Khamis, 18 Ogos 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Bunuh dan Kerat Mayat

Posted: 17 Aug 2011 10:01 PM PDT

BANDAR RAYA MEXICO: Kumpulan pengedar dadah di negara ini membunuh dan mengerat mayat seorang lelaki sebelum membuang anggota tubuhnya di beberapa tempat di sekitar Acapulco.


Insiden mengerikan itu adalah sebagai ugutan kepada pihak berkuasa di bandar raya peranginan itu yang kini dihantui keganasan kumpulan dadah. Polis kelmarin menerima laporan terdapat kepala manusia dibiarkan di sebatang jalan raya yang sesak. Mereka juga menemui bahagian tubuh manusia dalam sebuah beg.

Sejurus kemudian kaki betis mangsa turut ditemui tergantung di sebuah jambatan dengan nota daripada suspek kepada pihak berkuasa. Di satu lagi jambatan di jalan menuju ke bandar raya Mexico di utara Acapulco, polis menjumpai tangan mangsa dengan nota kepada kerajaan pusat dan tempatan.

Ketiga-tiga nota itu kelihatannya diletakkan pada waktu yang sama dan turut mempunyai tulisan sama. 

AFP

Beruang Kutub Membunuh Sebab Sakit Gigi

Posted: 17 Aug 2011 08:29 PM PDT

LONDON: Beruang kutub yang membunuh seorang pelajar sekolah Britain menyerang mangsanya kerana mengalami sakit gigi, dedah laporan autopsi haiwan itu, semalam.

Taring beruang itu reput teruk dan urat sarafnya terdedah membuatkan ia berang dan tidak dapat memburu makanan biasanya.

Gambar hiasan

Veterinar, Ytrehus Bjornar berkata: "Keadaan itu menyebabkan haiwan terbabit mengalami kesakitan. Ia mungkin sangat lapar." Keadaan gigi haiwan itu amat teruk hingga serpihannya tersekat di tengkorak kepala Patrick Flinders, 16, seorang daripada empat yang cedera dalam serangan ke atas remaja Britain yang berkhemah di Svalbard, Norway pada 5 Ogos lalu.

Pemain T-Team Putus Jari Terkena Mesin Tebu

Posted: 17 Aug 2011 07:12 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Niat murni seorang pemain bola sepak Piala Presiden T-Team untuk mencari duit raya dengan berniaga air tebu di bazar Ramadan Marang di sini berkecai apabila kesemua lima jari tangan kanannya putus akibat digilis mesin tebu dalam kejadian pada 7 Ogos lalu.

Kejadian pada pukul 5.30 petang itu berlaku ketika Zuhairi Ahmad, 21, sedang sibuk memasukkan batang tebu ke dalam mesin sebelum tangan kanannya tiba-tiba tersangkut dan digilis.

Zuhairi menunjukkan tangan kanannya yang berbalut selepas lima jarinya tersepit mesin tebu ketika menerima rawatan di HSNZ, Kuala Terengganu semalam.

Panik dengan keadaan itu, Zuhairi yang bermain di posisi pertahanan dalam pasukan Piala Presiden T-Team terus mematikan suis utama mesin itu sebelum menarik keluar tangannya yang berlumuran darah.

"Ketika itu saya masih tidak perasan yang lima jari saya telah putus, sehingga saya tarik keluar tangan kanan saya dari mesin itu," katanya ketika ditemui di wad pesakit Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

Menceritakan kejadian itu, Zuhairi dari Kampung Rhu Muda, Marang memberitahu, dia berniaga air tebu di bazar Ramadan untuk menambahkan pendapatan keluarganya.

"Memandangkan musim pertandingan Piala Presiden sudah berakhir, jadi saya ambil keputusan berniaga air tebu dengan dua lagi rakan.

"Ini adalah tahun pertama saya berniaga tetapi tak sangka pula perkara ini akan berlaku. Apa yang saya risau adalah masa depan saya dalam bola sepak kerana amat sukar bermain dalam keadaan seperti ini," ujarnya.

Tiada ulasan: