Rabu, 10 Ogos 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


TEKSI Remuk DITIMPA MEE SEGERA

Posted: 10 Aug 2011 12:01 PM PDT

Mee ini hampir meragut nyawa seorang pemandu teksi apabila sebuah trak yang penuh dengan muatan mee segera ini terbalik ketika cuba membelok pada satu persimpangan.

Pemandu teksi ini berdiri disebelah teksinya selepas trak yang penuh dengan mee segera ini terbalik dan mengenai keretanya.

Lin Hu yang terkejut itu merasakan dirinya amat bernasib baik apabila dia berjaya mengeluarkan dirinya tanpa sebarang kecederaan, tetapi teksi kuning dan hijau kebanggaannya - remuk selepas ditimpa trak penghantaran yang penuh dengan muatan selepas ia hilang kawalan dan menimpa keretanya.

Ketika trak pengangkutan itu berpusing di selekoh dan menuju ke arahnya, Lin berkata dia tidak berdaya untuk berbuat apa-apa tetapi hanya duduk dan menunggukan kesannya.

'Ia terhuyung-hayang ke kiri kanan dan tidak dapat dikawal. Tidak apa-apa cara bagi saya untuk mengelakkannya," kata lelaki berusia 43 tahun ini.

'Saya bertuah kerana tidak apa-apa dari kemalangan itu tetapi teksi saya sudah musnah. Kemalangan tersebut dilaporkan berlaku berhampiran kilang mee segera yang memiliki pengangkutan sendiri. Pemandu teksi dari Xian, China, berkata beliau akan menuntut ganti rugi dari syarikat berkenaan.

Satu tindakan mahkamah mungkin akan diambil melalui peguam terhadap dakwaan trak yang dikatakan sarat dengan kuantiti mee segera dua minit yang berlebihan.

Geng KEPALA LEMBU Bertukar Jadi Geng PENYAPU DI Selangor

Posted: 10 Aug 2011 01:10 AM PDT

SHAH ALAM: Dua kumpulan yang menggelarkan diri mereka Pemuafakatan Waris Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak) membuat bantahan secara aman di depan pintu masuk utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.


Kira-kira 20 anggota kumpulan itu membawa sepanduk sambil mengangkat penyapu dan mop serta berus jamban sebagai tanda protes terhadap kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Gereja Methodist Damansara Utama sebagai terlalu apolegetik.

Setiausaha Warisan, Zulkifli Shariff, berkata mereka tersinggung dan terhina dengan telatah "kebudak-budakan" Abdul Khalid yang tanpa menunggu penjelasan sewajarnya dari Jais memohon maaf atas tindakan pemeriksaan yang dilakukan pada 3 Ogos lepas.

Mereka menunjuk perasaan dari pukul 10 pagi dan bersurai kira-kira 20 minit kemudian setelah diarah pihak polis yang bertugas mengawal keadaan.

Pengawal keselamatan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melihat penyapu, pengilap lantai dan mangkuk tandas yang diletakkan di hadapan pagar bangunan itu, di sini hari ini.




Kredit - BERNAMA


Laaa....tak pasal-pasal MB Selangor dapat penyapu, mop lantai dan tandas duduk baru (gerenti baru...takkan puak-puak suci ni nak usung jamban buruk!). Susah-susah je.: Author Faethal

BERANIKAH UMNO Cabar Mereka PULANG SEMULA Duit Raya Sumbangan PUSAT JUDI GENTING?

Posted: 09 Aug 2011 11:47 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Ogos -- Timbalan Pengerusi Genting Malaysia Bhd Tun Hanif Omar (dua kanan) beramah mesra dengan sebahagian daripada 25 wakil badan-badan amal penerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2011, di sini hari ini. Turut serta Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Genting Bhd Lee Choong Yan (lima kiri).


Timbalan Pengerusi Genting Malaysia Bhd Tun Hanif Omar (tengah) bergambar sambil memegang salah satu penerima kerusi roda pada majlis sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2011 di Wisma Genting di sini hari ini.
Sebanyak 25 organisasi kebajikan menerima setiap RM10, 000 daripada Genting Malaysia Berhad membawa kepada jumlah RM250,000.


Kredit :Bernama

Masihkah ANDA Ingat Lagi ISU Pemberian WANG RM100 Dari Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang?

Pada hujung tahun 2010, satu Malaysia digegarkan dengan isu kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP gara-gara pemberian wang RM100 kepada 115 ribu warga emas yang mendaftar di seluruh negeri Pulau Pinang. Kesan dari tindakan ini kerajaan DAP sekali lagi diserang hebat oleh UMNO dan media massa kepunyaan mereka. Di tambah pula dengan pendedahan sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Pulau Pinang, Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican yang membuktikan kerajaan negeri menerima baki wang sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang di mana wang tersebut telah digunakan untuk sumbangan kepada warga emas yang miskin.

Hasilnya, puluhan warga emas telah memulangkan semula wang tersebut di dalam majlis 'besar-besaran' yang 'dianjurkan' oleh UMNO. Hampir kesemua warga emas yang memulangkan wang tersebut diwawancara oleh pihak media yang begitu teruja ingin melaporkan hal itu. Sebagaimana diketahui umum, wang tersebut telah dikembalikan atas alasan bahawa ia adalah bersumber dari judi atau telah bercampur dengan sumber judi.

Hari ini, sebuah syarikat yang terkenal sebagai pusat perjudian, iaitu Genting Malaysia Bhd telah memberikan sumbangan hari raya kepada 25 organisasi kebajikan yang menerima setiap RM10, 000 daripada Genting Malaysia Berhad membawa kepada jumlah RM250,000. Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2011 ini semestinya bagi keperluan umat Islam yang dijaga oleh 25 organisasi kebajikan ini.

Tetapi yang hairan bin ajaibnya, tiada sebarang isu terhadap pemberian wang sumbangan ini. Ia amat berbeza daripada apa yang berlaku di Pulau Pinang pada tahun lepas walaupun isunya sama. Jika di Pulau Pinang wang RM500,000 diperuntukkan kepada warga emas, kali ini wang sebanyak RM250,000 diperuntukkan untuk mereka yang dijaga kebajikannya oleh 25 organisasi ini.

Tidak ada serangan atau bantahan daripada UMNO dan media massa mereka, malah majlis pemberian sumbangan ini diberikan publisiti hebat. Sepatutnya jika benar UMNO sebagai parti pejuang Islam paling hebat di Malaysia, isu ini akan memberikan tamparan kepada mereka. Jika mereka boleh menganjurkan majlis 'besar-besaran' kepada warga emas di Pulau Pinang supaya memulangkan semula wang hasil judi itu, pasti untuk wang sumbangan syarikat Genting Malaysia Bhd ini mereka boleh melakukannya sekali lagi. Mereka boleh jemput 25 organisasi kebajikan ini dan adakan sidang media yang sesal kerana diberikan wang sumbangan dari hasil judi. UMNO juga boleh mendirikan kain rentang pada majlis itu 'Kami Organisasi Kebajikan BERMARUAH, Kami Tak Mau DUIT JUDI!'.




Ataupun mungkin UMNO takut-takut jika ditanya ke manakah perginya duit hasil pemulangan warga emas Pulau Pinang tahun lalu?. : Author Faethal

BAJU RAYA Tiruan DIRAMPAS

Posted: 09 Aug 2011 09:36 PM PDT

PULAU PINANG, 10 Ogos -- Ketua Pegawai Penguatkuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, M.Guna Selan (kanan) menunjukkan baju jenama tiruan yang dirampas semasa sidang media di sini hari ini.

Sebanyak 9,668 helai pakaian pelbagai jenama tiruan Adidas, Nike, Polo dan Levis yang dirampas ketika serbuan di sebuah stor dua tingkat di Jalan Maju Bukit Mertajam, semalam.

Tiada ulasan: