Isnin, 8 Ogos 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Pergi Mampus Melayu, Baru Sekarang Mahu Kisah

Posted: 08 Aug 2011 02:52 AM PDT

Setelah hampir dua minggu blog ini tidak dikemaskini atas urusan rasmi ke luar negara untuk membeli sebentuk cincin berharga RM240 sahaja dan tidaklah semahal cincin Kak Mah kesayangan kita yang hampir RM24.4 juta itu. PErcutian yang menarik membuatkanku berpisah hampir dua minggu.

Hari ini aku kembali tetapi ruangan ini hanya untuk dilontarkan ketika aku menghadiri sebuah Bazar Ramadhan disebuah negeri haram dalam Malaysia iaitu Perak. Walaupun bersempadan dengan Kedah yang status halal, namun rakyat Perak tetap halal kecuali Kerajaannya yang haram disisi undang-undang.

Ketika memasuki sebuah gerai di bazar tersebut yang terletak antara dua negeri iaitu Kedah mewakili Bandar Baharu tempat seekor katak yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai BEBAS iaitu Zul Kulum dan Perak terletak di Bandar Parit Buntar yang menampilkan Mujahid Yusof.

Dalam sibuk membeli datang seorang UMNO yang begitu ekstrem dengan politik lucahnya. Beliau bertanyakan mengenai apa sudah jadi di Pulau Pinang apabila Cina DAP telah memerintah dan apakah nasib Melayu di sana akan terbela? Mudah sahaja jawapanku "Hang x mau jaga elok-elok, orang ambillah".

Tetapi lelaki UMNO itu tetap mahu menang dengan apa yang diperkatakannya dan terus berkata padaku bahawa nasib anak cucu jika DAP memerintah. Aku cuma jawab senang sahaja "Biarlah mereka memerintah".

Aku pun tanya UMNO tersebut jika DAP itu Cina, apakah status GERAKAN dan MCA serta MIC. Aku cakap pada dia bahawa GERAKAN itu sebuah parti bangsa Arab, MCA sebauh parti bangsa Siam dan MIC adalah sebuah parti bangsa Jawa.

Jadi yang patut mampus ialah Melayu UMNO

Tiada ulasan: