Pulakdah! |
- Inilah TEMPAT KERAMAT Muammar Gaddafi
- TRAGEDI RAMADAN : Warga Tua TERPEROSOK Di Bawah LORI SIMEN
- KEPALA Doktor DIPENGGAL Penjaga Kebun
Inilah TEMPAT KERAMAT Muammar Gaddafi Posted: 25 Aug 2011 10:42 AM PDT Di antara kemewahan di dalam kompleks kediaman pemimpin Libya Muammar Gaddafi di Bab al-Aziziyah, jantung ibu kota Tripoli, terdapat satu tempat yang dikeramatkan. Ia terletak di dalam bekas kediamannya yang menjadi sasaran jet-jet tempur pengeboman Amerika Syarikat pada 1986. Tempat tinggal yang telah hancur sebahagiannya itu telah dikeramatkan kerana di sanalah puteri angkat Gaddafi yang bernama Hana terbunuh di dalam serangan itu. Ketika kejadian itu, ia baru berusia beberapa bulan. Rumah itu tidak disentuh selama 25 tahun dan diawetkan dengan cara ditutupi kaca, termasuk kamar tidur dan katil Hana. Di tempat keramat itu digantung beberapa kesan hasil tembakan jet tempur Amerika. Rumah ini terletak di pusat kompleks Bab al-Aziziyah. Selain tempat keramat itu, kompleks istana Gaddafi, 69 tahun, juga dilengkapi taman permainan yang mirip Taman Neverland milik bintang pop dunia Michael Jackson dan zoo yang dianggarkan menelan kos pembangunan sebesar British Pound 300 billion (hampir RM 1500 billion). Untuk bergerak dari satu istana ke istana, Gaddafi memiliki sejumlah mobil golf bertenaga elektrik. Di istananya juga terdapat pelbagai lukisan mahal dan perabot tiruan abad ke-14. Istana Gaddafi mempunyai kamar-kamar tidur luas dan nyaman dengan kamar mandi berukuran besar. Di dalam Bab al-Aziziyah juga terdapat sebuah bioskop tempat keluarga Gaddafi menonton filem Barat terbaru. "Saya tidak pernah terfikir dapat masuk ke dalam istana ini. Saya akan menceritakan peristiwa hari ini kepada cucu-cucu saya nanti," kata Nidal, seorang mahasiswa berusia 20 tahun. Kredit : Daily Mail |
TRAGEDI RAMADAN : Warga Tua TERPEROSOK Di Bawah LORI SIMEN Posted: 24 Aug 2011 11:12 PM PDT ARAU, 25 Ogos -- Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mayat mangsa kemalangan jalan raya, Mohamud Salleh, 61, yang tersepit di celah tayar lori dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Beseri-Mata Ayer dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Mata Ayer memperlahankan motosikalnya bagi membelok ke kanan berdekatan kawasan pembinaan jejantas di situ sebelum dirempuh oleh sebuah lori simen yang datang dari arah belakang. Mangsa diseret sejauh kira-kira 40 meter mengakibatkan bahagian badan mangsa hancur dan terperosok di bahagian tayar lori berkenaan dengan cebisan dagingnya bertaburan di atas jalan dan di celah tayar lori. Mayat mangsa kemalangan jalan raya, Mohamud Salleh, 61, yang tersepit di celah tayar lori dibawa untuk dihantar ke rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dekat sini, semalam. Adik kepada warga emas yang maut dalam kemalangan jalan raya, Noor Hashimi Salleh, 38, membawa cebisan daging dan tulang abangnya, Mohamud Salleh, 61, ke bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dekat sini, semalam. Warga emas, Mohamud Salleh, 61, maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Beseri-Mata Ayer dekat sini, semalam. Kredit : Bernama |
KEPALA Doktor DIPENGGAL Penjaga Kebun Posted: 24 Aug 2011 07:37 PM PDT BENTONG, 24 Ogos -- Ahli keluarga membawa keluar mayat Dr Harjit Singh, 61 dari bilik mayat Hospital Bentong untuk proses pengkebumian di sini, hari ini. Mangsa yang seorang doktor yang bertugas secara kontrak.di Penjara Bentong mati dibunuh dalam keadaan ngeri malam tadi (selasa) dengan kepalanya dipenggal hingga putus oleh penjaga kebunnya iaitu seorang lelaki warga Bangladesh. Suspek pembunuhan di bawa ke mahkamah Majistret Bentong oleh anggota polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman selama seminggu sehingga 20 Ogos depan bagi membantu siasatan kematian doktor di sini, hari ini. Kredit : Bernama |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan