Pahang Daily Online |
- Lynas Corporation "Buka Lombong" Nadir Bumi Berharga A$100 Juta Di Goldfields West Australia
- Panas: Gara-Gara Kritik Kepimpinan Najib, Bekas Menteri Penerangan Di Arahkan Keluar Parti Itu !
- Kreadibiliti SPR Semakin Di Persoal, Seorang Lagi Bekas 'Staff' ATM Mengaku Memangkah Undi Pos!
- Inkues Sarbaini Selesai, Koroner Menetapkan 25 Ogos Hujahan Dan 26 September Keputusan Kes
- Panas: Saham Najib "Semakin Merudum", Ucapan Ramadannya Di Media UMNO Hanyalah Di Tonton Oleh 218 Orang Sahaja Dari 3.2 Juta Ahli Parti Itu!
- Panas: Isu PR Jadi Pemilih, Kenyataan Pengerusi SPR Serta Ketua Pengarah JPN Sudah Terlambat Dan Sekadar Mengaburi Mata Rakyat Sebenarnya
- Cyberita Pahang Daripada Pelbagai Sumber Media
- Mazlan Aliman: Pemberian Duit Raya RM42.6 Juta Adalah 'Gula-Gula Sebenarnya' Di Sebalik Jumlah Besar Saham Yang Di Nikmati Oleh Pegawai Felda !
- Kontroversi: PAS Gusar Kemungkinan Wujudnya Komplot "Pihak Tertentu" Di Bawah Kementerian Dalam Negeri Untuk Tipu Daftar Pemilih PRU-13 !!
- Inkues Sarbaini: 'Mahkamah Koroner' Di Maklum Oleh Saksi Ke-32 Bahawa Mangsa Terjatuh Secara Tidak Disengajakan Dari Aras Tiga Bangunan SPR
- Eksklusif: Info Cyber Warta Selangor 2 Ogos 2011
Lynas Corporation "Buka Lombong" Nadir Bumi Berharga A$100 Juta Di Goldfields West Australia Posted: 04 Aug 2011 02:56 AM PDT Lombong yang akan meneroka deposit nadir bumi yang diketahui paling kaya di dunia, dibuka pada Khamis di kawasan Goldfields Australia Barat (WA). Lombong Mt Weld, kira-kira 35km ke selatan Laverton, merupakan projek Lynas Corporation sejak 10 tahun lepas. Bijih akan dikumpul di Mount Weld sebelum dieksport ke kilang pemprosesan logam canggih Lynas di Kuantan, Malaysia, dan dijual ke seluruh dunia. Ketua Menteri WA Colin Barnett berkata ia merupakan lombong nadir bumi pertama yang dibuka di luar China dan menambah, dan sangat penting kepada WA yang sudahpun memiliki sektor sumber yang pelbagai. "Menerusi 90 pekerja pada kapasiti penuh, lombong berkenaan dijangka menyumbang sekurang-kurangnya A$17 juta pembayaran royalti tahunan kepada negeri itu," katanya dalam satu kenyataan. Associated Press Australia berkata nadir bumi merupakan istilah yang digunakan ke atas 15 elemen logam yang ditemui dalam "koktel" elemen yang diperlukan yang akan dipisahkan untuk kegunaan komersil. Ia digunakan dalam bahan canggih, bateri dan peranti elektronik seperti komputer, televisyen berdefinisi tinggi, telefon mudah alih, peranti audio selain teknologi kereta hibrid. Lombong Mt Weld dijangka beroperasi selama 20 tahun. China membekal kira-kira 95 peratus pasaran nadir bumi dunia, namun mengehadkan bekalan ke tempat lain di dunia. Mengikut anggaran, Lynas mampu membekalkan kira-kira lapan peratus daripada pasaran dunia pada 2012 dan 14 peratus pada tahun 2013. [Pengerusi Eksekutif Lynas Nick Curtis berkata pembukaan lombong berharga A$100 juta itu, sangat penting untuk syarikat itu serta Australia. "Pembukaan lombong Mt Weld itu merupakan kejayaan penting kami. Ia merupakan lombong nadir bumi pertama yang dibuka di Australia dan menunjukkan negara itu mempunyai pelbagai logam untuk dibekalkan kepada rakan dagang," katanya. Lynas menerima bantahan besar-besaran daripada penduduk di kawadan kilang pemprosesannya di Kuantan. Kajian oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa ke atas kilang berharga US$220 juta itu (Kuantan), mendapati ia mematuhi standard keselamatan antarabangsa, namun mengesyorkan syarikat itu berhubung lebih rapat dengan penduduk. Curtis berkata pembabitan dengan masyarakat secara amnya perlu lebih rapat berbanding dulu. Beliau berkata jika peringkat awal lagi perhubungan itu diwujudkan, ia tidak terima bantahan seperti sekarang]. |
Panas: Gara-Gara Kritik Kepimpinan Najib, Bekas Menteri Penerangan Di Arahkan Keluar Parti Itu ! Posted: 04 Aug 2011 12:10 AM PDT Nampaknya, percaturan politik UMNO kini semakin hangat. Seolah-olah ada benar dakwaan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang diasak dari dalam oleh pimpinan parti itu sendiri. Soalnya, siapakah yang melakukan dan siapa yang memulakan?. Kenapa pula Najib mahu dijatuhkan dari dalam?. Apakah kerana pemimpin UMNO baru dan lama sudah semakin bosan dan benci dengan kerenah isterinya Rosmah Mansor?. Rosmah BN (Bini Najib) dikatakan semakin menjadi-jadi sekarang ini selepas menggelarkan dirinya "First Lady". Lantaran itulah, ramai pemimpin UMNO yang mula sedar sekiranya Najib tidak dijatuhkan nescaya lebih banyak harta dan khazanah negara akan digunakan oleh Rosmah sesuka hatinya. Akhirnya berlakulah komplot untuk menggasak Najib dari dalam sekarang ini. Umum masih ingat, bekas Presiden Semangat 46 Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) cuba dilaga-lagakan kononnya dia mahu dilantik sebagai Ketua Pembangkang oleh Pakatan Rakyat. Tuduhan dibuat oleh Zahrain Hashim bekas Wakil Rakyat PKR yang kini selesa "menjilat ludahnya" untuk bersekongkol dengan UMNO. Paling menarik dia tergamak mengatakan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat telah mengadakan pertemuan sulit dengan Ku Li untuk membincangkan perkara itu. Soalnya, kenapa Ku Li diasak sedemikian rupa?. Siapakah yang memberika arahan dan tugasan tersebut kepada Zahrain?. Pastinya ia mendapat arahan dalaman pihak tertentu. Semuanya gara-gara Ku Li begitu berani menubuhkan NGO yang bernama AMANAH yang kononnya ingin mengembalikan semula semangat kemerdekaan selepas melihat berbagai kepincangan berlaku dalam pentadbiran kerajaan pada hari ini. NGO tersebut dilihat sebagai satu tekanan buat kerajaan Najib, kerana ia bermirip suara pembangkang. Gara-gara penubuhan Amanah, Ku Li dicanang gantikan tempat Anwar sebagai Ketua Pembangkang (Suruh dia keluar UMNO sebenarnya) |
Kreadibiliti SPR Semakin Di Persoal, Seorang Lagi Bekas 'Staff' ATM Mengaku Memangkah Undi Pos! Posted: 03 Aug 2011 11:47 PM PDT AMPANG 4 Ogos - Integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipertikai apabila seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil mengaku menanda hampir 500 kertas undi pos di kem Sandakan pada pilihan raya umum 1986. Mohd Nasir Ahmad (foto) yang berkhidmat selama 19 tahun dengan ATM menjelaskan pada ketika itu beliau bersama seorang rakan terpaksa akur kepada arahan yang diberikan oleh pegawai atasan tentera walaupun menyedari kesalahan yang bakal dilakukan. "Saya disuruh buka karung undi dan diarahkan untuk memangkah kertas undi sebanyak 900, dan dibahagi dua bersama rakan. Undi adalah mengikut citarasa saya dan saya sedar telah ambil hak orang lain," jelas beliau dalam sebuah forum anjuran Dewan Pemuda Pas Malaysia. Antara ahli panel terdiri daripada Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat dan AJK Pas Johor, Mohd Mohzit Mohid yang berpengalaman menjadi agen parti pada waktu pilihan raya. [Forum yang berlangsung kira-kira dua jam itu antaranya mendedahkan kesalahan pilihan raya berkaitan undi pos yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu dan Bagan Pinang beserta bukti melibatkan komplot SPR dengan parti Barisan Nasional (BN). Ini termasuk 62 peratus undi petugas SPR yang tidak dikembalikan dipercayai telah dijual ke pasaran gelap untuk tujuan manipulasi keputusan undi agar berpihak kepada parti BN di Sibu. Tambah Suhaizan, PRK Sibu yang dimenangi Pakatan Rakyat dengan perbezaan 7.5 peratus mengalahkan BN mempunyai perbezaan amat ketara pada undi pos di mana PR hanya memperoleh 70 undi berbanding BN sebanyak 2,323 undi. Perkara lain yang turut dibincangkan dalam forum tadi termasuk isu berkempen di dalam kem-kem polis dan tentera, undi awal, undi dua kali, pengundi hantu serta terbaru, sistem biometrik]. |
Inkues Sarbaini Selesai, Koroner Menetapkan 25 Ogos Hujahan Dan 26 September Keputusan Kes Posted: 03 Aug 2011 11:19 PM PDT KUALA LUMPUR 4 Ogos - Prosiding inkues untuk menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahamad Sarbaini Mohamed (foto) yang bermula pada 4 Julai lepas berakhir hari ini selepas pegawai penyiasat ASP Zuhairi Mohamed memberi keterangan. Koroner Aizatul Akmal Maharani kemudian menetapkan tarikh pada atau sebelum 25 Ogos ini bagi pihak yang terlibat memfailkan hujahan bertulis masing-masing dan keputusan inkues akan diumum pada 26 September. "Tidak diwajibkan hujahan dalam inkues, tetapi saya mengalu-alukan pihak yang terlibat untuk memfaikan hujahan kerana ia akan membantu siasatan," katanya. Sepanjang perbicaraan selama 13 hari itu, seramai 34 saksi memberi keterangan termasuk beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, dua pakar patologi, pegawai forensik, beberapa pegawai Kastam dan isteri Allahyarham, Masiah@Maziah Manap. [Pada 5 Julai lepas, Aizatul Akmal yang diiringi Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas, Hanim Mohd Rashid, Noor Amalina Mohd Rashid, Azlina Rasdi melawat lokasi kejadian di mana mayat Ahmad Sarbaini ditemui. Turut serta ialah peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili SPRM serta peguam Awtar Singh yang mewakili keluarga Allahyarham. Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini pada 6 April lepas. Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM tentang siasatan kes rasuah babitkan 62 pegawai Kastam]. |
Posted: 03 Aug 2011 08:53 PM PDT Sungguh memalukan, itulah perkataan yang boleh dihuraikan tatkala melihat video ucapan sempena Ramadhan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya ditonton oleh 218 orang ahli UMNO dan rakyat Malaysia sahaja setakat ini (4 Ramadhan). Biar pun rakaman ucapan tersebut hanya disiarkan di laman Youtube, namun sewajarnya jumlah 218 itu adalah tidak relevan untuk seorang Presiden UMNO dan yang bergelar Perdana Menteri. Mana perginya 3.2 juta ahli UMNO yang dibangga-banggakan sangat itu. Tambah parah lagi, pada 2 Ramadhan iaitu hari kedua umat Islam berpuasa pula, hanya sekitar 160 sahaja ahli UMNO dan rakyat Malaysia menyaksikannya. Ini sesuatu yang sungguh mendukacitakan dan tidak sepatutnya berlaku. Di zaman ICT dan teknologi maklumat hari ini, sepatutnya mereka peka kepada perkembangan semasa. Malah, video ucapan itu dirakamkan sendiri oleh Unit Media UMNO pusat. Apakah ini juga bermakna, majoriti ahli UMNO sebenarnya "Buta IT" seperti yang diwar-warkan selama ini. Langkah tegas perlu diambil oleh pihak-pihak berkenaan. Senario yang berlaku ini jelas sekali menggambarkan bahawa ahli UMNO sendiri mungkin sudah jemu dan bosan mendengar ucapan pemimpin utama mereka itu. Lantara itulah mereka tidak mengambil hal untuk mengikuti ucapan tersebut, walau pun masing-masing mempunyai aksess internet di rumah. Pendedahan ini, bukanlah untuk mencari kelemahan sesiapa. Namun, UMNO perlu lebih serius pertingkatkan pengetahuan ICT ahli-ahli mereka jika benar ingin menyaingi pembangkang dalam "perang siber" Pilihan Raya Umum akan datang. Bukti, inilah keratan video ucapan PM pada hari keempat puasa untuk menonton video ucapan beliau sepenuhnya sila klik SINI [Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Najib mengatakan UMNO masih merupakan parti terbesar bagi orang Melayu di negara ini apabila jumlah terkini ahli berdaftar selepas proses pemutihan dijalankan menjangkau 3.2 juta orang. Sehubungan itu beliau menolak sebarang dakwaan yang menyatakan bahawa orang Melayu 'meluat' dan enggan menyertai UMNO kerana jumlah itu membuktikan sokongan orang Melayu terhadap parti tersebut masih padu. Malah beliau dimaklumkan jumlah keahlian semakin meningkat dari semasa ke semasa berikutan program penambahan ahli baru yang giat dijalankan ketika ini. "Siapa kata? Tidak betul. Saya tidak dapat terima ada pihak kata meluat kepada UMNO. Tidak betul. Kita parti terbesar bagi orang Melayu. Ahli kita ramai. Selepas pemutihan jumlahnya ialah 3,186,850. Mereka ini sayang kepada UMNO. Soalnya, tidak mungkin dari jumlah tersebut hanya 218 sahaja yang menyaksikan ucapan Najib di Media UMNO (foto)?. Apakah mereka semua tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu kerana meluat. Atau mungkin mereka berada dalam UMNO dek kerana mahukan sesuatu dan mempunyai projek dengan kerajaan?]. |
Posted: 03 Aug 2011 07:28 PM PDT Susulan pendedahan oleh beberapa buah blog dan portal rakyat berkenaan kes seorang wanita Indonesia yang berstatus penduduk tetap (PR) tiba-tiba namanya ada dalam Rang Daftar Pemilih yang dipamerkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Akibat pendedahan tersebut, tiba-tiba pula pada hari yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan individu terbabit telah mendapat kewarganegaraan dan mendapat MyKad. Insiden menggemparkan itu telah menyebabkan seluruh agensi terbabit bergegar dibuatnya. Maka, akhirnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilihat campurtangan dan mengarahkan agensi dibawahnya iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat siasatan dan menyelesaikan kemelut tersebut. Maka, semalam Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Mohd Said berkata dakwaan pembangkang itu tidak benar sama sekali. Malah menurut beliau, wanita yang bernama Mismah itu sudah lama mendapat taraf PR dan disahkan mendapat kewarganegaraan awal tahun ini (2011). Bukan itu saja, Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusoff (foto) juga menafikan pihaknya ada mendaftar penduduk tetap (PR) sebagai pemilih. Kononnya SPR hanya mendaftarkan mereka yang layak iaitu warganegara, dan jika seseorang itu berstatus PR maka mereka tidak akan diterima menjadi pemilih berdaftar. Demikianlah kenyataan pihak terbabit untuk menutup kes ini. Namun, apakah rakyat boleh percaya dengan semua ini?. Malah, pendedahan yang dibuat terhadap Mismah merupakan salah satu kes yang berjaya dibongkarkan. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan selepas itu mendesak Perdana Menteri, Najib Razak mengadakan sidang khas parlimen untuk membincangkan perkara itu. Malah, beliau juga berjaya membongkar sebanyak 1,597 lagi nama permastautin tetap (PR) yang telah berdaftar sebagai pemilih oleh SPR itu. [Persoalannya, kenapa begitu mudah pihak yang berkenaan menafikannya sedang terdapat banyak bukti-bukti kukuh perkara ini berlaku?. Malah, apa yang lebih membingungkan rakyat lagi ialah jika benar dakwaan dan pendedahan ini, maka apalah ertinya pilihanraya diadakan dalam masa terdekat selagi perjalanannya diragui. Pendedahan demi pendedahan juga akan dilakukan melibatkan kawasan parlimen Pekan yang diwakili Najib Razak sendiri sebenarnya. Difahamkan, begitu ramai warga asing permastautin tetap yang baru didatangkan ke negara ini telah diberikan MyPR dan kemudian secara tergesa-gesa diberikan MyKad. Malah, difahamkan juga mereka diberikan syarat menjadi ahli UMNO dan mengundi BN untuk tiga pilihanraya umum akan datang. Jika tidak MyKad tersebut akan ditarik balik. Apakah ini maknanya ketelusan yang diperkatakan oleh Pengerusi SPR dan yang lainnya?, Justeru itulah, rakyat amat gusar dengan program 6-P Biometrik yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang ini. Sebab itu rakyat tidak yakin dengan ketelusannya]. |
Cyberita Pahang Daripada Pelbagai Sumber Media Posted: 03 Aug 2011 05:30 PM PDT Mulai sekarang Pahang Daily Online (PDO) akan menyiarkan berbagai informasi dan maklumat tentang Pahang menerusi ruangan Warta Pahang yang kami wujudkan. Berita yang dipaparkan adalah berkaitan isu semasa dan hal ehwal dalam negeri Pahang sahaja. Dengan berita ini ia akan mendekatkan lagi rakyat Pahang seantero dunia dengan kampung halaman masing-masing. Kepada anda yang ingin menghantarkan bahan berita dan maklumat yang tidak bertujuan komersial, sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com (sertakan gambar dan maklumat aktiviti berkaitan) untuk memudahkan urusan yang berkenaan. Harap Maklum. Derita Rakyat Mendapat Perhatian Ahli Parlimen BENTONG - Setelah hampir dua tahun menggunakan oksigen konsentrator (tabung oksigen) yang dipinjamkan Hospital Putrajaya, seorang warga emas terpaksa menyerahkannya kembali. Sebelum ini, warga emas, Shariah Abdullah, 72, dimasukkan ke Hospital Serdang pada 2009 kerana masalah paru-paru dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) selama sebulan. Anaknya kelimanya, Mohd Saat berkata, selepas keluar, ibunya itu dipinjamkan tabung oksigen untuk digunakan di rumahnya dekat sini. Menurutnya, sebulan lalu, Hospital Putrajaya meminta keluarganya memulangkan kembali tabung oksigen itu kerana ia adalah sebahagian daripada perjanjian. "Ia sangat penting untuk ibu saya meneruskan kehidupan kerana dia hanya mampu bertahan selama 15 minit tanpa tabung oksigen itu sebelum diserang lelah yang teruk. "Oleh itu, tabung oksigen sangat penting, namun saya tidak mampu membelinya kerana harganya agak mahal iaitu dianggarkan bernilai lebih kurang RM6,000," katanya. Mohd berkata, namun dia bersyukur kerana masalah ibunya itu mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang meluangkan masa datang ke rumahnya. sumber Dua Lelaki Gagal Rompak Kedai Pajak Gadai Islam KUANTAN - Dua lelaki bertindak nekad menceroboh bangunan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang semata-mata mencari jalan memecah masuk ke bilik kebal premis pajak gadai Islam Ar-Rahnu YaPEIM-MUIP yang terletak di tingkat bawah bangunan tiga tingkat di Jalan Mahkota di sini , kelmarin. Usaha dua penjenayah itu bagaimanapun gagal apabila lubang yang ditebuk menggunakan alat penebuk pada lantai bilik mesyuarat di tingkat satu itu menembusi ruang lain dan bukan bilik kebal seperti yang disangka. Kecewa dengan tindakan mereka yang sia-sia itu, penjenayah akhirnya angkat kaki bagaimanapun kelibat mereka berjaya dirakam sebuah sistem kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan berhampiran. Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, kejadian pecah masuk yang membawa kerosakan kepada premis PKZ Pahang itu disedari seorang kakitangannya yang masuk kira-kira jam 7.22 pagi untuk memulakan kerja selepas bercuti sempena hujung minggu. Menurutnya, pengadu berusia 38 tahun itu menyedari pintu ke bilik mesyuarat terbuka dan terdapat kesan dikopak manakala bahagian lantainya berlubang hingga menembusi ruang tingkat bawah yang menempatkan kedai pajak gadai Islam itu. "Pengadu kemudiannya memaklumkan kejadian kepada pihak polis sebelum beberapa anggota dikerah membuat siasatan," kata beliau ketika ditemui di sini semalam. sumber Jangan Bersubahat Dengan Kaki Ponteng Puasa MARAN - Orang ramai mencadangkan supaya lesen perniagaan peniaga yang bersubahat kaki ponteng dengan menjual makanan kepada golongan itu digantung sepanjang Ramadan ini. Seorang guru Kafa, Muhd Haffiz Mohd Din (foto), 22, berkata, pihak tersebut perlu memandang serius perkara itu dalam usaha bersama membendung gejala ponteng puasa terutama dalam kalangan belia. Menurutnya, peniaga tidak seharusnya mengambil kesempatan mengaut keuntungan semata-mata pada Ramadan sehingga sanggup 'menjual' maruah agama Islam. "Jika didapati melakukan kesalahan bersekongkol dengan kaki ponteng, lesen perniagaan mereka wajar digantung sepanjang Ramadan supaya perkara ini tidak berulang. "Pemimpin setempat perlu memainkan peranan memastikan kawasan pentadbiran mereka bebas dari gejala ini. "Kerjasama semua pihak mampu atasi budaya ponteng puasa," katanya. sumber [Artikel yang disiarkan di sini adalah dipetik daripada pelbagai sumber media. Kami tidak mengubah isi artikel terbabit untuk memberi peluang kepada pembaca menilai dan membuat perbandingan isu-isu yang dipaparkan. Kepada pembaca terutamanya rakyat Pahang yang mempunyai apa saja berita menarik di kawasan masing-masing, anda bolehlah menghantar berita dan artikel tersebut ke pahangdaily@yahoo.com untuk disiarkan. Seelok-eloknya, serta sekali gambar-gambar yang berkaitan supaya ia lebih menarik. Harap Maklum]. |
Posted: 03 Aug 2011 10:51 AM PDT Pemberian khas duit raya berjumlah RM42.6 juta oleh Felda kepada peneroka hanyalah 'gula-gula' di sebalik sejumlah besar unit saham yang dinikmati pegawai Felda. Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto) yakin penberoka yang menerima insentif kecil ini tidak tahu mengenai unit saham yang diterima pegawai Felda ini. Sebelum ini, Felda menerusi anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd membeli Malayan Sugar Manufacturing Co Sdn Bhd (MSM) yang sebelum ini dimiliki oleh Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok. Daripada pembelian ini, kumpulan yang mendapat saham MSM ialah kira-kira 2,500 orang kakitangan Felda Induk dan 2,500 kakitangan Felda Global. Setiap pegawai 5,600 unit manakala bukan pegawai pula menerima 2,900 unit seorang. Harga buka ialah RM3.34 seunit dan melonjak kepada RM5.46 seunit. "(Datuk Seri) Najib (Razak) tidak perlu gembar gemburkan pemberian duit raya ini sebagai jasa Felda atau kerajaan kerana sepatutnya jumlah yang diberi jauh lebih besar."Adakah peneroka tahu pegawai Felda menikmati hasil saham yang jauh lebih besar jumlahnya?" soalnya. Beliau turut mempersoal tindakan Felda memberikan RM400 kepada peneroka yang menanam di bawah seliaan Felda dan hanya RM200 kepada peneroka yang menanam sendiri tanpa bantuan Felda. Sedangkan katanya, peneroka yang menanam sendiri mendapat hasil yang lebih banyak dan jual hasil ladang mereka kepada kilang Felda. ["Kalau perbezaan jumlah duit raya berasaskan penghasilan yang dibuat peneroka, pemberian itu tidak wajar kerana harga komoditi melonjak naik dan sepatutnya jumlah yang diberi lebih besar."Apabila dikategorikan peneroka ikut Felda dan tidak ikut Felda, saya persoal istilah tidak bersama Felda itu kerana mereka tetap jual hasil mereka kepada kilang Felda."Kalau banding jumlah hasil peneroka yang buat sendiri lebih besar daripada peneroka yang ikut Felda tentu insentifnya lebih besar," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Dakwanya, tindakan ini merupakan diskrimasi kepada peneroka untuk menakut-nakutkan peneroka yang menanam sendiri tanpa bantuan Felda. "Mana logiknya Felda nak nilai peneroka di bawah Felda dapat 400 dan tanpa bantuan Felda dapat 200. Ini satu diskriminasi yang dibuat untuk menakutkan peneroka yang menanam sendiri," katanya]. sumber |
Posted: 03 Aug 2011 10:29 AM PDT PETALING JAYA 4 Ogos - Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli (foto) menyatakan kemungkinan wujud komplot antara agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menipu daftar pemilih untuk pilihan raya Umum akan datang. Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, sementara program bagi mendaftar pekerja-pekerja asing yang sah dilanjutkan tanpa tarikh akhir berbanding 31 Julai 2011 seperti yang ditetapkan sebelum ini, ia boleh disalah guna untuk menutup perubahan pada pangkalan data yang digunakan. "Kami meragui tujuan sebenar program pendaftaran memandangkan ia membenarkan data diubah begitu cepat. "Ia amat mungkin. Mereka sudah bagi tarikh tamat, kemudian mereka melanjutkannya ke tarikh yang tidak dinyatakan, ia amat menghairankan," kata beliau semalam. Selain Dr Hatta, turut hadir naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), SU Biro Antarabangsa DAP Liew Chin Tong (Bukit Bendera) dan juga Timbalan Ketua Muslimat PAS, Dr Mariah Mahmud (Kota Raja). [Semalam, media alternantif melaporkan, status seorang penduduk tetap yang berjaya didaftar sebagai pengundi bertukar kepada warganegara dalam tempoh empat jam sahaja selepas didedahkan. Laporan itu mengundang kritikan pelbagai pihak, terutamanya oleh Pemuda PAS yang mendakwa memiliki banyak lagi bukti kes sebegitu berlaku. Dr Hatta mengesyaki apa yang berlaku punyai kaitan dengan program pemutihan pendatang asing yang sedang berlangsung di seluruh negara yang bermula sejak sebulan lalu. "Mereka daftar pekerja asing dengan biometrik. Adakah ini punyai kaitan? Adakah ini sebabnya data bertukar beberapa jam sahaja. Itu juga sesuatu yang perlu dijawab Jabatan Pendaftaran Negara," tambahnya]. sumber |
Posted: 03 Aug 2011 08:35 AM PDT KUALA LUMPUR 4 Ogos – Mahkamah Koroner semalam diberitahu Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed (foto) terjatuh dari aras tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan dengan tidak disengajakan. Perkara itu disahkan oleh pakar patologi, Prof Dr Shahrom Abd Wahid dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang memberi keterangan dalam perbicaraan inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini. Dr Shahrom, 54, yang juga saksi ke-32 inkues berkata, daripada hasil penemuan yang dibuat selepas melawat tempat kejadian, didapati mangsa keluar dari tingkap di bilik pantri di aras tiga bangunan itu untuk menuju ke bumbung berhampiran yang mengelilingi gelanggang badminton. "Ini adalah kerana jika berdiri berhampiran tingkap, kelihatan bumbung yang terletak di sebelah kiri tingkap itu nampak dekat tetapi apabila mangsa berjaya keluar dari tingkap, didapati bumbung berada dalam kedudukan yang jauh," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd Abbas. Dr Shahrom berkata, mangsa kemudiannya cuba meniti di atas tebing tingkap ke arah kanan untuk mencapai bumbung berhampiran sambil tangannya berpaut pada bingkai tingkap, namun tidak berjaya. Saksi itu berkata, mangsa kemudiannya cuba memanjat semula tingkap untuk masuk ke bilik pantri, tetapi beliau tidak dapat mengimbangi badannya lalu tergelincir dan jatuh ke aras satu bangunan SPRM tersebut. [Nampaknya, tahap keselamatan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diperkemaskan jika dilihat kepada senario yang berlaku ini, Persoalannya apakah keluarga Allahyarham Sarbaini boleh menerima kenyataan ini agaknya. Samalah dengan apa yang berlaku kepada mendiang Teoh Beng Hock sebelum ini. Nampak, kini rakyat semakin takut untuk berurusan dengan SPRM sebenarnya. Tambahan pula bila melihat kejadian misteri yang berlaku ini. Memang mudah mengatakan seseorang itu sengaja terjatuh dalam keadaan tertentu. Namun, kita juga tidak boleh menolak kemungkinan ada insiden lain yang berlaku sebelum itu. Inilah yang perlu dihuraikan dan diberi pemahaman kepada rakyat. Jika tidak , mereka akan hilang kepercayaan untuk berurusan dengan SPRM pada masa akan datang. Jika ini berlaku, bukankah ia akan menjatuhkan imej kerajaan itu sendiri akhirnya. Inikah yang dimahukan?]. |
Eksklusif: Info Cyber Warta Selangor 2 Ogos 2011 Posted: 02 Aug 2011 08:26 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan