Pulakdah! |
- Hari Raya Aidilfitri : MALAYSIA 30 Ogos, INDONESIA 31 Ogos
- LELAKI Menangis Sehingga MENINGGAL DUNIA
- Model PLAYBOY Bekas Kekasih Anak GADDAFI Nyaris DIBAKAR
Hari Raya Aidilfitri : MALAYSIA 30 Ogos, INDONESIA 31 Ogos Posted: 29 Aug 2011 10:58 AM PDT KUALA LUMPUR, 29 Ogos -- Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh melihat cerapan Hilal Syawal 1432H di Menara Kuala Lumpur di sini, hari ini..Umat Islam akan menyambut perayaan Aidil Fitri pada hari esok 30 Ogos 2011. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Zuraidah Mohd Said (kiri). ************************************************************************ JAKARTA,29 Ogos - Setelah adanya perbincangan dari pelbagai elemen Islam di sidang Itsbat, pemerintah menetapkan Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada hari Rabu 31 Ogoss 2011. "Bahawa 1 Syawal jatuh pada hari Rabu 31 Agustus 2011," kata Menteri Agama Suryadharma Ali di sidang Itsbat, Kementerian Agama, Jakarta Pusa. Keputusan ini disetujui secara bulat oleh perwakilan pelbagai eleman Islam di Indonesia. Sebelum itu, Menteri Agama mendengar 12 pandangan dari perwakilan elemen Islam. Dari 12 pandangan tersebut majoriti cenderung melihat dari keputusan pemantaun hilal di 34 titik. Majoriti peserta sidang Itsbat juga meminta Menteri Agama memperhatikan fatwa dan pandangan MU. "Majoriti bersetuju 1 Syawal jatuh tanggal 31 Agustus," tegasnya. Namun, perwakilan dari Muhammadiyah bertegas untuk tetap menetapkan 1 Syawal pada hari esok. Muhammadiyah akan tetap menghormati dan menghargai keputusan pemerintah yang menetapkan Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada lusa. "Muhammdiyah minta izin untuk lebaran pada esok hari. Dengan catatan marilah kita saling menghormati perbedaan. Sehingga persatuan dan kesatuan umat dan bangsa tetap utuh," tutur Menteri menyimpulkan pandangan dari perwakilan Muhammadiyah |
LELAKI Menangis Sehingga MENINGGAL DUNIA Posted: 29 Aug 2011 02:02 AM PDT Puan Zhong Mei Rong memegang gambar abangnya Tan Yuan Ping (kanan) dan bapanya. SINGAPURA - Tangisannya yang kerap dan kuat ketika melihat keranda ayahnya dimasukkan ke dalam api di Pusat Pembakaran Mayat Mandai pada hari Rabu lalu telah mengorbankan nyawanya. Tan Yuan Ping, 43, tumbang dan jatuh tidak sedarkan diri. Beliau telah tidak bangun lagi dan telah meninggal dunia. Tan sangat kecewa apabila bapanya, telah meninggal dunia selepas mengidap kanser paru-paru peringakt akhir, kata kakaknya, Zhong Mei Rong. "Dia tidak dapat menerima berita bapa saya yang menghidap kanser," katanya kepada akhbar petang Cina Lianhe Wanbao dan Shin Min Daily News. |
Model PLAYBOY Bekas Kekasih Anak GADDAFI Nyaris DIBAKAR Posted: 28 Aug 2011 10:56 PM PDT Talitha van Zon (kiri) dan Mutassim Gaddafi Bekas kekasih kepada anak Kolonel Gaddafi, seorang model playboy telah ditawan oleh pemberontak yang mengancam untuk membakarnya hidup-hidup. Daily Mail melaporkan bahawa Talitha van Zon telah ditangkap di sebuah hotel dan diarak di hadapan pejuang pemberontak yang melaungkan 'petrol'. Beliau telah lari menyelamatkan diri dari dibakar dengan melompat dari balkoni hotel. Katanya, dia menjalinkan hubungan dengan Mutassim Gaddafi tiga bulan selepas mereka bertemu pada tahun 2004. Beliau mengimbas kembali bagaimana dia terbang ke seluruh dunia, termasuk ke Grand Prix dan majlis makan malam yang dihadiri oleh Puteri Caroline di Monaco. Beliau bercuti di Caribbean dengan penerbangan Boeing peribadi. Beliau berkata Mutassim akan menempah beberapa aras hotel yang paling mahal di Paris dan London untuk berparti. Saya bertanyakan kepadanya berapa banyakkah yang dia telah belanjakan, dan dia telah mengambil beberapa minit sambil berfikir di dalam kepalanya dan berkata, "kira-kira $ US2mil (RM6mil)''. Saya bertanya lagi "Anda maksudkan setahun, dan dia menjawab "tidak - sebulan." Talitha berkata anak Gaddafi itu percaya rakyat Libya 'cukup gembira' dan tidak ditindas. Mereka telah diberikan rawatan hospital dan sekolah-sekolah percuma, roti dan beras yang murah, dia memberitahunya. Menurut model dari Belanda itu lagi, idola wira bagi Mutassim ialah Adolf Hitler, Hugo Chavez dan Fidel Castro. Dan dia tetap berpacaran dengannya... |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan