Rabu, 17 Ogos 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Polis Malaysia Bodoh Undang-undang

Posted: 16 Aug 2011 08:04 PM PDT


Polis di Malaysia tidak tahu membeza undang-undang yang telah termaktub. Bagi mereka semua undang-undang adalah di bawah bidang kuasa polis. Polis kena ingat bahawa undang-undang polis pun di buat dan digubal oleh ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen sebelum polis mengguna pakai undang-undang tersebut setelah digazet.

Polis ibarat hamba kepada ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen kerana mereka lebih berkuasa dari polis. Apabila polis masuk campur dalam Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara ini menunjukkan polis 'jahil' tentang undang-undang tubuh negeri.

Di dalam DUN atau Parlimen sudah mempunyai 'polis' dewan yang dikenali sebagai Bentara. Polis tiada hak langsung untuk menjadi juara dalam menjaga keselamatan. Polis tidak mempunyai sebarang nilai untuk menangkap ADUN-ADUN atau Ahli Parlimen. Cukup sekadar ada Bentara dalam dewan yang mulia tersebut.

Adakah polis Malaysia sudah tidak mempunyai tugas dan tanggungjawab yang lain dalam menjaga keselamatan dan membasmi jenayah sehingga masuk campur dalam urusan dewan? Hentilah menjadi balaci UMNO/BN. Kuasa polis dudk di bawah Parlimen dan bukannya jadi raja yang buta pada undang-undang yang telah telah termaktub.

Berikut ialah laporan polis:

Adalah dengan ini satu laporan polis dibuat di IPD Ipoh, Perak pada 16 Ogos 2011 (Selasa) terhadap Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof mengenai kenyataan beliau terhadap kami Adun sebagaimana terpapar di muka depan di dalam akhbar Sinar Harian, semalam.

Dengan tajuk "JAGA ADAB" beliau menyatakan "saya harap ahli-ahli dewan menjaga tingkah laku ketika membentangkan suara rakyat. Sekiranya berlaku provokasi, kita akan atasi sebaik mungkin".

Saya dengan ini bertegas menyatakan bahawa kenyataan ini melanggar serta bertentangan dengan Kanun Keseksaan (Akta 574) perkara 124. Kenyataan melampau dan keterlaluan ini juga membuat saya berasa terguris, marah, terhina, takut, cemas, bimbang, malu, dan dukacita. Sekaligus beliau mengenepikan Undang-undang tubuh Kerajaan Perak (Perlembagaan Perak), Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Tetap Dun yang mana saya dan semua Adun telah mengangkat sumpah memelihara dan mendukungnya.

Sebagai wakil rakyat dan ahli dewan, saya juga tertakluk kepada semua perkara yang terkandung didalam Peraturan Tetap dewan bagi mentadbir perjalanan mesyuarat termasuk adab, tatasusila, peraturan persidangan dewan serta tingkah laku kami. Dewan mempunyai Tuan Speaker dan pengawalnya tersendiri. Doktrin pengasingan kuasa dan sistem demokrasi berparlimen menjadi ikutan saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan Datuk Zakaria di dalam laporan akhbar tersebut juga mengesahkan bahawa sejak rampasan kuasa oleh Umno BN pada bulan Februari 2009, kesemua persidangan Dun Perak telah dicerobohi oleh PDRM dengan kehadiran begitu ramai anggota serta kenderaan polis. Saya ingin mengingatkan bahawa PDRMlah yang telah masuk dan menceroboh Dun Perak pada 7 Mei 2009, sedang Speaker YB Sivakumar mengendalikan persidangan dan YB Sivakumar telah diheret dan diangkat serta digulingkan oleh anggota polis dan beliau telah dikunci selama satu jam di bilik belakang dewan.

Sementara kami Adun Pakatan Rakyat dibelasah dan dikasari oleh polis didalam dewan dan ditonton oleh media, rakyat, Orang-orang Besar Negeri, Pengarah-pengarah kerajaan Negeri dan Persekutuan. Siapa yang sebenarnya biadap bila Datuk Zakaria menyuruh kami "Jaga Adab"?

Kenyataan ini juga menimbulkan keluh-kesah dan berupa ugutan serta pencerobohan terhadap bidang kuasa kami sebagai wakil rakyat. Sedarlah bahawa tahap kejadian mungkar, jenayah, rasuah, pembunuhan, kemalangan, salah guna kuasa, pecah amanah di Perak yang menjadi-jadi kini, memerlukan PDRM melaksanakan tugas mereka bagi menjaga keselamatan rakyat dan negeri. Jangan sibuk menjaga persidangan Dun Perak dan berlagak seperti Perdana Menteri. Sebagai eksekutif, PDRM ada tugasan mereka yang mesti dilaksanakan. Laporan polis yang dibuat oleh rakyat masih bertimbun yang belum disiasat!

Kenyataan Datuk Zakaria yang tidak bertanggungjawab, niat buruk, berbau ugutan serta mencerminkan sikap diperalatkan oleh UMNO BN amat menyedihkan kami. Lihat saja kekejaman yang dibuat Polis terhadap rakyat semasa himpunan aman Bersih 2.0 di KL pada 9 Julai 2011! Bilik hotel saya diceroboh oleh polis dari IPD KL pada jam 12.45 tengah malam pada 9 Julai 2011!

Persidangan yang sepatutnya berjalan selama 2 hari telah ditamatkan oleh Speaker haram pada jam 1 tengah hari pada 15 Ogos 2011. Banyak soalan lisan dan bertulis kami tidak dijawab. Pembesar suara/microphone kami selalunya ditutup. Peraturan Tetap tidak dipatuhi oleh Speaker haram! Bagaimana kami boleh "menimbulkan banyak perkara" dalam persidangan yang tak sampai 3 jam? Speaker haram telah tidak upaya mengendalikan dewan serta hilang kawalan dan akhirnya Dun Perak gagal sebagai badan Legislatif yang dimuliakan!

Maka dengan ini saya gesa Datuk Zakaria menarik balik kenyataanya terhadap kami wakil rakyat dan memohon maaf kepada rakyat dan kami wakil rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini dan berhenti menjadi pekakas dan alat Umno BN. Jangan cemarkan nama baik PDRM dan pulihkan nama baik PDRM di kacamata rakyat!

[ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Perak]

Pemandu Teksi Perkosa Anak

Posted: 16 Aug 2011 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan mencabul dan merogol anak perempuannya berusia 13 tahun, Mac lalu.

Bapa empat anak itu tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Gambar hiasan

Mengikut pertuduhan dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul anak perempuannya dengan meraba mangsa di rumahnya di Cheras pada jam 9 pagi, Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda.

Di lokasi sama dia didakwa mencabul dan merogol anak ketiganya di dalam biliknya jam 3 petang, 28 Julai lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farahah Mohd Suah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana dikhuatiri mangsa diganggu bapanya.

Ambulans Terbalik Dirempuh Teksi

Posted: 16 Aug 2011 03:17 PM PDT

MELAKA: "Sebaik menghampiri ambulans, jururawat wanita itu mengerang kesakitan dan meminta tolong lalu saya mengangkatnya dengan berhati-hati ke tepi jalan," kata anggota penyelamat pantai sambilan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Tan Bun Han, 40, saksi kejadian kemalangan membabitkan ambulans dan teksi, di Jalan Tun Abdul Razak menghala ke Plaza Tol Ayer Keroh, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, ambulans yang dinaiki lima orang termasuk pesakit wanita warga emas yang kritikal akibat pendarahan kepala, terbalik di tengah jalan sejurus dirempuh teksi dari arah Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).


Kejadian di persimpangan Seri Negeri-MITC, itu menyebabkan pesakit, Mariam Baba, 73, yang disamun di rumahnya di Bukit Rambai, kira-kira sembilan jam sebelum itu dan dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) cedera parah dan kini menerima rawatan intensif di Hospital Melaka (HM).

Sementara itu, jururawat, Yuhanis Yasin, 30, juga dirawat di HM, manakala doktor lelaki berusia 25 tahun terpaksa dirujuk ke HKL akibat kecederaan parah dialami.

Dua lagi mangsa, pembantu perawatan dan pemandu ambulans, Mambang Rudy Hartono, masing-masing berusia 56 dan 41 tahun, hanya cedera ringan, manakala pemandu teksi dikenali, Ali Muhammad Don tidak cedera.

Menurut Tan, dia berada di belakang ambulans dan mendakwa melihat kenderaan itu dilanggar teksi berkenaan di bahagian belakang menyebabkannya hilang kawalan dan terbalik.

"Saya berhenti di persimpangan apabila lampu isyarat bertukar merah dan memberi laluan kepada ambulans meneruskan perjalanan.

"Tiba-tiba muncul teksi dari arah MITC melanggar sebelah kiri di bahagian belakang ambulans menyebabkan ia terhuyung-hayang sebelum terbalik ke sebelah kanan.

"Saya terus memandu ke arah ambulans untuk memberi bantuan," katanya.


Tan berkata, dia kemudian didatangi seorang lelaki mengatakan ibunya yang sakit berada di dalam ambulans dan menolongnya dengan dibantu pemandu dan atendan ambulans.

"Kami membuka pintu belakang ambulans dan ternampak pesakit sedang tertiarap, manakala doktor lelaki yang cedera di kepala berusaha keluar sendiri melalui cermin hadapan yang pecah sebelum baring di bahu jalan.

"Saya kemudian membantu atendan dan pemandu ambulans mengeluarkan pesakit sebelum orang ramai datang membantu lalu saya menelefon talian kecemasan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian membabitkan kakitangan HM dan pesakit terbabit.

"Saya difahamkan keadaan pesakit wanita dan jururawat adalah tenat dan masih dirawat ketika ini, manakala doktor sudah dirujuk ke HKL. Pemandu ambulans dan pembantu perawatan pula cedera ringan," katanya.

Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam Melaka Tengah, Asisten Superintendan V Gunasegaran berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ambulans dari HM sedang membawa pesakit menuju ke HKL memberi siren dan terus bergerak ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat Seri Negeri-MITC.

"Apabila tiba di pertengahan simpang, tiba-tiba sebuah teksi keluar dari simpang MITC ke Seri Negeri menyebabkan ambulans berlanggar dengannya dan terbalik.Menurutnya siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi cawangan Trafik IPD Melaka Tengah di talian 06-283 4139.

Tiada ulasan: