Pahang Daily Online |
- Panas: Gara-Gara Iklan 'Daging Khinzir', The Star Memohon Maaf Kepada Pembaca Beragama Islam
- Tempoh Pendaftaran PATI Menerusi Program 6P Berakhir Pada Ahad Ini Di Lanjutkan Ke 21 Ogos!
- Suara Rakyat: Penduduk Jerantut Feri Berterima Kasih Kepada MB Kerana Selesai Masalah Mereka
- Warta Pahang: Ketua Polis, Suspek Pembunuhan Wanita Perancis Bakal Di Reman Sehingga 16 Ogos
- Warta Pahang: Kembara 'Bermotosikal' Komuniti Kepolisan Berjaya Dekatkan Polis Dengan Rakyat!
- Warta Pahang: Sebanyak '119 Masjid Serta Surau' Dapat Peruntukan RM171,000 Aktiviti Ramadan !
- Suara Rakyat: Penduduk Merayu Kerajaan Negeri Adakan Tanah Perkuburan Islam Dengan Segera !
- Suara Rakyat: Orang Ramai 'Terkilan' Dengan Isu Parkir Teksi Di Ceroboh Pemilik Kenderaan Awam
- Suara Rakyat: Orang Ramai Mahu Jalan Rosak Di Laluan Bukit Ibam Ke Muadzam Di Baiki Segera !!
- Eksklusif: Info Cyber Warta Selangor 10 Ogos 2011
| Panas: Gara-Gara Iklan 'Daging Khinzir', The Star Memohon Maaf Kepada Pembaca Beragama Islam Posted: 12 Aug 2011 01:02 AM PDT
[Sebagai umat Islam, isu sebegini sememangnya amat wajar untuk dimaafkan. Apatah lagi ia dilakukan pada bulan Ramadan Al-Mubarak diketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa. Soalnya, kenapa ia dilakukan dan apakah cukup dengan kemaafan yang dipinta oleh pihak terbabit. Sepatutnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengenakan tindakan yang lebih keras termasuk menggantung permit akhbar terbabit. Ini kerana tindakan itu jelas sekali biadap dan sengaja menimbulkan perasaan marah kepada orag Islam. Alasan tidak menyedari semua ini adalahh tidak masuk dek akal kerana ramai juga kakitangan akhbar terbabit adalah terdiri dari orang Melayu yang sudah pasti beragama Islam. Kenapa boleh terlepas pandang atas isu yang cukup sensitif seperti ini agaknya?]. |
| Tempoh Pendaftaran PATI Menerusi Program 6P Berakhir Pada Ahad Ini Di Lanjutkan Ke 21 Ogos! Posted: 12 Aug 2011 12:44 AM PDT P [Sehingga tamat operasi semalam, sejumlah 1,807,000 Pati dan pekerja asing sah telah direkodkan, dan daripada jumlah itu, 885,156 merupakan bagi Pendaftaran Pekerja Asing Sah. Mahmood berkata berikutan lanjutan tarikh pendaftaran itu, pihak berkuasa negeri, agensi kerajaan dan semua pemimpin jawatankuasa sedia ada di peringkat daerah, kampung serta mukim, perlu mencari mekanisme lebih baik bagi menyampaikan maklumat mengenai program itu. Katanya langkah itu juga akan dapat menyakinkan Pati di sekitar kawasan masing-masing untuk keluar mendaftar. "Paling utama ialah menyakinkan mereka mengenai jaminan kerajaan bahawa tiada tangkapan akan dibuat terhadap Pati dan ia perlu dilihat sebagai peluang terakhir berbuat demikian sebelum operasi penguatkuasaan besar-besaran dimulakan November ini," tambahnya]. |
| Suara Rakyat: Penduduk Jerantut Feri Berterima Kasih Kepada MB Kerana Selesai Masalah Mereka Posted: 11 Aug 2011 10:26 PM PDT ![]() JERANTUT, 12 Ogos - Para penduduk Kampung Jerantut Feri dekat sini merakamkan terima kasih atas usaha Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Seri Adnan Yaakob yang begitu prihatin dan peka dengan masalah dan aduan dikemukakan oleh rakyat luar bandar. Malah mereka juga berbangga, kerana lawatan kerja Adnan ke Jerantut untuk bertemu dengan penduduk akhir bulan lalu telah membuahkan hasil. Buktinya, aduan mengenai ketiadaan lampu di Jambatan Sungai Pahang berdekatan kampung tersebut yang bergelap sejak dibina 35 tahun lalu kini bertukar menjadi ceria pada waktu malam setelah pemasangan lampu berkenaan baru-baru ini. Aduan penduduk telah dihantar menerusi surat rasmi dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Menteri Besar menyebabkan beliau begitu prihatin dan tindakan pantas telah dilaksanakan kemudiannya. Tiga hari selepas lawatan itu, didapati lampu berkenaan mula dipasang di jambatan itu sekali gus melegakan penduduk. Lampu jalan yang dipasang sejak dua minggu lepas menambahkan keceriaan waktu malam di Jambatan Sungai Pahang dekat Kampung Jerantut Feri |
| Warta Pahang: Ketua Polis, Suspek Pembunuhan Wanita Perancis Bakal Di Reman Sehingga 16 Ogos Posted: 11 Aug 2011 08:02 PM PDT
[Pada 8 Ogos lepas sepasukan polis yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T.Narenasagaran telah menemui rangka mangsa yang dibungkus seperti mumia selain sebuah beg galas dipercayai milik mangsa. Foray dilaporkan pergi ke Pulau Tioman menaiki feri dari Mersing 10 Mei]. |
| Warta Pahang: Kembara 'Bermotosikal' Komuniti Kepolisan Berjaya Dekatkan Polis Dengan Rakyat! Posted: 11 Aug 2011 07:21 PM PDT
[Satu program yang cukup bermanfaat bagi mendekatkan polis dengan rakyat sebenarnya. Rakyat kini dilihat semakin keliru dan membenci polis susulan beberapa insiden yang kononnya melibatkan keganasan ketika perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara awal Julai lalu. Namun, kini rakyat akhirnya perlu terima hakikat bahawa mereka tetap memerlukan pihak polis dalam menyelesaikan apa jua masalah dan insiden tidak diingini yang berlaku terhadap diri mereka. Akhirnya mereka perlu terima bahawa polis menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan negara dan rakyat. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang hendaknya agar imej polis kembali diterima oleh majoriti rakyat]. |
| Warta Pahang: Sebanyak '119 Masjid Serta Surau' Dapat Peruntukan RM171,000 Aktiviti Ramadan ! Posted: 11 Aug 2011 06:59 PM PDT
[Sumbangan itu membuktikan kerajaan mementingkan perkembangan syiar Islam di kalangan rakyat dalam melakukan kebaikan sepanjang bulan ini. Peruntukan khas itu menjadi keutamaan kerajaan kerana selari dengan Perlembagaan negara yang mengangkat agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Oleh yang demikian, umat Islam perlu laksanakan tanggungjawab beribadat dengan ikhlas agar mendapat pahala berganda]. |
| Suara Rakyat: Penduduk Merayu Kerajaan Negeri Adakan Tanah Perkuburan Islam Dengan Segera ! Posted: 11 Aug 2011 05:57 PM PDT ![]() ROMPIN, 12 Ogos - Penduduk Kampung Perpat dan kalangan saudara baru Orang Asli di Kampung Kemendol, dekat sini ingin memohon kepada pihak tertentu khususnya Kerajaan Negeri menyediakan tanah perkuburan di kampung itu dengan segera. Tanah perkuburan di situ amat penting memandangkan berlaku pertambahan jumlah penduduk dan peningkatan kes kematian di kawasan itu. Terdapat satu kejadian apabila jenazah penduduk di situ terpaksa dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kuala Rompin atau disemadikan di tanah perkuburan lain. Ada juga jenazah terpaksa dikebumikan di kampung tempat tinggal ibu bapa mereka yang terletak jauh dari kampung itu. Keadaan ini sudah tentu sukarkan proses pengurusan jenazah memandangkan terpaksa hantar jenazah di tanah perkuburan yang terletak jauh dari kampung ini. Keperluan wujudkan tanah perkuburan di kampung ini penting kerana urusan pengkebumian jenazah dapat dikendali segera tanpa perlu dibawa jenazah ke tempat lain. [Selain itu, penduduk juga berhadapan dengan masalah van jenazah kerana tidak mempunyai kemudahan itu sejak sekian lama selain terpaksa menggunakan van sekolah untuk membawa jenazah. Justeru, penduduk di situ menerusi Jawatankuasa Khairat Kematian Kampung Perpat menjadikan kawasan berhampiran Jalan Ladang Felcra Tanjung 100 di situ sebagai tapak tanah perkuburan Islam. Permohonan dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Rompin dan masih tunggu kebenaran tersebut serta berharap masalah itu dapat ditangani. Ahli Parlimen Rompin, Dato' Jamaluddin Jarjis (foto) yang kini sibuk menjalankan tugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat diminta ambil tindakan segera isu ini]. |
| Suara Rakyat: Orang Ramai 'Terkilan' Dengan Isu Parkir Teksi Di Ceroboh Pemilik Kenderaan Awam Posted: 11 Aug 2011 05:30 PM PDT ![]() JERANTUT, 12 Ogos - Orang ramai di bandar ini melahirkan rasa terkilan dan tidak berpuas hati dengan sikap segelintir pemilik kenderaan yang menceroboh kawasan parkir kuning yang dimiliki oleh Persatuan Pemandu Kereta Sewa (PPKS) di stesen teksi Bandar Baru Jerantut. Boleh dikatakan setiap hari, khususnya pada waktu puncak pemilik kenderaan terbabit menceroboh masuk ke kawasan petak kuning sehingga mengganggu pemandu teksi meletakkan kenderaan mereka. Senario yang sama juga semakin serius pada Ramadan apabila pemilik kenderaan awam menceroboh petak kuning dan meletakkan kenderaan mereka untuk berbelanja juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan berdekatan stesen teksi di sini. Mereka yang terbabit seolah-olah tidak memahami papan tanda larangan kenderaan awam yang dipasang oleh Majlis Daerah Jerantut (MDJ) di pintu masuk stesen teksi. Hal itu menimbulkan kesesakan dan mengundang rungutan malah, timbul rasa marah dalam kalangan pemandu teksi kerana kawasan parkir kuning diceroboh kenderaan lain. Beberapa orang pemandu teksi di kawasan itu telah menasihat pemilik kenderaan yang menceroboh parkir terbabit, tetapi teguran secara baik dan berlembut tidak diendahkan. Difahamkan, Persatuan Pemandu Kereta Sewa di sini menyewa tapak untuk stesen teksi di sini sebanyak RM400 sebulan daripada pihak MDJ. Jika keadaan ini berterusan, pemandu teksi tidak dapat meletakkan teksi masing-masing untuk menunggu pelanggan dan berkemungkinan akan mengurangkan punca pendapatan. Ini menimbulkan masalah bagi pengurusan stesen teksi apabila pelancong dan penumpang domestik terpaksa menunggu lama kerana ketiadaan teksi. Sementara itu ada pihak yang mencadangkan MDJ mengenakan parkir berbayar di semua lokasi Bandar Baru, Bandar Lama Jerantut dan Bandar Baru Inderapura agar pemilik kenderaan lebih berdisiplin tanpa meletakkan kenderaan sesuka hati. [Kedegilan orang ramai terhadap undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan terkadang mengundang masakah kepada pihak lain sebenarnya. Perkara ini perlulah diselesaikan segera dengan sebaik mungkin, jika tidak ia bukan sahaja menyusahkan orang ramai yang mahu menggunakan perkhidmatan teksi malahan juga menimbulkan perbalahan apabila ada yang menegur pihak terbabit. Majlis Daerah Jerantut (MDJ) di gesa memainkan peranan untuk menyelesaikan perkara ini. Sementara itu ADUN Damak, Dato' Lau Lee (foto) yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Pahang diminta memainkan peranan untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin hendaknya]. |
| Suara Rakyat: Orang Ramai Mahu Jalan Rosak Di Laluan Bukit Ibam Ke Muadzam Di Baiki Segera !! Posted: 11 Aug 2011 05:04 PM PDT ![]() ROMPIN, 12 Ogos - Pengguna jalanraya di laluan Jalan Bukit Ibam menuju ke Muadzam Shah, dekat sini mahu jalan tersebut dibaiki segera. Difahamkan jalan tersebut rosak teruk sejak beberapa tahun lalu dan tidak dibaiki sejak sekian lama. Terdapat beberapa kes kemalangan hingga meragut nyawa di jalan itu akibat struktur jalan yang rosak teruk. Jalan tersebut merupakan jalan utama ke Bukit Ibam dan telah berlaku banyak kes kemalangan di situ. Terdapat kira-kira 3,000 pengguna jalan raya melalui kawasan itu setiap hari termasuk penduduk di Kampung Ibam, Kampung Aur dan kawasan penempatan Orang Asli berdekatan. Oleh itu, diharapkan masalah ini ditangani segera kerana orang ramai sudah tentu mempertaruhkan nyawa mereka setiap kali melalui jalan berlubang di kanan dan kiri jalan. Pihak berwajib seharusnya mengambil pendekatan proaktif dengan membaiki atau menurap semula jalan itu. Saranan ini dibuat kerana jalan tersebut adalah nadi perhubungan utama penduduk Bukit Ibam ke Bandar Muadzam Shah. [Bukit Ibam adalah salah sebuah destinasi perlombongan emas dan bijig besi yang begitu popular di Pahang. Maka, kemungkinan besar jalan terbabit rosak akibat dijadikan sebagai laluan utama lori-lori mengangkut bahan terbabit untuk dibawa ke Pelabuhan Kuantan. Justeri, pihak yang berkenaan wajar membantu kerajaan untuk memulih dan memelihara jalan berkenaan agar ia selesa untuk dilalui oleh pengguna. Jika tidak, rakyat yang tidak berdosa akan menaggung akibatnya sedangkan mereka yang mendapat untung adalah pihak-pihak tertentu sahaja. Suara rakyat wajar di dengari agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. ADUN Ibam, Dato' Hj.Mohamad Safri Aziz (foto) yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Da'wah Islamiah, Perpaduan & Badan-badan Bukan Kerajaan diminta mengambil tindakan terhadap masalah ini]. |
| Eksklusif: Info Cyber Warta Selangor 10 Ogos 2011 Posted: 10 Aug 2011 08:07 AM PDT |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Tiada ulasan:
Catat Ulasan