Selasa, 30 Ogos 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Setiausaha Agong UMNO/BN Bela Mat Sabu

Posted: 30 Aug 2011 01:00 AM PDT


Seperti yang diputarbelit oleh RTM dan TV3 dan ini jawapan Mat Sabu ketika ditemuramah di Kangar, Perlis

"Berikutan dengan penyiaran berita itu, Radio dan Televisyen Malaysia serta TV3 terus menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu, seolah-olah saya adalah penyokong perjuangan komunis bahkan saya adalah bapa komunis yang sebenar. - Mat Sabu

Tengku Adnan berkata bahawa mana-mana orang mempunyai hak untuk bersuara, tetapi jika sesetengah orang hanya mahu menabur fitnah, ini adalah satu perkara yang tidak sepatutnya; kerana dalam Islam, setiap orang perlu bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukannya kepada Tuhan.

Sesetengah ahli UMNO masih percaya bahawa perundingan dengan pembangkang boleh dilakukan tetapi, beliau berharap ahli-ahli UMNO akan menghentikan kontroversi yang tidak perlu, apatah lagi jika tidak memahami selok-belok perkara sebenar maka tidak perlulah bersuara.

"Ia tidak adil bagi beliau, jika kita tidak tahu yang benar, tidak bercakap, kerana ia adalah tingkah laku yang berdosa." - Tengku Adnan

Diputarbelitkan untuk RTM dan TV3

TV Al-musyrikin dan Radio Kafirin Buat Hal Lagi

Posted: 30 Aug 2011 12:01 AM PDT


"Berikutan dengan penyiaran berita itu, Radio dan Televisyen Malaysia serta TV3 terus menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu, seolah-olah saya adalah penyokong perjuangan komunis bahkan saya adalah bapa komunis yang sebenar.

"Beberapa akhbar dan laman  blog meminta komen saya terhadap kecaman pelbagai pihak terhadap saya dan saya memberitahu mereka bahawa saya akan membuat pendirian apabila saya mendengar kembali ucapan saya tersebut kerana berita Utusan Malaysia tersebut hanya disiarkan seminggu selepas tarikh ceramah.

"Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan berita muka depan dan muka 5 Utusan Malaysia, serta kecaman-kecaman yang berterusan disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 28 Ogos, maka saya dapati Utusan Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan parti saya (PAS)," jelasnya pada sidang media yang diadakan di Kompleks PAS Perlis hari ini.

Ketika ditanya media tentang ucapannya, Mohamad berkata beliau tidak pernahpun menyebut Mat Indera itu sebagai seorang komunis sepertimana yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia. 

"Selepas mendengar balik ucapan saya itu, didapati saya berlaku percanggahan dengan berita yang disiarkan Utusan Malaysia. Malah saya sendiri tak pernah dengarpun nama Goh Pen Tun seperti yang disiarkan.

"Berita itu telah ditokok-tambah sehingga menimbulkan kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah di atas penyiaran berita oleh Utusan Malaysia itu," jelasnya.

Mengulas lanjut isu ini, Mohamad berkata penyiaran berita seumpama ini adalah suatu taktik parti pemerintah dengan menggunakan media arus perdana untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar seperti kepincangan sistem pilihanraya di negara ini.

"Saya tak nampak sangat penyiaran berita ini bertujuan untuk menjatuhkan saya mahupun PAS, tetapi yang lebih besarnya mereka telah digunakan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu Suruhanjaya Pilihanraya, isu pendatang asing sebagai pengundi serta pembongkaran PAS dan Bersih tentang kotornya daftar pemilih di negara ini.

"Ini yang mereka cuba alihkan dari pandangan orang ramai khususnnya sokonganorang-orang Melayu. Jadi mereka guna ucapan saya yang telah diselewengkan itu untuk mengalihkan isu yang lebih besar," jelasnya lagi.

Tiada ulasan: