PENYAPU SIAL |
- bukti dakwaan Saiful palsu, sah ada skandal dengan Umno
- Panel Khas kerja terkutuk Najib untuk menutup kerja kotor BN
- perabih duit rakyat dengan bayar gaji buta ...Kabinet najib Bertambah Sampah sarap...Tiga termasuk ‘orang kuat’ Presiden MIC dilantik Senator
bukti dakwaan Saiful palsu, sah ada skandal dengan Umno Posted: 22 Aug 2011 03:30 PM PDT Terdapat bukti bahawa tuduhan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap Datuk seri anwar ibrahim, adalah palsu dan berniat jahat. Ini kerana Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis. Malah, Saiful juga bekas pelajar yang mempunyai hubungan dengan Umno dan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Dengan sejarah anwar sebagai seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.adalah mustahil beliau memperkosa si saiful peliwat ini.. Jika beliau telah menggunakan sebarang bentuk pengaruh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya.. Mengikut keterangan Saiful, dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang, 28 Jun 2008 untuk membincangkan perkara berkaitan kerja. Pada peringkat itu, Saiful mempunyai peluang dan sepatutnya telah melarikan diri, namun tidak berbuat demikian atas dengan memberi alasan takut. Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya.. Alasan Saiful bahawa dia diselubungi ketakutan adalah bercanggah dengan fakta kes tersebut, Saiful mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia “sesuatu yang menyakitkan.” Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual mesra dengan anwar. Pengadu bangsat ini tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebaliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari.. Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah anwar tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma,.. Sikapnya secara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari.. Saiful juga tidak terus membuat laporan polis dan membuat laporan perubatan dengan segera, sebaliknya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Selain itu, Saiful juga berjumpa Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku. Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu. Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar.. |
Panel Khas kerja terkutuk Najib untuk menutup kerja kotor BN Posted: 22 Aug 2011 03:18 PM PDT Kenyataan berhubung isu Perdana Menteri menubuhkan Panel Khas bagi menangani tanggapan awam terhadap tatacara pengendalian pilihan raya di Malaysia, adalah tindakan ini tidak ubah seperti helah beliau untuk menutup kerja kotor BN yang telah perkuda SPR yang sepatutnya badan ini bebas dari pengaruh mana-mana parti. Kita ingin persoal apakah hak mereka (Umno-BN) mengatakan bahawa tarikh pilihan raya adalah prerogatif (hak istimewa) , adakah ada mana-mana akta yang menyebut bahawa tarikh keramat tersebut merupakan hak kerajaan yang wajib dirahsiakan?. Tindakan menyembunyikan tarikh itu pun telah menyusahkan ramai pihak terutamanya Pakatan Rakyat, malah lebih merumitkan kebebasan akses media tidak berlaku, hal in terbukti apabila Pakatan tidak diberi peluang membuat kenyataan media di televisyen sepertimana BN. jadi kita ingin mencabar supaya Najib tunaikan dulu dua dari lapan tuntutan Bersih 2.0 , iaitu yang pertama gunakan dakwat kekal, dan yang kedua akses media yang bebas dan adil menjelang PRU 13 nanti. Kerajaan diharap jangan berdolak dalih lagi dengan cuma dua perkara ini, kedua ini jika dilaksanakan pun, dari segi kos, hampir tiada risikonya memandangkan dakwat telah dibeli pada 2008 cuma ia tidak dilaksana, manakala akses media, kerajaan cuma perlu buka pintu, beri laluan kepada wakil Pakatan untuk menyatakan sesuatu kepada rakyat, mudah, ringkas dan tiada kos. Berkenaan tarikh pilihanraya pula, perkara ini patut diumumkan kepada khalayak supaya semua warga Malaysia sempat membuat persiapan.Kalau kebanyakan negara yang mengamalkan demokrasi mampu melakukaknnya kenapa Malaysia tidak boleh umumkan tarikh pilihanraya lebih awal. Banyak tindakan indakan-tindakan Najib Razak meragukan, namun beliau mengajak supaya rakyat jangan letak sebarang keraguan, dalam isu penubuhan Panel Khas menurutnya tarikh PRU13 tiada kena mengena dengannya amat meragukan, BN gagal menipu rakyat dan DS Najib perlu diragui. Justeru kerajaan yang benar-benar “anak jantan” perlulah bersikap berani berhadapan dengan apa juga situasi, berdasarkan apa yang berlaku hari ini, Kerajaan BN bukanlah “anak jantan”, rakyat perlu tolak pemimpin yang pengecut seperti Umno-BN pada PRU 13 nanti demi menjaga maruah Negara yang semakin lama makin tidak bermaruah |
Posted: 22 Aug 2011 03:10 PM PDT
Pengerusi MIC Petaling Jaya Selatan V Subramaniam, yang diterima semula oleh Datuk G Palanivel selepas dipecat oleh kepimpinan Datuk Seri S Samy Vellu tahun lalu, dilantik sebagai senator. Subramaniam yang turut dikenali sebagai “Barat Maniam” mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara bersama Ketua Wanita MIC Selangor S Bagiam dan Pengerusi Parti Progresif Penduduk Melaka, Datuk Chiw Tiang Chai hari ini. Upacara itu disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, lapor Bernama Online. Samy Vellu, bekas presiden MIC, memecat Subramaniam tahun lalu dengan menggunakan kuasa presidennya ekoran kenyataannya mempertikaikan kepimpinan beliau, beberapa bulan sebelum melepaskan jawatannya. Ketika itu Subramaniam mendakwa Samy Vellu tidak menunaikan janji mahu melantiknya sebagai anggota Dewan Rakyat. Subramaniam memainkan peranan penting sebagai ‘pengurus’ ketika Palanivel bertanding semula mempertahankan jawatan timbalan presiden MIC pada 2009. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Subramaniam berkata: “Saya akan meneruskan kerja saya dalam parti seperti biasa, meskipun tiada jawatan ini sebelum ini, saya sudah melakukan kerja-kerja dalam parti.” “Sekarang saya ada platform, saya akan mengutarakan isu-isu berkaitan dengan kaum India dan rakyat negara ini,” kata beliau. Ketika ditanya mengenai nasibnya tahun lalu, Subramaniam berkata, “lupakan sahaja Samy Vellu, kita teruskan kerja untuk parti.” Ditanya sama ada beliau merasakan kepimpinan semasa telah menghargai sumbangannya dengan memberi jawatan senator, “ya fikir begitu.” Palanivel juga merupakan penerusi MIC Selangor. Subramaniam dipecat dari MIC tahun bersama tiga pemimpin lain iaitu Kumar Aamaan dan K.P Samy yang merupakan anggota jawatankuasa kerja pusat dan timbalan ketua Pemuda MIC pusat V Mugilan, yang juga Ketua Pemuda MIC Selangor dan Hulu Selangor pertengahan tahun lalu. Kesemua mereka telah diterima masuk ke dalam parti, sekali gus menimbulkan rasa tidak senang di kalangan segelintir ahli dan pemimpin MIC. Subramaniam, 56, dan Bagiam, 52, pula dilantik sebagai Senator buat pertama kali. Chiw, 54, yang juga Naib Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, dilantik semula selepas penggal pertamanya berakhir pada 2008.
malaysian insider |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan