Pahang Daily Online |
- Bicara Liwat: Pakar Dedahkan Ada Kemungkinan Sperma Saiful 'Di Temui Pada Duburnya' Sendiri !
- Pendedahan 'Mufti Perak' Melayu-Islam Berpecah Gara-Gara 'Kerajaan Lemah', Tidak Amanah Serta Rasuah Buktikan 'Pakatan Rakyat' Lebih Relevan!
- Memalukan: Puak-Puak "Blogger UMNO" Tersalah Fakta Gara-Gara Mahu Mempertahankan Sijil ISO Serta "Kreadibiliti" Jabatan Kimia Malaysia (JKM)
- Panas: Sankara Nair Berjaya Mendedahkan Fakta Kes Liwat Itu Memang Tidak Pernah Pun Berlaku!
- PAS Pusat Bakal Memanggil Dr.Che Rosli Che Mat Berhubung Kenyataannya Di Buletin Utama TV3 !
Bicara Liwat: Pakar Dedahkan Ada Kemungkinan Sperma Saiful 'Di Temui Pada Duburnya' Sendiri ! Posted: 26 Aug 2011 02:49 AM PDT KUALA LUMPUR, 26 Ogos - Perbicaraan Kes Fitnah Liwat II yang dihadapinya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari ke-5 dipanggil membela diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Hari ini, pakar DNA, Dr Brian Mc Donald (foto) menyambung keterangannya di Mahkamah bahawa ada kemungkinan sperma pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ditemui pada duburnya sendiri. Beliau menjelaskan perkara itu kerana Ahli Kimia yang menjalankan analisa pada sampel, Dr Seah Lay Hong, tidak menjalankan analisanya dengan betul. Menurutnya, Dr Seah tidak mengasingkan sel-sel sperma daripada sel bukan sperma yang ditemui pada rektal pengadu, dengan mengandaikan adanya sel-sel 'epithelial' pada pecahan (sperma). Semalam saksi ke empat pembela itu mempersoalkan prosedur yang dijalankan untuk menganalisa sampel DNA yang diambil dari tubuh Mohd Saiful. Menurutnya, sampel yang sudah tercemar tidak boleh diterima sebagai bukti. Beliau mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisa Jabatan Kimia Malaysia. Ini kerana menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot. Turut dibangkitkan adalah mengenai kelayakan makmal ujikaji DNA Jabatan Kimia Malaysia (JKM) yang tidak diakreditasi dengan pensijilan ISO17025. Sijil itu dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD). |
Posted: 26 Aug 2011 02:02 AM PDT SHAH ALAM 26 Ogos - Pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Melayu-Islam berpecah kerana kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah dengan sendirinya menolak dakwaan ia berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, kata PKR. Sebaliknya, Ketua penerangannya Dr Muhammad Nur Manuty (foto) mendakwa perpecahan Melayu-Islam hari ini adalah berpunca daripada "politik kotor" pemimpin UMNO sendiri. Malah, ia didakwa bermula daripada zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad lagi. "Dengan pendedahan yang dibuat ini, rakyat perlulah membuka mata dan menyatakan sikap menolak dengan tegas fitnah yang dilemparkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim," kata Dr Muhammad Nur dalam kenyataan hari ini. "Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu," katanya. Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti kelmarin, Harussani berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah. Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998. Ditanya kembali mengenai pendedahan itu, Harussani berkata perpecahan Melayu berlaku disebabkan tiga faktor itu. "Najib tanya kepada saya mengapa jadi macam ini (perpecahan Melayu), saya kata ia berlaku sebab kerajaan sekarang cukup lemah, tidak amanah dan rasuah. "Sebab itu saya minta Najib perbetulkan, cari jalan... bukan hanya Najib, kerajaan dan rakyat juga perlu cari jalan untuk bersatu," katanya. sumber [Justeru beliau meminta Najib supaya mencari jalan untuk menyatukan semula perpaduan orang Melayu yang semakin parah. Malah, langkahnya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk dari dalam UMNO sendiri. Dalam pada itu, Manuty menyeru pemimpin UMNO supaya memuhasabah diri sekali gus menghentikan kezaliman ke atas Anwar demi perpaduan ummah dan seluruh masyarakat Malaysia amnya. Tambahnya, beliau yakin selagi kezaliman terhadap Anwar tidak dihentikan, isu perpaduan Melayu-Islam itu tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas]. |
Posted: 25 Aug 2011 05:20 PM PDT Baru semalam saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald menggemparkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan pendedahannya bahawa Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD). Dalam pendedahannya, Brian menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa. Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005. Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober nanti. Namun, anehnya tiba-tiba berlumba-lumbalah dalam blog-blog pro kerajaan mengatakan Dr.Brian dan pihak pembelaan Anwar telah "terkantoi" dengan tuduhan tersebut. Malah dalam blog seperti Empayar Pemuda, dengan jelas memaparkan tajuk "Terkini: Surat Dan Sijil Yang Mengkantoikan Dakwaan Anwar Dan Peguambelanya". Dalam sedar atau tidak ada sesuatu yang melucukan ketika mereka ghairah menyebarkan info terbaru ini. Seolah-olah pakar dari Australia yang mendedahkan perkara itu telah tersalah maklumat. Klik, untuk besarkan kedua-dua gambar surat (sijil) akriditasi makmal yang dikeluarkan American Society of Crime Laboratories Directors Bukti, Sijil sebenar ISO17025 yang sepatutnya diperolehi oleh JKM Sila klik pada imej berkenaan untuk besarkan gambar sijil tersebut Why Is ISO 17025 So Important To Us In Forensic Science? [Dengan pendedahan ini juga, maka ia jelas sekali membuktikan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) memang tidak pernah mendapat sijil ISO seperti yang dinyatakan. Cuma yang ada ialah beberapa surat dan lanjutan terhadap permohonan mereka selama ini. Ia jelas membuktikan yang jabatan terbabit sememangnya tidak diikhtiraf oleh antarabangsa terutamanya dalam melakukan ujian DNA itu sendiri. Oleh yang demikian benarlah laporan Dr.Brian Mcdonald bahawa Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober tahun ini. Tidak ada manipulasi atau sebarang fakta bercanggah seperti yang diperkatakan oleh Blogger UMNO terbabit. Ini bermakna mereka sebenarnya yang telah "terkantoi" dan bukannya pihak pembelaan dalam kes yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sebenarnya. Sama-samalah kita fikirkannya]. |
Panas: Sankara Nair Berjaya Mendedahkan Fakta Kes Liwat Itu Memang Tidak Pernah Pun Berlaku! Posted: 25 Aug 2011 11:53 AM PDT KUALA LUMPUR, 26 Ogos - Peguam Anwar, Sankara Nair (foto) semalam telah membongkarkan beberapa kepincangan kes pendakwa raya dalam hujah penggulungannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Menurut Sankara, ia menjadi alasan kukuh bahawa kejadian liwat yang didakwa Saiful sebenarnya tidak pernah berlaku. Pertama, Sankara mempersoalkan kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja rambut Anwar di ruang tamu di unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara sedangkan manusia secara purata mengalami keguguran hampir 100 helai bulu daripada badan mereka setiap hari. "Manusia keguguran 100 helai rambut secara purata setiap hari. Tetapi kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja bulu dari tubuh Anwar di ruang tamu unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara," kata Sankara. Beliau turut mempersoalkan jika benar kejadian liwat itu berlaku pihak polis pasti akan turut menemui bulu Saiful dalam bilik yang didakwa kononnya kejadian tersebut berlaku. Sebaliknya, kata Sankara, hanya bulu yang dikatakan milik Anwar sahaja yang dijumpai di ruang tamu unit kondo itu. Sankara seterusnya menegaskan bahawa Saiful sebenarnya seorang penipu tegar kerana keterangan bohongnya sepanjang perbicaraan berlangsung. Menurut beliau, Saiful tidak pernah berada dalam bilik mahupun unit kondo itu pada waktu yang didakwa dalam pertuduhan. Dalam hujahnya, selaku saksi pendakwaraya, Saiful tidak pernah membuktikan dirinya berada dalam kondo itu pada masa kejadian didakwa berlaku. "Dia pembohong tegar. Dia tidak pernah berada di unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara. Dia hanya membuatkan dirinya kelihatan seperti berada di kondo itu dengan keluar masuk lif yang dirakam kamere litar tertutup," kata Sankara lagi. Sila klik SINI untuk baca bukti KUKUH fakta keterangan rambut gugur [Ramai yang menganggap kini hujjah-hujjah yang dikeluarkan oleh dua saksi pakar dari Australia itu bakal menguatkan lagi pihak pembelaan dalam kes ini. Namun, ada banyak lagi perkara yang tersirat dan tersurat perlu diperjelaskan kepada rakyat. Ini kerana mereka terus melihat dan mengikuti perjalanan kes ini dengan penuh kemusykilan sebenarnya. Justeru itu, apa yang berlaku di mahkamah sekarang ini amatlah dinanti-nantikan oleh sekalian rakyat Malaysia seantero dunia. Mereka ingin tahu, apakah Anwar akan dibebaskan atau akan terus menjadi penghuni Penjara Sg.Buloh buat kali yang kedua dalam masa terdekat ini. Kini semua mata tertumpu kepada pihak hakim untuk tentukan apakah keputusan kes ini]. |
PAS Pusat Bakal Memanggil Dr.Che Rosli Che Mat Berhubung Kenyataannya Di Buletin Utama TV3 ! Posted: 25 Aug 2011 07:33 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 Ogos - PAS Pusat akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat berhubung kenyataannya mengenai isu Lynas yang disiarkan menerusi Buletin Utama TV3 malam tadi. Selain itu, PAS Pusat akan turut mendapatkan keterangan berhubung kenyataan beliau yang mengatakan Lajnah Penerangan PAS Pusat melarang beliau mengeluarkan kenyataan tentang nuklear terutama mengenai Lynas. Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelesaikan kekusutan yang timbul ekoran kenyataan Dr Che Rosli mengenai perkara itu. Menurut beliau, sehingga kini beliau selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan sebarang kenyataannya tentang nuklear termasuk berhubung dengan isu Lynas. Katanya, jadi kenyataan Che Rosli itu ternyata tidak berasas dan sehubungan itu pihaknya perlu memanggil Che Rosli bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri mengenai perkara itu. "Saya selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan halangan kepada Dr Che Rosli untuk keluarkan kenyataan berhubung dengan nuklear. Jadi kita akan memanggil beliau untuk dapatkan penjelasan," katanya. Pakatan Rakyat 'Tetap Tolak' Projek Kilang Lynas Pakatan Rakyat tetap menolak projek nuklear Lynas di Gebeng, Kuantan kerana memikirkan risiko yang terpaksa dihadapi oleh penduduk negara ini terutama penduduk di kawasan itu. Risiko yang dikenalpasti bukanlah hanya daripada pancaran radiasi, katanya, malah terdapat banyak potensi risiko yang cukup tinggi ketika pengangkutan bahan mentah yang tiba dari Australia di pelabuhan Kuantan ke tapak kilang LAMP milik Lynas di Gebeng Kuantan. "Selain itu, risiko yang tinggi juga akan dialami ketika kerja-kerja pemprosesan, simpanan dan pengurusan sisa buangan (pepejal, air sisa dan gas) yang dikenalpasti mempunyai elemen radioaktif di dalamnya," kata Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Menyedari hakikat itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menegaskan, PAS Pahang tetap konsisten dengan keputusannya sejak dulu yang bersama-sama penduduk di kawasan Gebeng, Kuantan menolak projek nuklear Lynas. "Malah berdasarkan kenyataan penduduk di kawasan itu, sekiranya Dr Che Rosli (foto) yang bersetuju dengan projek itu, jangan sekali-kali dibina di kawasan mereka, tetapi bawalah projek nuklear Lynas itu ke tepi rumah Dr Che Rosli sendiri. "Kenyataan penduduk di kawasan Gebeng itu perlu difahami dengan jelas oleh Dr Che Rosli. Mereka menentangnya bukan kerana tidak memahami kepentingan nuklear, tetapi tidak yakin dengan pengawalan dan pemprosesannya. "PAS dan Pakatan Rakyat amat faham perkara itu dan ia juga amat perlu difahami oleh pelbagai pihak. Itulah sebabnya PAS bersama-sama penduduk di kawasan itu konsisten menentangnya sejak dulu," ujar beliau. [Ramai pihak yang terkejut dengan kenyataan Dr.Che Rosli Che Mat di TV3 malam tadi. Malah ada diantara mereka yang tidak menyangka beliau boleh mengeluarkan kenyataan dengan menghentam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan sengaja memainkan isu Lynas untuk mengelirukan rakyat. Malah, Fuziah Salleh selaku Ahli Parlimen Kuantan dijadikan bahan untuk mereka menghentam pemimpin itu. Soalnya, siapakah yang memberi mandat kepada Dr.Che Rosli untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian di TV3?. Beliau sepatutnya merujuk kepada pucuk pimpinan tertinggi PAS terlebih dahulu kerana dia masih lagi bergelar Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mewakili PAS di Hulu Langat. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Apapun rakyat lebih bijak untuk membuat penilaian tentang isu ini. Malah, mereka terkadang lebih bijak dari pakar yang diperkatakan itu. Segalanya ditangan rakyat untuk menentukannya]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan