RAKYAT MARHAEN |
- Pakatan sambut hambar cadangan PM tubuh JK Reformasi Pilihanraya
- Umno Vs Gerakan : Usaha singkir Koh diperhebat
- Najib Jual Minyak Lagi... hahaha....!!!!
- POLITIK MUAFAKAT ISLAM-MELAYU
- Selamba Menfitnah, Kononnya Nak Gantikan PAS!!
- Perkosa ambil alih tugas Pas.......UTUSEKS MELOYA
- Hipokrit UMNO : Mengapa Perlis tak kecoh isu larangan yang sama dengan P.Pinang.
- Saman fitnah RM200 juta Felda: Dr Tan menang, kes ditolak hakim.
- Soi Lek shoots ‘loose cannon’ Nazri, silent on Chinese support
- Clear signals of BN disintegration: Whither now, MCA, Gerakan and MIC
- Umno tak malu: Selepas 51 tahun, baru sekarang Umno perkenal ‘BN Menang, Kedah Senang’
- Wakil rakyat parlimen Pekan tak peduli masalah rakyat kawasan sendiri
- The two Najibs
- Koleksi Terbaik Pimpinan UMNO "Membela" Islam
- Gas pemedih mata di Hospital Tung Shin: DAP beri keterangan pada polis
- Felda loses RM200m suit against former deputy minister
- Pemuda Perlu Aktifkan Akaun Facebook Dan Twitter DEMI ISLAM
- Jadikan Al-Quran Perlembagaan Hidup
- When towns simply fade away…
- GOMEN TAK SEKAT MEDIA CUMA TAK PERBAHARUI PERMIT JER!...
- Berkat Ramadhan : Asyraf derma semula wang dana kepada mangsa lain yang terjejas.
- Isu DNA, Malaysia macam ayam kokok berderai...Isu DNA babi calar imej Malaysia
- Malaun Politik
- Panel Parlimen: Langkah awal dengar suara rakyat, kata Saifuddin
- Bersih mahu pembaharuan total, syor panel Parlimen perlu didedah
Pakatan sambut hambar cadangan PM tubuh JK Reformasi Pilihanraya Posted: 15 Aug 2011 08:13 PM PDT Agak mengejutkan apabila Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas Parlimen untuk mengkaji sistem pilihanraya yang baru-baru ini menjadi punca kepada ketidakpuasan hati rakyat. "Jawatankuasa Khas Parlimen ini akan ditubuhkan dalam masa terdekat dan akan dianggotai pihak kerajaan dan juga pembangkang. Jawatankuasa ini akan membincangkan semua persoalan yang timbul mengenai reformasi dalam sistem pilihanraya supaya satu kata sepakat dapat dicapai. Saya, bersama ahli kabinet tidak mahu menjadi PM atau sebuah kerajaan yang tidak disokong oleh rakyat." Kata Najib dalam ucapan beliau di sebuah majlis berbuka puasa Isnin lepas. |
Umno Vs Gerakan : Usaha singkir Koh diperhebat Posted: 15 Aug 2011 08:11 PM PDT Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia terus menyerang presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon dengan laporan hari ini yang mencabar beliau bertanding di Pulau Pinang bagi membuktikan dirinya masih relevan serta diterima rakyat negeri itu. Read More / Baca Lagi >> |
Najib Jual Minyak Lagi... hahaha....!!!! Posted: 15 Aug 2011 08:04 PM PDT Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi mengkaji cadangan-cadangan bagi mengadakan reformasi dalam sistem pilihan raya negara ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, jawatankuasa itu bakal dianggotai wakil daripada parti kerajaan dan pembangkang. "Ia akan ditubuhkan dalam masa terdekat. Kita akan bincang segala reformasi pilihan raya supaya tidak ada pihak lagi syak wasangka terdapat manipulasi kerajaan. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 15 Aug 2011 08:02 PM PDT Politik seringkali dilihat sebagai satu pertentangan. Mungkin benar. Satu pihak ingin mempertahankan jawatan, manakala satu pihak lagi ingin merebut kuasa tersebut. Atas asas itulah agaknya, maka berita politik seringkali dilihat dari perspektif pertentangan. Wartawan yang dididik di sekolah kewartawanan untuk melihat konflik sebagai ciri "berita" juga melihat politik dari kaca mata ini. Read More / Baca Lagi >>Di negara kita, sama seperti di negara-negara Komanwel lain, ada kerajaan dan ada pembangkang. Maka, kita diasuh sejak kecil untuk mempercayai bahawa salah satu tugas pembangkang ialah mengkritik kerajaan. Sehingga ada yang berkata sekiranya pembangkang tidak mengkritik kerajaan, ia bukan pembangkang yang baik. |
Selamba Menfitnah, Kononnya Nak Gantikan PAS!! Posted: 15 Aug 2011 07:54 PM PDT Melihat pada bahagian tajuk paparan utama UM online, "Amalan Islam bakal tergadai', terdetik hati untuk membaca siapa yang berkata sedemikian. Tengok-tengok "Allah! Ibrahim Ali yang bercakap", ingatkan mufti besar mana tadi. Kalau Ibrahim yang berkata sedemikian, akan dijebik orang. Berkaitan isu ini, Jabatan Mufti Pulau Pinang menjelaskan larangan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum Subuh bukan fatwa melulu, sebaliknya nasihat hukum yang diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang berdasarkan kepada permasalahan umat Islam di negeri itu. "Saya amat kesal dengan tuduhan pelbagai pihak yang menyatakan kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat fatwa melulu dan di bawah arahan pihak tertentu berkaitan isu berkenaan," kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad. |
Perkosa ambil alih tugas Pas.......UTUSEKS MELOYA Posted: 15 Aug 2011 07:46 PM PDT Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara rasmi mengumumkan mengambil alih tugas Pas untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan tersebut terpaksa dibuat walaupun badan itu bukan pertubuhan politik kerana Pas yang selama ini mendakwa parti Islam dan pernah bercita-cita mahu menubuhkan negara Islam, gagal berbuat demikian. Menurut Ibrahim, sejak bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas tidak lagi mementingkan soal agama, sebaliknya apa yang dikejar oleh parti itu adalah undi, sehingga sanggup membisu dan menghalalkan apa sahaja perbuatan yang dilakukan oleh musuh Islam. ''Perkasa dengan rasminya mulai hari ini akan mengambil alih tugas Pas dalam membela dan mempertahankan agama Islam. Ini kerana Pas sekarang bukan lagi sebuah parti yang berteraskan Islam. Ia sanggup menghalalkan apa sahaja demi undi. Read More / Baca Lagi >> |
Hipokrit UMNO : Mengapa Perlis tak kecoh isu larangan yang sama dengan P.Pinang. Posted: 15 Aug 2011 07:44 PM PDT Pulau Pinang memang mendapat perhatian yang cukup meluas sejak 2008 tapi malangnya tumpuan media ke Pulau Pinang lebih berniat malafide dan kadang-kadang berbaur fithan dan pembohongan. Paling menarik isu Pulau Pinang ialah berligar di sekitar isu Melayu dan Islam di Pulau Pinang dengan mesej perkauman yang rumusannya ialah tentang penindasan kerajaan Dap ke atas orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang. Read More / Baca Lagi >>Terkini ialah isu larangan membaca Al Quran dengan menggunakann pembesar suara dari corong mesjid dan surau. Sememangnya telah diduga keputusan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang tentang isu ini akan mengundang kontraversial dan pastinya menjadi bola tanggung bagi Umno dan sekutunya untuk membidas dan melibas kerajaan negeri mengikut tema serangan media yang sudah ditetapkan oleh sutradara-sutradara di Putrajaya. |
Saman fitnah RM200 juta Felda: Dr Tan menang, kes ditolak hakim. Posted: 15 Aug 2011 07:39 PM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman fitnah RM200 juta yang dikemukakan oleh Felda ke atas seorang bekas timbalan menteri Datuk Dr Tan Kee Kwong,- yang sekarang menaggotai PKR. Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof berkata walaupun beliau berpendapat artikel berkenaan berbaur hasutan, Felda gagal membuktikan bahawa Tan yang membuat kenyataan itu. Katanya, Felda telah gagal memanggil wartawan yang menulis artikel berkenaan. "Berikutan ini, kes ditolak dengan kos," katanya. Hakim Zabariah mengarahkan kos sebanyak RM70,000 kepada Tan, meskipun peguamnya Razlan Hadri Zulkifli dan Ho Kok Yew meminta RM100,000. Read More / Baca Lagi >> |
Soi Lek shoots ‘loose cannon’ Nazri, silent on Chinese support Posted: 15 Aug 2011 07:36 PM PDT KUALA LUMPUR, Aug 16 — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek blasted Datuk Seri Nazri Aziz last night for criticising the MCA but sidestepped questions on his party's eroding support from the Chinese community it is supposed to represent. Read More / Baca Lagi >>The MCA president dared the de facto law minister to start legal action against Sin Chew Jit Poh for falsely reporting the latter's offer to the DAP to join the ruling federal coalition Barisan Nasional (BN) two days ago. "If Nazri thinks Sin Chew had printed what he had not said, he should sue Sin Chew," Dr Chua (picture) said. The minister in the Prime Minister's Department was reported by the Chinese daily to have made the offer on Sunday, which led Dr Chua to chide the Umno leader for saying that his MCA had lost Chinese support. "Nazri is a loose cannon," the former health minister dubbed his ex-Cabinet colleague when asked to elaborate over the Padang Rengas MP's remarks that the MCA had lost its Chinese support. Dr Chua refused to reply to questions on Nazri's allegation, insisting that was not the main issue. Nazri denied yesterday he had invited the DAP to join BN to shore up Chinese support for the ruling coalition. |
Clear signals of BN disintegration: Whither now, MCA, Gerakan and MIC Posted: 15 Aug 2011 07:34 PM PDT Since the last GE, everyone has been asking this loaded question, what are the MCA, MIC and Gerakan are waiting for? Can't they see that their political relevance in the BN has ceased? Their support base continues to be eroded with disillusioned people abandoning them in droves. No one is interested in them, and neither is UMNO. MCA has been called many names by Nazri in the past, and the latest salvo of a possible BN-DAP tie-up has landed bulls-eye onto MCA's lap. A paranoid MCA is now rushing to contain the damage. Having failed to regain the confidence of the Chinese, both MCA and Gerakan are likely to crash in the next election. UMNO is sceptical at their ability to retain their seats, let alone win any for the BN. |
Umno tak malu: Selepas 51 tahun, baru sekarang Umno perkenal ‘BN Menang, Kedah Senang’ Posted: 15 Aug 2011 07:33 PM PDT Oleh: IZWAN ABDUL HALIM PRESIDEN PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan tema 'BN Menang, Kedah Senang' yang diperkenalkan Umno-BN Kedah selepas 51 tahun memerintah sebagai memalukan. "Saya difahamkan BN negeri Kedah memperkenalkan tema 'BN Menang, Kedah Senang'. Tak malu sudah memerintah 51 tahun, baru nak memperkenalkan 'BN Menang, Kedah Senang' maknanya selama ini tak senang, 50 tahun lebih,"bidasnya. Ujar beliau, semasa Kedah diperintah BN, hanya sedikit hasil balak diperolehi disebabkan berlakunya amalan rasuah. Tetapi katanya, di bawah pemerintahan PAS, Kerajaan Negeri Kedah telah menurunkan cukai tanah hingga dana negeri kekurangan RM50 juta setahun, tetapi menampungnya dengan memperolehi hasil yang banyak dari cukai balak. Read More / Baca Lagi >> |
Wakil rakyat parlimen Pekan tak peduli masalah rakyat kawasan sendiri Posted: 15 Aug 2011 07:31 PM PDT WarkahDaily – Kisah aduan pembeli rumah Sepekan Makmur di bawah pemaju Sepekan Sdn Bhd di Pekan, Pahang kelmarin di aduanrakyat.com.my telah menjelaskan cerita sebenar akan keprihatinan wakil rakyat. Mereka tidak diendahkan wakil yang mereka pilih dalam pilihanraya sebelum ini berkaitan masalah belum menerima sijil layak menduduki (CF) rumah yang dibelinya walaupun ianya telah diajukan kepada YB berkenaan. Keadaan itu menyebabkan pembeli tidak dapat menduduki rumah yang mereka sudah beli walaupun mengikut perjanjian rumah siap pada tahun 2006. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 15 Aug 2011 07:30 PM PDT In the middle of the crisis, President John F Kennedy received two messages from the Soviet Premier, Nikita Khrushchev. One was positive and conciliatory. The other was harsh and belligerent. What to do? Kennedy's advisors thought that perhaps there had been a coup d'etat in Moscow, and the right-wing was now telling Khrushchev what to do. That is why they received the second, negative message. President Kennedy's brother Bobby gave some very interesting advice. Reply to the message that you like. Read More / Baca Lagi >> |
Koleksi Terbaik Pimpinan UMNO "Membela" Islam Posted: 15 Aug 2011 07:22 PM PDT Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Undang-Undang Hudud. 1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. 2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan. Read More / Baca Lagi >> |
Gas pemedih mata di Hospital Tung Shin: DAP beri keterangan pada polis Posted: 15 Aug 2011 07:19 PM PDT PETALING JAYA, 15 OGOS – DAP hari ini memberi keterangan kepada polis mengenai tindakan polis menembak gas pemedih mata dan meriam air kimia ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur sewaktu perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, beliau bersama Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching telah mengaku kepada polis menjadi saksi kepada kejadian tersebut. "Saya antara orang-orang yang sedang berteduh dalam tempat letak kereta bertingkat, apabila kami terkena secara terus semburan air kimia daripada lori FRU di Jalan Pudu. Read More / Baca Lagi >> |
Felda loses RM200m suit against former deputy minister Posted: 15 Aug 2011 07:17 PM PDT |
Pemuda Perlu Aktifkan Akaun Facebook Dan Twitter DEMI ISLAM Posted: 15 Aug 2011 07:03 PM PDT Oleh: ppdcgroup " Laman Sosial Facebook (Linknya ) dan Twitter (linknya ) memang sudah tidak asing lagi dikalangan pemuda hari ini. Mereka menggunakannya dan menganggapnya suatu hiburan tetapi ada dikalangan mereka menggunakan laman tersebut untuk menyebarkan dakwah Islam yang dibawa oleh junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Walaubagaimanapun, pendakwah seharusnya menjadikan laman tersebut sebaik mungkin untuk berdakwah dan menyebarkan ajaran Islam apalagi kepada mereka yang bercita-cita untuk menegakkan Islam di Negara ini. Read More / Baca Lagi >> |
Jadikan Al-Quran Perlembagaan Hidup Posted: 15 Aug 2011 07:02 PM PDT Oleh: ustaznik "Ramadhan bukan sahaja bulan difardhukan puasa, tetapi juga bulan diturun kan al-Quran dari Lauh Mahfuz ke langit dunia secara serentak. Al-Quran kemudian diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun dalam 2 fasa-Makkiyyah dan Madaniyyah. Al-Quran menjadi mukjizat kekal bagi Nabi SAW dan buat manusia seluruhnya. Mukjizat-mukjizat lain seperti air keluar dari celah jari, pokok kurma datang kepada Nabi, bulan terbelah hanya dilihat di zaman ia berlaku. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 15 Aug 2011 07:01 PM PDT A young working population seeking greener pastures in cities signals the death knell for economically-starved small towns. PETALING JAYA: In the lifespan of many towns, it is a tale of two fates. Successful towns, backed by well-travelled roads and economic opportunities, will over time evolve into vibrant cities.But some other towns, placed far away from highways or neglected by private investors or governments, tend to fade away. Monash University associate professor Phua Kai Lit said that Malaysia's growing urbanisation often meant that other parts of the country, especially its rural areas, were left out. |
GOMEN TAK SEKAT MEDIA CUMA TAK PERBAHARUI PERMIT JER!... Posted: 15 Aug 2011 07:00 PM PDT Menurut Najib, kerajaan tidak akan melakukan tapisan atau sekatan terhadap mana-mana media. Woi!... nak dengar apa kata Najib lagi, tindakan menapis dan melakukan sekatan terhadap media meskipun laporan yang disiar bertujuan memburukkan kerajaan, bukan lagi tindakan yang efektif dan relevan dengan landskap politik serta kecanggihan teknologi pada hari ini. Katanya, setiap laporan tidak tepat dan bersifat negatif yang dilaporkan media perlu ditangani dengan cara mendedahkan cerita sebenar dengan disokong oleh fakta, bukannya dengan cara menyekat mahu pun menapis berita tersebut. Biar betul!... |
Berkat Ramadhan : Asyraf derma semula wang dana kepada mangsa lain yang terjejas. Posted: 15 Aug 2011 06:58 PM PDT KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Pelajar Malaysia Muhammad Asyraf Haziq Rossli yang cedera diserang dan disamun oleh sekumpulan belia di London awal minggu lalu akan menyalurkan wang kutipan untuknya daripada orang ramai kepada mangsa lain yang terjejas akibat rusuhan di London baru-baru ini. Read More / Baca Lagi >>Bagaimanapun, Asyraf (gambar) berkata, buat masa ini dia belum pasti siapa akan diberikan sumbangan itu. Bapanya Rossli Harun yang tiba bersama isteri dan anak bongsunya di London semalam menyokong tindakan Asyraf itu. |
Isu DNA, Malaysia macam ayam kokok berderai...Isu DNA babi calar imej Malaysia Posted: 15 Aug 2011 06:53 PM PDT Oleh: Mat Zain Mat Isa Agak mendukacitakan bagi sebilangan umat Islam, kedatangan Ramadhan tahun ini diiringi perbincangan meluas isu status halal beberapa makanan yang menjadi kegemaran mereka. Biar pun kek lapis Sarawak dan sosej ayam berpulut mungkin tidak dijadikan sajian utama berbuka puasa kebanyakan kita, pendedahan mengenai kewujudan asid deoksiribonukleid (DNA) babi di dalam makanan tersebut bukan sahaja mengejutkan, malah meninggalkan kesan kepada banyak pihak Kebanyakan media cetak 3 Ogos melaporkan pengesahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa mentega 'Golden Churn Creamy Butter' yang menjadi bahan utama adunan kek lapis Sarawak mengandungi DNA babi. Kenyataan itu adalah sebagai susulan keputusan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) pada 28 Julai yang menetapkan mentega diimport dari New Zealand itu haram untuk umat Islam di atas sebab sama. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 15 Aug 2011 06:49 PM PDT Oleh muhaiminsulam Politik itu pelbagai. Terkadang boleh bercampur antara dosa dan pahala. Kebijaksanaan sangat diperlukan untuk meniti jambatan sehalus rambut. Adapun, destinasi politik adalah untuk memperolehi kuasa. Sedangkan kuasa itu terlalu mudah untuk disalahgunakan. Read More / Baca Lagi >> |
Panel Parlimen: Langkah awal dengar suara rakyat, kata Saifuddin Posted: 15 Aug 2011 06:44 PM PDT KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Datuk Saifuddin Abdullah, antara pemimpin Umno memberi pandangan terbuka mengenai keperluan pembaharuan sistem pilihan raya menyifatkan pembentukan jawatankuasa pemilih Parlimen sebagai permulaan kepada langkah "usaha berdialog dan konsultatif" ke atas isu-isu melibatkan rakyat. "... di mana kepentingan parti dikemudiankan," kata ahli Majlis Tertinggi Umno ini kepada The Malaysian Insider mengulas perkembangan terbaru berkaitan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa pemilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan. Read More / Baca Lagi >> |
Bersih mahu pembaharuan total, syor panel Parlimen perlu didedah Posted: 15 Aug 2011 06:43 PM PDT Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) menekankan bahawa kesemua lapan tuntutan yang dibawa gabungan itu seharusnya diambil kira, malah pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan publik seharusnya terlibat dalam keseluruhan proses kajian semula. "Ya, sudah pasti kami mengalu-alukan langkah ini. Tidak ragu-ragu satu langkah dalam hala tuju yang betul dan satu respons yang positif kepada aspirasi rakyat," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan