Pahang Daily Online |
- Kontroversi: Kisah 'Benar' Di Sebalik Operasi JAIS Serta Pihak Polis Di Gereja Methodist Church Lalu
- Ikhtibar: Ribut Dasyat Di Expo Teluk Chempedak, Bala Dari Allah Yang Menimpa Mereka Yang Lalai
- Warta Pahang: Polis Percaya "Penemuan" Rangka Adalah Milik Gadis Perancis Yang Di Lapor Hilang
- Warta Pahang: Tengku Mahkota Ingatkan Rakyat Memelihara Kemakmuran Dan Kestabilan Politik!
- Eksklusif: Info Cyber Warta Selangor 09 Ogos 2011
Kontroversi: Kisah 'Benar' Di Sebalik Operasi JAIS Serta Pihak Polis Di Gereja Methodist Church Lalu Posted: 10 Aug 2011 06:37 PM PDT Kisah ini diceritakan oleh seorang daripada pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang terlibat dengan operasi pemeriksaan 12 orang Islam di di Dewan 3, Damansara Utama Methodist Church (Dream Center) Jalan 13/1, Seksyen 13 ,46700 Petaling Jaya, Selangor pada 2 Ogos lalu. Difahamkan ppemeriksaan dibuar berdasarkan maklumat awam yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang Islam ke majlis berbuka puasa yang dinamakan 'Thanks Giving Diner Program Itenary' seperti alamat di atas. Tindakan berdasarkan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1955 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam. siasatan juga dibuat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan perkembangan di kalangan orang Islam ) Negeri Selangor tahun 1988. program ini disyaki bertujuan untuk menyambut orang islam berbuka puasa dan meraikan thanksgiving. Operasi tersebut disertai oleh 13 pegawai penguatkuasa agama JAIS dibantu oleh sepasukan Polis DiRaja Malaysia seramai 20 orang daripada IPD Petaling Jaya dan Sea Park. Modus operandi yang dijalankan bermula dengan taklimat dibuat di pejabat JAIS pada jam 8.40 malam dan kemudiannya bergerak ke lokasi dan tiba jam 9.30 malam. Pihak terbabit tiba di lokasi keadaan di kawasan tersebut adalah tenang dan anggota terus bergerak ke dewan 3. Pada jam 9.45 anggota masuk ke dewan. 100 orang ada di dalam dewan. Semasa pemeriksaan, kelihatan seorang pemuda sedang buat pengucapan awam di atas pentas ketika itu. Pihak berkenaan kemudian didatangi oleh wanita bernama tag 'Sofea' dan meminta anggota membuat perbincangan di luar dewan. Mereka yang memasuki dewan kemudian diminta keluar sambil diberi arahan untuk hormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan. selain itu, mereka nyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka punyai hak ke atas kawasan. Sedikit pertelingkahan berlaku antara mereka dan penganjur. Mereka telah meminta buku pendaftaran peserta program untuk memeriksa kehadiran orang Islam. Pada awalnya, penganjur memberitahu tiada orang Islam hadir di majlis tersebut. Maklumat pendaftaran diperolehi tanpa kerjasama dari penganjur. anggota akhirnya memperolehi tentatif program. terdapat di dalam tentatif tersebut nyanyian lagu 'Alhamdulillah dan Allahu Akhbar'. Terdapat juga satu borang kuiz Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir. Sementara itu, Mereka yang menjaga pintu dibelakang premis mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang. Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk benarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tamat ke atas individu yang berkenaan. Dua Belas Orang Islam Yang Di Percayai Terlibat Dalam operasi itu terdapat dua belas orang Islam yang dipercayai telah terlibat. Antara mereka yang berkenaan dikenali sebagai Nadeane Binti Che Mohd Salleh (Sofea) kad pengenalan 79xxxx-01-6094, Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah (69xxxx-08-6039), Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir (85xxxx-71-5018), Ade Andrian Putra Bin Mahadzir (94xxxx-02-5609), Nea Reima Mareana Binti Mahadzir (90xxxx-02-5778), Rasyidah Binti Abd Razak (77xxxx-01-5908), Nur Umrah Binti Abd Razak (95xxxx-01-6002), Mmohd Haslan Bin Bob Hasnan (80xxxx-10-5045), Faridah Binti Abdul Rahman (71xxxx-12-5478), Nur Al Ashikin Binti Shaikh Dawood (72xxxx-10-5072), Faridah Binti Abdul Latep (72xxxx-71-5256), Sahrunida Binti Assad (81xxxx-08-6246). Difahamkan terdapat juga para ibu bapa yang beragama Islam didapati membawa anak-anak kecil. [Sementara itu antara elemen-eleman yang menimbulkan syak yang menjurus kepada oeprasi tersebut ialah jemputan secara tertutup walaupun peserta yang ingin hadir itu di kalangan orang yang bukan Islam. Manakala, peserta Islam (3 orang) dibawa keluar jalan belakang secara senyap. Selain dari itu terdapat nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahu Ahkbar' dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya (gereja). Terdapat juga soalan kuiz islam yang diberikan kepada peserta yang hadir. Majlis tersebut juga disyaki bertujuan untuk menarik orang Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan seperti bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan, baju yang dipakai oleh bukan Islam adalah baju kebaya, kebangsaan dan kurung. Terdapat juga cebisan soalan kuiz yang dikoyakkan oleh penganjur, majlis diadakan di premis kristus dan salah seorang peserta ditanya lisan oleh anggota penguatkuasa berhubung agamanya. Jawapan yang diberikannya ialah 'I Believe In God'. Difahamkan juga tiada serbuan dilakukan oleh pihak terbabit, sebaliknya rundingan. Justeru itu, semua pihak diharap tidak menimbulkan spekulasi akan kes ini yang akhirnya akan jadi kontroversi]. |
Ikhtibar: Ribut Dasyat Di Expo Teluk Chempedak, Bala Dari Allah Yang Menimpa Mereka Yang Lalai Posted: 10 Aug 2011 04:45 PM PDT KUANTAN, 11 Ogos - Orang ramai terkejut dengan ribut dasyat yang melanda Tapak Expo Teluk Chempedak yang menyebabkan 11 daripada 30 gerai jualan rosak teruk Selasa lalu. Tambah mengejutkan ribut yang menyebabkan kerugian kira-kira RM200,000 itu berlaku diketika umat Islam sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa sekitar jam 7.20 malam. Malah ia juga dipercayai terjadi sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka puasa. Keadaan huru hara apabila secara tiba-tiba angin bertiup kencang dan menerbangkan lima daripada kanopi gerai jualan terbabit hingga menghempap gerai-gerai yang lain. Difahamkan operasi perniagaan di lokasi terbabit ditutup buat sementara waktu selama seminggu sebelum ia dibaik pulih sepenuhnya. Apapun, kejadian ini benar-benar mengejutkan semua pihak. Tambahan pula, pada tahun lepas penganjur yang sama pernah berhadapan dengan masalah terbabit. Apa yang terjadi ini jelas sekali merupakan satu "amaran Allah" terhadap hambanya. Ia perlu diambil sebagai ikhtibar oleh semua pihak agar tidak meremeh-remehkan urusan agama dalam sibuk mengejar urusan duniawi. Difahamkan, ada pihak yang sering terjumpa beberapa orang pekerja dan peniaga gerai jualan berkenaan tidak berpuasa sebelum ini. Malah ada yang tidak segan silu "curi makan" biar pun disaksikan oleh orang ramai. [Semoga kejadian seperti ini dapat juga menjadi pengajaran kepada pihak lain selepas ini, terutamanya bagi mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan di Bazar Ramadan untuk tujuan mencari rezeki. Ini kerana, ramai dikalangan peniaga yang dilihat membuka gerai seawal jam 4.00 petang (malah ada yang lebih awal) sehingga mereka terlepas untuk mengerjakan solat Asar kerana melayan pelanggan yang mula berpusu-pusu membeli juadah berbuka puasa selepas itu. Malah, ada dikalangan peniagaan wanita yang berpakaian seksi yang menjolok mata dan tidak menutup aurat ketika menjalankan perniagaan mereka. Semua ini terkadang menggundang bala dari Allah SWT. Janganlah dipisahkan urusan agama dalam sibuk mencari rezeki duniawi. Malah, penganjur ekspo dan bazar Ramadan juga wajar senantiasa mengingatkan peniaga mereka agar peka dengan soal agama. Jika tidak sudah pasti kejadian yang berlaku di Teluk Chempedak itu akan terjadi pula di tempat lain selepas ini. Sebelum ini, di Pahang kejadian yang sama berlaku di Bazar Ramadan Koyan Lipis]. |
Warta Pahang: Polis Percaya "Penemuan" Rangka Adalah Milik Gadis Perancis Yang Di Lapor Hilang Posted: 10 Aug 2011 04:15 PM PDT KUANTAN 11 Ogos - Ketua Polis Pahang, Datuk Saifuddin Ab Ghani berkata pihaknya percaya penemuan rangka manusia di Kampung Tekek, Pulau Tioman Isnin lepas adalah seorang warga Perancis yang dilaporkan hilang sejak Mei lalu. Menurut Saifuddin, bagi mengesahkannya polis meminta ujian asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga Stefanie Foray (foto) di Perancis untuk dipadankan dengan penemuan mayat berkenaan. "Pada 8 Ogos lepas sepasukan polis yang diketuai Senior Asisten Komisioner T Narenasagaran, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang bersama Dr Sri Marni Zainal Abidin daripada Jabatan Pathologist HTAA pergi ke lokasi mayat mangsa ditanam. "Polis menjumpai satu rangka manusia "mummified" (dibungkus seperti mumia) dipercayai mayat Stefanie Foray berserta sebuah beg kanvas dipercayai milik mangsa," katanya semalam. Saifuddin berkata, mangsa dijumpai ditanam kira-kira tiga meter di dalam gua di kawasan Kampung Tekek, Pulau Tioman. Sebelum ini, media melaporkan kehilangan seorang wanita warganegara Perancis Stefanie Foray, 30, yang berasal dari Bourg En Bresse sejak 8 Mei lalu. Katanya, maklumat yang diterima oleh polis Melaka, mangsa pernah menginap di Sayang Sayang Guest House, Melaka mulai 7 hingga 9 Mei. Ujarnya lagi, hasil pemeriksaan lanjut mangsa dilaporkan pergi ke Pulau Tioman menaiki feri dari Mersing melalui Blue Water Express pada 10 Mei dan tiada pendaftaran keluar. [Saifuddin berkata, hasil siasatan lanjut, polis menangkap seorang lelaki, 36, yang bekerja sebagai sewa peralatan menyelam di Kampung Tekek. Katanya, suspek mendedahkan maklumat bahawa mangsa ditanam di dalam sebuah gua di Kampung Tekek. Katanya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sejumlah mata wang Sri Lanka daripada suspek manakala satu kad "Carte Dassurance Maladie" di atas nama mangsa, satu kad Visa, tiga rantai perak, dua gelang tangan warna kuning dan sebentuk cincin perak dalam rumah suspek. Saifuddin berkata, polis turut menahan seorang lagi suspek berusia 44 tahun bagi membantu siasatan dan kedua-duanya ditahan reman di Melaka. Selain itu, polis turut menjumpai bantal, tilam, beg haversack jenama X-Zone di tempat mayat dijumpai. Setakat ini, katanya, motif pembunuhan serta sebab kematian masih disiasat]. sumber |
Warta Pahang: Tengku Mahkota Ingatkan Rakyat Memelihara Kemakmuran Dan Kestabilan Politik! Posted: 10 Aug 2011 03:53 PM PDT TEMERLOH, 11 Ogos - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (foto) mengingatkan rakyat (umat Islam) agar memelihara kemakmuran dan kestabilan politik kerana ia menjadi kunci kepada kenikmatan beribadat. Titah baginda, keamanan dan kestabilan politik membolehkan umat Islam menjalani ibadat dengan sempurna. ''Kenikmatan beribadat adalah kerana disebabkan oleh iklim ekonomi, sosial dan politik yang baik," titah baginda pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada 282 orang tidak bernasib baik di Masjid Omar Abdul Aziz, Kerdau di sini, kelmarin. Tengku Abdullah bertitah, unsur-unsur yang menggugat kestabilan boleh membantutkan kemajuan negara. ''Justeru, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memelihara anugerah Allah itu tanpa cuba menggugat kemakmuran dan kestabilan politik yang tiada di negara lain,'' titah baginda. Tengku Mahkota turut menasihati rakyat supaya memberi sokongan kepada wakil rakyat yang membuktikan kesungguhan mereka untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Dalam pada itu, Baginda bertitah, Istana Pahang akan meneruskan tradisi program berbuka puasa bersama rakyat di seluruh negeri bagi menyelami kehidupan masyarakat di akar umbi. Titah baginda, program sedemikian dirancang untuk kesemua daerah sempena bulan Ramadan yang memberi peluang kepadanya sekeluarga bertemu pelbagai lapisan rakyat. ''Kehadiran rakyat bersama berbuka puasa, solat berjemaah dan tarawih membuktikan hubungan baik itu perlu dikekalkan demi kesinambungan bangsa," titah Baginda]. sumber [Titah Tengku Mahkota Pahang ini wajar dihayati seluruh rakyat terutamanya umat Islam. Tambahan pula disaat kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Kestabilan politik amatlah perlu dalam usaha mewujudkan sebuah negara dan negeri yang lebih harmoni serta sejahtera. Rakyat Pahang juga bertuah kerana memiliki "anak raja" yang memahami situasi politik semasa hari ini. Malah, kesediaan pihak istana untuk turun padang bersama rakyat juga membuktikan institusi raja prihatin terhadap kebajikan rakyat jelata. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku] |
Eksklusif: Info Cyber Warta Selangor 09 Ogos 2011 Posted: 09 Aug 2011 08:47 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan