusia ganti tuhan. Sebuah kabel diplomatik dari kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendedahkan tahanan tiga individu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) pada 2008 telah menghentikan ahli parlimen Umno daripada berpaling tadah. Menurut kabel yang diperolehi dari laman sesawang Wikileaks dan disiarkan di blog Malaysia Today milik Raja Petra, perkara itu disahkan oleh ahli parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed pada Oktober 2008, sebulan selepas penahanan ISA tersebut. Jelas, mazhab Umno telah berjaya melahirkan ramai manusia yang berlagak sebagai Tuhan, menteri menteri Umno sudah dapat hak keistimewaan dan berkelayakan sebagai tuhan dengan disokong oleh ahli ahli mereka yang buta. Bagi mereka, Tuhan mereka dapat gunakan kuasa mutlak ini mengawal keamanan negara, dan menggugut bangsa lain dari bangsa Umno bangkit memberontak. Sesiapa yang melawan mazhab umno akan diheret ke penjara. Malah mereka jugak boleh merasuah dan menerima secara halal, ambil kontrak untuk kroni macam hak mak bapak depa yang punya. Memfitnah dan menghukum sesiapa pun dengan sokongan mahkamah dah jadi perkara besa. Pada awal Oktober, MP Umno Nur Jazlan (kiri) memberitahu (kaunselor politik kedutaan Amerika Syarikat Mark D Clark) bahawa tahanan ISA itu "amat berjaya" mencapai objektif Umno untuk menakut-nakutkan MP yang bercadang menyertai (ketua pembangkang) Anwar (Ibrahim)," petik kabel itu. Kabel yang bertajuk 'Anwar shifts gears, not goals, say aides', juga melaporkan perkara berkenaan diakui oleh naib presiden PKR Tian Chua dan Sivarasa Rasiah dalam dua pertemuan berasingan dengan Clark pada November 2008. Raja Petra, ahli parlimen Seputeh Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng ditangkap di bawah ISA pada 12 September 2008. Tan dibebaskan 18 jam kemudian, Kok pada 19 September manakala Raja Petra pula dikurung lebih 50 hari. |
Posted: 03 Aug 2011 05:44 AM PDT Ketua PKR Temerloh Ahmad Nizam Abdul Hamid berkata keputusan itu dibuat oleh mesyuarat Pakatan Rakyat negeri dua minggu lalu. (Free Malaysia Today) - PKR Pahang tidak akan berunding dengan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) dalam menentukan pembahagian kerusi di negeri itu dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti. Ketua PKR Temerloh Ahmad Nizam Abdul Hamid berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Pakatan Rakyat negeri dua minggu lalu. "Keputusan kita jelas, Pakatan Rakyat tidak boleh berunding dengan Kita. PKR tidak boleh, PAS dan DAP pun tidak boleh. Asas penolakan rundingan dengan Kita ialah parti itu bukan gabungan Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Ketua PKR Pahang, Mohd Nor Jaafar yang juga Ketua Cabang PKR Jerantut yang mahu mengadakan rundingan pembahagian kerusi dengan Kita dalam PRU 13. Mohd Noor meninggalkan PKR dan menyertai Kita dan dilantik sebagai Penyelaras Kita negeri Pahang kerana parti itu belum ditubuhkan secara rasmi di negeri itu. Mengulas lanjut, Ahmad Nizam yang juga AJK PKR Pahang berkata, Mohd Nor memang mahu berunding dengan pimpinan PKR negeri kerana mahu menuntut beberapa kerusi untuk Kita. Bagaimanapun katanya, PKR tidak mahu dan tidak boleh berunding dengan Mohd Nor kerana parti beliau, Kita bukan gabungan Pakatan Rakyat. |
Kecewa? haha... ada Najib kesah... Posted: 03 Aug 2011 02:00 AM PDT Oleh Khairul Anuar Manap Pas Titiwangsa kecewa dengan tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menukar status Permastautin Tetap (PR) kepada status Warganegara pemilih di dalam senarai Rang Daftar Pemilih suku ke-2 2011 hanya beberapa jam selepas di kesan oleh petugas jentera pilihanraya Wilayah Persekutuan. Kira- kira jam 9.15 pagi tadi, petugas IT Pas Wilayah Persekutuan dan Pas Titiwangsa berjaya mengesan 52 orang pemilih yang berstatus Permastautin Tetap di dalam Rang Daftar Pemilih suku ke-2 bagi tahun 2011. Kemudiannya senarai tersebut dikeluarkan dan di semak di dalam sistem semakan MyKad dan MyPR Jabatan Pendaftaran Negara di alamat http://www.jpn.gov.my/semakic/ dan mendapati kesemua 52 orang tersebut berstatus Permastautin Tetap atau PR. Senarai status Permastautin Tetap yang di kesan itu ialah, 28 nama di parlimen Titiwangsa, 5 nama di Parlimen Segambut, 8 nama di parlimen Batu, 4 nama di parlimen Wangsa Maju, 1 nama di parlimen Bandar Tun Razak, dan 6 nama di parlimen Lembah pantai. Petugas IT PAS wilayah terus mencetak atau "print screen" semua image permastautin tetap tersebut daripada sistem semakan JPN dan menyertakan senarai nama dan di bawah ke pejabat Suruhanjaya Pendaftaran Negara (SPR) Wilayah Persekutuan di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Raja Muda Abd Aziz untuk tujuan bantahan. Kira-kira jam 2.30, iaitu sebelum mengisi borang bantahan senarai Rang Daftar Pemilih, pegawai SPR mengesahkan kesemua senarai 52 orang itu adalah warganegara melalui sistem semakan JPN. Petugas Pas cuba mengesahkan semula dan ternyata semua nama tersebut telah bertukar menjadi warganegara hanya selepas berberapa jam. Lebih pelik bagaimana semua 52 nama itu boleh terlepas masuk dalam rang Daftar pemilih sedangkan semuanya berstatus Permastautin Tetap, apakah SPR lalai dalam tugasnya atau ada suatu komplot antara SPR dan JPN dalam usaha memenangkan parti UMNO/BN? Pas Titiwangsa merasakan perkara ini sangat pelik dan suatu perkara yang sangat merbahaya di dalam negara apabila dengan mudah menukar status Permastautin Tetap bertukar kepada warganegara semata-mata untuk membolehkan mereka mengundi dalam pilihanraya yang akan datang. Adakah semata-mata hendak memenangkan parti tertentu kaedah kotor terpaksa di gunakan hatta menjual negara seperti ini? Pas Titiwangsa berharap agar perkara ini tidak dipandang remeh oleh pihak berkuasa dalam negara dan dapat menyelesaikan dengan kadar segera sebelum tindakan yang lebih drastik diambil. Berikut dilampirkan image yang sempat diambil sebelum dan selepas status taraf warganegara itu ditukar. Khairul Anuar Manap Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa |
Dari Wikileaks - Malaysia Today Posted: 03 Aug 2011 12:30 AM PDT Raja Petra Kamarudin C O N F I D E N T I A L SECTION 01 OF 03 KUALA LUMPUR 000991 SIPDIS FOR EAP AND INR E.O. 12958: DECL: 07/16/2018 TAGS: PGOV, PINR, KDEM, MY SUBJECT: ANWAR SHIFTS GEARS, NOT GOALS, SAY AIDES REF: KUALA LUMPUR 979 - INITIAL REACTION TO U.S. ELECTION Classified By: Political Counselor Mark D. Clark for reasons 1.4 (b and d). Summary and Comment 1. (C) Opposition leader Anwar Ibrahim has shifted to a less aggressive posture for now, but his goal remains bringing down the UMNO-led government through parliamentary crossovers prior to Deputy Prime Minister Najib becoming the next UMNO party president and Prime Minister, according to top officials in Anwar's Peoples Justice Party (PKR). Part of Anwar's strategy entails reaching out to the "losers" in the transition from Prime Minister Abdullah to Najib, including UMNO veteran Tengku Razaleigh. The PKR officials acknowledged that the government's September arrests of three persons under the Internal Security Act (ISA) had sent an effective warning to those considering switching their support to Anwar. PKR officials and Anwar's lawyers assumed the sodomy prosecution against Anwar would move forward, with a trial phase likely beginning by January. The Opposition was unlikely to support "superficial" reforms that UMNO would try to rush through parliament as part of outgoing PM Abdullah's legacy. The Ambassador met on October 30 with Tengku Razaleigh, who complained about his inability to compete in the UMNO nomination process due to money politics and contended that the next UMNO president (Najib) would not necessarily become the next Prime Minister. 2. (C) Comment: We currently are witnessing a different tone and pace in the struggle between the Opposition and UMNO following Anwar's unrealized September deadline and the rapid consolidation of UMNO support behind Najib as the next Prime Minister. While PKR's rationale for wanting to head-off Najib remains in place, Anwar has lost political momentum for the moment and seems to face increasingly long odds in securing future crossovers. Anwar's ability to attract the "losers" from the Abdullah-Najib transition remains theoretical. End Summary and Comment. Anwar's Less Aggressive Posture 3. (C) Polcouns met separately with PKR Information Chief Tian Chua and PKR Vice President Sivarasa Rasiah on November 3 and 5, respectively. Both PKR officials acknowledged that Opposition leader Anwar Ibrahim has shifted to a lower key approach since the passage of Anwar's public September 16 deadline to bring down PM Abdullah's government through the crossover of 30 or more government MPs. Compared with September, Anwar is now more focused on consolidating the Opposition People's Alliance (Pakatan Rakyat), which encompasses three parties with often disparate political views: PKR, the Chinese-dominated Democratic Action Party (DAP), and the Islamic Party of Malaysia (PAS). As the formal Opposition leader in Parliament, Anwar is devoting attention to Pakatan's actions in parliament and guiding Opposition MPs, most of whom are sitting in the body for the first time. Crossover Goal Unchanged 4. (C) Despite his less aggressive public posture, Anwar's goal remains bringing down the UMNO-led government through parliamentary crossovers prior to Deputy Prime Minister Najib Tun Razak becoming the next UMNO party president and Prime Minister, Tian Chua and Sivarasa stated. The time horizon has shifted from December to March 2009, in line with the shift in the UMNO party elections, at which time Najib is set to become UMNO president uncontested. PKR officials reiterated that Anwar and PKR remain focused on preempting Najib's takeover if possible, because they believe Najib would invoke authoritarian measures to scuttle the Opposition before the next national elections. In the months ahead, PKR would look for opportunities to weaken support for Najib and the government, for example by criticizing GOM measures in the face of a possible dramatic downturn in the economy following the global financial crisis, or by using new information linking Najib to scandals, like the Altantuya case and the Eurocopter purchase. (Comment: Anwar and other Opposition leaders have taken up such issues in Parliament over the past few weeks. On November 4, Anwar led a walk-out of Opposition MPs to protest Najib's refusal to allow questions during his presentation of revised budget figures. End Comment.) Attracting the "Losers" 5. (C) Anwar does not have enough ethnic Malay MPs ready to join the Opposition, according to both Tian Chua and Sivarasa, without which the Opposition faces unacceptable risks of a harsh government backlash justified on the basis of Malay nationalism. Anwar reportedly hopes to attract disaffected UMNO leaders and MPs who are "losers" in the current transition from Abdullah to Najib; most prominent among these is veteran UMNO leader Tengku Razaleigh Hamzah. Talks with Razaleigh remain inconclusive because Razaleigh continues to insist on the prospective position of Prime Minister, while PKR estimates that Razaleigh could secure the crossover of only four or five UMNO MPs (see notes below from the Ambassador's recent meeting with Razaleigh). Anwar is also maintaining contact with PM Abdullah at this stage, primarily through son-in-law Khairy Jamaluddin, Tian Chua said. Whether members of Abdullah's circle would consider crossing over to Anwar remained an open question. ISA as Warning to MPs 6. (C) The two PKR officials acknowledged that the government's September arrests of three persons -- a journalist, an Opposition MP and blogger Raja Petra -- under the Internal Security Act (ISA) had sent an effective warning to those MPs considering switching support to Anwar. (let's mention Petra's release today) (Comment: In early October, UMNO MP Nur Jazlan told Polcouns that the ISA arrests had been "very successful" in achieving UMNO's objective of intimidating MPs who had considered joining with Anwar. End Comment.) Sodomy Trial Will Remain a Factor 7. (C) Sankara Nair, a prominent attorney for Anwar, told us on November 5 that, regardless of maneuvers in the current Sessions Court, it only a matter of time before the government shifted Anwar's sodomy case to the High Court, a more favorable venue for the prosecution. Sivarasa, who also serves as one of Anwar's lawyers, believed that the trial phase of the sodomy case would begin in earnest by January. Neither Sankara nor Sivarasa believed the government would drop the case. Opposition Unlikely to Support Abdullah's Reforms 8. (C) The Prime Minister's circle -- through Khairy -- has approached Anwar regarding support for judicial reform measures that would be presented in Parliament soon as part of Abdullah's parting legacy, according to Sivarasa and Tian Chua. The Opposition, however, was unlikely to support these measures because they did not represent meaningful changes. The Opposition believed, for example, the proposed changes to the Anti-Corruption Commission would leave the body under firm executive control. Following the resignation of legal reform Minister Zaid Ibrahim, Nazri Aziz, de facto Minister for parliamentary affairs, led the judicial reform discussions in Parliament, but he lacked credibility. Anwar and the U.S. Presidential Election 9. (U) Following his initial remarks of November 5 (reftel), Anwar has continued to comment generally positively on Senator Obama's victory in the U.S. presidential election. Time Magazine highlighted Anwar's remarks on President-elect Obama as the first among those of only 11 prominent world personalities. Anwar wrote that, "In Obama's victory are sown the seeds of great expectations that a truly new chapter will be written in the history of the world." Anwar publicly claimed he had been in contact with Senator Obama. Ambassador Calls on Razaleigh 10. (C) The Ambassador met on October 30 with Tengku Razaleigh, who, as the only challenger to DPM Najib for the UMNO presidency, had yet to garner a single UMNO division nomination (he now has one). Casting himself as a reformer, Razaleigh said that he wished to bring greater democracy and transparency to UMNO, but that he could not compete in the current nomination race in the face of engrained corruption and money-politics. Razaleigh said that Najib's coming to power would allow former Prime Minister Mahathir to regain substantial influence within the government. Razaleigh indicated his relations with Mahathir, his former political rival, remained strained. 11. (C) While Razaleigh conceded that Najib would win the UMNO contest, he stressed several times to the Ambassador that the next UMNO president would not necessarily become the next Prime Minister, but did not further explain this remark. Razaleigh speculated that there now existed grounds for PM Abdullah and Anwar Ibrahim to work together, for example on reform measures. Razaleigh thought that Khairy Jamaluddin currently acted as the go-between for Abdullah and Anwar. Razaleigh acknowledged, as he has publicly, that he continues contact with opposition politicians, but he did not otherwise signal he planned to leave UMNO. KEITH |
Pi mampuih la ngan Umno Penang Posted: 02 Aug 2011 11:00 PM PDT Tok Non akui UMNO sekadar BONEKA di Pulau Pinang WarkahDaily – 'Wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri' di Pulau Pinang tegas Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina konon Ketua Menteri Pulau Pinang menuduh beliau mahu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri itu. Pada 20 Disember 2009, bekas Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilapor mahukan jawatan itu diberikan kepada Umno berdasarkan banyak kerusi yang dimenangi parti berkenaan. UMNO menang 11 kerusi DUN, sedangkan MCA dan Gerakan tewas di kesemua kerusi yang dipertandingkan di tangan Semua kerusi DAP dan PKR termasuk kesemua kerusi parlimen. Namun tuntutan Zahid Hamidi itu mendapat tentangan dari Gerakan yang mahu mempertahankan jawatan itu demi survival partinya dan maruah parti akan tercalar jika jawatan itu pun diserahkan kepada Umno. Ketika di zaman pemerintahan BN, Umno dilihat tidak banyak berperanan untuk memajukan orang Melayu di Pulau Pinang, bahkan banyak bangsa Melayu terpinggir dari arus pembangunan. Umno yang dipertanggungjawab dengan jawatan Timbalan Ketua Menteri sekadar dilihat 'makan gaji buta' oleh bangsa Melayu. Laporan Bernama semalam, pendedahan oleh Datuk Zainal Abidin Osman konon Umno tidak berhajat dengan jawatan Ketua Menteri itu dilihat memberi gambaran lebih jelas akan peranan Umno dalam perikatan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang. Datuk Zainal Abidin berkata, beliau tidak berminat untuk menjadi pemimpin tertinggi di Pulau Pinang kerana sejak penubuhan BN di negeri ini telah ada perjanjian berhubung pelantikan Ketua Menteri. "Rakyat Pulau Pinang yang berbilang kaum tidak perlu bimbang kerana jika BN menang pada PRU ke-13, saya atau mana-mana wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri. "Kita (BN) telah ada satu perjanjian iaitu wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri dan calonnya (Ketua Menteri) adalah dari parti komponen BN," katanya. Rupa-rupa Umno sekadar boneka dalam BN Pulau Pinang. Desakan Zahid Hamidi selama ini sekadar gimik untuk menarik kembali sokongan bangsa Melayu terhadap BN. Namun apa yang realitinya, Umno tidak boleh berbuat apa-apa di Pulau Pinang. Umno sekadar kuda tunggangan Gerakan dan MCA yang dilihat lebih mendominasi BN Pulau Pinang. Warkahdaily |
Berapa sekilo agaknya maruah dia nih... Posted: 02 Aug 2011 09:00 PM PDT Zahrain minta Nik Aziz nafi secara terbuka Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menafikan secara terbuka penglibatan beliau dalam agenda mencari pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang. "Saya mencabar beliau untuk membuat kenyataan secara terbuka bahawa beliau tidak berjumpa Ku Li dan mempelawa Ku Li memimpin pakatan pembangkang," kata ahli parlimen Bebas kawasan Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, ketika mengulas laporan bahawa pakatan pembangkang cuba memujuk anggota parlimen Gua Musang daripada BN, Tengku Razaleigh Hamzah, menjadi ketua pembangkang. Zahrain berkata isu sebenarnya bukan mengenai pemilihan Tengku Razaleigh sebagai pengganti Anwar sebaliknya ia mencerminkan keraguan pemimpin-pemimpin kanan pakatan pembangkang terhadap kredibiliti Anwar. Beliau berkata rakyat harus tahu tindakan mencari pengganti Anwar adalah petunjuk jelas bahawa pemimpin Pas dan DAP sedar Anwar adalah satu bebanan kepada kelangsungan politik mereka.- Bernama |
Puak puak celaka ni tak posa ka hapa... Posted: 02 Aug 2011 08:00 PM PDT Mudahnya Menjadi Warganegara Malaysia by tokdalang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) wajib dipersoalkan bagaimana mudahnya menjadi warganegara Malaysia pada waktu ini. Malaysiakini mengeluarkan berita "PR Didaftar Sebagai Pengundi" pada jam 1.06 petang, 2hb Ogos 2011. Pada masa tersebut individu bernama Mismah no kad pengenalan 640704715238 adalah berstatus Permastautin Tetap(PR). Menariknya menjelang jam 2.30 petang hari yang sama selepas berita Malaysiakini dikeluarkan maka status Mismah sudah bertukar menjadi warganegara Malaysia. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) wajib dipersoalkan bagaimana mudahnya menjadi warganegara Malaysia pada waktu ini. Malaysiakini mengeluarkan berita "PR Didaftar Sebagai Pengundi" pada jam 1.06 petang, 2hb Ogos 2011. Pada masa tersebut individu bernama Mismah no kad pengenalan 640704715238 adalah berstatus Permastautin Tetap(PR). Menariknya menjelang jam 2.30 petang hari yang sama selepas berita Malaysiakini dikeluarkan maka status Mismah sudah bertukar menjadi warganegara Malaysia. Kad Pengenalan di bawah di salin pada jam 1.06 petang 2hb Ogos 2011 : Kad Pengenalan sudah bertukar menjadi biru pada jam 2.30 petang hari yang sama 2hb Ogos 2011 setelah Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 petang. Ini memberi maksud bahawa Mismah menjadi warganegara dalam beberapa jam sahaja. Nama Mismah terdapat dalam WEB SPR sebagai "Sedang Dalam Pameran Rang" seperti di bawah : Mismah adalah individu yang telah daftarkan sebagai pengundi di Dun Ijok, Selangor walaupun beliau adalah seorang PR. Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) sedang mempamerkan maklumat bakal-bakal pemilih di seluruh negara sekarang ini. Dewan Pemua PAS sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri. Kita telah memuat turun data-data kad pengenalan PR dengan banyak sekali. Dewan Pemuda PAS sudah menjangkakan sama ada "server" JPN akan di tutup atau PR ini akan bertukar menjadi warganegara dalam sekelip mata. Ternyata jangkaan Pemuda PAS benar apabila Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 maka status PR dengan mudah bertukar kepada warganegara. Ini lah bukti yang jelas bahawa negara Malaysia dalam keadaan yang cukup merbahaya apabila status warganegara dipermainkan oleh pihak berkepentingan dalam negara ini. Dewan Pemuda PAS mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini. Suatu Suruhanjaya Di Raja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini. Suhaizan Bin Kaiat Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia. |
Posted: 02 Aug 2011 07:00 PM PDT Surat ini diutus kepada YAB Datuk Seri Perdana Menteri pada 1 Ramadhan Oleh Dato Hj Husam Musa Pertama, untuk mengucapkan salam Ramadhan kepada YAB Datuk Seri. Di samping itu, saya doakan juga dengan berkat Ramadhan, YAB Datuk Seri segera sembuh. Kedua, untuk mencadangkan program pengurangan kos hidup yang melambung sekarang bagi membantu meringankan keperitan rakyat jelata. Ramadhan antara lain mendidik keprihatinan jiwa Mukmin terhadap anggota masyarakat yang lemah, terkesan dengan beban hidup dalam menyara kehidupan diri dan keluarga. Melalui berlapar, kita merasai kesukaran rakyat yang miskin dan memerlukan. Kita menghayati keperitan mereka dan mendesak jiwa dan minda kita memikirkan seribu satu cara untuk berkongsi penderitaan mereka. Salah satu isu yang menghimpit rakyat sekarang adalah kenaikan kos barang-barang keperluan seharian, seperti YAB Datuk Seri sendiri mengakuinya dengan cadangan langkah memerangi kos kehidupan sebagai satu lagi bidang keberhasilan utama negara seperti yang diumumkan oleh YAB sehari dua yang lalu. YAB Datuk Seri, Pada pandangan saya, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dan cara yang boleh menurunkan harga barang keperluan dengan segera, terutama beras, gula, tepung dan susu. Salah satu penyumbang bagi tingginya harga barang-barang ini ialah dasar yang salah yang dilaksanakan oleh Kerajaan YAB Datuk Seri sendiri iaitu menentukan import kepada monopoli agensi atau syarikat tertentu. Tanpa monopoli ini, harga barang keperluan dapat diturunkan serta merta. YAB Datuk Seri, Sebagai membuktikan dakwaan saya, YAB Datuk Seri boleh menyemak perbandingan harga dunia dan harga yang dikenakan kepada pengguna Malaysia. Sebagai contoh, harga beras gred berkualiti, purata adalah USD 650 semetrik tan. Bermakna harganya adalah RM 20 setiap sepuluh kilogram. Bandingkan berapa harga yang dikenakan kepada pengguna sekarang? Bagi mengukuhkan pandangan saya bahawa harga barangan ini boleh dikurangkan melalui permit import yang tidak ekslusif kepada hanya satu syarikat seperti Bernas, izinkan Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri, mengimport 500,000 metrik tan beras berkualiti premium untuk jualan Negeri Pakatan Rakyat sebagai langkah permulaan. Seperti dalam makluman YAB Datuk Seri, penggunaan beras Negara adalah berjumlah 2 juta metrik tan dan apa yang kami pohon tidak menjejaskan pengguna negeri lain. Insya'allah ia akan membantu empat perkara; a. Harga yang lebih murah b. Kualiti premium c. Sekuriti bekalan makanan untuk keperluan Negara d. Tidak membebankan kewangan kerajaan kerana ia tidak memerlukan subsidi. Kami Insya'allah berkeupayaan melakukannya dalam tempoh dua minggu dari tarikh keizinan diberikan dan jika keizinan ini boleh disegerakan oleh YAB Datuk Seri, pengguna boleh menempuh Ramadhan ini dengan kos hidup yang lebih rendah. Buat permulaan, Insya'Allah kami boleh mulakan dengan beras, gandum, susu dan gula. Mengikuti surat ini nanti ialah surat-surat dan tindakan rasmi yang lain, termasuk dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi menjadikan semangat Ramadhan membantu mereka yang berkesempitan suatu realiti. Sekian, terima kasih. Dato Hj Husam Musa -Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri -Naib Presiden PAS sumber: www.husammusa.com |
Posted: 02 Aug 2011 06:00 PM PDT Raja Petra Kamarudin UITM Lecturer: Street Demos Can Undermine Country's Economy (Bernama) - In the aftermath of the July 9 street demonstrations in the federal capital by an illegal organisation called Bersih 2.0 and groups aligned to it among them opposition parties, many individuals are perturbed by the potentially damaging impact of the protest on the country's economy. University Teknologi Mara (UiTM) Dungun campus political science lecturer Che Hamdan Mohd Razali acknowledged that the protesters' demands centred around freedom of speech and electoral reforms but noted that they they had not been able to substantiate their allegations but instead hurled condemnations at the government. At a time when the government was trying its utmost to raise the living standard of the people and make Malaysia a high income nation by 2020 via the Economic Transformation Programme (ETP), National Key Result Areas (NKRA) and Tenth Malaysia Plan (10MP), such aggression was a setback, he opined. "The government is still banking on foreign investment to spur our economic growth. There is only nine more years until 2020 left. That's not a long period. "It is therefore crucial that a peaceful and conducive situation prevails in the country so that investors will not hesitate to come," he said. He said political and economic stability was important in ensuring peace. If there was a crisis in politics, it would jeopardise the economy, and vice-versa. "Both are interlinked and critical as a basic element in the growth and development of the country," he stressed. Meanwhile, Mohamad Ariffin, a medical officer in the private sector, concurred that foreign investors would shy away from the country especially if the foreign media played up incidents which were just "a storm in a teacup". He feared medical tourism which the country was trying to promote would be affected as well. "Potential patients from other countries would think twice about coming here for treatment if they believe we are a troubled country," he said. Another academician, Abd Ghapa Harun, Senior Lecturer at the Universiti Kebangsaan Malaysia's History, Political and Strategy Research Centre surmised that peace and harmony in the country could be sustained if the government readily responded to the issues that were being relentlessly harped on. "For example, issues about corruption or the election - the government must respond to them immediately. "Peace is not merely a demonstration-free situation. In a wider context, it is taking further measures to avoid confrontations including through dialogues and discussions before issues are blown out of proportion," he said. |
Dari ada buat menyemak, lebih baik... belah laa... Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT Naib Canselor Unisel Letak Jawatan Akibat Tekanan Politik Oleh HAIRULAZIM MAHMUD SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr Rosti Saruwono sah meletak jawatannya berkuat kuasa Rabu dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran kerajaan negeri. Difahamkan tindakan tersebut dilakukan sebagai 'membantah' berhubung tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan. Dr Rosti berkata beliau tidak sanggup melaksanakan arahan berkenaan kerana ia tidak bersebab dan tanpa mematuhi proses yang betul. ``Sah saya letak jawatan berkuatkuasa 3 Ogos. Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa,'' katanya di sini Isnin. Dr Rosti yang berasal dari Klang, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009. Keputusan Dr Rosti melepaskan jawatannya sebagai `membantah' keputusan pelucutan tiga orang pegawai yang dicadangkan dalam satu rumusan memorandum yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri. Memorandum itu disediakan dan ditandatangani oleh empat pegawai tertinggi lain di Unisel pada 16 Mei lalu terhadap tiga pegawai Unisel atas tuduhan tertentu yang dipercayai membabitkan salah tadbir urus universiti itu. Tuduhan yang disertakan dalam memorandum berkenaan turut melibatkan Dr Rosti yang turut dicadangkan meletak jawatan dan digantikan serta-merta. Bagaimanapun, dikatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan arahan kepada Naib Canselor untuk memecat tiga pegawai berkenaan. Namun, keputusan Abdul Khalid itu tidak diterima oleh Dr Rosti atas alasan tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib Unisel. |
Posted: 02 Aug 2011 04:00 PM PDT PETUGAS di Pelabuhan Lampedusa menyusun mayat yang ditemui dalam bot yang tiba di situ dari Libya, semalam. ROME: Dua puluh lima mayat ditemui dalam bot yang membawa 296 pendatang Afrika yang belayar dari Libya dan tiba di Pulau Lampedusa di Laut Sicily semalam. Penumpang yang terselamat berkata, mangsa bersesak-sesak dalam bahagian kargo bot berkenaan dan mati akibat asap enjin, lapor agensi berita Ansa. Pegawai pelabuhan bagaimanapun berkata, punca kematian belum dapat dipastikan dan ujian perubatan sudah dilakukan. Bot itu yang membawa pendatang dari Sahara, Afrika, meninggalkan Libya tiga hari lalu. Beribu-ribu orang yang melarikan diri dari negara utara Afrika yang dilanda kekacauan itu belayar ke Itali dengan menggunakan bot usang sejak beberapa bulan lalu. Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (UNHCR) berkata, satu daripada setiap 10 pendatang yang melarikan diri dari Libya menerusi jalan laut berdepan dengan kematian akibat lemas, kebuluran atau keletihan yang dialami ketika pelayaran itu. - Reuters |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan