PENYAPU SIAL |
Posted: 15 Aug 2011 04:42 AM PDT
Zahrain si katak lompat yang dibeli maruahnya oleh Najib Altantuya nampaknya terpaksa mencari isu untuk terus "hidup dan bernyawa" macam seorang lagi yang nak "bakar" Malaysiakini, Ezam Senatak. Ketakutan Zahrain timbul apabila Timbalan Menteri Luar Jerman, Werner Hoyer mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di kediaman Duta Jerman di Malaysia. Yang menjadi persoalannya, mengapa Hoyer berjumpa dengan Anwar dan bukan Najib Altantuya atau paling koman, Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay? Mengapa Zahrain tak marahkan Hoyer, sebaliknya marahkan pula Nurul Izzah yang turut hadir dalam majlis tersebut? Sememangnya Zahrainlah yang buta dalam politik dan istilah hubungan diplomatik. Dengan wang RM2 dia hendak membeli sebuah kelab golf di Pulau Pinang yang melondehkan tembelang sebenarnya selama ini. Perangai Umno-APCO memang cocok dengan ahli parlimen Bayan Baru ini. Menipu, putar belit dan cuba memperlekehkan orang lain padahal sebenarnya membodohkan diri sendiri. Hoyer boleh jumpa sesiapa saja yang dia mahu, Nurul Izzah boleh tulis dalam blognya bahawa pertemuan tersebut akan menjalinkan hubungan diplomatik lebih erat. Maka apa yang dikatakan Nurul Izzah sememangnya benar.
|
Posted: 15 Aug 2011 04:14 AM PDT Fenomena individu yang mempunyai lebih daripada satu identiti bukan sahaja terhad kepada daftar pemilih tetapi , mereka mempunyai bukti bahawa 'pengundi klon' berkenaan mempunyai dua MyKad dan juga dua keahlian Umno. Berikutan pendedahannya minggu lalu bahawa terdapat tiga 'pengundi klon' yang memegang keahlian Umno, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata semakannya di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan data keahlian anggota Umno mendapati beberapa ahli Umno juga mempunyai 'klon' dalam parti itu. Bukti-bukti yang Dewan Pemuda PAS berikan hanyalah tiga daripada ribuan data yang dimiliki. Tiga data ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa sesuatu yang serius sedang berlaku dalam sistem maklumat negara kita,.. Semakan di portal JPN - yang membenarkan orang ramai membuat semakan status dokumen pengenalan - mengesahkan bahawa pemilik tiga MyKad itu juga mempunyai MyKad tambahan. Perbezaan kedua-dua MyKad itu adalah dua dua digit terakhir kad pengenalan masing-masing. Tiga pengundi klon/ahli Umno yang didakwa itu adalah:
1.Azhar bin Ahmad MyKad pertama: 680713095049 (sah) No ahli Umno: 00412036 MyKad kedua: 680713095057 (valid) No ahli Umno: 01167397 2.Besah binti Mat MyKad pertama: 450713095002 (sah) No ahli Umno: 00405301 MyKad kedua: 450713095010 (valid) No ahli Umno: 00401132 3.Mansor bin Ahmad MyKad pertama: 481104025705 (sah) No ahli Umno: 00145824 MyKad kedua: 481104025713 (valid) No ahli Umno: 00144136
Menurut kenyataan Suhaizan, berdasarkan bukti berkenaan, maka adalah mustahil bagi Umno tidak mengetahui manipulasi yang berlaku itu. “Manipulasi ini bukan sahaja melibatkan SPR tetapi melibatkan secara terus kepada pertubuhan Umno, sebuah parti yang menjadi tunggak pemerintah BN yang semakin reput dimamah usia... “Jika terbukti Azhar Bin Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad pernah mengundi dua kali dalam pemilihan peringkat cawangan maka mungkin banyak mesyuarat cawangan Umno menjadi tidak sah. “Seterusnya Umno bakal berdepan dengan krisis 1988 yang menyebabkan pertubuhannya diharamkan. Ini merupakan manipulasi yang sangat serius berlaku dalam negara. Ahli-ahli Umno berhak mendapat penjelasan daripada presiden mereka,” kata Suhaizan. Menurut beliau lagi, presiden Umno dan ketua Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) perlu menjelaskan kepada rakyat di negara ini berhubung manipulasi yang berlaku. “Pemuda PAS juga mendesak agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia bagaimana Azhar Bin Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad boleh mengundi dua kali. “Tan Seri Aziz, Pengerusi SPR jangan hanya mencari alasan bahawa manipulasi ini hanyalah perkara kecil. Kalau manipulasi ini kecil bagaimana Dewan Pemuda PAS boleh memiliki ribuan bukti terhadap masalah ini,” katanya. Sehubungan itu, katanya, suatu badan bebas harus ditubuhkan untuk menyiasat manipulasi yang telah dibuktikan selama ini. |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan