Khamis, 4 Ogos 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


TRAGEDI RAMADAN : Timbalan Pengarah Veterinar MATI DIBUNUH

Posted: 04 Aug 2011 02:48 AM PDT

IPOH, 4 Ogos -- Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kassim, 38, ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Tambun di sini, awal pagi tadi.



Kelihatan anggota polis menyiasat persekitaran rumah mangsa di tingkat satu Apartment Permai Lake View, Tambun.


Jenazah Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kassim, dibawa keluar dari bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dikebumikan di Kampung Parit Haji Ali, Bagan Serai di sini, hari ini.


 Ibu Dr Rohani Kassim, Sharifah Razali, 72, menenangkan anaknya Ruzaina Kasim,41, (kiri) ketika menunggu di perkarangan rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, hari ini.


Kredit : Bernama

TIKUS HIDUP Dalam PAKET ROTI

Posted: 03 Aug 2011 07:50 PM PDT


WANITA ini telah membeli sebuku roti dari sebuah pasar raya - kemudian menjumpai seekor tikus hidup di dalamnya.

Akhbar Townsville Bulletin menunjukkan gambar seekor tikus di antara kepingan roti sehingga pihak berkuasa menyiasat bagaimana ia berada di dalam paket roti di pasaraya Coles, Townsville, Queensland.

Perempuan yang tidak mahu dikenali itu berkata ketika ia memunggah barangan yang dibelinya ke dalam kereta bersama rakannya, ia mendapati terdapat lubang pada kepingan roti tersebut.

Mereka kemudiannya ternampak ekor di luar kepinga roti tersebut sebelum rakannya menyedari ada seekor tikus hidup di dalam paket tersebut.

"Saya terkejut ... sehinggakan saya tidak mahu memegang beg tersebut," katanya. "Bayangkan ada seekor tikus hidup dalam roti yang anda makan setiap hari... ia satu trauma."

Wanita itu kemudian menunjukkan roti itu kepada pasaraya Coles, tetapi pihak pengurusan tidak mahu mengambil tanggungjawab.

"Mereka berkata mereka tidak bertanggungjawab kerana ia berlaku di luar pasaraya mereka," katanya. "Roti itu memang dibeli di pasaraya mereka tetapi tikus itu sudah berada di dalam roti sebelum ia dihantar ke pasaraya."

Seorang jurucakap korporat Coles memberitahu Buletin bahawa insiden itu "sangat membimbangkan" tetapi terpencil dan syarikat akan menyiasatnya. Beliau berkata walaupun masih terlalu awal untuk kepastian, kemungkinan tikus itu menyelinap masuk ke dalam paket roti semasa pengangkutan.

Tiada ulasan: