Ahad, 21 Ogos 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


LIVE : Tazkirah Ramadhan SHAM KAMIKAZE Di Surau As-Syakirin,

Posted: 21 Aug 2011 12:01 AM PDT

Sham Kamikaze sedang memberikan tazkirah dan menceritakan pengalaman bertemu Imam Mekah Sh. Abd Rahman As-Sudais.

Antara adik-beradik SAMM bersama dengan jemaah Surau As-Syakirin yang tekun mendengar tazkirah daripada Sdr Sham Kamikaze.

Alhamdulillah, program Kembara Ramadhan SAMM Johor nampaknya berjalan lancar setakat ini. Walaupun disapa seorang SB yang 'menantikan' kehadiran Che'guBard, namun tiada halangan untuk program ini diteruskan.

Kehadiran jemaah yang terdiri daripada anak-anak muda juga amat menggalakkan. Selepas tazkirah Ramadhan, insya'Allah program kembara ini diteruskan dengan program mengagihkan bubur lambuk daripada SAMM Johor bersama dengan Sdr Sham Kamikaze.

Nantikan liputan selanjutnya sebentar lagi.

Liputan KEMBARA RAMADHAN SAMM - bersama SHAM KAMIKAZE

Posted: 20 Aug 2011 08:43 PM PDT


Nantikan liputan KEMBARA RAMADHAN SAMM Johor secara LIVE yang akan dibuat pada jam 2.00 ptg ini. Sekarang saya sedang bersiap di Muar bersama Penyelaras SAMM Johor untuk ke Batu Pahat bersama-sama Sham Kamikaze.

Tiada ulasan: