Pahang Daily Online |
Pilihan Raya Bila-Bila, Pemimpin Pakatan Gusar Apa Motif Tubuh Jawatankuasa Khas Parlimen Posted: 20 Aug 2011 03:34 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR 20 Ogos - Pendekatan yang diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam keghairahannya membawa penambahbaikan sistem pilihan raya, hari demi hari menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli Pakatan Rakyat akan sejauh mana keikhlasan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) itu. Hal ini kerana, Najib dalam kenyataan terbarunya berkata, parlimen boleh dibubarkan pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menunggu PSC. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) antaranya yang nyata terkilan dengan kenyataan terbaru Najib itu. "Sejauh mana kesungguhan Barisan Nasional untuk penambahbaikan pilihan raya jika kenyataan yang tidak berapa cerdik ini dikeluarkan?," Nik Aziz dipetik sebagai berkata. Najib petang semalam memberitahu pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya. Bagaimanapun kata Perdana Menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu. "Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam. Sementara mandat semasa parlimen akan berakhir April 2013, sesetengah pihak berpandangan bahawa jawatankuasa itu memerlukan tempoh satu tahun untuk menyiapkan laporannya. Jawatankuasa itu akan dibentuk Oktober ini. PM Perlu Jelaskan Sebab Kabinet Syor Tubuh PSC ![]() |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan