Selasa, 16 Ogos 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Rumah ANAK SAUDARA MB Negeri Sembilan DIMASUKI PENCURI

Posted: 16 Aug 2011 09:51 AM PDT

SEREMBAN, 16 Ogos -- Surirumah Norhaiyati Omar mengemaskan pakaian di bilik tidur yang diselongkar pencuri yang memecah masuk dari tingkap dapur rumahnya itu.


Surirumah Norhaiyati Omar menunjukkan bekas tempat jejeri besi yang ditanggalkan serta dilarikan pencuri apabila memecah masuk dari tingkap dapur rumah tersebut.

Norhaiyati yang merupakan anak saudara kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan turut kehilangan wang tunai RM2,000 di dalam kejadian itu.


Kredit : Bernama

Amah INDON Campur AIR KECING Dalam Minuman MAJIKAN

Posted: 16 Aug 2011 05:27 AM PDT

SINGAPURA – Seorang warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah di Singapura telah dibawa ke pengadilan. Ia dituduh telah mencampurkan air kencingnya di dalam air minuman majikannya.

Suharni (23) itu, dituduh mencampurkan air kencingnya di dalam air minuman keluarga majikannya di rumah Yio Chu Kang yang berusia 44 tahun dan dua anaknya pada 19 Julai lalu.

Suharni ditawarkan wang jaminan sebanyak $5,000.

Jika terbukti bersalah, Suharni menghadapi hukuman penjara hingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

DEDAH Salah Laku POLIS TRAFIK Minta RM50 Dari PEMANDU SINGAPURA

Posted: 15 Aug 2011 09:59 PM PDT


Memalukan!. Itu sahaja perkataan yang layak untuk pegawai polis trafik Malaysia yang meminta rasuah. Lebih memalukan ia dilakukan terhadap warga asing yang datang ke Malaysia, sekaligus mencerminkan tahap rasuah di negara Malaysia kepada mata warga luar.

Paparan daripada video yang dirakamkan oleh seorang pemandu Singapura yang sedang memandu menyeberangi Tambak Johor ini mendedahkan salah laku seorang pegawai polis Malaysia yang meminta 'Duit Kopi'.

Pemandu Singapura ini diarahkan ke tepi kerana memandu melebihi had laju 110km/jam. Pemandu Singapura yang tidak mahu di saman ini sanggup membayar 'duit kopi'. Di dalam rakaman video ini juga, anggota polis meminta RM 50 kerana 'duit kopi' yang ditawarkan oleh pemandu Singapura ini terlalu kecil.

Pihak Polis Diraja Malaysia mesti mengambil tindakan terhadap anggota polis yang melakukan rasuah dan sekaligus memalukan negara Malaysia di mata dunia.

Ikuti rentetan peristiwa menjijikkan itu di bawah :

Seorang anggota polis trafik menahan kenderaan yang dipandu warga Singapura ini kerana melebihi had laju yang ditetapkan iaitu 110km/jam. Warga Singapura ini memandu pada kelajuan 125km/jam.


 Anggota polis trafik ini meminta lesen memandu daripada warga Singapura ini.


Perbincangan tawar menawar untuk membayar 'duit kopi'.


 Akhirnya, pemandu warga Singapura akur membayar RM50 bagi mengelakkan di saman...


...dan akhirnya duit kopi RM50 itu bertukar tangan ke tangan anggota polis trafik tersebut.




UPDATE : Video peristiwa ini seperti di bawah :

Letupan TONG GAS Cederakan 11 ORANG

Posted: 15 Aug 2011 05:54 PM PDT


SINGAPURA -- Letupan dan kebakaran di Little India telah mencederakan 11 orang cedera.

Insiden itu berlaku kira-kira 5:40ptg di Restoran Aliyah di Jalan Lembu. Punca letupan dipercayai kerana kebocoran pada tong gas bocor yang disimpan di dalam kabinet di luar dapur

Seorang pekerja Bangladesh telah menemui kebocoran dan mencuba untuk menutupnya sejurus sebelum letupan. Malah para pelanggan sempat diberi amaran tentang kebocoran gas itu dan diberitahu supaya tidak menghisap mancis atau menghisap rokok, sedangkan dalam masa yang sama pekerja restoran terus memasak.

Beberapa minit kemudian, sebuah letupan telah menggegarkan bangunan dan kebakaran telah berlaku di belakang, di mana terletaknya laluan tangga. Beberapa orang turut dilihat memanjat ke tingkat dua dan ketiga untuk melarikan diri daripada api.

Pertahanan Awam tiba lapan minit kemudian dan memadamkan kebakaran kira-kira sepuluh minit selepas itu. Empat ambulan telah menghantar 11 orang yang cedera, termasuklah pekerja dan pelanggan restoran ke hospital.

Tiada ulasan: