Pahang Daily Online |
- Warta Pahang: MB Gesa Umat Islam Di Negeri Ini Syukuri Nikmat Rezeki Yang Melimpah Ruah Jika Di Bandingkan Saudara Seagama Di Negara Lain!
- Bongkar: Patutlah 'Modus Operandi' Tetap Sama, Rupanya Pusat Tahfiz Amal Juga Di Asaskan Oleh Ustaz Azhar Wahab Al-Mansur Holdings Sdn Bhd!
- Majlis Gabungan NGO Pembela Negara Serahkan Memorandum Kepada Agong, Mohon Tubuhkan Suruhanjaya DiRaja Untuk Siasat Kes Video Seks
- Selepas Lynas, PAS Pahang Bantah Pula Operasi Kilang Proses 'Penyeri Arak' Di Gebeng Kuantan!
- Isu Rakyat: Penduduk 'Felda Jengka 7' Gesa Agar Kerajaan 'Ambil Berat Masalah Bekalan Air' Yang Sudah Lebih 40 Tahun Melanda Kawasan Mereka
- Eksklusif: Info Cyber "Warta Selangor" 3 Ogos 2011
- Eksklusif: Info Cyber "Warta Selangor" 3 Ogos 2011
Posted: 05 Aug 2011 03:18 AM PDT KUANTAN 5 Ogos - Umat Islam di negeri ini perlu mensyukuri nikmat rezeki yang melimpah ruah berbanding dengan saudara seagama di negara lain yang dibelenggu kebuluran dan dizalimi pemerintah. Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob menegaskan, umat Islam di negeri ini dianggap mewah dengan makanan sehinggakan ia boleh diberi percuma kepada orang ramai. "Di sini tidak ada orang kelaparan di bulan puasa, kalau orang itu tidak ada makanan sekalipun di rumah, mereka boleh pergi ke mana sahaja termasuk masjid yang memang tersedia dengan makanan. "Ini bermakna rezeki kita melimpah-ruah. Oleh itu kita perlu banyak bersedekah bagi membolehkan bulan puasa ini dirai oleh semua orang tidak kira kaya atau miskin," katanya ketika berucap merasmikan Forum Ramadan bertajuk Puasa Golongan Muqarrabin di Yayasan Pahang di sini, semalam. Adnan berkata, keadaan negara ini amat berbeza berbanding di beberapa negara di Asia Barat dan Afrika Utara apabila rakyatnya diperintah secara kuku besi hingga dibelenggu kebuluran. "Jika pemerintahan bercorak kuku besi, rakyat berhak bangun jatuhkan pemerintah. Namun di negara kita tidak berlaku semua itu, jadi, kenapa kita perlu guling kerajaan yang ada," tegasnya lagi. [Sementara itu, kata beliau, Forum Ramadan itu merupakan salah satu agenda yang menjadi tradisi Yayasan Pahang setiap kali ketibaan Ramadan sejak 2000. Selain forum itu, jelasnya, terdapat program lain yang dijalankan termasuk sumbangan kepada golongan memerlukan dan anugerah kepada pelajar yang berjaya menghafaz al- Quran. "Program ini merupakan tanda kesungguhan Yayasan Pahang dalam memuliakan Ramadan dengan meraikan golongan yang memerlukan selaras dengan fokus utama untuk melahirkan modal insan yang lengkap dengan nilai terpuji," katanya]. sumber |
Posted: 04 Aug 2011 11:34 PM PDT KUANTAN, 5 Ogos - Biar pun sudah beberapa kali didedahkan oleh media tentang sindiket peralat anak-anak yatim untuk pungut derma. Namun operasi pihak berkenaan dilihat masih berjalan seperti biasa tanpa ada sebarang perasaan bersalah dipihak terbabit. Terbaru, tinjauan krew kami ke sebuah stesyen minyak di Indera Mahkota dekat sini hari ini mendapati pelajar yang kononnya bekas penuntut Pusat Tahfiz Amal dari Alor Setar Kedah itu masih terus menjalanan kerja mereka seperti biasa.. Malah, mereka sedikit pun tidak gusar dengan tindakan kerajaan mewar-warkan perkara itu mutakhir ini. Semalam, sebuah akhbar arus perdana menyiarkan secara eksklusif laporan tersebut di muka depan akhbar mereka. Sangkaan kita, dengan penyiaran itu akan menyebabkan operasi anak-anak yatim itu dihentikan. Namun, jangkaan itu meleset malah mereka lebih agreasif menjalankan operasi tanpa mengindahkan tindakan yang bakal dikenakan oleh kerajaan. Modus operandi mereka tetap sama iaitu menjual kalendar, CD dan kurma semperna bulan Ramadan ini. Kita ditanya kepada pihak stesyen minyak terbabit, mereka mengakui sudah beberapa kali menasihatkan anak-anak yatim itu beredar atau dilaporkan kepada pihak berkuasa. Namun, mereka tetap engkar malah meletakkan anak yatim berbeza-beza dan silih berganti pula. Ini adalah bukti yang pihak yang berkenaan langsung tidak takut dengan tindakan kerajaan itu sebenarnya. Azhar Al-Mansur Rupanya Pengasas Tahfiz Amal Krew kami cuba mendekati salah seorang anak yatim terbabit dan bertanya tentang kegiatan mereka."Kami datang dari Kedah, dan saya sudah habis belajar di tahfiz itu. Kami buat kerja amal ini dengan sukarela tanpa ada paksaan. Kalau encik nak menyumbang silakan dan kalau tak mahu tak mengapa", katanya tanpa perasaan gusar dan sebagainya. Amatlah mengejutkan bila mana mereka begitu yakin dengan jawapan yang diberikan, sambil memujuk kami membeli barangan yang ditawarkan itu. Persoalannya kenapa mereka ini tidak takut langsung dengan tindakan pihak berkuasa. Siapa mereka sebenarnya?. Ada maklumat yang mengatakan Pusat Tahfiz Amal itu diasaskan oleh Azhar Wahab. Beliau adalah individu yang sama menubuhkan Al-Mansur Holdings Sdn Bhd yang selama ini menjalankan aktiviti yang sama seperti itu. Menjual kalendar dan CD adalah kerja-kerja Al-Manusur selama ini. Azhar Wahab bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan dan tidak mendapat pendidikan agama secara formal. Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Sidim, Kulim, Kedah. menyambung pelajaran sehingga ke tingkatan 3 di Sekolah Menengah Padang Serai, Kulim. Selepas memperolehi SRP, beliau berkerja mengambil upah mengait kelapa sawit dekat Ladang kelapa Sawit Padang Buloh juga di Kulim Kedah. Gelagat anak yatim itu ketika gambarnya dirakamkan oleh krew kami Aksi mereka ketika merayu supaya membeli barangan sambil menderma [Jika benar dakwaan ini, maka kerajaan perlu segera menghalang operasi memperalatkan anak-anak yatim untuk tujuan kutip derma ini. Ia jelas sekali menyalah gunakan mereka untuk kepentingan pihak terbabit. Justeru itulah kita tidak hairan mereka tidak malu dan begitu berani melawan bila ajukan soalan-soalan panas tentang aktiviti mereka. Persoalannya, jika benar merek itu dari Pusat Tahfiz maka kenapa mereka tidak berada disitu untuk belajar Al-Quran?. Apa motif pusat tahfiz terbabit menghantar anak-anak yatim berkenaan memungut derma?. Bayangkan, difahamkan sehari ia berjaya mengutip derma hingga mencecah ratusan ribu ringgit berdasarkan resit RM10 yang diberikan kepada pelajar berkenaan. Jika ini caranya, ia jelas sekali tidak wajar sebenarnya dan kerajaan perlu bertegas hal ini. Jangan biarkan mereka terus diperalatkan]. |
Posted: 04 Aug 2011 10:16 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN) telah menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Di Raja bagi mengenalpasti identiti lelaki dalam video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penasihat Undang-Undang MAGARAN, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz (foto) berkata cadangan penubuhan suruhanjaya tersebut bagi mengenal pasti pelakon video seks tersebut, berdasarkan Seksyen 2 (1) (D) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950. "Seksyen 2(1)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 ini memberikan kuasa kepada Duli Paduka Tuanku untuk menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat apa-apa perkara yang berfaedah bagi kebajikan awam. Sesungguhnya hasil siasatan Suruhanjaya Di Raja nanti akan memberikan faedah kepada rakyat Malaysia keseluruhannya untuk memilih pemimpin terbaik untuk negara. "Sehubungan dengan itu, saya mewakili rakan-rakan NGO, bloger dan facebooker serta rakyat biasa yang ingin mengetahui kebenaran, memohon kepada Tuanku Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mengenalpasti identiti lelaki dalam rakaman video lucah yang dikaitkan dengan Anwar," katanya. [Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada Zubir Abdullah, wakil kepada Setiausaha Sulit Kanan YDP Agong di Istana Negara semalam. Ujar beliau lagi pada 21 hb Mac 2011, masyarakat dikejutkan dengan berita penayangan satu klip video lucah di Carcosa Sri Negara oleh pihak yang bergelar Dato T kepada sekumpulan wartawan. Satu cadangan yang baik untuk menrungkaikan siapakah sebenarnya yang menajdi pelakon video panas terbabit. Namun, apakah pihak pembangkang setuju dengan penubuhan tersebut?. Memandangkan mereka yakin ia bukan Anwar. Tetapi jika bukan Anwar, maka rakyat juga berhak tahu siapakah pelakon sebenar video terbabit. Kebenaran pasti akan terbit jua]. |
Selepas Lynas, PAS Pahang Bantah Pula Operasi Kilang Proses 'Penyeri Arak' Di Gebeng Kuantan! Posted: 04 Aug 2011 09:36 AM PDT KUANTAN, 5 Ogos - PAS Pahang membantah tindakan sebuah kilang yang beroperasi di kawasan perindustrian Gebeng, dekat sini yang akan memproses 'bahan penyeri' arak Daraclar kerana boleh mencemar maruah Islam. Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md.Saad (foto), berkata berdasarkan maklumat kakitangan, syarikat berkenaan sedang membina kemudahan pengeluaran produk berkenaan dan di jangka akan memulakan operasinya dalam masa terdekat. Menurutnya, Daraclar atau beer stabilizer ialah bahan yang dicampurkan dalam arak bagi tujuan penyeri. Bahan tersebut dikatakan produk baru syarikat berkenaan yang sebelum ini hanya mengeluarkan silika. "Serentak dengan itu PAS Pahang memandang serius dan kesal berhubung isu pembinaan kemudahan baru bagi pengeluaran produk yang berkaitan arak itu kerana sebahagian daripada pekerja syarikat berkenaan beragama Islam," katanya. Tambah Suhaimi, sebelum ini terdapat fatwa dari Jabatan Mufti Pahang dikeluarkan pada 31 Julai 2004 yang mengatakan harus bekerja di kilang yang mengeluarkan silika bagi tujuan menapis arak atau digunakan untuk perusahaan lain seperti cat dan kaca. Namun, katanya PAS berpendapat maklumat yang jelas dan terperinci mesti diberikan oleh pihak syarikat kepada Jabatan Mufti berhubung produk Daraclar dan kedudukan semasa syarikat di peringkat dunia dalam pengeluaran produk bagi industri arak. sumber [PAS, ujarnya bertegas satu kajian semula secara terperinci dengan meletakkan kebajikan pekerja Islam yang merupakan pekerja majoriti di syarikat tersebut dan juga rantaian yang bakal menerima tempiasnya seperti mereka yang bertugas di syarikat lori, pelabuhan, perkapalan dan lain-lainnya. "PAS juga menuntut ketegasan kerajaan negeri agar meneliti dengan sehalus-halusnya setiap permohonan yang dibuat agar tidak memperjudikan keselamatan, maruah dan kemuliaan agama dan diri dalam membuat sesuatu keputusan walaupun pada asasnya dilihat mempunyai keuntungan kewangan. "Tetapi pada jangka panjang industri ini merugikan dan tidak mempunyai keberkatan di sisi Allah di dunia dan akhirat," katanya] Info lanjut sila klik blog beliau Najwa Suhaimi |
Posted: 04 Aug 2011 08:22 AM PDT MARAN, 5 Ogos - Para penduduk Felda Kenanga Jengka 7, dekat sini kecewa dengan masalah bekalan air yang masih tidak selesai-selesai di kawasan mereka. Masing-masing gusar kerana Hari Raya Aidil Fitri semakin menjelang tiba dan anak-anak cucu dan menantu mereka akan balik beraya di kampung halaman. Namun, jika masalah air yang saban tahun berlaku dan masih gagal diatasi hingga ke hari ini sudah pasti ia akan menyusahkan mereka. Menurut seorang penduduk, maslaah air di Jengka 7 sudah berlarutan lebih dari 40 tahun. "Macam-macam cara dah kami buat untuk pulihkan keadaan, tapi sampai sekarang isunya tetap sama. Anak-anak kami bila nak balik raya pasti akan tanya dulu air ada atau tidak. Mereka takut untuk balik berhari raya di kampung gara-gara masalah yang tidak berkesudahan ini" katanya. Sebenarnya, isu air di kawasan tersebut pernah dikeluarkan di media arus perdana sebelum ini. Namun apa yang pasti tindakan susulan tidak berkesan hingga setakat ini. Ada saja alasan yang diberikan oleh pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) bila masalah ini diajukan. Tambah malang lagi apabila musim kenduri kendara pun masalah air tetap berlaku. Ia bukan sahaja menyusahkan penduduk, malah pihak yang terbabit. "Pernah berlaku kejadian, ada kematian tetapi air tak ada untuk mandi jenazah.. cuba bayangkan. Bukankah ini sesuatu yang amat menyedihkan sebenarnya", kata beliau lagi. Pintu gerbang yang akan menggamit anak, cucu dan menantu berhari raya 1 Syawal nanti, apakah mereka akan terus trauma dengan masalah air ini |
Eksklusif: Info Cyber "Warta Selangor" 3 Ogos 2011 Posted: 03 Aug 2011 08:59 AM PDT |
Eksklusif: Info Cyber "Warta Selangor" 3 Ogos 2011 Posted: 02 Aug 2011 09:23 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan