Khamis, 18 Ogos 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Isu Serbuan JAIS Terhadap Gereja, PAS Terkejut Bagaimana Blogger UMNO Dapat Dokumen Sulit !

Posted: 18 Aug 2011 12:28 AM PDT

TEMERLOH, 18 Ogos - Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) melahirkan rasa hairan dan terkejut bagaimana Blogger UMNO boleh dapat semua dokumen sulit tentang kes serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak polis terhadap Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini. Beliau berkata demikian dalam ceramahnya di Markas PAS Darul Amin, Sg.Gau dekat sini malam tadi. PAS katanya meminta pihak JAIS supaya membuat pendakwaan terhadap pihak yang terbabit dalam isu tersebut sekiranya mereka mempunyai bukti. "Supaya orang yang kena tuduh boleh tunjuk bukti, supaya orang yang menuduh boleh tunjuk bukti. JAIS kata dia ada bukti, ada gambar, ada senarai nama dan ada soal selidik. Bahkan yang terbaru ada keluar klip video (rakaman) bagaimana penguatkuasa pergi. Apa yang mendukacitakan kita, bagaimana klip video ini boleh keluar?. Bagaimana dokumen-dokumen sulit ini boleh keluar?. Yang peliknya semua dokumen ini dikeluarkan oleh blogger-blogger UMNO, yang menyebabkan Setiausaha Agung PAS (Mustafa Ali) buat kenyataan bahawa kita ada maklumat yang serbuan tersebut ada tangan UMNO dibelakangnya", katanya lagi. Justeru itulah PAS mengambil sikap berhati-hati. "Soal hukum memang kita jaga, tapi kita kena hati-hati. Kadang-kadang sengaja dilakukan. Kita ragu-ragu, pertamanya kenapa blog UMNO dapat maklumat penting. Kedua, kenapa maklumat sulit tengah disiasat tiba-tiba keluar?. Kita masih ingat lagi isu klip video yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimana klip video itu boleh keluar dalam Youtube dan disebarkan kepada umum sedangkan Datuk T kata video yang original telah diserahkan kepada pihak polis sahaja. Maknanya video klip itu hanya ada pada polis. Tiba-tiba bagaimana kes itu boleh bocor?. Esok saya yakin kes itu akhirnya senyap begitu saja", tambah beliau.


Apa motif Ezam berdemo di masjid, sedangkan demo sepatutnya dilakukan
di gereja Methodist Damansara Utama jika mereka benar marahkan isu itu
Dengan bukti tersebut beliau tidak menolak kemungkinan kes gereja itu sememangnya sengaja dirancang oleh pihak UMNO sebenarnya. "Hari Jumaat lepas, Ezam Md Noor (Senator) bersama dengan lebih kurang seratus orang buat demontrasi di Masjid Negeri (Shah Alam). Hantar penyapu dan mangkuk tandas ke pejabat Menteri Besar. Perkasa marah. Biasanya kalau marah, marahla kepada pihak gereja, sebab insiden itu berlaku di gereja. Tiba-tiba buat demontrasi depan pejabat Menteri Besar. Ini kita rasa pelik bin ajaib", katanya. Walau bagaimana pun beliau turut menegaskan bahawa prinsip PAS tidak akan berubah. PAS katanya harap isu yang sensitif seperti ini dikendalikan dengan cermat kerana ia boleh membahayakan. "UMNO dia tak peduli. Masih kita ingat isu kepala lembu, heret dan pijak kepala lembu berlaku di Selangor. Isu campak kepala babi dan isu pembakaran gereja. Semua isu ini berlaku di negeri Pakatan Rakyat. Kenapa tidak berlaku di negeri lain?. Seolah-olah ada satu agenda besar dibelakang isu ini. Oleh itu, kita kena terima hakikat bahawa tindakan kita harus tindakan yang cermat. Orang salah faham kononnya kita membela mereka (Orang Melayu yang terlibat dalam kes di gereja tersebut), kita tak bela mereka bahkan kita mempertahankan akidah umat Islam itu selama ini", katanya.

[Nampaknya, memang ada sesuatu yang cukup memusykilkan bilamana blogger-blogger UMNO begitu cepat mendapat maklumat dan dokumen sulit berkenaan sesuatu isu panas serta sensitif seperti ini. Soalnya, kenapa ini berlaku?. Bukankah wujudnya satu perancangan sulit antara UMNO dan blogger-blogger berkenaan untuk melemparkan "jerangkap samar" secara bersama bagi menghuru-harakan Pakatan Rakyat itu sendiri. Maka itulah, kita tidak hairan dokumen tersebut yang sepatutnya berada ditangan JAIS dan Polis boleh ada ditangan mereka. Inilah juga yang berlaku kepada kes video klip Anwar dulu. Sememangnya, tidak syak lagi jika Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali mengatakan ada tangan UMNO disebalik insiden terbaru yang berlaku di Selangor ini. Rakyat perlu bijak menilai apa yang berlaku di depan mata mereka sekarang. Usah terlalu terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan oleh mereka kononnya UMNO dan Perkasa yang membela Islam selama ini. Padahal akidah umat Islam itu rosak dan hancur gara-gara dasar-dasar mereka yang membelakangnya agama itu sendiri selama ini. Oleh itu, janganlah mudah terpedaya terhadap isu ini].

PAS Ambil Sikap Berhati-Hati Berkenaan Insiden Kontroversi JAIS Terhadap Gereja Baru-Baru Ini

Posted: 17 Aug 2011 11:06 PM PDT

TEMERLOH, 18 Ogos - Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan mengambil sikap berhati-hati dalam isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak polis terhadap Damansara Utama Methodist Church (Dream Center). Demikian menurut kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) dalam ceramahnya di Markas Darul Amin, Sungai Gau di sini malam tadi. Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat itu berkata banyak perkara yang memusykilkan berlaku dalam kes itu sebenarnya. "Kata pihak JAIS mereka tidak serbu tetapi memantau, kata pihak gereja JAIS serbu tetapi dihalang untuk masuk. Apapun istilah yang kita gunakan, pertama kita harus hati-hati. Di sana ada perancangan perangkap yang sengaja dipasang. Bukan kita tak kenal JAIS, berapa ramai alim ulamak kita, tokoh-tokoh tok guru kita diharam. Almarhum Dato' Ishak Baharum bekas Mufti Selangor tidak dibenarkan berceramah di Selangor. Masih kita ingat, Profesor Dato' Dr.Harun Din tidak dibenarkan berceramah di seluruh negeri Selangor. Bahkan berpuluh ulamak-ulamak kita dikepung, digam dan tidak dibenarkan berceramah", kata Tuan Ibrahim.

PAS Menentang Elemen Memurtadkan Umat Islam

Sebab itu beliau melihat PAS perlu berhati-hati dalam soal ini. Sebab pertama sekali ialah bila penguatkuasa agama Islam pergi ke gereja sudah pasti ia akan jadi satu isu yang cukup sensitif. "Bukan soal PAS tidak menjaga soal akidah, tidak. Soal PAS memang kita tahu, perlembagaan PAS menjaga dan mempertahankan Islam. Rujukan kita kitab Al-Quran dan Hadis. Semua orang tahu, PAS menjaga soal akidah. Berapa ramai kepimpinan kita dibunuh, dipenjara kerana mempertahankan soal akidah. Tetapi situasi begini, akal yang tenang mesti dapat merumuskan keputusan. Kita kena lihat jangan kita melatah bila penguatkuasa Islam pergi ke gereja dijadikan isu. Sama juga jika pihak gereja mari ke masjid, apa rasa kita?", tambah beliau lagi. Jadi katanya PAS menentang sebarang elemen yang cuba untuk memurtadkan umat Islam. "Kita menentang sebarang usaha, pertama kerana ia bercanggah dengan perlembagaan negara, bercanggah dengan dasar negara, bercanggah dengan enakmen pentadbiran agama Islam negeri Selangor dan negeri-negeri lain termasuk negeri Pahang. Di Pahang ini ada satu undang-undang melarang orang bukan Islam menarik orang Islam ke dalam agama dia. Tidak boleh menyampaikan dakyah mereka kepada orang Islam. Kita ada peraturan dan kita ada undang-undang", tambah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man lagi.

[Tindakan berhati-hati perlu dalam keadaan musuh sedang mencari peluang untuk menggempur sekarang ini. Isu JAIS ini seolah-satu satu agenda besar pihak yang berkenaan dalam usaha untuk melumpuhkan perpaduan Pakatan Rakyat di bumi Selangor. Mereka sanggup lakukan apa saja demi agenda politik sempit selama ini. Justeru itu, rakyat juga diminta bertenang bagi menggelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi parti PAS itu haruslah diambil secara rasional. Jika tidak, pasti ramai yang akan menganggap PAS berdiam diri dalam isu murtad seperti ini. Walhal, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Inilah yang perlu difahami oleh seluruh rakyat Malaysia. Mereka tidak wajar terpengaruh dengan dakyah kononnya parti Islam itu tidak mahu menjaga kesucian agam Islam dan mempertahankan mereka yang murtad dalam kes ini. Fikirkan segalanya!].

Tindakan TV3 Paparkan Siaran Eksklusif Tentang Saiful Di Buletin Utama Malam Tadi Amat Dikesali

Posted: 17 Aug 2011 10:33 PM PDT

Ramai pihak yang cukup terkejut apabila stesyen TV3 tiba-tiba menyiarkan secara eksklusif kisah Saiful Bukhari Azlan, individu yang dikatakan menjadi mangsa liwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Siaran yang dipaparkan menerusi rancangan Buletin Utama TV3 itu sungguh mengejutkan semua pihak sebenarnya. Apa tidaknya, dalam siaran tersebut dipaparkan seolah-olah Saiful memang benar-benar menjadi mangsa, sedangkan prosiding kes tersebut masih belum selesai lagi. Ia seolah-olah mahu menagis simpati rakyat supaya menerima kenyataan Saiful adalah mangsa liwat dalam kes tersebut. Sedangkan, majoriti rakyat Malaysia sebenarnya tidak percaya dengan kes berkenaan sejak dari awal pendedahannya. Antara lain, paparan eksklusif yang dibuat oleh TV3 malam tadi ialah berkenaan rentetan perjalanan kes itu dari awal hingga sekarang. Kemudian ia juga memaparkan aksi-aksi Saiful dan bapanya (Azlan Mat Lazim) ketika bersumpah laknat dan berada di dalam masjid. Juga dipaparkan dengan jelas wajah Saiful sedang berdoa di dalam masjid serta kelibat beliau dan bapanya yang kelihatan sugul dan pasrah menerima kehendak takdir itu. Tambah mengejutkan, TV3 juga menyiarkan wawancara dengan Saiful dan ayahnya tentang kes berkenaan. Bukan setakat, paparan gambar dan kenyataan disiarkan, malah ulasan oleh TV3 juga sungguh "syahdu" dan boleh menyebabkan orang ramai terpengaruh dengan siaran itu. Bukankah ini sesuatu yang jelas berat sebelah namanya.

[Apa yang jelas, paparan itu menunjukkan yang Saiful adalah mangsa liwat Anwar Ibrahim. Sedangkan kes pembelaan sedang berlangsung sekarang ini. Apa yang pasti, kenapa siaran eksklusif itu dibenarkan?. Bukankah ia menganggu prosiding perbicaraan itu sebenarnya?. Maka tindakan TV3 adalah sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Tambahan pula ketika proses pembelaan masih berjalan sekarang ini. Apakah ia bertujuan untuk mengalih pandangan rakyat terhadap isu yang berlaku dimana ramai saksi penting seperti PM Najib Razak dan Isteri serta Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan enggan memberi keterangan semasa di temubual oleh barisan peguam Anwar agaknya?. Lantaran itu jalan terbaik ialah memaparkan semula segala adengan yang berlaku selama ini bagi membuktikan Anwar memang bersalah dalam kes tersebut. Bukankah ini tidak adil bagi orang yang dituduh?. Media tidak wajar digunakan sewenangnya untuk jatuhkan hukuman kepada mereka yang dituduh. Jika ini senarionya, maka nampak benar ada sesuatu yang tidak kena kes ini].

Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang Terus Jadi Mangsa Vendalisme, Premis Itu 'Di Bakar Awal' Pagi Tadi !

Posted: 17 Aug 2011 09:56 PM PDT

GEORGETOWN 18 Ogos - Ibu pejabat DAP Pulau Pinang (foto) terus menjadi sasaran kerja-kerja vandalisme, apabila premis itu dibakar oleh pihak tertentu awal pagi tadi. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan perbuatan itu sebagai kerja pengecut kerana baru empat hari lalu ia disimbah dengan cat merah. "Serangan pengecut, cuba membakar ibu pejabat DAP Pulau Pinang awal pagi ini. Hanya empat hari selepas cat merah disimbah ke atas ibu pejabat DAP dan pusat khidmat Ng Wei Aik. Tolak keganasan," katanya. Difahamkan ia dibakar pada sekitar jam 3 pagi tadi. Ng merupakan Setiausaha DAP Pulau Pinang dan Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang.

[Nampaknya permainan politik di negara kita hari ini semakin "ganas" dan menjadi-jadi menjelang pilihanraya umum akan datang. Tindakan jahat yang berunsur keganasan kini mula menular. Ia sungguh membahayakan dan wajar dipandang serius oleh pihak keselamatan terutamanya pasukan polis. Apakah ini budaya yang mahu ditonjolkan kepada masyarakat dunia. Bukankah Malaysia digelar sebuah negara yang aman dan selamat selama ini. Jika senario ini berterusan, maka sudah pasti pelancong asing dan pelabur akan takut untuk datang melabur ke negara ini. Semoga semua pihak lebih berhati-hati hendaknya. Budaya seperti ini haruslah ditentang, kerana kita jika benar kita mengamalkan prinsip demokrasi sebenarnya].

Kes Liwat II: Anwar Ibrahim Failkan Permohonan Gugur Zainul Jadi Pendakwa Terhadap Kes Qazaf

Posted: 17 Aug 2011 09:34 PM PDT

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) hari ini menfailkan permohonan menggugurkan peguam Zainul Rijal daripada menjadi pendakwaraya dalam kes qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan. Beliau yang ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pagi tadi berkata Zainul tidak layak untuk mrngendalikan kes tersebut kerana telah melanggar etika peguan syarie dengan tidak bersikap profesional, tidak jujur serta percanggahan konflik kepentingan pada responden. Selain itu Anwar turut menyatakan kekesalan terhadap Zainul yang menerima yuran guaman melalui wang zakat selain menyifatkan ada golongan miskin yang lebih layak menerima bantuan itu.

[Nampaknya kes perbicaraan "Liwat" ini dari sudut Islam di Malaysia juga mungkin akan bercelaru lagi selepas ini. Ia berlaku apabila ada pihak yang sengaja mencari habuan duniawi untuk sedikit keuntungan. Sepatutnya kes yang dihadapi oleh kedua-dua pihak Anwar dan Saiful sudah lama dibicarakan atas kesalahan Jenayah Syariah dan bukannya di Mahkamah Sivil. Namun, undang-undang Islam di Malaysia yang bercelaru menyebabkan kes berkenaan akhirnya dibawa ke mahkamah terbabit, hingga sekarang terus menjadi kontroversi yang entah. Apakah mereka rela undang-undang terus diperalatkan pihak tertentu buat selamanya?].

Musykil: Kenapa Bekas Ketua Polis, Musa Hassan Enggan "Menjawab Soalan" Oleh Peguam Anwar !

Posted: 17 Aug 2011 12:34 PM PDT


KUALA LUMPUR 18 Ogos - Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (foto) semalam enggan menjawab soalan yang dikemukakan oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mereka mengajukan pertanyaan mengenai merit kes semasa sesi temubual. Menurut peguam Sankara Nair, pada mulanya Musa sedia bekerjasama dengan mereka, termasuk Anwar dengan menjawab beberapa soalan. "Bagaimanapun, apabila kita tanya mengenai merit kes itu, Musa jawab beliau tidak mahu menjadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Sankara. Anwar mencelah dan berkata, "Ia sudah dalam skrip." Sankara berkata pertemuan dengan Musa hanya berlangsung kira-kira lima minit apabila beliau muncul pada jam 2.30 petang. Bersama Sankara yang mengendalikan temubual itu adalah peguam Ram Karpal dan Param Cumaraswamy. Sankara berkata pihak pembelaan agak kecewa kerana meskipun hakim berkata saksi mempunyai hak untuk tidak menjawap, Musa sepatutnya membantu. "Namanya secara langsung disebut oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Justeru, beliau patut membantu kita," katanya. "Siapa tahu, apa yang diperkatakannya itu mungkin membantu pihak pembelaan. Tetapi Musa memilih untuk tidak berbuat demikian." katanya.

[Mohd Saiful dalam keterangannya sebelum ini berkata dia menelefon telefon bimbit ketua polis negara itu selepas mengadu kepada Timbalan PerdanaM enteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak berhubung perbualan yang didengarnya. Menurut Sankara, temubual dengan Musa berjalan dengan tenang meskipun beliau pernah disiasat berhubung dakwaan memalsukan bukti pada perbicaran kes liwat pertama yang membabitkan Anwar. Seorang lagi saksi yang ditemubual oleh pihak pembelaan adalah bekas pembantu Anwar, Mohd Khoharullah Abdul Majid. Persoalannya, kenapa Musa Hassan tidak berani menceritakan kisah sebenar disebalik apa yang terlah dilaporkan oleh Saiful dimahkamah itu?. Beliau harus berani menceritakan apa yang berlaku jika benar jujur mencari kebenaran].

Tiada ulasan: