Isnin, 22 Ogos 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


kes saiful peliwat : tiada kote...Najib, Rosmah dan Musa Hassan wajib disepina

Posted: 22 Aug 2011 03:29 AM PDT

 

Kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya bakal  menyaksikan pihak pembelaan menyampaikan sepina kepada tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datuin Seri Rosmah Mansor.

Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

Sebelum ini semasa sesi perjumpaan dengan peguam Anwar, minggu lalu, keempat-kempat mereka tidak mahu ditemubual.

Najib dan Rosmah juga memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang itu bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Sebelum ini, pasangan itu dilaporkan pernah bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri.

Mereka bertemu Mohd Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat.

Sejak hari pertama lagi, Anwar bertegaskan mendakwa wujud konspirasi politik ekoran laporan bahawa mereka bertiga mengadakan pertemuan sebelum insiden liwat didakwa berlaku.

Sepina juga akan dimohon dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang hanya dikenali sebagai'Suliati'.

Menurut peguam Karpal Singh , pihak pembelaan telah membuat permohonan dan menjangkakan saksi berkenaan akan tampil di mahkamah.

Ditanya sama ada, mereka boleh menolaknya, Karpal berkata tidak boleh dan sekiranya mereka berbuat demikian, waran tangkap boleh dikeluarkan ke atas mereka.

"Ia hanya boleh diketepikan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk berbuat demikian,” katanya.

Pada 1998, Anwar cuba membawa perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad ke mahkamah. Bagaiamapun peguam bekas perdana menteri itu berjaya mengenepikan permohonan tersebut.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

hai ...tangkap ikan bilis aje ke..???.....bapak jerung takut nak tangkap sekali ke...???... tak kan UMNOPORNO tak terlibat sama...ini lubuk duit maa...!!!...Berbillion Ringgit Duit Rakyat Hancus Di Sime Darby

Posted: 22 Aug 2011 03:19 AM PDT

 

SPRM wajar  menyiasat kerugian dalam Skandal Rasuah yang melibatkan syarikat Milik Kerajaan (GLC), Sime Darby Berhad (SDB) yang secara tidak langsung adalah juga milik rakyat. Oleh itu, Kerugian yang dialami turut melibatkan kerugian kepada rakyat dan negara. Projek Minyak dan Gas Bulhanine; Projek Minyak dan Gas Maersk Oil Qatar (MOQ), Projek Pembinaan Kapal MOQ, Maydan Mahzam di Qatar dan Projek Janakuasa Hidroelektrik Bakun merupakan empat projek yang dikatakan menjadi punca utama menyumbang kepada kerugian ini.

Antara faktor penyebab adalah kelewatan dan penanggungan kos yang berlebihan dalam beberapa projek sehingga menyebabkan Syarikat Sime Darby Berhad mengumumkan kerugian sebanyak RM964 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2010.

Sehubungan laporan kerugian tersebut, SPRM telah melancarkan ‘Ops Billion’ bagi menyiasat kes kerugian Sime Darby Berhad dalam konteks kesalahan rasuah. Hasil siasatan yang dilakukan telah membawa kepada penangkapan tiga orang pegawai kanan Sime Darby Berhad.

Tangkapan pertama melibatkan Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby Perkhidmatan Marin di Sime Darby Marine And Engineering Sdn. Bhd. atas dua kesalahan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00 daripada pemilik sebuah syarikat.

Suapan tersebut adalah sebagai balasan kerana membantu memperolehi kerja membekal Derrick Lay Barge (DLB) dan dua Anchor Handling Tugs Supply (AHTS) kepada Sime Darby Marine Sdn. Bhd. yang keseluruhannya berjumlah USD134 juta.

Pegawai tersebut juga menerima wang rasuah sebanyak USD2,500 sebulan daripada pemilik syarikat yang sama bermula Jun 2008 sehingga Februari 2010 dipercayai sebagai balasan membantu syarikat berkaitan kontrak berkenaan.

Ekoran daripada itu, bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 21 Disember 2010 atas satu pertuduhan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00 sebagai upah mencadangkan syarikat tersebut kepada pihak Sime Darby dalam mendapatkan kontrak pembinaan dan penjualan tiga buah kapal tunda (barge) bernilai USD134.2 juta (RM467.9 juta) dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.

Tangkapan kedua pula melibatkan Pengurus Besar Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Projek Antarabangsa di Bahagian yang sama atas dua kesalahan iaitu menerima rasuah dalam bentuk cek berjumlah RM99,000.00 daripada seorang kontraktor kerana membantu dengan pemberian maklumat harga bidaan supaya syarikat kontraktor berkenaan memperoleh kerja-kerja sub-kontraktor bagi kerja pembinaan yang bernilai RM14,430,000.00 dan juga kerja sistem paip tembaga daripada Sime Darby Engineering.

Ekoran daripada itu, Pengurus Besar Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Projek Antarabangsa tersebut telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Shah Alam pada 6 Ogos 2010 atas dua pertuduhan iaitu secara rasuah memperoleh suapan iaitu dua keping cek bernilai RM50,000.00 dan RM49,000.00 daripada seorang kontraktor.

Beliau turut menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan keuntungan secara langsung bagi dirinya dengan mendedahkan maklumat harga anggaran bidaan tanpa kebenaran pihak pengurusan Sime Darby Engineering Sdn. Bhd. dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.

Tangkapan ketiga pula melibatkan Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering atas dua kesalahan iaitu menerima rasuah bayaran kelengkapan perabot berjumlah RM33,600.00 dan seutas jam tangan berjenama ‘Rolex’ yang berharga RM21,700.00 kerana membantu meluluskan dan mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan berhubung Projek Kumang dan Tangga Barat Cluster Development Projek Fasa 1 dan Duplex Energy Sdn. Bhd.

Ekoran daripada itu, Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering Sdn. Bhd. telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Johor Bahru pada 3 Januari 2011 atas dua pertuduhan dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Atas inisiatif SPRM supaya satu tindakan yang lebih menyeluruh dapat dilakukan dalam kes ini, satu pasukan petugas yang terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah dibentuk bagi menyiasat kes ini di bawah bidang kuasa masing-masing.

Addin

tentera terlibat menipu pilihanraya ,panglima kote pro UMNOPORNO jangan cuba tegak benang basah....jangan babitkan tentera dalam politik...atau akan menerima padahnya kelak...!!!

Posted: 22 Aug 2011 03:14 AM PDT

Menteri atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar bertanggungjawab terhadap dakwaan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bahawa mereka diarahkan 'memangkah' undi pos untuk BN.

Dakwaan tersebut tidak seharusnya dijawab oleh ATM sendiri, pasukan beruniform yang berkecuali daripada politik kepartian.

Kita ingin tegaskan bahawa sepatutnya yang respon itu ialah menteri atau SPR, bukan yang beruniform.

Kita mahu ATM terus bersikap berkecuali, tidak terlibat dalam politik kepartian kerana mereka berkhidmat di bawah Yang Di-Pertuan Agong..

Mngulas tindakan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyangkal dakwaan empat bekas tentera minggu lalu bahawa wujud penyelewengan undi pos di kalangan anggota tentera.

Zulkifli sebaliknya mendakwa Pemuda PAS menggunakan bekas anggota tentera untuk memburuk-burukkan BN.

Anggota ATM harus kekal bersikap berkecuali dan hanya setia kepada Yang Di-Pertuan Agong serta tidak lagi muncul membuat kenyataan dalam isu membabitkan pilihan raya.

Sebarang usaha membawa ATM terlibat dalam politik kepartian akan membawa bahaya kepada keselamatan negara dan kecelaruan politik pada masa akan datang.

Kita harap kemunculan pasukan beruniform menjawab dalam hal pilihan raya itulah pertama dan terakhir, jangan diulangi lagi dan (Datuk Seri) Najib (Razak) kena hentikan perkara ini kerana kalau tentera terlibat dalam poilitik kepartian akan membawa keburukan daripada kejernihan

Khidmat cemerlang ATM diakui rakyat daripada merdeka hingga searang dan mereka mesti kekalkan prestasi itu sampai bila-bila..

Minggu lalu, empat bekas tentera muncul membuat pendedahan bahawa merekia diarahkan memangkah ribuan kertas undi pos anggota-anggota tentera lain dan kertas-kertas undi isteri anggota tentera, atas arahan pegawai atasan ATM.

Tiada ulasan: