Senyum Tangis Sendu |
- Kak Mah, Abang Jib Mana Kamu?
- JPN Beri Kewarganegaraan Kepada Beruk di Hutan?
- Paras Air dunia Semakin Meningkat
- Padan Muka Kalau Berharap Lagi Dengan UMNO/BN
Posted: 11 Aug 2011 02:13 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor masih belum muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk ditemubual walaupun perintah mahkamah sudah dikeluarkan terhadap mereka. Ini berikutan dua saksi yang ditemubual hari ini cuma pengawal peribadi Anwar, Mokhtar Mustafa dan pemandunya, Abdullah Sani Said. Mereka ditemubual kira-kira sejam oleh peguam Anwar, Sankara Nair dan Karpal Singh. Anwar turut hadir pada sesi temubual itu. Esok, dua lagi saksi akan ditemubual iaitu pemilik kondominum Hasanuddin Abd Hamid dan isterinya Noor Sham Abdul Hamid. "Tiada tanda-tanda bila kami akan dapat menemubual Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. "Mahkamah memberikan masa selama seminggu untuk pendakwa membekalkan semua saksi yang diminta peguam bela sebelum Anwar mula membela diri. Jadi kita akan tunggu dan lihat," kata Karpal. Sebelum ini, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof takut untuk berhadapan dengan Anwar apabila enggan ditemubual dengan kehadiran ketua pembangkang itu. Hakim Datuk Mohamad Zabidin bagaimana pun menetapkan Anwar boleh hadir dan menerima hujah Karpal bahawa Anwar mempunyai hak sebagai tertuduh untuk turut sama hadir dalam sesi temubual dengan saksi-saksi. |
JPN Beri Kewarganegaraan Kepada Beruk di Hutan? Posted: 10 Aug 2011 11:23 PM PDT Anjing boleh diibaratkan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara yang sering menyalak mempertahankan bahawa mereka dipihak yang benar dalam mendaftarkan kewarganegaraan asing mahupun tempatan. Semakin kuat menyalak (menipu), semakin buat kesunyian menjadi gempita (kantoi). Pagi jadi warga asing, petang jadi warga negara dengan alasan JPN tidak mengemaskini data-data pada Januari lalu setelah Mismah sudah memiliki MyPR hampir 29 tahun dan akan bertukar status setelah mencukupi syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Namun anjing-anjing BN ini terus menafikan kerana sistem lambat mengemaskini. Boleh aku simpulkan bahawa sistem dalam pengkalan data kerajaan macam sial kerana lambat kemaskini. Setelah lebih enam bulan baru dapat dikemaskini. Ini jawapan tidak masuk akal dan cakap-cakap kencing berdiri puak-puak hantu. Bukan sekor yang telah jadi warga negara sebaliknya telah dikesan hampir 1,597 dan ini mungkin akan berlaku lagi. Boleh aku perkatakan benda ini berlaku tiap-tiap hari. Kalau bukan kerana anjing suruhan BN ini, benda seperti ini tidak akan berlaku. Pengkhianat punya JPN! Kenapa tidak didaftarkan beruk-beruk dan orang utan untuk diberikan kelayakkan warganegara? Berikan sahaja kepada binatang itu supaya dapat mengundi BN pada pilihan raya pada masa akan datang. Ajarlah beruk-beruk dihutan supaya memangkah BN dan jika BN menang, maka beruk-beruk akan menjadi Perdana Menteri. Biar semua negara dalam dunia ini tahu bahawa yang memerintah Malaysia adalah beruk-beruk yang telah diberikan taraf kewarganeraan yang boleh mengundi. Biar beruk-beruk yang menentukan politik Malaysia. Jika diberi kepada manusia, ia tidak pernah memikirkan maruah negara sebaliknya merogol kedaulatan tersebut. Bila ada ahli Parlimen dari Tangga Batu menyalak bahawa itu masalah kecil, itu menandakan beruk-beruk boleh daftar mengundi. Kecil kata beliau kerana demi menyelamatkan maruah BN, beliau mengkritik bahawa pembangkang cuba memperbesarkan isu ini. Jika tiada beruk yang mengundi dan geng-geng Hantu Kak Limah, maka BERSIH tidak akan mengadakan demonstrasi. Selepas 9 julai, makin ramai yang dapat status kewargenegaraan atas nama pemutihan. Pemutihan untuk pendaftaran. Beranikah JPN dan SPR mendaftra beruk dan orang Utan untuk mengundi BN? Berikut ialah hantu Suster Ngensot yang telah didaftar di Malaysia. Status terakhir tujuh pengundi itu adalah: 1. Shodah binti Abdul Rahman IC lama: 4802777 Entri pertama: MyKad 550620055800 sah di laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 560620055412 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. 2. Mohamad bin Ismail IC lama: 8370614 Entri pertama: MyKad 540405025757 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 540405025095 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. 3. Anderson a/l P Arputhanathan IC lama: A0831847 Entri pertama: MyKad 671117106499 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 671117105963 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. 4. Chellamah a/p Murugesu IC lama: 7877951 Entri pertama: MyKad 491006045672 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 491006015094 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. 5. Sa'ad bin Samsudin IC lama: 1479323 Entri pertama: MyKad 380913105681 sah di laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 510913105553 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. 6. Mohd Rashid bin Ismail IC lama: 6397062 Entri pertama: MyKad 620108086991 sah di laman web JPN, berdaftar di Taiping, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 620108086713 sah di laman web JPN, berdaftar di Bukit Gantang dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. 7. Sulong bin Jalil IC lama: 6290844 Entri pertama: MyKad 611110115371 sah di laman web JPN, berdaftar di Hulu Terengganu, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 611110015143 sah di laman web JPN, berdaftar di Hulu Terengganu, dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. Namun bagi Mohd Rashid dan Sulong, meskipun 'klon' mereka telah dikeluarkan dari daftra pemilih, namun kedua-dua mereka masih memiliki dua nombor MyKad yang berlainan seperti yang dipaparkan di laman web JPN. |
Paras Air dunia Semakin Meningkat Posted: 10 Aug 2011 10:12 PM PDT BEBERAPA pelancong yang menaiki sebuah bot dapat menyaksikan detik-detik runtuhan sebuah glasier di Tracy Arm-Fords Terror Wilderness, Alaska baru-baru ini. ANCHORAGE, Alaska - Sekumpulan pelancong yang menaiki sebuah bot melihat runtuhan sebuah glasier di Tracy Arm-Fords Terror Wilderness, Alaska, lapor sebuah akhbar kelmarin. Kejadian itu berlaku beberapa meter dari runtuhan glasier tersebut yang berlaku baru-baru ini. Seorang penumpang wanita patah kaki selepas dia tercampak di bahagian dek akibat pergerakan air. Kawasan glasier itu di Teluk Alaska amat popular sebagai destinasi pelancong. Agensi |
Padan Muka Kalau Berharap Lagi Dengan UMNO/BN Posted: 10 Aug 2011 09:12 PM PDT Sudah 54 tahun rakyat Malaysia memberi amanah kepada UMNO dan Barisan Nasional (dan Perikatan sebelum 1974) untuk mengurus dan mentadbir negara kita. Tetapi apa sebenarnya yang kita nikmati hari ini? Ya, memang kita sudah ada bangunan pencakar langit, kita ada pusat membeli-belah gergasi, pasaraya besar, ada rumah, ada kereta, ada motosikal; tetapi dalam kita sibuk menghitung apa yang telah kita perolehi, sedarkah kita apa yang kita sudah hilang? Jati diri, maruah bangsa, kehormatan diri, kejujuran dan keadilan sudah tercabut dari nilai-nilai bangsa kita bangsa Malaysia. Apakah nilai-nilai ini setanding dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang bukan milik kita itu? Tidak sukar untuk membayangkan jika UMNO-BN terus memerintah Malaysia, masalah yang kita hadapi akan lebih teruk jadinya. Majoriti rakyat akan menanggung beban hidup yang lebih buruk kerana: 1) Harga minyak tidak akan turun, malah akan terus mencanak naik; 2) Harga barang keperluan harian, lebih-lebih lagi makanan, akan melambung dan kuasa beli rakyat akan lebih mengecil akibat inflasi dan seterusnya ekonomi negara akan terus malap dan menjejaskan kewangan keluarga kita; 3) Tarif elektrik akan terus naik dan membebankan rakyat, lebih-lebih lagi kepada golongan miskin Bandar; 4) Sumber air akan terus dimanipulasi dan harga pula semakin meningkat; 5) Harga tol akan terus naik, dan pembinaan plaza tol akan lebih banyak, namun kesesakan lalu lintas akan kekal teruk. Majoriti rakyat tidak akan mendapat jaminan keadilan kerana: 1) Sistem kehakiman dan badan perundangan telah dilihat oleh rakyat sebagai pilih kasih dan tidak telus. Segala suara dan tuntutan rakyat dianggap sebagai mengancam keselamatan negara; 2) Pasukan Polis, SPRM, SPR akan terus dimanipulasi oleh UMNO-BN demi menjayakan niat mereka untuk mengekang dan menindas rakyat. Barangkali, kes kematian sewaktu dalam tahanan pihak berkuasa akan terus berlaku; Majoriti peniaga akan semakin rugi kerana pertumbuhan ekonomi akan lebih menguncup kerana: 1) Peluang perniagaan tidak adil kerana semua tender akan terus diberi kepada kroni UMNO-BN; 2) Pelabur akan lari dan para pelabur takut untuk melabur kerana pentadbiran kerajaan dan undang-undang tidak telus, malah korup; 3) Persaingan perniagaan tidak sihat dan monopoli kepentingan perniagaan menerusi kroni politik akan terus kekal. Rakyat tiada pilihan manakala syarikat monopoli boleh naikkan harga sesuka hati kerana tiada saingan. Majoriti golongan tua dan orang kurang upaya (OKU) tidak akan terbela kerana: Kos perubatan dan bantuan kesihatan akan terus mahal dan sukar diperolehi. Peluang bagi golongan ini untuk mendapatkan mutu kesihatan akan terus terabai; Bantuan kewangan akan lebih lambat diterima kerana karenah birokrasi yang terus berlarutan. Ini akan menyebabkan keperluan warga tua dan OKU akan terabai. Majoriti ibu tunggal dan wanita yang memerlukan bantuan akan terabai kerana: 1) Skim bantuan perniagaan dan latihan kemahiran akan menjadi projek untuk hanya membantu ahli-ahli UMNO sahaja. Mangsanya adalah mereka yang bukan ahli UMNO; 2) Kuota 30 peratus penglibatan wanita dalam barisan pimpinan perkhidmatan awam dan politik tidak akan tercapai kerana ia telah menjadi medan memilih kroni. Hingga kini perkhidmatan awam belum mahu laksana kuota itu walau pun sudah ada ramai wanita yang layak; 3) Perlindungan hak, keselamatan dan undang-undang tidak akan mampu dilaksanakan khususnya jika Menteri tunduk kepada kepimpinan yang hanya pentingkan kroni. Majoriti golongan muda akan dimandulkan idealism mereka menerusi: 1) Kekangan untuk berpersatuan, halangan beraktiviti secara terbuka dan semua pandangan akan disekat menerusi Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU); 2) Peluang untuk kaum muda mengembangkan potensi diri akan terbantut kerana UMNO-BN akan sentiasa menjadikan mereka kambing hitam (dipersalahkan) apabila berlaku gejala sosial dan remaja; 3) Peluang untuk kaum muda menimba ilmu akan lebih mengecil kerana kos dan beban hutang PTPTN. 4) Golongan muda yang baru bekerja tidak akan mampu membeli rumah kerana harga dan faedah yang dikenakan terlalu tinggi. Mereka akan menjadi golongan baru dalam kategori miskin bandar atau miskin terpelajar. Majoriti golongan pekerja akan terus ditindas kerana: 1) Kerajaan akan terus menekan kesatuan sekerja dengan pelbagai akta yang tidak munasabah; 2) Golongan pekerja tidak akan mendapat layanan yang adil baik dari segi upah dan kebajikan mereka; 3) Kerajaan UMNO-BN akan menganggap golongan ini sebagai golongan nyamuk yang hanya banyak cakap tetapi tidak berani buat apa-apa, maka golongan ini akan terus terabai. Kerajaan akan menganggap jika mereka terikat dengan masalah gaji kecil, mereka tidak akan pedulikan politik dan hak kerana hanya tumpukan kepada kewangan diri dan keluarga. Media massa akan terus menjadi alat perkakas kerajaan UMNO-BN kerana: 1) Media akan terus dikongkong oleh akta-akta yang menyekat, termasuk tidak dibenarkan mengkritik kerajaan walau pun kerajaan melakukan kesalahan; 2) Media akan terus mengikut telunjuk orang-orang politik UMNO-BN. 3) Profesion kewartawanan akan terus dihina kerana membiarkan diri menjadi balaci pemimpin UMNO-BN. Ini antara beberapa gambaran yang jelas jika rakyat, sama ada kerana termakan fitnah atau kerana takut kepada perubahan positif, terus memilih UMNO-BN sebagai kerajaan. Malah di kalangan cerdik pandai kita, sama ada bijak dengan ijazah atau bijak street smart, dapat menggariskan lebih banyak lagi bencana yang akan menimpa kita jika UMNO-BN kekal berkuasa selepas pilihan raya umum ke-13 akan datang. Kita sebagai warga yang rasional dan bermaruah, dan jika kita yakin bahawa rasuah itu jijik, penyelewengan itu besar dosanya dan salah guna kuasa itu akan menghancurkan bangsa, maka sudah tentu kita akan memilih sebuah kerajaan yang menjamin ketelusan sistem dan keadilan untuk semua warganya. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan