Rabu, 31 Ogos 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


ADUN Padang Tengku Bengang Dengan Rakyat Malaysia

Posted: 31 Aug 2011 06:12 AM PDT


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah warga negara yang terlalu berkira untuk membeli jalur gemilang walaupun harganya murah.

Sikap hanya menunggu pemberian jalur gemilang secara percuma bagi memeriahkan sambutan hari kemerdekaan harus dikikis oleh semua warganegara yang bertanggungjawab.

Kita tidak harus lokek untuk membeli jalur gemilang jika kita faham dan menghayati erti nilai patriotisme. Sebagai rakyat negara ini, setiap masyarakat harus menghayati bulan kemerdekaan dan perjuangan orang terdahulu dalam menuntut kemerdekaan.

Kita harus berasa bangga mengibarkan jalur gemilang dan jangan hanya menunggu pemberian percuma.

Sekiranya kita mampu berbelanja mewah untuk membeli persiapan hari raya atau barangan lain, mengapa kita tidak mampu untuk membeli jalur gemilang yang tidak sampai RM10. - Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN)

Sudah angin puak-puak UMNO/BN kerana rakyat tidak mahu kibar bendera. Suka hati merekalah mahu kibar atau tidak. Kadang-kadang yang kibar bendera paling kuat khianat dan songlap duit negara. Sekarang rakyat mahu raya dan bukannya nak sambut merdeka. Kalau nak sambut merdeka, ajak puak Melayu UMNO songkok tinggi pergi sambut. Rakyat beragama Islam mahu sambut aidilfitri. Melayu dengan Islam tidak sama. Hanya songkok tinggi yang perasan orang mahu kibar.

Sumber dari Media UMNO

Merdekakan Malaysia Dari Jahiliah Melayu

Posted: 30 Aug 2011 08:37 PM PDT


Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.

"Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT," tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.

Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.

"Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.," jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah.

Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri.

Tegasnya, Mekah dibebaskan daripada jahiliah kerana kemerdekaan yang sebenar ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Beliau yang juga ahli parlimen marang berkata, tidak ada kemerdekaan selagi tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT.

"Selagi sembahyangnya tidak mengadap Allah, selagi syariat dan hukum-hakamnya tidak mengikut syariat dan hukum-hakam Allah, tidak dinamakan merdeka dalam erti kata yang sebenar," jelasnya.

Tegasnya, perjuangan memerdekakan manusia dengan hanya mengabdikan diri kepada Allah.

"Ketahuilah, umat Islam belum merdeka daripada penjajah Inggeris, penjajah Perancis, penjajah Itali, penjajah Komunis, penjajah Cina, Rusia dan lain-lain selagi mereka tidak melaksanakan Islam di tanahair mereka.

"Selagi hukum Islam tidak berdaulat, syariat Allah tidak diamalkan semuanya, menandakan perjuangan kita belum selesai, perjuangan untuk menyambung risalah yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w. belum selesai," ujarnya lagi.

Tiada ulasan: