Khamis, 25 Ogos 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


North Malay Basin: Petronas tak patut nafi hak Kelantan, kata Husam

Posted: 25 Aug 2011 09:28 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Kerajaan negeri Kelantan kesal dengan tindakan Petronas yang mahu melaksanakan projek huluan baru bernilai RM15 bilion membuat sebarang rundingan dengan negeri itu.
Projek itu dikenali sebagai North Malay Basin.
Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Paduka Husam Musa (gambar) menegaskan, projek untuk membangun dan mengeluarkan simpanan gas dari kelompok medan gas yang ditemui di luar pesisir pantai Semenanjung turut melibatkan Kelantan yang telah dinafikan hak mendapatkan royalti.
Read More / Baca Lagi >>

Karpal: Pindaan akta gaji hanya untuk 'faedah Zaki'

Posted: 25 Aug 2011 09:27 PM PDT

NONEAhli politik veteran, Karpal Singh bertegas bahawa pindaan kepada Akta Saraan Hakim 1971 baru-baru ini adalah untuk faedah Ketua Hakim Negara yang akan bersara, Tun Zaki Azmi.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu, yang juga pengerusi DAP, berkata beliau telah membangkitkan perkara itu semasa ianya dibahaskan di parlimen dan disokong oleh wakil rakyat pembangkang yang lain.

"Ya, saya membangkitkan isu di Parlimen sebelum pindaan tersebut diluluskan. Bagaimanapun, kita bercakap tentang Parlimen BN... Mereka enggan menimbang tentangan terhadap pindaan tersebut.

"Jelas sekali, undang-undang itu dipinda untuk faedah Zaki. Saya tak tahu sama ada ini adalah apa yang kita panggil 'ganjaran' untuk perkhidmatan beliau kepada Umno," tambah Karpal.
Read More / Baca Lagi >>

Pemohon bantuan pejabat zakat bukan pengemis

Posted: 25 Aug 2011 09:26 PM PDT


azlanMinggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak.

Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa 'amat sederhana'. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi.

Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Fitnah II : Sampel DNA Tidak Diuji Dengan Betul

Posted: 25 Aug 2011 09:24 PM PDT

KUALA LUMPUR 26 OGOS : Pakar Kimia di Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Dr Seah Lay Fong membuat kesimpulan yang salah terhadap ujian DNA ke atas sperma yang ditemui dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan. 

Mahkamah Tinggi mendapati ujian Deferential Extracting Process (DEP) yang dijalankan Seah tidak mengikut prosedur standard berikutan gagal mengasingkan sperma dengan DNA lain pada sampel.

Oleh yang demikian menurut konsultan molekular ginetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald, Seah tidak berhak mengesahkan DNA yang ditemui datang dari seorang individu.

Pakar DNA itu merujuk kepada laporan dan keterangan Seah dalam sesi pendakwaan kes fitnah liwat II yang lalu di mahkamah. 
Read More / Baca Lagi >>

PAS alukan kenyataan SPR guna dakwat kekal

Posted: 25 Aug 2011 09:22 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: PAS menyambut baik jika Pengerusi SPR membayangkan mahu menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang bagi mengelak pengundian berganda.

Bagaimanapun kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, jika benar ia diguna menggantikan biometrik, ianya hanya satu daripada lapan tuntutan reformasi pilihan raya yang dituntut PAS dan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) selama ini.

Selain penggunaan dakwat kekal, tujuh lagi tuntutan lain adalah pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, mengukuhkan institusi awam serta menghentikan rasuah dan politik kotor.
Read More / Baca Lagi >>

Buang biometrik, guna dakwat kekal

Posted: 25 Aug 2011 09:21 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa sistem biometrik banyak kelemahan berbanding dakwat kekal membuktikan pandangan Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum ini adalah tepat.

Exconya, Suhaizan Kaiat berkata, PAS sudah lama membangkitkan perkara itu dan kini ianya diakui sendiri oleh SPR.

"Kita sebut benda ini awal-awal dulu lagi bahawa waktu sekarang memang tidak sesuai untuk laksanakan biometrik.

"Akhirnya SPR sudah memahami selepas mereka membuat simulasi," katanya kepada Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

Serangan Udara Israel Ke Atas Gaza..11 Syahid Dalam Masa 24

Posted: 25 Aug 2011 09:17 PM PDT

A Palestinian walks on rubble after an Israeli air strike damaged a sports facility belonging to the Islamic Jihad group in Beit Lahiya in the northern Gaza Strip August 25, 2011. Israeli air strikes killed five people including a local commander of the Islamic Jihad group in the Gaza Strip on Wednesday, and wounded seven others despite a two-day-old truce, Israeli and Palestinian officials said.
A Palestinian walks on rubble after an Israeli air strike damaged a sports facility belonging to the Islamic Jihad group in Beit Lahiya in the northern Gaza Strip August 25, 2011. Israeli air strikes killed five people including a local commander of the Islamic Jihad group in the Gaza Strip on Wednesday, and wounded seven others despite a two-day-old truce, Israeli and Palestinian officials said.
Palestinians stand on rubble after an Israeli air strike damaged a sports facility belonging to the Islamic Jihad group in Beit Lahiya in the northern Gaza Strip August 25, 2011. Israeli air strikes killed five people including a local commander of the Islamic Jihad group in the Gaza Strip on Wednesday, and wounded seven others despite a two-day-old truce, Israeli and Palestinian officials said.
Palestinians stand on rubble after an Israeli air strike damaged a sports facility belonging to the Islamic Jihad group in Beit Lahiya in the northern Gaza Strip August 25, 2011. Israeli air strikes killed five people including a local commander of the Islamic Jihad group in the Gaza Strip on Wednesday, and wounded seven others despite a two-day-old truce, Israeli and Palestinian officials said.
Read More / Baca Lagi >>

Hampir kuasai seluruh Tripoli, 5 Juta ganjaran tangkap Diktator Gaddafi

Posted: 25 Aug 2011 09:12 PM PDT

Libyan rebel fighters fire their weapon during a fight for the final push to flush out Muammar Gaddafi's forces in Abu Salim district in Tripoli August 25, 2011. Gaddafi taunted his Libyan enemies and their Western backers as rebel forces battled pockets of loyalists across Tripoli in an ever more urgent quest to find and silence the fugitive strongman.
Libyan  fighters fire their weapon during a fight for the final push to flush out Muammar Gaddafi's forces in Abu Salim district in Tripoli August 25, 2011. Gaddafi taunted his Libyan enemies and their Western backers as rebel forces battled pockets of loyalists across Tripoli in an ever more urgent quest to find and silence the fugitive strongman.
Read More / Baca Lagi >>

Bila kuasa dah hilang baru nak sedar dengan isu murtad, 50 tahun memerintah dulu Umno buat apa?

Posted: 25 Aug 2011 08:37 PM PDT

'Tepuk dada Tanya iman'. Betapa pendirian Umno berkaitan isu murtad yang kini begitu sensitif selepas ianya dipolitikkan semata-mata mahu meraih undi Melayu dan Islam. Kita boleh sedar, ikhlas atau tidak makhluk yang bernama Umno ni bila hanya mengambil berat pasal isu murtad bila kuasa dah hilang tapi ketika 50 tahun lebih memerintah, langsung ianya tidak dipandang.

Bukan tiada orang yang tidak tegur atau tidak memberi nasihat. Bahkan ianya datang dari mufti Perak sendiri yang disanjung Umno. Rakyat belum lupa bagaimana Tan Sri Harussani pernah membongkarkan berates-ratus ribu umat Melayu Islam telah murtad.

Apa tindakan pemimpin Umno ketika itu, mana akhbar pro Umno pergi, mana NGO pro Umno sembunyi? Tapi sekarang, bila kuasa dah hilang dan Putrajaya dikatakan bakal dimiliki Pakatan Rakyat (PR) selepas pilihanraya umum (PRU) ke-13 nanti, barulah pemimpin Umno dan baruanya yang terdiri daripada akhbar arus perdana dan blogger upahan Umno terngadah.
Read More / Baca Lagi >>

Promo Iklan Raya 2011 - 'KATIRA'

Posted: 25 Aug 2011 08:19 PM PDT

Promo iklan raya 2011-permintaan terakhir

Posted: 25 Aug 2011 08:17 PM PDT

Short Film Raya 2011 - Almari Baru

Posted: 25 Aug 2011 08:11 PM PDT

Bilakah UMNO APCO akan berubah?

Posted: 25 Aug 2011 08:05 PM PDT


Oleh SERIKANDI MUJAHIDAH

SM nak juga komen bab buah moktan Naka, Kuala Nerang yang kononnya habih busuk..dek kerana kerajaan negeri tak tunai janji.

SM nak bagitau sikit…oklah tu…kan hampa semua tak terima bab-bab kebajikan dan sejahtera yang kerajaan negeri dok buat…Tok Syed ka, Tok Mahdzir ka..haa..hat lebih besar..Tok Bashah sampai buat buka persoal "Sejahterakah Kedah?"..jadi bagi SM dah hampa tak mau dan tak terima jadi tu yang hampa tak dapat..

Read More / Baca Lagi >>

Kelantan rai tiga ikon kanak-kanak Al-Quran

Posted: 25 Aug 2011 07:57 PM PDT


KOTA BHARU, 26 Ogos: Tiga ikon kanak-kanak dalam membaca al-Quran, Ahmad Najid Datuk Nassuruddin, Qayyim Nizar Sharimi dan tetamu dari Iran, Reza Golshahi, menjadi perhatian pada majlis khatam al-Quran Anak Muda Tamu Ramadan semalam.

Program julungkali diadakan oleh kerajaan negeri itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,  di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).
Read More / Baca Lagi >>

Baram Dam will drown rich heritage

Posted: 25 Aug 2011 07:18 PM PDT

The Sarawak government appears to have little concern for environmental "heritage" in its pursuit of material gains.
KUCHING: The construction of Baram Dam will have devastating effects on the lives of Sarawak's indigenous communities.
Some 20,000 Kayan, Kenyah and Penan will see their longhouses, villages, land and cultural heritage submerged once the dam is completed.
According to state PKR deputy chairman See Chee How, the "effects will be far worse" than the Bakun Dam construction which displaced about 10,000 natives.
"In Baram, some 20,000 natives are to be displaced and relocated. It will also cause the total destruction of our trees, plants, animals and insects.
"Some of these may have important medicinal values," See said.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Selangor: Jais perlu segera dakwa jika ada bukti murtad

Posted: 25 Aug 2011 07:16 PM PDT


KUALA LUMPUR, 26 Ogos ─ Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu segera mendakwa jika ada pihak yang didapati memurtadkan 12 umat Islam yang berada di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) ─ yang menjadi fokus sejak awal bulan ini, kata PAS Selangor.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad (gambar) berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan serta andaian yang bukan-bukan ekoran liputan meluas media sejak tiga minggu lalu.
Jawatankuasa Pendengaran yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri mengadakan pertemuan semalam dengan dihadiri oleh Jais dan wakil gereja dan pertubuhan bukan kerajaan menganjurkan majlis makan malam muhibah pada 3 Ogos lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Stopping the religious cliches': Why PAS is gaining on Umno so quickly

Posted: 25 Aug 2011 07:14 PM PDT

Stopping the religious cliches': Why PAS is gaining on Umno so quicklyMuslims in the country have been reminded not to belittle or insult other religions, even in the event of defending Islam, as such actions run contrary to Islamic teachings. This was said by a PAS leader, quoting a verse from the Qur'an (6:108):
"Do not revile those whom they invoke besides God lest they should, in their ignorance, revile God."
PAS has morphed into a well-liked political entity among people of all races and religions in the country before and after the 2008 general election. When UMNO is unceasingly embroiled in racial politics and at times making religion as a gizmo to win Malay support, PAS has decorously shown a moderate stance in Malaysian politics. Race or religion-bashing in politics does not seem to be the cup of tea for PAS. Neither is PAS seen more radical than UMNO when it comes to the use of religion to harvest support from the people. If PAS can uphold its present unpretentious political deportment the next general election would see the party win big and become the biggest political party to represent the Malays and Islam in the country.  It appears that PAS is on its way to replace UMNO as the biggest political party for the Malays and Muslims in the country.
Read More / Baca Lagi >>

Malay Basin: Kelantan tidak boleh diketepikan

Posted: 25 Aug 2011 06:25 PM PDT


KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Kelantan tidak wajar dipinggirkan dari mendapat faedah secara langsung daripada pembangunan hasil mahsul yang dianugerahkan Allah, kata Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.
Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada laporan media pada 23 Ogos yang memetik kenyataan Petronas mengenai pembangunan pengeluaran gas di utara Malay Basin yang akan disalurkan dengan paip lautan yang baru sejauh 200 km ke Kerteh,Terengganu yang keseluruhannya bernilai RM15 bilion.
Suka diingatkan, katanya bahawa utara Malay Basin dengan blok-blok yang disebutkan iaitu PM 301 ,PM 302 serta telaga Bergading adalah sepenuhnya berada dalam perairan Kelantan dan tidak bertindih dengan mana-mana negeri atau negara yang lain.
Tambah beliau, jaraknya dengan pantai Kelantan hanya 150 km dan paling hampir berbanding Terengganu.
Read More / Baca Lagi >>

Time for ‘co-opetition’ in politics

Posted: 25 Aug 2011 06:19 PM PDT

Moving towards the general election, Umno must review its political perspectives of PAS.

There's an interesting management book written by two authors which must be taken up as reading material.
Authors Barry J Nalebuff and Adam M Brandenburger used the term "co-opetition" as the title of the book, published in 1996, on game theory.
The term "co-opetition" term implies that while you compete you must also cooperate. Co-opetition refers to the inter-dependence in which competition and co-operation occurs between two or more firms.
Co-opetition involves competitiors actively working together to create a new enterprise to compete in the market place.
It is fundamentally a cooperative activity involving customers and suppliers which a company wants but can't accomplish or acquire alone (read MAS-AirAsia merger).
"Co-opetition" as such requires different skills and mind-sets.
Read More / Baca Lagi >>

PAS leader laments UMNO's failure to attract non-Muslims to Islam

Posted: 25 Aug 2011 06:17 PM PDT

PAS leader laments UMNO's failure to attract non-Muslims to IslamUMNO came under attack during a public forum organised by a Malay daily yesterday, when PAS's Tuan Ibrahim Tuan Man said that non-Muslims still have an aversion and phobia of Islam because nothing was done to bring them closer to the religion during UMNO's half a century in power.

Speaking at the forum 'Ulama in Politics: for Da'wah or for the Party', the PAS information chief said Islam being a 'mercy to the worlds' as espounded in the Qur'an should not have been the object of anxiety.

"When we speak of Islam, there is a sense of fear. Why is this so? he asked.
Read More / Baca Lagi >>

Pendirian Harussani bukti BN lemah, dakwa PAS Perak

Posted: 25 Aug 2011 06:15 PM PDT


KUALA LUMPUR, 26 Ogos ─ PAS Perak menyifatkan pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung perpecahan Melayu mempunyai asas dan keadaan itu akan terus berlaku sekiranya pentadbiran Najib tidak berusaha memperbaiki keadaan.
Ketua Penerangannya Perak Ahmad Nuri Al-Amin berkata, tiga perkara asas yang dibangkitkan Harussani mengenai perpecahan orang Melayu perlu menjadi intipati rakyat pada pilihan raya umum ke-13.
Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti kelmarin, Harussani (gambar) berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.
Read More / Baca Lagi >>

Wak Tak Marah...Peringat jerk : Siapa makan Cili, Dia rasa Pedasnya

Posted: 25 Aug 2011 04:16 PM PDT

KUALA LUMPUR 25 Ogos 2011 - Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo telah membuat kenyataan bahawa dakwaan berhubung konspirasi melibatkan 3 orang Menteri itu bukanlah satu ancaman terhadap UMNO akan tetapi satu peringatan semata-mata.
Read More / Baca Lagi >>

Perkasa: ‘Orang Melayu tak berpecah, yang berpecah hanya pemimpin’

Posted: 25 Aug 2011 04:09 PM PDT


KUALA LUMPUR, 26 Ogos ─ Perkasa bersetuju dengan pendirian Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa perpecahan di kalangan orang Melayu wujud disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.
Bagaimanapun Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali menegaskan, perpecahan orang Melayu tidak berlaku, sebaliknya yang berpecah adalah pemimpin-pemimpin kaum itu.
Jelas beliau, perpecahan antara pemimpin Melayu itu berlaku disebabkan sikap mereka yang gemar menyalahkan antara satu sama lain selain turut menyebarkan fitnah.
"Saya fikir Melayu tidak berpecah sebenarnya, yang berpecah sebenarnya pemimpin-pemimpin Melayu... fitnah-memfintah antara pemimpin Melayu lebih jelas puncanya dari rasuah penyebab Melayu berpecah.
Read More / Baca Lagi >>

Seluruh Alam Menangisi Pemergianmu....

Posted: 25 Aug 2011 03:42 PM PDT


Assalamualaikum Wbr.

Bismillahirrahmanirrohimm.



Seluruh alam menangisi pemergianmu wahai  Ramadhan yang bakal pergi beberapa hari sahaja lagi…, Seluruh alam ketika ini sedang bersedih menangisimu… termasuklah bukit, bukau, gunung ganang, Ikan di laut dan sungai, pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan dan segala macam binatang dan juga hidupan di atas dunia ini………..hanya,  ya hanya….hanya  kita manusia sahaja yang gembira dan ketawa kerana bakal mengakhiri Ramadhan dan menyambut SYAWAL.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Boleh : ‘Rumah sementara’

Posted: 25 Aug 2011 03:36 PM PDT

MEREMPAT...golongan gelandangan di kawasan lapang di Jalan Pudu.
MEREMPAT...golongan gelandangan di kawasan lapang di Jalan Pudu.
KUALA LUMPUR: "Sewa bilik atau rumah di sini mahal, gaji saya pula cukup makan dan selebihnya digunakan mengisi minyak motosikal untuk ke tempat kerja.
"Jadi, saya tiada pilihan dan tinggal di sini sementara waktu sehingga mendapat pekerjaan dengan gaji lebih besar," kata pemuda mahu dikenali sebagai Ahmad, 21, yang hidup gelandangan di kawasan lapang berhampiran Jalan Pudu, di sini.

Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: