PENOREH GETAH |
Rakyat Dan Malaysia Sudah Menjadi Gundik Penguasa 'Gila'? Posted: 23 Aug 2011 07:45 PM PDT RENUNGAN BUAT PM SEBELUM BERBUKA PUASA DI TAMAN KUBANG GAJAH ,TEMERLOH HARI 24HB OGOS 2011 HARI INI Rakyat Dan Malaysia Sudah Menjadi Gundik Penguasa 'Gila'? *Pembangunan dan kemajuan di Malaysia tidak dinafikan, siapa yang mendapat manfaat lebih besar rakyat atau penguasa bersama kroni? *Keadilan terhadap masyarakat majmuk Malaysia tidak merata *Keadilan dari segi agihan kekayaan atau ekonomi masih tidak seimbang *Kebebasan rakyat benar-benar tercabar *Rakyat ditegah berhimpun *Rakyat dilarang dengar ceramah pembangkang *Rakyat ditangkap, diugut dan diISAkan *Media pro pembangkang dibatal permit, dirampas dan sebagainya *Amalan demokrasi dipersempit mengikut kemahuan penguasa *Polis diperkuda dan diperhambakan untuk mengawal penguasa *Sistem kehakiman yang dikongkong dan dijerat *Rakyat ditutup mulut *Rakyat mahu diperbodoh selamanya *Rakyat mengiyakan segala kedurjanaan penguasa zalim *Gambaran Islam adalah ganas, ekstrim dan pengganas *Rakyat yang mahu mengamal demokrasi dituduh membuat huru-hara, agen asing, militan dan sebagainya *Penguasa yang zalim, rasuah, menyeleweng dan salahguna kuasa dianggap baik, dipuji-puja dan disanjung-sanjung... Dalam sebuah negara di mana seluruh sistemnya dikontrol mati, diakujanji dan digundikkan tiada yang mustahil. Yang buruk, jahat dan zalim boleh diwarnai dan diwajahkan indah, cantik, manis rupawan. Dan yang baik, cantik, benar dan betul diwajahkan buruk seburuk-buruknya, sejahat-jahatnya, ganas seganas-ganasnya. Mungkin itulah yang tergambar dalam negara hari ini. Orang ke masjid dicurigai pengganas, ke sekolah agama dicurigai akan jadi pengganas dan budak yang sekolah di TADIKA berorentasikan Islampun dicurigai bakal menjadi pengganas. Betapa dahsyatnya su'uz-dzon atau jahat sangka UMNO/BN dan para pemimpinnya kepada rakyat negara ini. Kerana itu, apa juga keburukan, penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya yang berlaku dipihak mereka atau institusi yang dikuasai mereka akan mati-matianlah mereka berusaha siang malam mewarnai dengan warna putih atau diwajahi dengan wajah-wajah indah, cantik, manis menawan dan baik-baik belaka. Negara Malaysia Aman, Untuk Siapa? Aman, damai dan makmurnya warga Malaysia. Itulah gambaran bagi negara ini di mata orang asing. Inilah juga menjadi bahan iklan dan cerita yang diklip videokan dalam media elektronik yang dikuasai oleh kaki-kaki ampu 'penguasa' dikebanyakan sistem yang wujud dalam pentadbiran negara ini. Mereka hidup dalam adat tradisi yang sudah disebatikan dalam akal budi, pemikiran, percakapan dan amalan hidup harian mereka. Siang malam fikir bagaimana mahu mengampu bodek orang besar, orang atas dan penguasa yang berada di atas. Tidur bangun hanya fikir berlegar esok bagaimana aku ampu bodek orang besar itu, agar dapat habuan besar, pangkat naik, harta bertambah, projek dapat dan berbagai-bagai lagi angan-angan kaki-kaki ampu bodek negara yang berkeliling pinggang di pinggang para pemimpin UMNO/BN. Ukuran keamanan, kedamaian dan kemakmuran Malaysia yang berada dalam petak otak rakyat Malaysia ialah UMNO/BN/Mahathir/Ling Liong Sik/Samy Vellu. Tanpa UMNO/BN Malaysia tidak akan aman, makmur dan maju. Itulah yang disogok hari-hari ke dalam jiwa dan minda rakyat Malaysia sama ada TV atau media cetak yang lain. Belum masuk pengisian kursus, perjumpaan bersama rakyat oleh menteri-menteri UMNO/BN di seluruh ceruk rantau negara ini. Hujah mereka kepada rakyat yang dikumpul dan ditemui dalam majlis-majlis tertentu. Malaysia negara maju, Malaysia negara aman, makmur dan damai. Jangan ada rakyat terlibat dengan aktiviti anti kerajaan, pengganas, militan, memecahkan perpaduan, menyesatkan umat Islam dari segi agama atau aqidah. Dan pelbagai lagi wajah berupa topeng-topeng 'indah', cantik dan menarik disogokkan kepada rakyat. Walaupun, hakikatnya seperti 'bom' jangka yang bakal menghancur-binasakan kehidupan dan masa depan rakyat. Rasuah disuburkan, salahguna kuasa pemimpin disembunyikan, penyelewengan dibiarkan, sistem kehakiman diperkosa, keadilan dipenjarakan, kebebasan rakyat dipasungkan dan penguasa zalim bermaharajalela semahu-mahunya memperkosa, membaham rakyat kecil yang diikat tangan kaki mereka. Seluruh Sistem Digundikkan Bukan setakat demokrasi digundikkan. Malah seluruh sistem yang menjadi urat nadi negara turut menjadi 'gundik', dari pemimpin berstatus orang atasan, besar dan berkuasa, pemimpin pusat, negeri, daerah, kampung sampai ke peringkat pimpinan masyarakat dan ketua cawangan parti pemerintah dibius, dikerah dan diaturcarakan mengikut kemahuan oleh sekelompok pemimpin yang terlalu berkuasa atau penguasa 'gila' kuasa. RTM jadi gundik, media gundik, polis jadi gundik, SPR jadi gundik, JPN gundik, kementerian gundik, menteri-menteri gundik, jabatan/agensi kerajaan gundik, pegawai kerajaan gundik, masjid/suaru digundikkan, sekolah gundik, tadika gundik, universitipun gundik, jadi apa lagi yang tinggal terselamat dari budaya 'gundik' yang masyhur dalam istana itu. Istilah 'gundik' itupun sebenarnya 'sensitif'. Kerana membawa maksud pasangan yang disembunyikan dari pengetahuan pasangan sebenar yang sah. Mungkin istilah moden sekarang boleh diangkat 'pelacur' highclass. Dan ia boleh diperguna dan diperkosa ikut kemahuan tuannya. Sehinggakan UMNO/BN dan para pemimpin mereka yang 'busuk hati' terus mencurigai dan mencemburui ketelusan yang dilakukan oleh kepimpinan dua kerajaan negeri BA itu. UMNO/BN sebenarnya tidak ingin ada kelompok lain lebih baik daripada mereka dalam negara ini. Justeru, usaha mengkambinghitamkan lawan politik mereka diteruskan, sekalipun tindakan mereka itu menyalahi undang-undang dan amalan demokrasi negara ini. Seluruh Sistem Negara Dibius Mati? |
You are subscribed to email updates from Penoreh Getah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan