Sabtu, 6 Ogos 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Ikan KERAPU GERGASI Berharga RM7,560

Posted: 06 Aug 2011 11:08 AM PDT

GEORGETOWN, 6 Ogos -- WOW!... Seorang kanak-kanak terperanjat melihat ikan kerapu gergasi yang digantung di pasar Lebuh Cecil di sini hari ini.


Tan Kah Seng memeluk ikan kerapu gergasi berharga RM7,560 yang ditangkapnya untuk dijual di pasar Lebuh Cecil di sini hari ini.


KERAPU GERGASI ... Ikan kerapu gergasi sepanjang 6 kaki dan seberat 168 kg dijual pada harga RM7,560 di pasar Lebuh Cecil di sini hari ini.


KERAPU GERGASI ... Chew Kean Ghee memerhatikan mulut ikan kerapu yang dibeli dengan harga RM7,560 di pasar Lebuh Cecil di sini hari ini.

Ikan kerapu gergasi sepanjang 6 kaki dan berat 168 kg ditangkap di perairan Teluk Bahang pada Khamis lepas. Penjual ikan berkenaan, Tan Kah Seng berkata, seramai lapan pekerja berkerah tenaga untuk menangkap ikan berkenaan menggunakan pukat.


Kredit : Bernama

Sanggup TERJUN JAMBATAN Untuk Kejar KERETA API

Posted: 06 Aug 2011 05:42 AM PDT


Pernahkah anda melihat seorang lelaki yang begitu terdesak untuk menaiki bas atau LRT sehingga sanggup melompat dari jambatan?. Lelaki berusia 40 tahun dari China ini telah melakukannya apabila dia terlepas kereta api jam 8:00 pagi di stesen keretapi Qingdao pada hari Selasa lalu (2 Ogos).

Seseorang saksi berkata beliau terkejut apabila melihat seorang lelaki yang tergantung di tepi jambatan di tingkat dua.

Walaupun lelaki itu menjerit meminta pertolongan, namun ia sudah terlambat.

Dia akhirnya melepaskan cengkamannya dan terjatuh di atas kereta api yang sedang hendak bergerak meninggalkan stesen. Lelaki yang hanya dikenali hanya dengan nama keluarga Ge, hendak menaiki kereta api jam 8.00 pagi menuju ke Linxi Shandong, tetapi dia terlewat.

Dia yang jatuh di atas kereta api yang sedang hendak bergerak itu kelihatan terbaring tidak bergerak-gerak untuk sementara waktu. Nasib baik, dia kembali sedar beberapa minit kemudian, dan tidak mengalami kecederaan.

Lebih menarik lagi? Kereta api yang ia kejar itu bukanlah kereta api yang sepatutnya kerana kereta api yang dikejarnya sudah pun meninggalkan stesen!.

Pesta SENTUH PAYUDARA Gadis, Untuk Menghalau HANTU

Posted: 06 Aug 2011 12:10 AM PDT


Penduduk bandar Eija di wilayah Yunnan di China percaya bahawa roh-roh hantu yang resah di bandar mereka yang meninggal dunia ketika perang saudara mahukan 10 gadis sunti dan belum pernah disentuh semasa perayaan 'Bulan Hantu Lapar'. Untuk mengelakkan mereka masuk ke neraka, para gadis ini akan membiarkan lelaki menyentuh payudara mereka.

Kepercayaan yang tahyul ini mendorong manusia untuk melakukan pelbagai perkara. Tetapi amalan ini merupakan salah satu amalan yang paling luar biasa. Dari 14 hb hingga 16 hb 'Bulan Hantu Lapar' ini, para lelaki di bandar ini dibenarkan menyentuh payudara gadis.

Papan Tanda sambutan Pesta Menyentuh Payudara di Bandar Eija

Ini adalah untuk menghormati Jie Monai (Pesta Menyentuh Payudara).

Festival ini bermula menurut legenda tempatan semasa era Dinasti Sui (581 SM - 619 SM) apabila kebanyakan remaja lelaki di bandar itu terpaksa menyertai tentera dan telah meninggal dunia di dalam peperangan.

Menurut kepercayaan mereka, roh lelaki yang mati ini tidak tenang kerana mereka belumn menyentuh seorang perempuan sebelum ini. Oleh itu, mereka mahukan 10 gadis sunti yang belum disentuh untuk menemani mereka di akhirat.

Bagi mengelakkan gadis-gadis ini daripada dipilih oleh roh-roh tersebut, gadis sunti yang berusia 15 tahun dan ke atas - akan meminta lelaki menyentuh payudara mereka, dan adat ini telah diteruskan turun temurun ke generasi mereka.

Bagi pendapat anda - sama ada disentuh oleh roh-roh jahat atau oleh seorang lelaki sebenar secara langsung - Yang mana satu pilihan anda?

PASANGAN HANTU Di Bukit Timah DI KESAN

Posted: 05 Aug 2011 08:51 PM PDT


Pasangan hantu yang meninggal dunia di Bukit Timah kerana dilanggar keretapi dua tahun lalu telah dikesan!

Ramai rakyat Singapura tertarik kepada landasan keretapi yang sudah tidak digunakan lagi itu untuk mengambil gambar sebagai tanda kenangan, dan dua orang pada masa yang berbeza telah berjaya melihat hantu tersebut. Kedua-dua kali ketika hantu itu dilihat adalah pada waktu malam dan di tempat yang sama di mana mereka meninggal dunia selepas dilanggar kereta api dua tahun lalu.

Foto hantu itu telah diserahkan oleh peminat fotografi Liao Ting Yao (umur 27).

Menurut Liao, beliau telah melawat landasan kereta api landasan itu untuk mengambil gambar pada hari terakhir stesen keretapi itu dibuka kepada orang ramai, pada 17 Julai lalu. Beliau bagaimanapun tidak meninggal trmpat itu sehingga awal pagi pada 18 Julai, dan mengambil gambar landasan kereta api tersebut.

Wu Sheng Yao (19 tahun) dan Li Jing Yu (20 tahun), yang terbunuh dalam kemalangan keretapi dua tahun lalu kerana duduk di atas landasan keretapi.

Apa yang muncul di dalam gambarnya cukup menghairankan. Ada sepasang kekasih yang duduk di atas landasan itu dan beliau jelas tidak melihat sesiapa pun ketika mengambil gambar itu.

Pada masa yang berasingan, Lianhe Wanbao wartawan Zheng Jia Xin telah melawat ke landasan kereta api pada waktu malam dan melihat ada sepasangan kekasih sedang duduk di atas landasan. Apabila dia mengambil gambar, imej pasangan kekasih itu bagaimanapun tidak kelihatan di dalam gambar.

Tiada ulasan: