PENYAPU SIAL |
- wang rasuah bina banggunan UMNOPORNO dan bandar pengemis utama di dunia....!!!
- ahhhh...kenyataan otak letak di kepala lutut Rais...dia ingat orang lain sama macam dia dan kuncu kuncu PORNO nya jugak....!!!
- zahid hamidi..nama aje berpendidikan islam kununnya...rupa tarbiyah samseng...cari publisiti murahan isu penggunaan pembesar suara di masjid....!!!
- Pusat pungutan zakat jadi PUSAT PUNGUTAN ZAKAR....Saudara Baru Terpaksa Masak BABI, Tidur di Kaki Lima....!!!
wang rasuah bina banggunan UMNOPORNO dan bandar pengemis utama di dunia....!!! Posted: 14 Aug 2011 07:02 AM PDT Mengikut sumber dalaman yang boleh di percayai Bangunan Pejabat UMNO Semporna yang terletak berhadapan KFC, dibina dan dihadiahkan oleh pemilik sebenar Ternama Tabah Sdn.Bhd, Albert Chan Sew Leang yang mendapat kontrak ratusan juta ringgit daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Menurut maklumat yang diterima Bangunan UMNO Semporna adalah ‘Mercutanda Rasuah’ terunggul di Semporna yang telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, tetapi memandangkan Menteri KKLW, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilindungi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, maka beliau selamat buat sementara waktu. Albert Chan Sew Leang merupakan tokoh penting di zaman Parti Bersatu Sabah (PBS) dan pernah menjadi proksi Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan rakan kongsi adiknya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Kini, Albert Chan merupakan salah satu kroni dan proksi Shafie dalam kegiatan Penggubahan Wang Haram melalui projek pembangunan termasuk NKRA yang disalurkan melalui Ternama Tabah Sdn. Bhd dan beberapa syarikat dormant lain. Albert Chan bukan sahaja bijak memburu projek, malah bijak melarikan cukai kerana semua syarikatnya mencatatkan kerugian sekalipun mendapat keuntungan beratus juta ringgit setahun. Sewajarnya SPRM membuka kertas siasatan kerana UMNO Semporna tidak mempunyai wang untuk membina bangunan sendiri melainkan secara ‘Project Swap’ sebagaimana dipraktikkan Shafie selama ini. Jika Ahli UMNO Semporna masih tidak sedar dengan jenayah kolar putih yang dilakukan Shafie, mereka akan terus ditindas sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun akan datang; sebelum ada pihak yang berani menentang Shafie dalam pilihanraya umum kelak. Andai Sindrom Bog Bog, jika masih kental dan bersemadi dengan jatidiri masyarakat Semporna, maka Semporna akan terketinggalan 30 tahun di belakang Lahad Datu dan menjadi Bandar Pengemis Pertama di Dunia! |
Posted: 14 Aug 2011 06:52 AM PDT
Kenyataan bangsat Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berhubung upah RM50 kepada peserta himpunan Bersih 2.0 wajar di tolak Sambil menyifatkan Rais sudah kehabisan modal dalam menyatakan pendiriannya, Rais perogol amah ini wajar agar tidak menyamakan peserta himpunan Bersih 2.0 dengan mereka-mereka yang perlu disogok untuk melakukan sesuatu. Dia (Rais) anggap semua orang sama macam dalam Umno, nak buat sesuatu itu mesti dengan bayaran, nak pergi mana pun dengan bayaran. Jadi inilah budaya dalam Umno selama ini bahawa majlis keraian, menyambut pimpinan mereka boleh ramai kerana diberikan duit, diangkut dengan bas. Rais tak boleh berfikir luar daripada kotak pemikiran Umno. Kalau Umno berjaya menghimpunkan orang dengan duit, jadi orang lain pun hanya akan buat dengan duit...itu UMNO...bukan kita Rais semalam mendakwa ada peserta himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu diupah RM50 setiap seorang untuk memakai baju kuning, malah mendakwa mereka juga diberi makanan untuk berbuat demikian...wooii...Rais banggang...tunjuk bukti baru boleh cakap... Rais juga membuat kesimpulannya sendiri dengan menyatakan bahawa sebilangan rakyat yang menyertai himpunan itu bukan bertujuan untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tetapi bermatlamat politik....politik kepala burid ko rais....!!! Malah beliau turut mengaitkan himpunan aman di negara ini dengan rusuhan di London. Adakah mereka (Umno) nak katakan bahawa kalau (rakyat) Malaysia yang keluar Bersih itu dibayar dengan duit, (jadi) adakah mereka nak katakan mereka yang keluar buat rusuhan (London) dibayar dengan duit? Hampir 100,000 orang yang hadir di Kuala Lumpur tapi tidak ada rusuhan, sebaliknya yang merusuh adalah pihak polis. Pihak keselamatan yang merusuh peserta perhimpunan, yang datang dengan penuh kesopana.... Rais dan parti pemerintah hakikatnya harus akur bahawa punca kebangkitan rakyat adalah rentetan pelbagai masalah yang dihadapi mereka termasuk kos sara hidup yang semakin meningkat dan tidak setara dengan gaji mereka. "Apapun dia (Rais) mengatakan punca demonstrasi tu menunjukkan bahawa dia perlu mengakui bahawa rakyat negara kita ini berhadapan dengan masalah yang besar. Kalau dia kata tekanan hidup, bermakna rakyat tertekan dengan kos hidup kerana ketidakadilan dalam pelaksanaan pemerintah negara kita ini.. Pada 9 Julai lalu ribuan rakyat Malaysia menongkah ledakan gas pemedih mata dan pancutan air kimia demi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya. Dalam perhimpunan itu hampir 1,700 orang ditahan termasuk kepimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan Pakatan Rakyat. Ia nyata sekali berbeza dengan apa yang berlaku di London pada 4 Ogos lalu apabila ribuan rakyatnya memprotes kematian seorang lelaki akibat tembakan polis di Tottenham, utara London. Keesokan harinya, beberapa pemuda bertopeng memulakan rusuhan, merosak dan membakar kedai. Kejadian itu merebak ke bahagian lain di London seperti Croydon dan Bayswater sebelum merebak ke arah Utara England dengan kejadian sama dilapor di Birmingham, Liverpool dan beberapa tempat lain |
Posted: 14 Aug 2011 06:15 AM PDT
Bagai sudah di jangka pasti ada pemimpin UMNO yang akan jadikan bahan politik murahan berikutan keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang memutuskan bahawa bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum waktu solat subuh adalah dilarang menurut hukum syarak. Tetapi kita tidak pula menyangka yang pemimpin tersebut adalah naib presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seorang yang berlatar belakangkan pendidikan Islam. Yang lebih mendukacitakan apabila Zahid mengaitkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama bagi negeri Pulau Pinang dan mempersalahkan pentadbiran negeri pimpinan Lim Guan Eng. Yang hairan kenapa Zahid tiba-tiba mempersoalkan keputusan Majlis Fatwa yang tidak berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Zahid mengaitkan pengeluaran fatwa itu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau JAIPP dan kerajaan negeri. Di sinilah letak kesilapan besar oleh Zahid kerana JAIPP bukanlah badan atau pihak yang mengeluarkan fatwa tersebut tetapi hanya mengedar pekeliling fatwa berkenaan kepada semua masjid dan surau di negeri Pulau Pinang. Yang buat fatwa adalah Majlis Fatwa bukan JAIPP, oleh itu JAIPP tidak boleh dipersalahkan kerana ia tiada kuasa atau hak untuk mengeluar fatwa. Tak kan inipun Zahid tidak tahu. Zahid juga kurang bijak dan salah apabila dia menuduh kononnya larangan yang dikeluarkan oleh JAIPP adalah atas arahan pentadbiran kerajaan negeri. Amat jelas Zahid bermain politik murahan kerana pentadbiran negeri tiada kaitan dan kena-mengena dengan pengeluaran fatwa. Ini dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abul Kassim. Sebuah NGO yang dinaungi oleh semua jawatankuasa kariah masjid seluruh Pulau Pinang diketuai oleh Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Yusof Latif menerima dan menghormati keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang dan menasihati semua masjid dan surau akur akan larangan itu. Jadi, kenapa Zahid Hamidi pula yang melenting tak tentu pasal jika bukan kerana dia sengaja mempolitikkan isu. Zahid juga menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai tidak sensitif terhadap agama Islam dan ia seharusnya merujuk fatwa itu kepada Agong. Dalam pada itu, Mufti Kerajaan Negeri Perlis Dr Juanda Jaya menyokong tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara sebelum waktu solat subuh. Perlis sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuatkuasakan larangan itu di masjid dan surau, kata Dr Jaunda sambil menjelaskan bahawa mikrofon masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja, pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh. Saya ingin tahu daripada Zahid adakah kerajaan negeri Perlis juga tidak sensitif terhadap agama Islam .... Dr Juanda berkata ia adalah amalan yang menepati kehendak sunah Nabi Muhammad s.a.w. Sementera itu, mantan Mufti Perlis Prof. Madya Dr Mohamad Asri Zainul Abidin juga menyokong fatwa tersebut yang disifatkannya sebagai arahan nabi dan selaras dengan kehendak syarak. Dr Asri, anak kelahiran Pulau Pinang, berkata apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan.
|
Posted: 14 Aug 2011 06:06 AM PDT
KUALA LUMPUR: Menyedihkan apabila seorang saudara baru terpaksa bekerja sebagai tukang masak yang menyediakan hidangan Bak Kut Teh atau makanan berteraskan daging babi di sebuah restoran di Kuala Terengganu, Terengganu kerana tiada pilihan lain bagi meneruskan kelangsungan hidup. Akibatnya, lelaki berusia 44 tahun itu hanya mampu menitiskan air mata setiap kali menjelang waktu solat kerana terpaksa menyamak untuk menunaikan kewajipannya, selain sering dihina kononnya menyamar Muslim untuk menagih bantuan. Khalid Lim Abdullah (bukan nama sebenar) mendakwa terpaksa melakukan kerja berkenaan kerana tidak mampu melakukan tugasan lain selepas disisihkan keluarganya di Shah Alam, Selangor, selain sukar diterima bekerja di kedai Muslim akibat penampilan dan kebolehan memasaknya yang terhad. Walaupun hanya memasak bergantung kepada permintaan, hidangan Bak Kut Teh disediakannya setiap hari kerana kebanyakan pengunjung pasti menikmati menu masakan terbabit yang didakwa mempunyai kelainan. Kisah sedih Khalid didedahkan Pengerusi Persatuan Islam Saudara Baru Terengganu (PISBT), Mohd Jaafar Ng Abdullah yang berharap pihak berwajib dapat memainkan peranan lebih proaktif untuk membantu saudara baru bagi mengelak mereka kembali kepada ajaran lama, terutama apabila dibelenggu kemiskinan. Bagi memastikan dakwaan Jaafar berasas, wartawan Metro Ahad menghubungi nombor telefon diberikannya dan sempat berbual dengan Khalid. Lelaki berkenaan mengakui memeluk Islam di Shah Alam sejak tiga tahun lalu dan mendalami agama di sebuah pondok di Kelantan dan kini menetap di Terengganu. Pada masa sama, wakil Metro Ahad di Terengganu turut menemui lelaki berkenaan dan terkejut mendapati sekujur tubuh meringkuk di kaki lima bangunan stesen bas dan sempat merakam gambarnya. Berikut luahan hati Khalid. “HANYA Tuhan tahu perasaan saya setiap kali ketika menyediakan makanan haram itu, ada kalanya saya memasak sambil menangis namun apakan daya, itu saja yang mampu saya lakukan untuk mencari sesuap nasi. Memang saya jijik dengan apa dilakukan tetapi biarlah apa orang lain nak kata, asalkan saya tahu apa saya buat dan biar Allah saja menghakimi saya. Untuk pengetahuan semua, saya masih Islam dan mengamalkan ajarannya, cuma kadangkala saya rasa begitu jauh kerana masih melakukan perbuatan ditegah agama walaupun ia jelas dinyatakan dalam al-Quran. Sebenarnya saya memeluk Islam sejak tiga tahun lalu di Shah Alam, Selangor dan selepas ditinggalkan isteri yang membawa bersama anak kami (kini berusia tiga tahun setengah), saya mendapatkan perlindungan di Terengganu. Pada awalnya, saya menerima bantuan daripada pihak berwajib, namun ia tidak bertahan lama selepas timbul satu isu oleh agensi berkaitan. Isu itu timbul selepas 40 saudara baru seperti saya membuat laporan polis sebelum dinasihatkan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ada antara kami menerima bantuan tidak seragam iaitu RM20, RM50 dan RM100 selepas diminta menurunkan tandatangan dan cap jari tanpa diberi resit. Kami mengadu kepada PISBT tetapi tiada apa dapat dilakukan, menyebabkan kami membuat laporan polis namun selepas itu saya langsung tidak menerima bantuan, menyebabkan saya merayu kepada pihak pemberi bantuan supaya saya diberi pekerjaan bagi meneruskan kehidupan tetapi dimaklumkan tiada perkhidmatan mencari pekerjaan daripada jabatan terbabit. Saya hanya tahu memasak makanan Cina, puas saya mencari kerja di restoran Melayu tetapi mereka lebih gemar mengambil pekerja dari Thailand, menyebabkan saya terpaksa hidup bergelandangan dan tidur di kaki lima masjid dengan menerima penghinaan orang ramai. Mana tidaknya, penampilan saya yang tidak kelihatan seperti orang tempatan atau orang Melayu menyebabkan saya dihina. Bagaimanapun, ada juga yang simpati dengan nasib saya apabila dibenarkan tidur di luar Stesen Bas Sri Tanjung, Kuala Terengganu dan jika kesejukan, saya tidur di stesen bas. Pernah satu ketika, saya dituduh menyamar Islam ketika menunaikan solat, malah pernah juga saya ditangkap Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika meminta sedekah... memang saya meminta sedekah tapi pernahkah mereka bertanya mengapa saya berbuat demikian? Kerana tidak tahan hidup dalam kepayahan, saya mencuba nasib di sebuah kedai makan bukan Islam dan diterima bekerja sebagai tukang masak dengan gaji RM700 sebulan serta telefon bimbit, namun walaupun sudah bekerja saya masih terpaksa bergelandangan. Saya masih mempunyai anak, makan dan pakai anak serta saya sendiri siapa perlu tanggung? Jika saya menyewa bilik sekalipun, berapa sangatlah yang tinggal, saya bersyukur kerana mempunyai pekerjaan tetapi sedih kerana tidak mampu memiliki keluarga bahagia. Saya menyewa bilik air RM15 sebulan manakala selebihnya digunakan untuk makan, ubat dan tambang ke tempat kerja, ada kalanya saya berjalan ke restoran. Memang saya pernah tinggal di asrama disediakan pihak berwajib, tetapi paling lama pun hanya tiga bulan dan akan diminta keluar, dalam tempoh itu saya tidak bekerja dan hanya menerima bantuan RM50 sebulan daripada pihak berkenaan, saudara pernah bertugas di Terengganu, berapa lama RM50 boleh bertahan? Pada Ramadan ini, setiap kali menunaikan solat, saya menangis kerana terpaksa menyamak tangan yang menghidangkan makanan haram... saya tidak berdaya, hanya itu yang mampu saya lakukan. Kadangkala saya bersahur dengan meneguk air sejuk tetapi bersyukur kerana makanan berbuka saya masih mengikut sunnah nabi iaitu kurma yang diberi dalam masjid. Hendak mengikut pengerusi (Jaafar) ke Melaka, tiada sebarang janji diberikannya bagi menjamin saya mendapat pekerjaan dan saya khuatir akan menerima nasib sama, malah mungkin lebih teruk seperti dialami sekarang. Selepas Aidilfitri, saya akan pergi pula ke pejabat agama di Selangor, tempat saya mengucap dua kalimah dan bertanyakan peluang pekerjaan di sana dan bertemu anak dan isteri yang memberi kata dua supaya kembali ke agama asal untuk diterima semula. Saya juga ditawarkan peluang pekerjaan di Singapura dengan gaji besar secara bersyarat, tetapi setakat ini masih tidak sanggup menerima tawaran itu kerana takut hukuman Allah yang menutup pintu taubat kepada mereka yang murtad. Saya hanya berdoa semoga keluarga saya menerima hidayah dan petunjuk daripada-Nya selain diberikan kekuatan bagi meneruskan kelangsungan hidup.” P/s: Sekali lagi timbul soal birokrasi agensi kerajaan dan pengagihan wang zakat yang tidak efektif. Setiap tahun wnag zakat dikutip, ke mana wang itu diagihkan? Seperkara lagi mualaf ini menimbulkan isu penyelewengan wang bantuan sehingga perlu membuat laporan polis dan SPRM. Berkaitan: [HM] MELAKA: Penderitaan dialami Khalid Lim Abdullah, 44, antara contoh kurangnya pembelaan daripada pihak berwajib untuk membantu golongan mualaf miskin hingga mendedahkan mereka kepada perbuatan murtad. Akibatnya, dengan pengetahuan agama masih di peringkat awal dan mengalami dugaan berat, ada antara mereka kembali menukar agama, sama ada kepada yang asal atau baru. Bagaimanapun, ada juga golongan mualaf sanggup menghadapi dugaan berat dan kekal Islam walaupun diburu ahli keluarga, selain dihampiri pendakwah agama lain. Pengerusi Persatuan Islam Saudara Baru Terengganu (PISBT), Mohd Jaafar Ng Abdullah (gambar) berkata, beliau sering menerima maklumat daripada ahlinya yang didampingi pihak tertentu secara bersemuka yang menawarkan bantuan wang tunai tetapi bersyarat, iaitu perlu menghadiri kelas ceramah di lokasi tertentu berkali-kali. “Selepas pelawaan mereka ditolak beberapa kali, golongan ini meletakkan risalah dan cakera padat (CD) ceramah dalam peti surat rumah sewa saudara baru ini dan yang peliknya, bagaimana mereka menerima maklumat golongan berkenaan. “Sebenarnya pendekatan yang mereka gunakan adalah halus kerana ia tidak menggunakan paksaan tetapi agresif, menyebabkan golongan saudara baru ini tidak tahan dan mengadu hal kepada saya, namun tiada apa dapat saya lakukan kecuali membawa golongan ini keluar dari kawasan tertentu atau sekadar nasihat jika mengalami kesulitan, terutama bagi yang bekerjaya. “Apapun, saya terpaksa memastikan nasib mereka terbela supaya mereka dapat meneruskan hidup sebagai orang Islam,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, di sini. penyapu sial kan aku dah kata majlis agama islam nie memang SIAL ,CELAKA DAN PUKIMAK....selagi UMNOPORNO yang jadi setan di dalamnya...pungutan zakat untuk syok sendiri...jolisakan untuk kepentingan nafsu sendiri dan kroni...umat islam yang daif termasuk mualaf yang baru memeluk agama islam dan para janda di abaikan kebajikan mereka menurut kelayakan penerima zakat...kata khir emak bapak pukimak...umat islam jangan suka meminta minta...memang umat islam kena minta haknya bila dalam keadaan kesempitan...itu guna pungutan zakat...kalau dah lepas tangan dan tak bertanggungjawab...jangan salah umat islam yang daif meminta pertolongan dari orang kafir...kalau majlis agama islam sendiri pun macam BANGSAT....!!! |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan