Senyum Tangis Sendu |
Posted: 27 Aug 2011 09:45 PM PDT Macam sial AUKU. Pelajar yang menyokong Pakatan Rakyat engkau kenakan AUKU. Bawa naik turun mahkamah kononnya terlibat politik. Tetapi pelajar yang terlibat dengan politik jamban engkau benarkan asalkan jamban engkau itu cuci. Memalukan sebuah universiti yang dikatakan universiti totok UMNO membawa pelajar untuk persidangan UMNO bahagian. Macam sial punya UMNO. Nampak sangat umno hampir pupus di Kelantan sehingga menjadikan pelajar kampus hadiri UMNO bahagian. Ptuih. Patutlah UMNO macam sial tidak mahu mansuhkan AUKU, rupa-rupanya AUKU adalah untuk kepentingan politik bangsat mereka. Sial la lu UMNO. Kalau mahu bertarung anak jantan, mansuhkan AUKU dan kita tengok budak universiti sokong parti mana. Adakah BN atau PR? Tapi UMNO memang tiada telur untuk bertarung di atas padang yang rata sebab mereka suka buat kerja-kerja dalam jamban. Dalam jamban siapa tahu. Syaitan sahaja yang tahu. Pengecut punya UMNO. Jika berani, mnsuh AUKU dan kita ajak mahasiswa berpolitik. Ada berani? Surat ini pula rujuk tahun 2004. Surat bodoh UMNO untuk cawangan dan mengajak budak-budak sekolah untuk berpolitik. UMNO Machang macam ada masalah sehinggakan pelajar digunakan untuk terlibat politik jamban mereka. Kalau tahap sekolah maka penglibatan lebih fokus kepada cawangan-cawangan UMNO. Sebab itu UMNO kuat dicawangan kerana budak sekolah telah diupah dengan RM10. Begitu murah harga ahli cawangan UMNO yang diupah. Bagi peringkat universiti, ia merupakan tahap tinggi dari bahagian. Maka pelajar kampus akan bertarung di UMNO bahagian. Platform terbaik untuk budak universiti itu adalah dikerah dari Universiti Teknologi Melayu (UiTM) kampus Machang. Sial punya UMNO! |
Posted: 27 Aug 2011 07:15 PM PDT SEREMBAN: Seorang pekerja ladang warga Bangladesh maut selepas traktor membawa muatan kelapa sawit dinaikinya dirempuh sebuah lori di Jalan Labu-Gadong, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10.30 pagi, lori membawa muatan batu itu dikatakan dalam perjalanan menghala ke Kampung LBJ, Labu, dekat sini, sebelum terbabit dalam kemalangan. Gambar hiasan Jurucakap polis berkata, Rashidul Islam, 26, yang duduk di bahagian belakang traktor, maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan. "Pemandu lori berusia 54 tahun itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu merempuh bahagian belakang traktor. "Akibat perlanggaran itu, mangsa dipercayai tercampak beberapa meter dari tempat duduk di bahagian belakang traktor dan maut di tempat kejadian," katanya di sini, semalam. Menurut beliau, seorang rakan sekerja mangsa yang duduk di tempat sama sempat menyelamatkan diri ketika kemalangan berlaku. Katanya, rempuhan kuat itu menyebabkan bahagian depan lori dan bahagian belakang traktor remuk teruk. "Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), di sini, untuk bedah siasat sebelum dituntut pihak kedutaan. "Bagaimanapun, pemandu traktor dan pemandu lori tidak cedera," katanya. Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan