Pulakdah! |
- Kasihan NAJIB....Berbuka Tanpa ROSMAH Di Sisi
- 3 Hari 15,000 PATI Daftar Diri....Inikah Wajah-wajah PENGUNDI PRU 13?
- BONUS Raya RM500 Untuk Kakitangan Kerajaan SELANGOR
- Inilah Tulang LUTUT NAJIB - ROSMAH
- SpongeBob MEROMPAK Kedai 7-Eleven
Kasihan NAJIB....Berbuka Tanpa ROSMAH Di Sisi Posted: 03 Aug 2011 10:19 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Ogos -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin diiringi Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, berkenan berangkat untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri dan jemaah Menteri Kabinet serta duta-duta asing di Istana Negara di sini malam ini. Turut kelihatan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (belakang kanan) dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi bersalaman semasa bertemu di majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Perdana Menteri dan jemaah Menteri Kabinet serta perwakilan asing di Istana Negara di sini, malam ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun tidak hadir pada majlis itu kerana sedang berehat selepas menjalani pembedahan lutut Isnin lepas. Kredit : Bernama Menyampah...Muak..Bosan...Meluat!! Apa lagi perkataan yang sesuai untuk diberikan kepada Rosmah ini. Sehinggakan program berbuka puasa Agong bersama jemaah Menteri Kabinet pun dia sibuk menenyehkan muka ketika Najib tidak dapat hadir kerana masih berehat? Siapa Rosmah? Dia mewakili Najib ke? Tidak cukupkah Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri mewakili Najib? Lebih HEBAT Rosmah sanggup TINGGALKAN Najib semata-mata untuk MENONJOL dalam majlis ini. Kasihan lah NAJIB Ditinggalkan ROSMAH dan berbuka puasa tanpa isteri kesayangan.... :Author Faethal |
3 Hari 15,000 PATI Daftar Diri....Inikah Wajah-wajah PENGUNDI PRU 13? Posted: 03 Aug 2011 01:32 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Ogos -- Pegawai-pegawai Imigresen memantau dan memberikan penerangan kepada majikan-majikan yang membawa pekerja-pekerja mereka di Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program 6P ketika tinjuan fotoBERNAMA di Stadium Bola Sepak Cheras di sini, hari ini. SABAR ... Seorang pekerja Bangladesh menutup kepalanya dengan kemeja semasa menunggu untuk mendaftarkan diri pada Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program 6P di Stadium Bola Sepak Cheras di sini, hari ini. Pekerja-pekerja pendatang asing tanpa izin (PATI) menunggu dengan sabar untuk mendaftarkan diri pada Program Penyelesaian Menyeluruh PATI atau Program 6P di Stadium Bola Sepak Cheras di sini, hari ini. Pekerja-pekerja pendatang asing tanpa izin (PATI) beratur dengan sabar untuk mendaftarkan diri pada Program Penyelesaian Menyeluruh PATI atau Program 6P di Stadium Bola Sepak Cheras di sini, hari ini. Pekerja-pekerja pendatang asing tanpa izin (PATI) melihat rakan-rakan mereka yang menunggu untuk mendaftarkan diri sempena Program Penyelesaian Menyeluruh PATI atau Program 6P di Stadium Bola Sepak Cheras di sini, hari ini. Kira-kira 15,000 PATI mendaftarkan diri di seluruh negara sejak hari ketiga program itu bermula. Program 6P ini bertujuan mendapatkan data serta biometrik sekaligus membolehkan kerajaan memperoleh statistik jumlah PATI di Malaysia. Kredit : Bernama Hebat!..dalam 3 hari, 15,000 PATI daftarkan diri. Boleh percayakah dengan JPN & SPR yang TIDAK AKAN menukar taraf PATI ini kepada PR dan seterusnya kepada WARGANEGARA sehingga layak mengundi pada PRU 13 nanti. Jika dicongak-congak, 15,000 PATI ini boleh memberikan kelebihan MAJORITI kepada kepada BN dalam PRU 13 nanti : Author Faethal |
BONUS Raya RM500 Untuk Kakitangan Kerajaan SELANGOR Posted: 03 Aug 2011 12:55 AM PDT |
Inilah Tulang LUTUT NAJIB - ROSMAH Posted: 02 Aug 2011 10:48 PM PDT KUALA LUMPUR, 3 Ogos -- Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menunjukkan tulang rawan pada lutut kiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang koyak selepas menjalani pembedahan 'arthoscopic' di Hospital Kuala Lumpur di sini, hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melambaikan tangan sejurus keluar dari Wad Diraja selepas menjalani pembedahan 'arthoscopic' pada lutut kiri di Hospital Kuala Lumpur di sini, hari ini. Turut kelihatan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor (kiri). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bergambar kenangan bersama doktor dan jururawat yang merawat beliau semasa menjalani pembedahan 'arthoscopic' pada lutut kiri di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini. Turut sama Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain (duduk, dua, kiri). Kredit : Bernama |
SpongeBob MEROMPAK Kedai 7-Eleven Posted: 02 Aug 2011 05:35 PM PDT ORLANDO – Nama SpongeBob SquarePants sudah cukup buruk apabila ia menjadi bintang pujaan bagi kanak-kanak. Kini, nama itu menjadi semakin buruk setelah ia didapati melanggar undang-undang. Menurut WPBF, seorang perompak yang menyamar dengan memakai topeng ski SpongeBob telah merompak sebuah kedai 7-eleven di Orlando, minggu lalu. Rakaman CCTV menunjukkan, salah seorang perompak memakai topeng berwarna kuning cerah itu manakala seorang lagi mengugut seorang pekerja. Tembakan juga sempat dilepaskan bagaimanapun tiada yang cedera. Inilah topeng ski SpongeBob yang digunakan salah seorang perompak. |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan