Pahang Daily Online |
- Isu Pahang: Umat Islam Gesa Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Batalkan Permit 'Fun Fair Aidil Fitri'!
- Kes Liwat II: Pihak 'Pendakwa Gagal' Kemukakan Baki Enam Saksi, Mahkamah 'Terpaksa' Menunda Perbicaraan Kontroversi Tersebut Minggu Depan!
- Eksklusif: Bahang Makin Terasa, UMNO BN Perlu Atur Strategi Untuk 'Pertahankan' Negeri Pahang Dari Jatuh Ke Tangan Pembangkang Pada PRU13
- Peminat Kecewa, Ada Juruhebah Muda Di Pahang FM Tidak Menghormati Kesucian Bulan Ramadan!
- Mufti Serta Bekas Mufti Perlis Setuju Larang Baca Al-Quran Guna Pembesar Suara Di Pulau Pinang !
- Nasruddin Gesa Larangan Bacaan Al-Quran Tidak Di Politikkan Kerana Ia Tidak Bercanggah Syariat!
- Isu Bacaan Al-Quran: Tok Guru Nik Aziz Bersetuju Tindakan Jawatan Kuasa Fatwa Negeri P.Pinang !!
Isu Pahang: Umat Islam Gesa Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Batalkan Permit 'Fun Fair Aidil Fitri'! Posted: 15 Aug 2011 01:55 AM PDT BERA, 15 Ogos - Orang ramai terutamanya umat Islam di daerah ini kecewa dengan tindakan Majlis Daerah Bera (MDR) yang tidak peka dan menghormati kesucian bulan Ramadhan bila meluluskan permit hiburan "Fun Fair Aidil Fitri" di kawasan mereka. Malah, mereka juga mahu supaya Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (foto) memainkan peranan untuk menarik balik kebenaran itu kerana ia jelas sekali menghina agama Islam itu sendiri sebenarnya. Rata-rata mereka yang ditemui hairan kenapa permit tersebut diluluskan sedangkan sebelum ini sudah banyak aktiviti hiburan diadakan di daerah itu. "Awal bulan lepas (Julai) kawasan ini telah dimeriahkan dengan acara hiburan Fiesta Bera 2011. Ramai artis terkenal dan aktiviti hiburan yang telah diadakan khas untuk orang Bera. Maka, kenapa mahu dibawa masuk lagi acara hiburan seperti ini. Sedangkan ia jelas akan merosakkan akidah umat Islam (orang Melayu) terutamanya generasi muda. Tambahan pula memang terdapat unsuru perjudian (tikam-tikam) yang akan diadakan di kawasan itu nanti. Ramai yang akan berjudi kerana mahu menang hadiah yang ditawarkan. Itu belum termasuk anak-anak muda yang bergaul bebas lelaki dan perempuan di situ nantu. Ini semua jelas merosakkan dan tiada langsung unsur mendidik ke arah mencintai agama Islam itu sebenarnya", kata seorang peneroka. Bukti, kerja-kerja pemasangan sedang rancak dijalankan di lokasi terbabit "Fun Fair Aidil Fitri" yang bakal menggamit remaja Islam berkunjung ke sini |
Posted: 15 Aug 2011 01:18 AM PDT KUALA LUMPUR 15 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan 22 Ogos depan untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) memberi keterangan dalam kes fitnah liwat II ke atas dirinya. Kegagalan pihak pendakwaan menyediakan enam lagi saksi berpotensi yang disenaraikan menyebabkan perbicaraan itu yang ditangguhkan pada hari ini, terpaksa ditunda ke minggu hadapan. Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selain mengarahkan pendakwaraya menyediakan baki enam saksi yang masih belum ditemubual peguambela Anwar sebelum mahkamah bersambung pada Isnin. "Apa-apa sahaja hasil (daripada temubual) itu, Isnin awak (peguam bela) perlu mula," kata Zabidin di kamar Mahkamah Jalan Duta pagi tadi. Perbicaraan ini yang memasuki peringkat pembelaan sepatutnya sudah bermula 8 Ogos lalu namun ia ditangguhkan atas permintaan pendakwaraya yang gagal menyediakan 25 saksi yang ditawarkan kepada peguam bela. Kegagalan menyediakan saksi itu menyebabkan peguam Anwar terpaksa memohon perintah mahkamah untuk memanggil saksi-saksi berkenaan. Peguam Anwar, Ram Karpal Singh menegaskan pendakwaraya bertanggungjawab menyediakan semua saksi yang diminta sebelum perbicaraan bersambung Isnin depan. "Menjadi tanggungjaawab dan tugas pendakwaraya sediakan saksi untuk ditemubual kami. Bukan perkara yang rumit. Mahkamah sudah beri arahan sebelum ini," kata beliau kepada media di lobi Mahkamah. Peguam pembelaan yang diketuai oleh Karpal Singh telah menemubual 19 saksi berpotensi yang mungkin diminta tampil memberi keterangan pada perbicaraan itu. Mereka yang dipanggil itu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang hadir pada Jumaat lalu. Bagaimanapun kedua-dua Najib dan Rosmah enggan ditemubual dan berkata mereka tidak mahu menjadi saksi pembela kepada Anwar Ibrahim. [Dalam perbicaraan yang dijalankan hari ini, pihak pembelaan akan menemubual ibu kepada bekas tunang pengadu kes ini Saiful Bukhari iaitu Sharehah Md Salim. Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kini dikatakan berada di luar negara dan dijangka akan kembali minggu depan. Enam yang masih belum ditemubual termasuk Musa, dua bekas pembantu rumah Indonesia, Suliati dan Faria Dipan yang sebelum ini bertugas dengan pemilik kondominium Hasanuddin Abdul Hamid dan jururawat Hospital Pusrawi, Yazihan Jusoh, serta pengawal peribadi Anwar, Mohd Rasid Mohd Rosdi. Difahamkan pembantu rumah berkenaan telah pulang ke Indonesia dan polis dijangka memaklumkan perkembangan mereka mengesan kedua-dua wanita itu. Anwar Ibrahim dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari pada 26 Jun 2008. Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan]. |
Posted: 15 Aug 2011 12:09 AM PDT KUANTAN, 15 Ogos - Bahang Pilihanraya Umum ke-13 kian terrasa. Negeri Pahang kini dilihat antara yang paling sengit bakal jadi persaingan kali ini. Tambahan pula, negeri dilihat kurang tergugat dengan "Tsunami Politik 2008" lalu. Namun kekuatan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kini dilihat seimbang tidak seperti sebelumnya Kedua-dua pihak kini sedang sibuk mengatur strategi untuk memastikan kemenangan besar bakal tercipta pada PRU nanti. Soalnya, apakah UMNO BN berjaya mempertahankan negeri Pahang atau ia bakal jatuh ke tangan pembangkang pada kali ini. Ramai penganalisis membayangkan BN masih akan tetap berkuasa di Pahang berdasarkan kepada kekuatan mereka masih berpusat di kawasan Felda dan juga perkampungan orang asli. Tambahan pula jumlah kerusi DUN dan parlimen yang melibatkan kawasan Felda agar besar, dan ini merupakan "talian hayat" untuk BN terus berkuasa. Apapun, dijangkakan banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal jatuh ke tangan pembangkang. Ini bermakna, BN hanya akan berkuasa dengan kemenangan mudah dan tidak lagi 2/3 seperti sebelum ini. Kenyataan ini berlandaskan kepada banyak kerusi majoriti kaum Tionghua bakal menyaksikan undi BN merosot teruk susulan kehangatan isu Lynas yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Ia juga bersandarkan kepada majoriti kaum Tionghua kini dikatakan menolak Lynas dan sekali gus mereka akan menolak BN pada pilihanraya umum kali ini. Jika ini berlaku, maka UMNO BN pasti akan berhadapan dengan masalah lebih besar sebenarnya. Soalnya, apakah perkara ini akan dibiarkan mereka?. UMNO BN Kini Atur Strategi Pertahankan Pahang Justeru itulah UMNO BN Pahang pimpinan Menteri Besar Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob (foto) kini sedang mengatur strategi merampas kembali beberapa buah Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenangi pembangkang pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu, disamping mempertahankan kerusi mereka yang telah sedia ada. Kawasan parlimen berkenaan ialah P83 Kuantan (PKR) dan P82 Indera Mahkota (1,027), manakala DUN pula ialah N12 Beserah (1,541) , N32 Kuala Semantan (932), N38 Triang (2,469) dan N7 Tras (2,451). Apapun harus diingat pada Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008 yang lalu banyak kerusi panas yang hanya dimenangi dengan majoriti tipis dibawa 1,000 undi ketika itu. Antara kerusi terbabit ialah N10 Damak (509), N1 Tanah Rata (575), N14 Teruntum (293), N15 Tg.Lumpur (496), N16 Inderapura (873), N29 Jengka (596) dan N35 Sabai (145). Manakala itu pembangkang juga mengintai beberapa kerusi DUN lagi yang hanya dimenangi dengan majoriti dibawah 2,000 undi seperti N3 Padang Tengku (1,188), N4 Cheka (1,280), N5 Benta (1,358), N9 Tahan (1,357), N19 Panching (1,444), N24 Luit (1,068), N27 Jenderak (1,367), N33 Bilut (1,108) dan N37 Guai (1,941). Malah pembangkang juga kini mensasarkan untuk merampas beberapa buah kerusi panas yang dimenangi dengan majoriti dibawah 2,500 undi seperti N13 Semambu (2,136), N6 Batu Talam (2,415), N26 Chenor (2,468), N31 Lanchang (2,139) dan N30 Mentakab (2,439). Maka, jika ini berlaku kemungkinan besar pembangkang akan dapat menang dengan majoriti tipis di kawasan terbabit. Tambahan pula mereka masih ada aset empat kerusi sedia ada iaitu DUN Beserah, Triang, Tras dan Kuala Semantan yang akan dipertahankan. Maknanya UMNO BN perlulah bekerja lebih keras kali ini. [Berdasarkan kepada jumlah sasaran mudah ini, maka pembangkang dijangka berupaya membentuk Kerajaan Negeri Pahang yang baru jika mereka menang di kesemua kerusi yang dinyatakan ini. Ini bermakna mereka perlu menang di 23 dari 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ingin melakukannya. Apapun harus diingat, antara semua kerusi yang dinyatakan itu, ada beberapa kerusi yang dijangka melibatkan pertandingan tiga penjuru iaitu N13 Semambu, N14 Teruntum, N10 Damak, N9 Tahan, N30 Mentakab, N24 Luit, N4 Cheka. Jika ini berlaku, maka sudah pasti cita-cita pembangkang tidak akan tercapai. Tambahan pula jika pertandingan tiga penjuru itu melibatkan calon yang popular nanti. Apapun, apakah UMNO BN akan berdiam diri melihat senario ini. Sudah pasti mereka juga menggandakan usaha untuk memastikan Bumi Pahang terus berada ditangan mereka pada PRU-13 nanti. Kini hanya rakyat yang perlulah bijak membuat keputusan demi masa depan mereka]. |
Peminat Kecewa, Ada Juruhebah Muda Di Pahang FM Tidak Menghormati Kesucian Bulan Ramadan! Posted: 14 Aug 2011 12:29 PM PDT KUANTAN, 15 Ogos - Orang ramai di sekitar bandar ini kecewa dengan sikap sebilangan Juruhebah Radio Malaysia Pahang FM (foto) yang tidak peka dan menghormati bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Ia melibatkan beberapa orang Juruhebah muda yang dilihat masih memberi ruang yang seluasnya untuk memutarkan lagu-lagu hiburan "biasa" terus di corong radio tersebut pada bulan puasa ini. "Sepatutnya kerajaan perlu bertegas dengan mengawal rancangan hiburan di radio dan TV ketika bulan puasa ini. Aura Ramadan perlulah disemarakkan agar ia memberi keinsafan kepada umat Islam terutamanya pendengar radio terbabit", kata seorang peminat Pahang FM yang ditemui. "Memang ramai yang tahu, Pahang FM adalah satu-satunya siaran radio yang begitu menitik beratkan soal tazkirah agama setakat ini. Namun, disaat bulan Ramadan ini eloklah siaran hiburan biasa dikurang dan diperbanyakkan rancangan berbentuk keagamaan", katanya lagi. Bagi mereka yang jarang mengikuti siaran radio Pahang FM, biasanya akan mendengar siaran terbabit terutamanya di saat waktu hampir-hampir berbuka puasa. Ini bagi mengikuti laungan azan Maghrib yang ke udara di saluran radion terbabit. "Sepatutnya, beberapa jam menjelang masuknya waktu maghrib antara pukul 6.00 hingga 7.00 petang, penerbit mengarahkan juruhebah yang berkenaan agar memperbanyakkan lagu-lagu nasyid yang berunsur ketuhanan dikumandangkan. Namun, apa yang berlaku sekarang, pada waktu berkenaan Pahang FM masih meyajikan hiburan biasa kepada pendengarnya. Malah, lebih malang lagi apabila lagu-lagu rock dan berunsur percintaan terus keudarakan. Sedangkan ketika itu umat Islam sedang bersiap sedia untuk menanti masuknya waktu berbuka puasa", tambahnya lagi. Semoga Juruhebah terlibat prihatin dengan teguran ini. [Susulan dengan itu, kami amatlah berharap agar Pahang FM peka dengan kehendak umat Islam. Selama 11 bulan mereka disajikan dengan irama dan hiburan biasa maka apa salahnya sebulan di bulan Ramadan ini sajian yang mendidik jiwa dimainkan. Pengarah Pahang FM perlu bertegas dalam hal ini kerana rata-rata kakitangan mereka adalah orang Melayu yang beragama Islam. Amat malang sekali bila saluran radio tersebut juga turut menyajikan hiburan "biasa" tatkala umat Islam sedang bersolat Tarawih. Kita tidak mahu mempertikaikan sama ada Juruhebah yang bertugas bersolat Tarawih atau tidak. Namun, adalah lebih afdal lagu-lagu bercorak ketuhanan dimainkan ketika itu. Jika bukan sekarang, bila lagi lagu-lagu nasyid mahu diperdengarkan kepada peminatnya?. Sudahlah pada bulan-bulan lain, hanya 5% hingga 10% sahaja lagu-lagu nasyid dimainkan. Maka eloklah di bulan yang mulia ini mereka melakukan perubahan. Bulan Ramadan tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk lakukan perubahan. Kembalilah kepada fitrah manusia dan Islam. Usahlah terus dialpakan manusia dengan hiburan yang melalaikan tatkala mereka sedang menjalani ibadah puasa. Apapun Pahang FM masih menjadi satu-satunya stesyen radio yang terbaik dalam menyebarkan dakwah menerusi rancangan ceramah agama yang diadakan dua kali sehari. Syabas kepada Pahang FM!] |
Mufti Serta Bekas Mufti Perlis Setuju Larang Baca Al-Quran Guna Pembesar Suara Di Pulau Pinang ! Posted: 14 Aug 2011 09:27 AM PDT KANGAR, 15 Ogos - Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya (foto) dan bekas pemegang jawatan itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan persetujuan di atas keputusan yang diambil oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang (JHEAPP) melarang bacaan ayat suci al-Quran dipasang menggunakan pembesar suara pada waktu pagi di masjid dan surau. Menurut Dr Juanda, amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. "Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa," kata beliau. Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh. "Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang. "Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh," katanya lagi. [Bila mana golongan ulamak, mufti dan sebagainya telah memberi komen menurut pandangan Islam maka apakah perlu isu ini dipolitikkan?. Anehnya, mereka yang bercakap soal ini sebenarnya ke surau dan masjid untuk solat Subuh mereka jarang atau tidak pernah pergi. Tiba-tiba beriya-iya benar mahu mempertahankan Islam dalam isu ini. Syariat Islam itu sendiri mereka abaikan dalam kehidupan. Bukankah ini jelas mempunyai motif politik bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng itu sengaja mahu mencari pasal dengan "Islam". Padahal apa yang diluluskan itu adalah berlandaskan hukum syarak dan jelas tidak bertentangan dengan syariat. Tapi, bagi mereka yang mengambil Islam "suku-suku" menggunakan akal fikiran, sudah pastilah mereka akan terus tentang sesuatu perlaksanaan yang baik]. |
Nasruddin Gesa Larangan Bacaan Al-Quran Tidak Di Politikkan Kerana Ia Tidak Bercanggah Syariat! Posted: 14 Aug 2011 08:53 AM PDT KUALA LUMPUR 15 Ogos - Larangan bacaan ayat-ayat suci al-Quran di masjid dan surau di Pulau Pinang pada awal pagi tidak harus dijadikan isu politik memandangkan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan At-Tantawi (foto). "Sememangnya dalam Islam ada nas dan ada larangan supaya kita tidak meninggikan bacaan sehingga menganggu konsentrasi ibadat pihak lain pada masa sebegitu. "Saya dapat maklumat bacaan–bacaan itu dibacakan seawal pagi pukul 4, pukul 4.30, jadi sudah tentulah mungkin anak kecil yang sedang tidur.. yang perlukan tidur yang lebih atau individu-individu yang lakukan ibadat dalam rumah masing-masing akan terganggu apabila bacaan itu digunakan secara kuat gunakan pembesar suara," kata Nasrudin. Beliau melahirkan kekesalannya apabila ada pihak yang memperbesar-besarkan perkara ini dan mengelirukan umat Islam yang kurang memahami ajaran Islam yang sebenar. "Ini adalah satu daripada keindahan Islam sebenarnya. Yang kurang disedari oleh kebanyakan umat Islam, mereka menyangka itu sebahagian daripada ibadah. "Walhal ada nas dari pada hadis nabi yang meminta supaya kita tidak meninggikan suara ketika baca al-Quran dan gangu orang-orang lain," jelasnya lagi. [Masalahnya, jika isu ini berlaku di negeri UMNO Barisan Nasional maka sudah pastilah pihak-pihak yang mempolitikkannya akan berdiam diri. Namun, dek kerana ia terjadi di negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh pembangkang sebab itulah ia terpaksa dipolitikkan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Mereka mahu menunjukkan seolah-olah merekalah pembela agama Islam, walhal mereka sebenarnya menolak Islam dan apa yang terkandung dalam ajaran agama itu sendiri sebenarnya. Media pula memainkan peranan untuk meracuni umat Islam seolah-olah isu tersebut sesuatu yang besar. Sedangkan dalam Islam ada yang dibolehkan dan ada yang dilarang. Misalnya, makmum "haram" hukumnnya membaca surah dengan suara yang kuat hingga boleh menggangu imam dan jemaah yang lain. Inilah yang terjadi di Pulau Pinang, larangan perlu kerana ada surau-surau tertentu yang sengaja menguatkan bacaan Al-Quran yang dipasangkan dari CD atau kaset. Bayangkan jika pukul 3.00 atau 4.00 pagi bunyi yang kuat, sudah pastilah ia akan mengganggu penganut agama lain. Tambahan pula jika surau atau masjid terbabit berhampiran dengan kawasan perumahan berbilang kaum. Maka, jalan terbaik ialah menghadakan bunyi dan lebih afdal ia tidak dipasangkan di luar. Cuma apabila azan mahu dilaungkan barulah bunyi tersebut perlu diperkuatkan]. |
Isu Bacaan Al-Quran: Tok Guru Nik Aziz Bersetuju Tindakan Jawatan Kuasa Fatwa Negeri P.Pinang !! Posted: 14 Aug 2011 08:25 AM PDT KOTA BHARU 14 Ogos - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) tidak bersetuju amalan bacaan al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya. Mursyidul Am PAS itu berkata, perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara. Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh. "Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) di sini, hari ini. Beliau ditanya mengenai tindakan Kerajaan Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara semasa mengaji al-Quran waktu subuh di masjid serta surau di negeri itu. [Isu ini nampaknya terus dipolitikkan pihak-pihak tertentu, kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP cuba menghalang urusan berkaitan agama Islam itu sendiri. Walhal, apa yang diperkatakan ialah soal bunyi bising yang dikeluarkan oleh alat pembesar suara di ketika orang lain sedang tidur. Bukannya soal membenci bacaan Al-Quran tersebut sebenarnya. Cuma ada sestengah pihak yang gemar memesongkan kenyataan dan mahu membuktikan sesuatu disebaliknya. Umat Islam wajar marah dan memberontak jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bukan sahaja melarang bunyi bacaan Al-Quran tetapi melarang laungan Azan itu sendiri. Oleh itu, rakyat diminta bertenang dengan isu sensitif ini. Mereka tidak wajar terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu kononnya Kerajaan Negeri cuba permainkan dan menghina agama Islam]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan