Rabu, 3 Ogos 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


konspirasi terancang...SPR,JPN dan KDN berkomplot ...tak kan PR nak biarkan UMNOPORNO-BN mengekalkan kuasa secara haram....!!!

Posted: 03 Aug 2011 05:47 AM PDT

ini dia selain dari mismah...

Kita  yakin penemuan dan pendedahan Penduduk Tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi dan kemudiannya ditukar menjadi warga negara bukan kesilapan teknikal, tetapi satu konspirai terancang.

Ini  mengulas isu seorang penduduk tetap bernama Mismah yang didaftar sebagai pengundi dalam laman web SPR.
Status Mismah dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara sebagai penduduk tetap bagaimanapun bertukar pada sebelah petang sebagai seorang warganegara, selepas isu itu didedahkan oleh media internet, semalam.
Jika ia kesilapan teknikal, mana mungkin boleh berlaku sepantas itu dan melibatkan bukan seorang penduduk tetap, malah ribuan lagi.

Kita  yakin ini bukan silap, ini sememang  disengajakan...

Sementara itu, penafian yang dibuat pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang mendakwa isu itu berpunca akibat kecuaian teknikal JPN adalah merupakan alasan yang tidak masuk akal dan melepas batuk di tangga setelah kantoi
Aziz juga mendakwa kemungkinan senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini.
Bagaimana pun kita  merasa hairan mengapa SPR menjadi “tukang jawab” bagi pihak JPN.


SPR jangan nak tolong jawab bagi pihak JPN la. Kita tahu SPR terima senarai yang salah, tapi kenapa terima juga…
Menang Tidak mustahil SPR, JPN dan KDN berkomplot dalam perkara ini..


Semalam, pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap pada sebelah pagi, berubah kepada warga negara pada petangnya.


Selain Mismah, 52 nama lain juga turut dikesan bertukar status dan didaftar sebagai pengundi di beberapa parlimen di Kuala Lumpur.

 

penyapu sial

 

 

cadangan wa....saman aje  SPR,JPN dan KDN...supaya mereka ini di hukum dan organisasi sebegini di bersihkan dari anasir politik murahan UMNOPORNO...konspirasi terancang  sebegini  yang mana negara komunis pun tak buat kerja terkutuk  macam ini...

BIOMETRIK....bangsat punya SPR patut lah sibuk nak menatang haram nie....ini rupanya kerja terkutuk hang...apa ingat rakyat BODOH macam kamu kah...?????

Posted: 03 Aug 2011 05:27 AM PDT

 

Jangan terkejut jika bukan Mismah sahaja yang statusnya penduduk tetap disebelah pagi bertukar menjadi warganegara sebelah petang, malah pertukaran serupa turut melibatkan ramai lagi.

Selepas heboh laporan menceritakan "kecekapan luar biasa" Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukar taraf kewarganegaraan Mismah dalam masa empat jam, 52 lagi kes serupa ditemui PAS Titiwangsa.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Timbalan Yang Dipertua PAS Titiwangsa Khairul Anuar Manap mendedahkan perkara itu dikesan kira-kira jam 2.30 petang.

Menurutnya, kira- kira jam 9.15 pagi tadi, petugas IT PAS Wilayah Persekutuan dan Titiwangsa berjaya mengesan 52 orang pemilih yang berstatus penduduk tetap di dalam Rang Daftar Pemilih suku ke-2 bagi tahun 2011.

Kemudiannya senarai tersebut dikeluarkan dan disemak di dalam sistem semakan MyKad dan MyPR Jabatan Pendaftaran Negara di alamat http://www.jpn.gov.my/semakic/ dan mendapati kesemua 52 orang tersebut berstatus Permastautin Tetap atau PR.

Senarai status penduduk tetap yang di kesan itu ialah, 28 nama di parlimen Titiwangsa, Segambut (5), Batu (8), Wangsa Maju (4), Bandar Tun Razak (1), dan Lembah pantai (6).

"Petugas IT PAS wilayah terus mencetak atau "print screen" semua gambar kad penduduk tetap tersebut daripada sistem semakan JPN dan menyertakan senarai nama dan dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pendaftaran Negara (SPR) Wilayah Persekutuan di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Raja Muda Abd Aziz untuk tujuan bantahan.

"Kira-kira jam 2.30, iaitu sebelum mengisi borang bantahan senarai Rang Daftar Pemilih, pegawai SPR mengesahkan kesemua senarai 52 orang itu adalah warganegara melalui sistem semakan JPN.

"Petugas PAS cuba mengesahkan semula dan ternyata semua nama tersebut telah bertukar menjadi warganegara hanya selepas berberapa jam," ceritanya.

Lebih pelik katanya, bagaimana semua 52 nama itu boleh terlepas masuk dalam rang daftar pemilih sedangkan semuanya berstatus penduduk tetap atau soalnya, apakah ada suatu komplot antara SPR dan JPN dalam usaha memenangkan parti Umno BN.

Sehubungan itu, beliau berharap agar perkara ini tidak dipandang remeh oleh pihak berkuasa dalam negara dan dapat menyelesaikan dengan kadar segera sebelum tindakan yang lebih drastik diambil.

Petang tadi, negara digemparkan dengan seorang penduduk tetap (PR), Mismah yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, bertukar menjadi warganegara dalam masa beberapa jam.

Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama JPN di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Pendedahan dan penemuan terbaru itu bakal memberi tekanan baru kepada SPR yang selama ini mendakwa tiada manipulasi dalam daftar pemilih dan senarai pemilih sudah dibersihkan.

Menjelang PRU ke-13, dijangkan lebih banyak lagi pendedahan akan dibuat Pakatan Rakyat berhubung penyelewengan pihak tertentu dalam usaha memenangi pilihan raya dengan cara yang tidak demokratik.

JOM LANCAR BERSIH 3.0...UMNO PORNO - BN Gadai keselamatan negara demi secebis kertas undi

Posted: 03 Aug 2011 04:10 AM PDT



















Keselamatan negara kita akan tergadai sekiranya rakyat asing boleh menjadi warganegara dalam masa beberapa jam sahaja, malah dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengundi.
Berdasarkan bukti-bukti tentang penipuan yang sedang berlaku dalam senarai pengundi, pilihan raya umum ke-13 akan datang bakal menjadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah Malaysia...

Penipuan terbaru terbongkar apabila Malaysiakini melaporkan bahawa pemastautin tetap (PR) rakyat asing telah dibenarkan mendaftar sebagai pengundi.
Malah yang lebih mengejutkan ialah dalam masa empat jam sahaja, status pengundi baru yang menimbulkan kecurigaan itu telah ditukar daripada pemastautin tetap kepada warganegara Malaysia, mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)..



Ini  mengulas laporan Malaysiakini petang kelmarin mengenai seorang individu bernama "Mismah" dengan kad pengenalan bernombor 640704-71-5238 yang mempunyai PR yang mendaftarkan diri sebagai pengundi. Dalam laporan yang dikemaskini kemudian, Malaysiakini melaporkan "Mismah" sudah menjadi warganegara, tidak sampai empat jam selepas laporan berita asal disiarkan.

Penipuan itu membuktikan wujudnya konspirasi keji di antara Barisan Nasional, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan JPN untuk menipu secara besar-besaran dalam PRU akan datang.
Konspirasi penuh penipuan itu turut membuktikan bahawa cadangan sistem biometrik untuk pilihan raya sebagaimana yang dicadangkan oleh SPR untuk "membanteras pengundi hantu" jelas gagal sebelum dimulakan.
Jika sistem JPN kita boleh dimanipulasi begitu mudah, tidak ada sebarang jaminan kukuh bahawa kerajaan dapat memastikan sistem biometrik yang bernilai beratus juta ringgit itu akan menjamin pilihan raya yang bersih, telus dan selamat..

Penipuan demi penipuan dibongkarkan setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menggesa BN untuk mencapai kemenangan dengan apa cara sekali pun.
Kita mengingatkan semua pihak bahawa "penganugerahan" kepada rakyat asing, terutamanya dari Indonesia, untuk menjadi warganegara pernah dilakukan melalui Projek IC atau Projek M di Sabah (sewaktu era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad) bagi mengurangkan kuasa politik Bumiputera di negeri itu.
Sebagaimana yang diketahui umum, , Sabah mengalami pertambahan penduduk yang luar biasa setelah ramai warga asing menjadi rakyat Malaysia dalam masa yang amat singkat.

BN juga menggunakan rasuah wang dalam pilihan raya, sebagaimana yang dibuktikan sewaktu pilihan raya negeri Sarawak April lalu, dan jika tekanan dan pembelian undi ditolak oleh rakyat, BN menggunakan apa sahaja cara untuk menipu dalam pilihan raya.
Kerajaan BN yang turut menguasai media massa dan agensi keselamatan negara terus mengekang dan menekan rakyat termasuk memperlekeh serta menindas perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hanya bertujuan membersihkan amalan pilihan raya di nehara ini.

Justeru itu, tuntutan pertama Bersih 2.0 menekankan tentang pelaksanaan usaha membersihkan senarai undi, iaitu dengan menyingkirkan segera 'pengundi hantu' seperti orang yang telah meninggal dunia, yang berganda pendaftaran, yang bukan warganegara dan sebagainya.
Sementara itu, Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menafikan pemastautin tetap telah didaftarkan sebagai pengundi, dengan member alasan ia mungkin kesilapan teknikal oleh JPN.

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini," katanya.
Penjelasan Abdul Aziz telah dibidas oleh Ahli Parlimen DAP Tanjung Chow Kon Yeow kerana tidak cukup maklumat serta tidak menerangkan bagaimana "kesilapan teknikal" itu boleh berlaku.
SPR tidak boleh bersembunyi di sebalik alasan yang lekeh itu kerana tanggungjawabnya ialah memastikan kesahihan senarai pengundi.

Kejadian ini telah menggambarkan betapa seriusnya masalah penyelarasan antara agensi kerajaan yang pasti menjejaskan keyakinan rakyat terhadap proses pilihan raya kita..
Kita juga  mempersoalkan bagaimana rakyat negara asing boleh menjadi pengundi di Malaysia menjelang PRU ke-13 akan datang.

Kita  minta SPR dan JPN menyatakan secara terperinci jumlah rakyat asing yang telah menjadi warganegara Malaysia yang didaftarkan sebagai pengundi untuk tiga tahun sebelum ini.
Pengundi Malaysia berhak untuk tahu sama ada berlaku penyelewengan dalam trend senarai undi.Kita  amat berharap institusi-institusi kerajaan  tidak menjadikan rakyat asing sebagai pengundi semata-mata hanya kerana mahu mengekalkan rejim yang korup sebagai kerajaan...

KOMUNIS tak buat kerja macam ini.........bahaya bila UMNOPORNO terus untuk mengekalkan kuasa....sanggup MENGHIANATI NEGARA dengan apa cara......!!!.

Posted: 02 Aug 2011 03:37 PM PDT

NONE

 

Keadaan sekarang cukup merbahaya apabila seorang penduduk tetap (PR) yang didaftarkan sebagai pengundi baru dengan "sekelip mata" boleh bertukar menjadi warganegara negara ini.

Kita sudah menjangkakan perubahan itu atau pelayan (server) Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) akan ditutup.

Ternyata jangkaan kita  semua adalah  benar apabila Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 (petang) maka status PR dengan mudah bertukar kepada warganegara.

Inilah bukti yang jelas bahawa negara Malaysia dalam keadaan yang cukup merbahaya apabila status warganegara dipermainkan oleh pihak berkepentingan ( UMNOPORNO )  dalam negara ini...

Tindakan itu memberi maksud bahawa "Mismah menjadi warganegara dalam beberapa jam sahaja".

Sebelum ini, kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan PR yang memegang kad MyPR merah didaftarkan sebagai pengundi baru, rekod dalam taliannya bertukar kepada warganegara dan memiliki MyKad biru.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Kita juga telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi.

Mereka didaftarkan hampir di setiap negeri  dan Pemuda PAS yang  mengesan perkara ini telah memuat turun data-data kad pengenalan PR dengan banyak sekali..

Sehubungan itu, kita  itu mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini.

Suatu suruhanjaya diraja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini...

'syaitan APCO' terus bekerja walau di bulan Puasa....!!!

Posted: 02 Aug 2011 03:24 PM PDT

 

"MB Azizan tenat." Begitulah tajuk yang SS kutip dari sebuah blog upahan UMNO. Sewaktu umat Islam sibuk beribadah di bulan Ramadhan, puak-puak ni barangkali tak reti dosa pahala terus selesa dengan kerja memfitnah, mengutuk dan menghina pemimpin PAS.

Tulis blogger UMNO itu lagi: Gamaknya dikala ini sebilangan para pendukung parti kebajikan PAS yang prihatin sedang kusyuk mendoakan keselamatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan yang dilapurkan sedang berada dalam keadaan tenat di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.

Mungkin beban memerintah negeri Kedah yang dulu hanya dibangkang selagi boleh, terlalu berat untuk ditanggung Ustaz Azizan. Lagipun siapalah yang menyangka PAS akan menang dan memerintah Kedah dalam pilihanraya 2008 ye tak. Semua itulah yag menjejaskan kesihatan Ustaz Azizan kini.

Kita percaya, apa pun musibah yang melanda pasti ada sebab dan hikmah disebaliknya. Kebetulan atau apa, Ustaz Azizan baru-baru ini terpalit skandal menurut cakap DAP dalam hal menutup pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan.

Bercakap gah tentang Islam dan kemudiannya menurut dengan lembut segala kehendak kafir seperti DAP, dikalangan manusia pun sudah begitu hina sekali pandangannya. Apatah lagi keputusan flip flop itu berkaitan dengan Islam dan prinsip yang kononnya menjadi tunjang parti PAS. Mungkin Allah swt marah dan tidak redha dengan perbuatannya itu.

Begitulah wajah UMNO yang ditarbiyah Yahudi APCO. Bagi mereka setiap musibah yang melanda pemimpin PAS adalah satu berita gembira yang mesti diraikan dan inilah masa 'memulang paku buah keras'. Keras sungguh hati mereka, lebih keras dari batu.

Sewaktu Dato' Seri Najib melawat Kedah, Ustaz Azizan meraikan Perdana Menteri itu dengan menyambutnya di lapangan terbang meskipun tahu lawatannya ke Kedah bukan acara rasmi kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri membenarkan perumahan awam Mergong, Padang Awam Guar Chempedak, Mini Stadium Pendang dan Dewan Wawasan Jitra digunakan oleh Perdana Menteri untuk bercakap apa saja kepada rakyat meskipun sedar Najib hanya mahu berkempen BN.

Tapi bila Ustaz Azizan ditakdirkan masuk IJN, berkandaq-kandaq penghinaan, maki hamun dan fitnah dihamburkan terhadap beliau. Sedih memikirkan kewujudan golongan ini dalam masyarakat bernama MANUSIA.

Untuk 'membenarkan' perbuatan mereka mereka mengada-adakan cerita kononnya orang PASlah yang mendoakan yang tidak baik terhadap pemimpin UMNO.. inilah yang dikatakan 'fitnah atas fitnah'.

Sama-samalah kita berfikir wahai rakyat Malaysia dan umat Islam, adalah golongan yang sanggup mengambil Yahudi APCO sebagai penasihat dan menganggap orang Islam PAS sebagai musuh ini mahu terus dikekalkan berkuasa??

Tiada ulasan: